Kesan jika selalu tampar, cubit atau pukul anak

Kisah realiti yang biasa terjadi dalam kehidupan kita. Kisah ini di ambil daripada luahan hati seorang ibu di facebook.

Dalam kekalutan nak mengisi perut
yang menjerit- jerit kelaparan
adik pula menangis memulas-mulas badan
menangisnya macam kena dera
sambil angkat baby michelin yang entah berapa kilo ni
saya senduk nasi panas dalam periuk
sambil nangis adik muntah pada baju saya
Allah….
letak pinggan bawa adik ke sinki
cuci mulut dan bersihkan baju
entah bila kakak datang pada kabinet bawah dapur
bederau darah bila mndengar bunyi kaca mencium lantai
bila saya toleh tutup kaca atas lantai
mujur masih intact tidak pecah
tapi disebabkan terkejut
tindakan reflex pertama saya tadi adalah menjerit pada kakak dan memukul tangannya
mak keluar dari bilik dan menyambung marah bila tengok apa yang berlaku
hati saya sayu bila tengok orang lain marah anak saya
sedangkan time tu hati sendiri dah nak menangis sebab pukul dia.
sambil menyuap nasi ke mulut sambil letak adik yang sudah berhenti nangis 
hati saya sebal, sebak dan bagai tidak boleh bernafas
kakak mak bawak ke bilik untuk ditidurkan
tapi tidak sampai 2 minit kakak keluar
terus saya peluk dia minta maaf
semoga Allah ampunkan saya…………

Pertama kali membaca luahan hati di atas, hati Ibu menjadi sebak. Ini kerana jika Ibu berada di tempat dia, entah bagaimana tindakan reflect Ibu, mungkin bukan setakat tampar tangannya, mungkin juga di cubit kulitnya, di marah dengan kata- kata yang tidak sedap didengar. Ya itu tindakan reflect, tindakan yang kita tidak boleh kawal.

Jangan marah anak pada usia 1 tahun

Namun apabila anda baca kesan jika selalu tampar, cubit atau pukul anak dibawah, sudah pasti anda akan mampu mengawal tindakan reflect. Ini kerana kajian menunjukkan kanak-kanak berumur setahun yang sering dipukul (pukulan atau tamparan seperti menepuk punggung, kaki atau tangan ketika melakukan kesalahan) oleh ibu atau bapa mereka akan menjadikan anak tersebut agresif dan degil.

Anda Boleh baca di sini Perlu Ke Pukul Anak untuk menghukum anak cara islam.

Walaupun ibu bapa menganggap ‘pukulan kecil’ itu tidak mendatangkan mudarat kepada anak-anak, namun kajian mengesahkan pukulan kepada anak sekecil usia setahun mendatangkan kesan negatif kepada pembesaran tubuh dan minda mereka.

“Usia setahun adalah tempoh yang paling penting dalam mewujudkan kualiti hubungan antara ibu bapa dan anak-anak,” jelas Lisa J. Berlin, seorang saintis penyelidik di Pusat Kanak-kanak dan Polisi Keluarga di Universiti Duke, Amerika Syarikat.

jom lihat TAP GENIUS..smart pen bersuara upin ipin untuk bantu anak belajar mengaji…KLIK SINI

Tambah Berlin, pukulan kepada anak-anak sekecil usia setahun akan menjadikan mereka kanak-kanak yang agresif seiring penambahan usia mereka. Hasil kajian Berlin telah diterbitkan pada sebuah jurnal Pembangunan Kanak-Kanak keluaran September/Oktober tahun ini.

Berlin dan kumpulan penyelidiknya merujuk kepada data yang diperoleh dari 2,500 responden yang terdiri daripada bangsa kulit putih dan hitam yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah.

