Lansing dalam masa 7 hari. Jom cuba menu ni

Cepatnya masa berlalu. Bagaimana dengan azam anda untuk menurunkan berat badan pada tahun 2015 ini? Adakah anda sudah mencapai matlamat atau masih lagi berusaha untuk mengejar target dan mendapatkan berat badan yang sesuai. Cuba ikuti cara pemakanan di bawah nanti, saya yakin anda pasti akan dapat menurunkan berat badan dalam masa 7 hari sekurang- kurangnya 7kg ke atas.

Hari pertama

Fruit-for-diet

Hari pertama sangat penting, jangan cuba mengelat ye. Anda hanya perlu makan buah buahan yang ringan dan berair seperti epal, buah pear, tembikai dan sebagainya. Sepanjang hari anda boleh memakan apa sahaja buah yang mengandungi banyak air kecuali pisang. Pastikan juga anda meminum banyak air untuk mengelakkan hidrasi. Pastikan juga anda mengambil multivitamin untuk tenaga sepanjang hari.

Hari kedua

salad-diet

Perkara yang harus anda lakukan untukĀ  turun sebanyak 7kg seminggu adalah dengan mengikut diet ketat sayuran. Isikan hari anda dengan mengambil semua jenis sayuran. Anda boleh mengolah sayuran tersebut dengan makan secara mentah, salad, kukus atau rebus. Elakkan menggoreng atau menumis. Hari kedua juga anda perlu meminum banyak air untuk elakkan hidrasi.

Hari ketiga

Menu hari ini ialah menu yang penuh warna warni. Campurkan buah- buahan dan sayuran untuk dijadikan jus. Anda boleh makan jus ini sehingga 3 kali sehari tetapi elakkan menggunakan buah pisang atau ubi kentang. Jangan lupa minum air secukupnya.

Hari keempat

Hari ini anda boleh mengambil buah pisang atau susu. Boleh cuba buat milkshake pisang atau di makan secara terus. Jika anda berasa letih amalkan suplemen sepanjang 7 hari ini.

Hari kelima

basmati_rice_lg

Badan anda akan terasa ringan pada hari kelima ini. Jadi hari ini anda boleh makan sebanyak 5 senduk sederhana nasi. Tambahkan 7-8 potongan tomato. Anda boleh makan nasi sebanyak 2 kali sehari tetapi jangan sesekali makan nasi di waktu malam. Tingkatkan juga pengambilan air putih.

Hari keenam

Ambil sarapan yang tinggi protein. Tengahari anda boleh makan nasi dengan sayuran dan ambil juga segelas susu di waktu malam.

Hari ketujuh

Anda boleh mengambil 5 senduk nasi dengan sayuran serta buah- buahan yang sihat. Minumlah jus buah- buahan buatan sendiri untuk detox toksin daripada badan.

Anda akan hilang berat sebanyak 7kg jika anda betul- betul mengikut diet di atas. Eh, ada lagi!! Untuk membantu anda menurunkan berat dengan cepat sila ikuti tips dibawah:

Slide1

  1. Kurangkan makan daging ayam atau lembu, gantikan ikan atau sumber protein lain seperti tauhu atau tempe. Paling mudah minum ESP je.
  2. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup dan berkualiti. Tidur yang cukup akan membuatkan selera anda stabil dan tidak akan makan dengan berlebihan.
  3. Jika anda kurang suka pada sayuran, anda boleh makan buah dengan aneka jenis dan warna. Ia membantu system penghadaman dan dalam masa yang sama juga boleh menyingkirkan toksin daripada tubuh.
  4. Masak sendiri menu anda. Kelebihan masak sendiri ialah anda lebih menikmatinya dan bebas memilih bahan- bahan yang diinginkan. Elakkan pewarna atau perisa tambahan dan cuba kurangkan kandungan gula.
  5. Anda boleh melakukan senaman mudah dan berperingkat. Contohnya, 2 hari pertama senaman ringan, 2 hari seterusnya jogging, 2 hari di gymnasium dan hari minggu memadai dengan mendaki tangga yang banyak.
  6. Jangan makan sebarangan, sebaliknya makan dengan jumlah yang betul dan waktu yang sesuai. Makan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap.

Selamat mencuba!

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

Produk Kami

Previous
Jangan berperangai begini jika anda mahu kurus!
Lansing dalam masa 7 hari. Jom cuba menu ni

0
Your Cart