Wanita Mengandung Perlu Tahu: kehamilan yang berisiko tinggi

Apabila disahkan hamil, adakah anda tahu mengenai kehamilan yang berisiko tinggi? Berisiko tinggi untuk apa? Kehamilan boleh keguguran, anak yang dilahirkan nanti cacat dan terdedah kepada pelbagai penyakit bawaan.

Umur

Berumur kurang daripada 18 tahun. Ini kerana organ reproduktif masih kurang matang dan tidak mempunyai pengalaman mengandung. Jika anda mengandung pertama kali pada usia 35 tahun ke atas juga anda kehamilan anda juga berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi sepeti kencing manis, darah tinggi dan mendapat anak sindrom down.

Jarak kelahiran kurang daripada 2 tahun dan melebihi 5 tahun

penyakit ketika hamil

Jika anda mempunyai anak yang rapat dan terlalu jarakkan kehamilan, anda terdedah pada risiko terjadinya pendarahan semasa hamil, kelahiran bayi pramatang dan saiz anak yang dilahirkan kecil da kurang berat badan.

Mempunyai sejarah kelahiran yang bermasalah

Sejarah  yang sama mungkin akan berulang semasa hamil dan biasanya doktor akan follow up serapat mungkin bagi ibu hamil yang mempunyai masalah pada kandungan.

banner-naikkan-hb-1

Mengandung anak ke 6 dan seterusnya

Ibu yang  mengandung anak ke 6 dan seterusnya mudah terdedah kepada komplikasi penyakit seperti kurang darah, kencing manis, darah tinggi dan sawan. Ibunya juga terdedah kepada berlakunya pertumpahan darah semasa melahirkan anak.

Hamil kembar atau lebih

risiko hamil baby kurang matang

Ibu yang hamil kembar terdedah kepada penyakit darah tinggi semasa hamil, kelahiran tidak cukup bulan dan berlakunya pendarahan yang teruk semasa hamil.

Mengidap penyakit berisiko

1. darah tinggi/hypertension

Sekiranya tidak di kawal ia akan menyebabkan sawan pada ibu hamil dan pendarahan dalam rahim kerana uri akan berpisah daripada dinding rahim. Risiko bayi meninggal dalam rahim juga besar.

2. kencing manis/gdm/diabetes

Ibu akan terdedah kepada penyakit lain pula iaitu komplikasi pada buah pinggang. Si anak pula akan menjadi besar melebihi 4 kg dan terdedah kepada risiko penyakit jantung.

3. kurang darah merah/ anemia

Ibu akan mengalami pendarahan yang banyak semasa hamil, peratus keguguran tinggi dan berisiko melahirkan anak lebih awal. Bayi pula terdedah pada kematian dalam kandungan dan tidak membesar dengan baik

4. penyakit jantung

Ibu dan anak akan terdedah kepada kematian mengejut dan pembesaran bayi dalam kandungan akan terbantut.

Jadi, ibu- ibu hamil jika mempunyai faktor risiko seperti di atas, berjumpalah dengan doktor anda dan ikut nasihat yang doktor berikan. Jangan menempah bilik di hospital swasta kerana jika ada risiko begini biasanya anda akan dirujuk pada hospital kerajaan.

3 thoughts on “Wanita Mengandung Perlu Tahu: kehamilan yang berisiko tinggi”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge