Bagaimana Pengusaha Kantin Sekolah Mengaut Untung

Bagaimana Pengusaha Kantin Sekolah Mengaut Untung

Pagi ini hangat dibincangkan di forum- forum berkenaan dengan sikap pengusaha kantin yang sangat tidak patut dilakukan kepada anak- anak syurga kita. Ibu copy paste disini apa yang terkandung dalam whatapp berantai itu.

Pagi tadi dibincangkan di dalam televisyen, betapa kotornya sesetengah pengusaha kantin di sekolah menganiaya kanak-kanak naif. Bayangkan anak-anak darjah 1, berwajah kesian, suci, alami perkara-perkara di bawah:

bekal ke sekolah

1. Murid yang dah bayar dengan duit besar, tapi tidak kembalikan duit baki. Murid berlalu pergi tanpa diberitahu. Dua-dua pihak rasa tidak bersalah.

4. Apabila murid bertanya harga, pelayan memberitahu, “Dua, seringgit,” sedangkan boleh diberitahu harga seunit “Satu, lima puluh sen.”

5. Yang kasihannya, anak ini beli saja dua unit, sedangkan dia cuma perlukan satu.

6. Harga secawan (saiz kanak-kanak) air minuman sirap penuh adalah RM1, hampir menyamai harga segelas di luar untuk dewasa.

7. Ini lagi sedih, anak ini cuma ada 50 sen di tangan. Maka, dapatlah dia separuh cawan.

8. Tidak boleh saya bayangkan betapa tergamaknya anak-anak tidak berdosa diperdayakan.

9. Walaupun diketahui syarat sah pihak jualbeli haruslah mumayz/baligh, namun situasi begini amat menyedihkan.

10. Satu lagi kes, bila ramai murid beratur ambil makanan, sampai di hujung barisan, ada makanan yang habis.

11. Ada kes lain, bila dah bunyi loceng, anak ini tak jadi makan. Ditinggalkan begitu saja, terus masuk kelas kelaparan.

12. Wahai ibu bapa, kita sajalah penyelamatnya. Mari kita budayakan semula amalan bekal makanan.

13. Jika satu Malaysia ibu bapa sediakan bekal, alamat pengusaha kantin pun kena fikir cara lain untuk cari makan.

14. Ada sesetengah pengusaha yang melarang anak yang bawa bekal makan di kantin. Abaikan saja undang-undang ini. Bawah pokok pun tak mengapa. Kenangan terindah.

15. Anak-anak yatim lagi macam mana? Hai sayunya hati.

16. Cerita pasal makan ni, semua orang boleh sentap. Kita mak-mak ayah-ayah ni makan sedap waktu tengahari, anak kita makan apa di sana?

bekal ke sekolah

Ibu yang tiada anak bersekolah pun ni sangat terasa dengan situasi dia atas. Kena buat persediaan ni, sikap pengusaha kantin ini memang tidak patut. Jom bersama budayakan semula amalan membawa bekal ke sekolah. InshaAllah esok, Ibu akan cuba kongsikan resepi dan menu ringkas yang boleh disediakan oleh ibu- ibu yang sibuk.

Boleh juga bekalkan anak dengan makanan nutrisi yang sihat dan bagus untuk elakkan anak keletihan disekolah.

Add Your Comment

CommentLuv badge

This error message is only visible to WordPress admins

Error: No posts found.

Make sure this account has posts available on instagram.com.

Subscribe Our Newsletter!

AncoraThemes © 2020. All Rights Reserved.