Menghukum dengan pukulan

Kaji selidik terbabit turut melaporkan tanggapan ibu bapa tentang kerenah anak-anak mereka dan mengapa mereka memilih untuk menghukum anak dengan pukulan.Berlin juga memilih beberapa pemerhati terlatih untuk melakukan lawatan di rumah responden terbabit bagi merekodkan cara interaksi antara ibu bapa dengan anak-anak yang berusia 1, 2 dan 3 tahun.

kesan-hukum-anak

Kira-kira satu pertiga ibu kepada anak berusia setahun memberitahu, dalam seminggu mereka pasti akan memukul anak mereka sekurang-kurangnya sekali kerana kesalahan kecil yang dilakukan anak tersebut.

Setelah data dikumpul, Berlin mendapat keputusan bahawa kanak-kanak berusia setahun pasti akan dipukul sebanyak 2.6 kali seminggu, manakala kanak-kanak berusia dua tahun pula tiga kali seminggu.

Kajian tersebut turut menunjukkan kanak-kanak yang dipukul seawal usia setahun menjadi semakin nakal pada usia dua tahun dan apabila menjelang usia tiga tahun mereka tidak menunjukkan perkembangan yang baik terhadap daya pemikiran mereka.

Berlin dan rakan-rakan penyelidiknya juga melihat kepada impak hukuman seperti menengking, menjerit atau membebel dengan bahasa yang kurang sopan terhadap anak-anak.

Dan hasil kajian menunjukkan hukuman ‘secara lisan’ itu tidak bersangkut paut dengan impak negatif jika ibu tersebut sering memberikan perhatian, kasih sayang dan sokongan kepada anak-anak mereka.

bacalah-anakku

Kajian terdahulu juga melaporkan tabiat memukul anak sering berlaku kepada keluarga berpendapatan rendah.

Kajian tersebut turut menunjukkan bahawa ibu-ibu yang mengadu mereka memiliki anak-anak yang amat cerewet akan terus menghukum anak dengan pukulan sejak anak berusia setahun hinggalah tiga tahun. Tetapi apabila anak yang berusia dua tahun bertindak agresif, si ibu lazimnya mula kurang memukul anak tersebut.

“Mungkin anak-anak yang berusia dua tahun sudah menjadi semakin agresif jadi ibu semakin sukar mengawal sekali gus mereka kurang memukul anak tersebut, tapi itu bukanlah fakta yang kami temui sebenarnya.

“Adat memukul anak ketika mereka buat salah memang telah lama dilakukan oleh generasi terdahulu, tetapi keadaan tersebut semakin berkurangan seiring perubahan zaman.

“Begitu pun memang masih wujud golongan yang mempercayai bahawa pukulan adalah cara yang terbaik mendidik anak kerana mereka juga melalui fasa yang sama ketika kecil, maka sebab itulah tiada salahnya mereka meneruskan tradisi tersebut,” ujar Berlin.

Sering dipukul akan menjadi pemukul

Sementara itu, Professor Madya di Jabatan Pembangunan Manusia dan Sains Keluarga di Universiti Texas di Austin, Elizabeth T. Gershoff, berkata, kajian menunjukkan tubuh kanak-kanak yang sedang membesar memang tidak sesuai menerima hukuman pukulan.

sering-marah-anak

“Boleh dikatakan semua kajian berkaitan amalan memukul anak kecil memberikan impak negatif terhadap tumbesaran anak-anak tersebut, ia hanya membuatkan anak-anak tersebut berhadapan dengan masalah kepada kesihatan mental mereka,” jelas beliau.

Tambah Gershoff, lebih kerap anak kecil itu dipukul semakin berisiko untuk didera oleh ibu bapa.

“Saya tidak mengatakan setiap ibu bapa yang memukul anak-anak itu mendera namun risikonya tetap ada,” ujar Gershoff.

Kanak-kanak secara semula jadinya akan belajar menerusi apa yang mereka alami dan lihat pada persekitaran, jadi mereka juga akan membesar menjadi seorang yang pembengis – HealthDay News.

