Ingatkan anak kena sawan, tapi bukan sawan

Ummi nak tanya pernah tak anak mommy menangis sehingga pengsan? Menjadi kejang sementara? Biru? atau tiba-tiba terdiam? Inilah fasa yang ummi lalui dengan anak kedua ummi yang mempunyai Breath Holding Spells.

Apa itu Breath Holding Spells?

Menurut Dr. Sarah Roddy, Profesor dari Sekolah Perubatan Universiti Loma Linda dari California, ia boleh berlaku pada kira-kira 4 ke 5% kanak-kanak di seluruh dunia.Sebelum ummi terang apa itu Breath Holding Spells ni, ummi ceritakan dulu macam mana kami suami isteri perasan yang anak perempuan kami ni ada Breath Holding Spells.

Ummi ingat kali pertama Widyan Mayamin jadi adalah pada tahun lepas sekitar bulan Mac 2017. Ummi kurang ingat. Dia tengah main dan kemudian mainan dari tangannya diambil oleh abangnya dan tak semena mena dia menangis dan menjerit jerit melepaskan geram, tuuppppp… dia terus collapse seperti kekejangan.

Ummi? Allah… terus panik dan ummi menjerit macam orang gila. Walid yang sedang membaca Quran pada waktu ini terus berhenti dan pergi angkat Widyan Mayamin sambil menepuk2 muka dia yang mata dah ke atas. Dan Wallahi memang biru muka dia! Dan dia terus pejamkan mata dia dan ummi memang ingat anak ummi dah mati. Allah dan walid masih berusaha menyedarkan Widyan Mayamin sambil walid laung Allahuakbar sebab memang dia mengeras (Ok…ummi typing this with tear dah..huhu) …dan akhirnya dia sedar sambil matanya memandang walid dan ummi. Terpinga-pinga keadaannya.

Terus ummi ambil dia dari walid, dukung dan ummi ketuk dinding ketuk tingkap… nak rangsang dia sambil ummi sebut juga dinding warna putih.. TV warna hitam.

Syukur! Waktu kejadian ni walid ada. Sebab kelemahan ummi adalah ummi cepat panik.

Walid dan ummi plan untuk bawa Widyan Mayamin jumpa specialist sebab risau if ada something yang berkaitan otak dia ke yang buat dia jadi macamtu. Tapi waktu ni ujiannya pula ialah alahan ummi pregnant Uzma Hunaynah adalah sangat teruk. Jadi asyik bertangguh. Jangan contohi ummi na. Sepatutnya bawa terus jumpa Dr taw.

Dalam bulan Julai 2017, Nidhal Mudrik warded sebab chicken pox di hospital dan sekali lagi Widyan Mayamin jadi macam tu tapi kalini di hospital. Dia geram tak dapat ikut ummi bawa abang dia nak pergi fisio. Dia mengamuk dan apa lagi. Biru dan nak collapse. Walid terus baringkan dia… (Rupanya walid ada baca dah di web pasal Breath Holding Spells.)

Ummi? Macam biasalah. Menjerit dan berlari keluar dari bilik Nidhal Mudrik warded tu sambil jerit NURSE NURSE!!!!!!! Ya Allah, semua nurse lari ke bilik Nidhal sebab ingatkan Nidhal Mudrik rupanya Widyan Mayamin! Siap ada nurse bawa apa tah macam bantuan oksigen kot. Sama macam haritu, tanpa bantuan oksigen tu pun Widyan Mayamin dah sedar sendiri.

Dan paedtrician yang cek Nidhal Mudrik terus cek Widyan Mayamin sekali dan di sinilah ummi tahu yang anak dara ummi ni ada BREATH HOLDING SPELLS. Senyum je Paed tu tengok ummi jenis cepat gelabah!

Dia pesan pada ummi first you perlu buat bila anak jadi macam ni adalah YOU MESTI RELAX DAN TENANG! Malu betul ummi time ni. Hahaha. Ya Allah, sejenis cepat gelabah ummi ni. Panik apatah lagi.

Sekarang, Widyan Mayamin masih lagi jadi tapi tak kerap. Bertabahlah walid dan ummi sehingga usianya 7 tahun sebab kata doktor breath holding spell akan baik dengan sendirinya sekitar usia 6-7 tahun.

Terdapat dua jenis breath holding spell bergantung kepada perubahan warna kanak-kanak. Episod cyanosis(biru) tercetus apabila kanak-kanak itu marah atau kecewa. Biasanya kanak-kanak akan menangis kuat selama kurang dari 15 saat, kemudian menjadi senyap, berhenti bernafas dan dengan pantas muka bertukar menjadi biru. Kebiasaannya mereka akan menjadi lembik dan pengsan.

Kadang-kadang badan mereka boleh mengeras seolah-olah mereka mendapat sawan. Tidak lama selepas itu mereka akan menarik nafas yang dalam, bernafas seperti biasa dan mula sedarkan diri namun mungkin akan kelihatan penat selepas episod breatholding spell tersebut.

Selain dari cyanosis (biru) kanak-kanak atau bayi boleh mendapat serangan pucat yang selalu tercetus oleh kesakitan atau ketakutan. Sebagai contoh seorang kanak-kanak berlari, tiba-tiba terjatuh dan kepala terhantuk. Ini boleh mencetus breath holding spell bukan kerana kecederaan di kepala tetapi lebih kepada sakit yang tidak dijangka dan berlaku secara tiba-tiba.

Kanak-kanak tersebut akan berteriak sekejap, betukar menjadi pucat seterusnya pengsan dan mungkin kelihatan sedikit kebiruan. Acap kali badan mengeras atau menggigil seolah-olah mendapat serangan sawan dan berlaku tidak sampai 1-2 minit. Selepas itu mereka akan sedarkan diri namun mungkin akan kelihatan letih dan tidur untuk beberapa jam. Episod ini dipanggil Reflex Anoxic Seizure di dalam bahasa perubatan.

Jika anak anda terkena Breath Holding Spells, apa yang anda perlu lakukan?

Sebaiknya jika kali pertama anak anda terkena, anda bawalah berjumpa dengan doktor untuk pastikan punca anak anda jadi begitu adalah disebabkan penyakit itu sendiri (Breath holding Spell) atau disebabkan epilepsi (sawan) atau jantung atau behavior anak itu sendiri (Kelakuan).

Bagi yang dah tahu apa punca anak, jika terjadi 4 langkah ini yang anda perlu lakukan :

• Pertama sekali sememangnya perlu bertenang! bertenang dan bertenang!
Panik memang hanya akan merumitkan lagi keadaan. Alhamdulillah lah Allah izin setiap kali jadi pada anak sehingga kini, walid ada. Ummi masih cuba untuk suruh diri ni bertenang.

• WAJIB baringkan dan mengerengkan anak di lantai/tilam.
Mengapa? Sebab ini dapat membantu mempercepatkan pengaliran darah ke kepala supaya anak ini akan segera sedar.

• BANTU SEDARKAN ANAK
Bantu dengan usap usap kepala anak. Gosok badan dia. Kita kena bantu dia sedar.

• Jika anak masih tak respon, buat CPR!
Proses ini berbeza di antara bayi dan kanak-kanak. Pastikan anda belajar tentang ilmu CPR bagi kedua-dua kumpulan ini. Masih belajar juga ummi ni walaupun walid pandai. Tapi risau jika Allah uji jadi time suami di tempat kerja.

Perkongsian ikhlas dari FB Hidayah Azir

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

Produk Kami

Previous
Sabreen Perfume Rose Aromaterapi dan Organik
Ingatkan anak kena sawan, tapi bukan sawan

0
Your Cart