Kereta Sorong Punca Bayi Stress?

Assalammulaikum WBT para ibu semua..

Terkejut tak dengan tajuk yang dipilih Ibu pada hari ini? Ibu bapa masa kini sering menggunakan stroller ini bagi memudahkan pergerakan, Namun tahukah anda bahawa stroller ini mampu menyebabkan bayi kita stress?

Kenapa bayi kita stress bila berada dalam kereta sorong atau stroller ini? Sebenarnya Ibu sendiri tidak pernah menggunakan kereta sorong ketika membawa bayi jalan- jalan diluar. Lebih selamat menggunakan baby wearing ketika membawa anak keluar.

kereta-sorong-punca-bayi-stress

Menurut kajian Universiti Dundee, Scotland, bayi yang sering diletakkan di dalam kereta sorong akan terganggu tumbesarannya. Gangguan tumbesaran itu terjadi kerana posisi kereta sorong yang menghadap ke depan yang menyebabkan bayi tidak dapat melihat wajah ibubapanya. Ini mewujudkan rasa cemas pada bayi tersebut.

Berada dikalangan orang sekeliling yang tidak bayi kenali turut menimbulkan perasaan takut pada bayi. Situasi itu secara tidak lansung mengganggu pertumbuhan jiwa bayi lalu menyebabkan stress dan trauma. Ketakutan juga wujud kerana ibu dan ayah berada jauh denga anak, tidak mampu dicapai anak ketika terkejut.

Dr Suzanne Zeedyk, seorang pakar psikologi menjelaskan tiada komunikasi antara ibu dan bayi sewaktu keluar bersiar- siar akan membuatkan bayi stress. Anda boleh meletakkan bayi dalam kereta sorong jika bayi anda sedang tidur, namun jika bayi berjaga sebaiknya dukunglah dia di tempat orang ramai atau ditempat yang bayi tidak biasa.

baby-wearing

Manakala Profesor Catherine Fowler dari Universiti Sydney, Australia pula menyatakan bayi yang terdedah dengan kesibukan aktiviti individu dewasa akan mudah berasa takut dan cemas.

Pengalaman Ibu pula, pernah sekali membawa Iman ke shoping complex semasa usianya 3 bulan. Sebabnya nak shoping raya, masa tu Iman tidur. Dengan tiba- tiba kami terbawa Iman dekat sebuah kedai yang sedang membuat promosi menggunakan speaker, apa lagi terkejut Iman yang sedang tidur dan dia menangis seperti  berada dalam kesakitan.

Semenjak itu Ibu serik meletakkan Iman dalam stroller, jika ingin bawa Iman dan Ikhwan keluar kami akan menggunakan baby wearing, lebih selamat dan berada dekat dengan kita. Stroller pula digunakan ketika anak- anak Ibu ini berusia 1 tahun ke atas. Masa ini anak- anak sudah pandai mengecam orang dan tidak takut- takut lagi dengan keadaan sekeliling.

Jangan biarkan anak stress, nanti kita juga stress. Ibubapa yang mudah stress atau tiada tenaga kerana keletihan menjaga anak, anda boleh dapatkan suplemen yang mampu meredakan stress. Jika stress anda tidak terkawal boleh la menghubungi Ibu di 0175082443 untuk promosi vitamin B Complex pada hari ini.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

Produk Kami

Previous
10 sebab kenapa tidak boleh give up dengan shaklee
Kereta Sorong Punca Bayi Stress?

0
Your Cart