Sumber: Utusan Malaysia

Tahu tak, menurut Ustaz Don, asap rokok adalah punca kenapa anak atau keturunan kita tidak mengikut apa yang kita harapkan. Jauhilah rokok seperti seorang ayah dalam video ni.

 

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

31 Comments
  • ismail
    December 23, 2014

    kalau selalu dipukul memang tak baik.. tapi kalau tak pukul langsung pun tak elok juga.. kena seimbangkan..lihat pada julat kesalahan yang dilakukan.. cara memukul pun jangan lah keterlaluan… memadai sebagai peringatan.. maklum lah manusia ini cepat lalai dan alpha.. 🙂

    • Pn Aminah Hussain
      December 23, 2014

      betul tu tuan ismail..didik secara islam paling baik..pukul untuk mendidik islam benarkan, namun berpada- pada..

  • lynda
    January 5, 2015

    setuju dgn tuan ismail..saye sendiri slalu beri amaran pd ank sya spy jgn ulangi lg.

  • noni
    January 7, 2015

    Salam puan..sy ade pertanyaan..adik sy pernah pukul,lempang n cubit anak sy dpn mata sy..sebab ank sy ejek dia gajah byk kali..sy sedih sgt tp sbb adik dah naik hantu,sy tak berani nak tegur..suami pulak xde d sisi,bekerja..dan kami duduk serumah dgn adik..ape patut sy buat?walaupun baru sekali tu adik sy buat tp sgt terkesan 0

    • Pn Aminah Hussain
      January 8, 2015

      wasalam puan Noni..

      Benda dah jadi kan..nak buat camne..puan hanya boleh pastikan kejadian itu tidak berulang. tolong pesan dekat adik, jangan cubit anak, jangan keluarkan kata2 xelok utk anak. anak itu anak saudara dia..mungkin boleh kongsikan artikel ini kepada adik puan.

      untuk anak pula, puan boleh cakap berulang kali bahawa pakcik/ makcik nya cubit bukan kerana anak..ini kerana ‘perangai anak’ yang tidak bagus..perangai yang tidak bagus ialah mengejek orang..mengejek itu Allah tidak suka sebab semua kejadian Allah adalah sempurna..cakap berulang2 sampai hilang trauma anak itu..cakap semasa anak tidur pun bagus..tanamkan pada unsubconcius mind anak..puan boleh cuba ya. semoga Allah permudahkan urusan puan dan lembutkan hati adik pua noni.

      • Alicemccarth
        May 1, 2015

        pn aminah sya mey lee … sy selalu d mrh walaupun ksalhan sya sdikit … dn sy sllu d lrang kluar rumh untuk bertemu dngn kengkwan
        …. bila sy buat kesalahn ibu sy akn ckp yng bkn2 kpda sy sperti memaki menghina sy

  • sepoi
    January 8, 2015

    Assalamualaikum…. Cuma pendapat… Klau salah mtk maaf….Mmang bdk klau dipukul lma2 akn jd agresif… Tp kita dpt lihat pemberontakan yg dilakukan……. Tapi klau anak yg tdk dipukul mereka akn memberontak secara sembunyi….. Memberontak dlm diam lbih bahaya drp pemberontak yg dizahirkan….. Jazakumullah khair…..

    • Pn Aminah Hussain
      January 9, 2015

      Wasalam encik/puan sepoi.. bagi saya anak- anak yg berumur 7 tahun ke bawah tidak kenal lagi erti memberontak..jika dia menunjukkan tanda- tanda protes, itu bukan memberontak, itu hanya untuk meminta perhatian yang lebih daripada parents.. umur 0 hingga 7 tahun ini otak anak ibarat span, semuanya diserap tanpa tapis2..jadi kita la yg perlu beri anak tapisan yg bagus atau tapisan yg tidak bagus.. anak memberontak dalam diam adalah hasil daripada tapisan yang tidak bagus. ada kaedah memukul cara islam yang dibenarkan..encik/ puan boleh baca disini ya http://ibudoakan.com/cara-memukul-anak-kaedah-islam/

