Jangan berperangai begini jika anda mahu kurus!

Jangan berperangai begini jika anda mahu kurus!

Elakkan perangai ini jika anda sedang diet untuk kurus

Niat

Anda perlu tahu tujuan anda berdiet. Tiga sebab terbaik untuk menurunkan berat badan adalah:

  1. Untuk kekal fit
  2. Mengelakkan masalah kesihatan
  3. Meningkatkan keyakinan diri untuk berhadapan dengan keadaan sekeliling.

Jika anda menurunkan berat kerana demi menjaga hubungan cinta atau buat orang sekeliling bangga dengan anda, tujuan anda itu sudah salah. Anda jangan merasa hairan jika pelan diet anda gagal!!!

Tinggal sarapan

Jika anda meninggalkan sarapan pagi, ini akan menyebabkan anda akan makan dengan lebih banyak sepanjang hari tersebut. Jika anda bersarapan dengan makanan kaya protein, anda akan secara tidak lansung makan kurang 40 kalori pada waktu makan tengahari. Sebab itulah anda digalakkan untuk bersarapan secara sihat tetapi   bukannya tidak makan lansung.

Suka makan

diet-fail

Buang tabiat suka makan atau suka mengunyah makanan ringan. Menurut kajian jika anda suka mengunyah kerepek atau makanan ringan ketika menonton tv, ia merupakan salah satu simpton penyakit amnesia. Ia adalah tabiat yang tidak baik, tetapi anda boleh menggantikan snek kepada secawan teh hijau atau sebiji epal hijau.

Kurang protein

suplemen-bagi-kenyang

Ada sesetengah orang takut untuk mengamalkan diet tinggi protein kerana membayangkan tubuh mereka akan menjadi seperti ahli bina badan. Perkara ini adalah tidak tepat kerana minuman berprotien tinggi seperti cinch shake adalah minuman paling bagus untuk orang yang sedang berdiet.

Harap cepat turun

Jika anda turun 1kg dalam tempoh seminggu ianya adalah lebih baik. Elakkan penurunan berat badan secara mendadak kerana cara begini adalah tidak konsisten. Anda mungkin gagal menurunkan berat badan pada minggu berikutnya. Berat badan jika menurun dengan banyak ini menandakan tahap kesihatan anda terganggu. Sila rujuk pada doktor peribadi anda.

Timbang berat badan

diet-fail-2

Ketika berdiet, usahlah menimbang berat setiap hari. Jika semangat anda kuat, barulah boleh menimbang, tetapi jangan berasa kecewa jika jarum penimbang itu tidak bergerak. Seeloknya timbanglah berat anda seminggu sekali.

Makan sedikit

Percaya atau tidak, anda boleh makan banyak ketika berdiet. Tetapi ketahuilah makanan apa yang boleh digandakan pengambilannya. Sebagai contoh, anda boleh makan buah dan sayur sehingga 9 hidangan setiap hari. Elakkan makan makanan yang mempunyai kalori tinggi.

Selamat berdiet dengan supplemen  sebagai pencetus tenaga anda!!

Add Your Comment

CommentLuv badge