Kenapa sakit lutut dan sendi selepas bersalin?

Kenapa sakit lutut dan sendi selepas bersalin?

Ramai antara ibu- ibu selepas bersalin mengalami masalah sakit lutut dan tumit ini. Betul tak? Kadang- kadang bukan hanya ibu yang badan berisi mengalami sakit lutut ini akibat berat badan berlebihan, ibu yang kurus seperti saya pun mengalami sakit yang sama selepas melahirkan anak kedua. Jadi apa penyebabnya sakit lutut dan sendi ini ye?

Pernah juga saya mengalami sendi dan rahang muka berbunyi- bunyi bila mengunyah makanan, itu belum masuk masa menguap dan bersin, rasa seperti rahang ini macam nak patah. Pelik kan? Masalah ini pernah saya rujuk pada doktor, dan doktor mengatakan ini perkara biasa.

sakit-lutut-selepas-bersalin

Sakit pada sendi selepas melahirkan anak sebenarnya kerap berlaku selepas melahirkan anak. Ini disebabkan ketika hamil, tubuh wanita mengeluarkan “hormon relaxin” yang berfungsi bagi melonggarkan sendi dan ligamen. Ianya bertujuan bagi jalan bersalin mudah terbuka dan menjadi besar.

Ligamen yang longgar ini menyebabkan sendi menjadi sakit apabila digerakkan, dan selalunya mengambil masa beberapa bulan sebelum sembuh seperti keadaan sebelum hamil. Doktor hanya membekalkan saya pil kalsium dan ubat nama glucosamine untuk di amalkan. Mari kita lihat apa punca sebenarnya sakit lutut dan sendi ini selepas bersalin.

1. Lutut

timbang-berat-badan

Disebabkan bebanan berat badan bertambah ataupun blood circulation. Jadi jika berat anda sudah melebihi ideal weight, lutut akan terasa sakit sebab tidak lagi mampu menanggung berat badan anda. Kurangkan berat badan sehingga dapat kembali berat badan ideal.

2. Tumit

Sakit pada tumit ini sebabkan oleh rahim/peranakan sedikit terturun dan menekan urat besar pada kaki dan terus ke tumit. Cara mengatasinya anda kena berurut dengan tukang urut selepas bersalin. Tukang urut ini biasanya akan menaikkan balik rahim ke tempat asalnya.

Cara lain yang boleh buat sendiri di rumah ialah dengan baring dan angkat kaki ke atas,  urut bawah perut anda secara atas sedikit dari ari- ari dan tolak naik ke atas secara perlahan- lahan. Masa tidur juga perlu letakkan kaki atas bantal bagi dapatkan posisi supaya rahim akan masuk balik ke tempat asalnya. Kalau versi luar ia dipangil senaman kegel.

senaman-selepas-bersalin

Selain pada tu, kena berpantang juga. Elakkan minum minuman berais, bergas, berkafein dan sebagainya. Berpantang yang ini bagus, bukan sahaja boleh elakkan sakit lutut atau tumit, ia mampu mengembalikan badan ke bentuk asal dan muka juga lebih berseri dan awet muda gitu!

Selamat Mencuba!

1 Comment

  • Posted April 7, 2018 8:00 am 0Likes
    by Azeni Ahmad

    Betul kena pantang ais juga.
    Nanti dalaman kita tak sihat kan..

Add Your Comment

CommentLuv badge

This error message is only visible to WordPress admins

Error: No posts found.

Make sure this account has posts available on instagram.com.

Subscribe Our Newsletter!

AncoraThemes © 2020. All Rights Reserved.