  • faridah
    January 9, 2015

    Saya dah terlajak. Kedua dua ank saya pernah di pukul oleh saya dan suami setiap kali buat salah. Sekarang mereka dah berumur 7(perempuan) dan 5 (lelaki)…saya sngt sayangkan ank2 sy. Tp apabila marah saya terlupa. Saya jadi pembengis. (Masa kecil sy juga sering di pukul ibu) apa yg perlu sy buat sekarang? Saya sngt menyesal. Tolonglah saya

    • Pn Aminah Hussain
      January 9, 2015

      waalaikummusalam puan.. yang lalu biarkan berlalu.. masa tidak boleh diundur kembali..tetapi kita boleh gantikan menggantikan memori tragis itu kepada memori yang indah- indah. caranya, mulakan daripada sekarang, tanam dalam diri anak2 kita pukul mereka untuk kebaikan, kita bukan pukul mereka sebab itu anak, kita pukul sebab perangai mereka ‘nakal’. Nabi pun pukul anak puan, tapi ada caranya..boleh baca artikel saya yg bertajuk perlu ke pukul anak. http://ibudoakan.com/cara-memukul-anak-kaedah-islam/

  • rika
    January 16, 2015

    memukul bukan jalan terbaik mendidik anak di bawah umur 7 tahun.Minta kekuatan dr Allah agar kita sabar berdepan anak2. zaman teknologi cabaran lbh besar untk mendidik generasi Y. Moga kita sentiasa dipandu dgn ilmu dan hikmah dlm bertindak. Best artikel ni :-).

  • titan
    January 20, 2015

    tengok keadaan.

    kadang-kadang..terpaksa pukul dan lempang.

    Kalau tak, kita kena pijak dengan budak atau anak-anak.

    Dah banyak kes macam ni..

    dan berlarutan sampai bawa ke sekolah.

    Sampai ke sekolah..

    cikgu tak buat apa pun..kena tuduh macam-macam dengan budak.

    Mak bapak plak..dok serang cikgu kat sekolah.

    • Pn Aminah Hussain
      January 21, 2015

      perkongsian ni lebih kepada anak yang berusia 0 hingga 5 tahun encik titan.. Kita bukan bercakap pada usia yang dah besar, yang dh boleh fikir sendiri baik buruknya. saya petik dr buku screaming free:

      paradigma lama: masa kanak- kanak itu ialah masa yang penuh dengan hal remeh temeh

      paradigma baru: masa usia kanak- kanak itu ialah masa emas yang perlu dioptimumkan sebaik mungkin. usia 0 hingga 5 tahun adalah masa peka belajar untuk mereka

      jadi nak ke anak kita belajar pukul, belajar cara lempang pada masa usia emas ni??

    • Nor
      September 23, 2017

      Anak sy sekrg 4th…3th duduk dgn nenk atok d kg..didikan yg di berikan agak merosakan pembesaran anak sy..dia jd degil..mengada gada..mulut jahat…akhirnya sy jaga sendiri ..tp sy tak boleh sabar dgn mulut jahat nya..akhirnya sy pukul ank itu..kerana lgsung tidak dgar ckp..tidak endah langsung..peragai hodoh sagt…mencuri…main panadol..melawan..jelir lidah..suka terbeliakkan mata..hanya dgn pukul sj sy dpt ajar dia…berhati hatilah pada siapa kamu beri anak kamu utk d asuh..walau ahli keluarga sendiri..

      • Pn Aminah Hussain
        October 26, 2017

        sedihnya

  • AZENI AHMAD
    April 17, 2015

    Kadang-kadang terlepas marah dan tercubit bila tak sedar.
    Nak-nak kalau balik kerja dalam keadaan penat kan.
    Tapi kena banyak fikir dan sedar diri sebelum nak marah anak-anak.
    Sebab ia akan refleks pada sikap anak-anak kemudian hari.

    • Pn Aminah Hussain
      April 18, 2015

      sebab tu kena selalu ingatkan diri sendiri puan..jika esok anak dah xbersama kita lagi, menyesal pun xguna..jadi anak syurga kita kena layan baik2 ahli syurga..

      *peringatan untuk diri sendiri jugak

  • shalihah
    February 2, 2016

    mmg betul artikel ni..kesan anak saya..mmg memeningkan kepala

  • Zulaikha
    April 5, 2016

    Benda yang saya sentiasa cuba elakkan, pukul anak. Kalau marah sangat, diam dan jauhkan diri dari anak kejap,huhu. Jadi mak ayah memang kena kuat sabar… T_T
    Zulaikha menulis…Lakukan Ini Pada Anak-Anak Hanya Untuk Sehari Dan Lihat Kesannya.My Profile

  • Aimie
    April 9, 2016

    Sebaknya baca ~
    Moga Allah bantu kita semua untuk jadi ibu ayah yang baik untuk anak-anak.

    Nanti anak-anak dah besar, pasti kita rindu momen zaman kalut-kalut mengurus anak 🙂

  • norfairus
    May 26, 2016

    Apa yang sewajarnya dilakukan oleh ibu bapa kanak2 usia 5 tahun apabila anaknya balik sekolah dan telah mengadu dilempang oleh rakannya.

    • Pn Aminah Hussain
      October 16, 2016

      buat report kepada guru kelas..dan minta asingkan anak dengan rakan yang memukulnya itu

  • Mamanya jackson sullivano
    September 5, 2016

    Sbenarnya sya trpaksa memukul anak..karna anak sya pukul2 nenek dia tpi anak sya ckp dia pukul slow2 saja main2 tpi sya trdngar dari mulut mertua sya dia ckap anak kurang hajar anak gila lah bodoh lah….sya terasa sakit hati mendngar kata2 mertua sya trhadap anak sya yg bru berumur 5th..sya pkul anak sya sampai menangis kesakitan dan akhirnya sya menyesal dan menangis anak sya ckp mama tadi anyo pukul nenek slow2 je tak kuat pun knapa nenek marah2 anyo…..tolong bagi pendapat tq

  • Shah
    February 6, 2017

    Info yg sngt bgus..sbb saya kdg2 ilang sabar jugak dngn anak2..umur dia setahun tujuh bulan..selalu menangis,mcm dia nak mak ayah dia manja kn dia..mungkin dia nak layanan yg baik tuk dia..sebab dia ada adik yg berusia 4 bulan..kdg2 saya dan isteri buntu jugak macam mana nak buat..pernah sampai saya tak boleh sabar..saya mnampar pipi dia..tapi x kuat lah..lps tu saya mnangis rasa mcm kesal sngt sbb pukul dia..saya peluk dia balik..tapi lps tu dia ok pulak,diam je..jadi baik..saya tahu mngkn sebab utama saya kurang iman kot..sbb tu x boleh bsabar…apa pendapat puan untuk saya,jika ada yang boleh saya lakukan..sbb saya xnak pukul dia..dia masih kecil lagi..tak tahu apa2..

  • MAMA ANAK DUA
    May 17, 2017

    Saya mempunyai seorang anak lelaki berumur 6 tahun. Kita selalu diingatkan agar jangan cakap anak degil krn kata2 itu 1 doa. tetapi dia yg mula menunjukkan sikap tersebut. Setiap perkara yg disuruh perlu diulang banyak kali sehingga perlu meninggikan suara barulah dia mendengar kata. Saya sentiasa mengawal diri saya agar tidak terlepas kata dan perbuatan tetapi kadangkala dia sgt2 menguji kesabaran dan saya benar-benar tertekan. Saya selalu beritahu dia sejak mengandung, sy selalu mengamalkan bacaan doa, jaga pemakanan.Dia juga mengamalkan bacaan doa harian dan saya sering ingatkan bila bc doa, syaitan semula lari jd sepatutnya dia jadi budak baik. Dia juga sering mengganggu kakaknya. Apabila keluar berjalan dia sering membuat perangai inginkan permainan,jika tidak dibelikan dia akan merengek tidak henti,menangis dan mengamuk.Apabila keluar membeli barang dapur, sentiasa ada saja brg yg ingin dibeli walaupun sudah dipesan.Pembelajaran dia juga agak perlahan, dan saya berusaha keras membantu dia betul2 mengenal ABC.Di rumah, dia suka merosakkan kepala paip sehingga air keluar dan bocor.Baru-baru ini dia telah mencurah 1 botol mandian 2 liter yang baru dibeli ke dalam mangkuk tandas ketika saya sdg memasak pulang dari kerja.Perbuatan ini sgt2 menguji kesabaran saya.Saya memarahinya dan memberitahu perbuatan ini membazir dan bertanya mengapa sampai dia bersikap begini.Saya betul2 buntu.Saya cuba mengawal dari terlepas kata dan perbuatan. dan saya berasa sangat tertekan.Setiap hari sy berdoa dia menjadi anak yang baik tetapi dia menjadi sebaliknya.

  • 😠
    July 11, 2017

    Tak patut sebenarnya memarahi anak dengan kata-kata yang kesat!!! sepatutnya sang ibu itu harus bersabar dan jangan terus memarahi anak secara melulu kerana ia boleh merugikan dirinya sendiri!!! Kalau nak marah pun jangan lah sampai pukul-pukul banyak lagi alternatif lain yang boleh dilakukan seperti hukum anak dengan menyorok mainan dia ke ape ke. Apepun jangan guna kata-kata kesat/negatif untuk melepaskan marah!!! sabar itu lebih baik!!!

  • esy
    October 11, 2017

    Anak umur 11bln.. Dari lahir sampai sekarang kuat menangis. Nak melekat 24 jam.. kadang2 tension bila dengar dia menangis.. nak buat keje rumah kadang2 tegendala. Duduk rumah apartment jiran kiri kanan dengar suara bby menangis. Bila iman xkuat tercubit la jugak 😢 bila dah cubit menyesalnya..

    • Pn Aminah Hussain
      October 26, 2017

      banyakkan bersabar puan

  • Marziella bt Ab Rahman
    March 12, 2018

    Assalamualikum.. Saya ade 3 anak.. Sulong 9thn, Kedua 6thn & Bongsu 3thn.. Anak saya yg sulong byk masalah di sekolah dari segi disiplin.. Dia suka buli kwn2 contohnya sorok kasut, pensel, buku, beg.. Baru2 nie dia sorok baju pengawas sekolah.. Cikgu tel buat aduan yg anak saya buli kwn sekolah.. Cikgu panggil saya dan suami utk kaunseling.. Nak kata kami selalu pukul anak, mmg jarang laa.. Bila dia betul2 buat salah baru pukul kaki or tpk tgn.. Itu pun kalau btl2 besar kesalahan.. Dari segi akedemik, anak saya antara pelajar cemerlang.. Cuma dia nakal suka membuli.. Saya xtahu nak buat mcm mane lagi.. Patut ke saya tukar sekolah anak ataupun ade cadangan lain..

    • Pn Aminah Hussain
      March 14, 2018

      waalaikummusalam puan. saya rasa puan perlu cek siapa kawan- kawan anak disekolah. latar belakang mereka

      • Marziella bt Ab Rahman
        March 15, 2018

        Terima kasih puan..

Produk Kami

Previous
Biarkan Anak Cerdik Pada Tempatnya
Kesan jika selalu tampar, cubit atau pukul anak

0
Your Cart