Magik ikan haruan untuk memulihkan luka bersalin

Hanyirnya bau dia. Itulah rata- rata pendapat para ibu kala bercakap tentang si ikan haruan. Namun tahukah anda di sebalik bau hanyir dan lendir itu mengandungi hampir 70% protein yang mampu mempercepatkan penyembuhan luka. Oleh sebab itulah, para ibu yang bersalin melalui czer atau pembedahan sangat digalakkan makan ikan haruan. Begitu juga dengan ibu- ibu yang bersalin secara normal.

Saya tidak lansung boleh menjamah ikan haruan baik selepas bersalin atau dalam keadaan biasa. Saya tidak tahan dengan baunya yang sangat hanyir. Namun saya tahu, ramai kawan- kawan saya yang  mengamalkan ikan haruan dalam pantang samada pati atau ikan segar. Jadi petua traditional ini sangat bagus untuk membantu penyembuhan luka dalaman dan luaran ketika bersalin.

haruan-besar

Menurut kajian, ikan haruan mengandungi albumin, iaitu jenis protein yang mempercepatkan penyembuhan luka. Malah kandungan protein ini lebih tinggi daripada sumber protein lain seperti telur, ayam mahupun daging.

Selain itu ia mengandungi lemak yang rendah iaitu 20 peratus daripada berat badannya. Ikan ini juga didapati memiliki sifat anti radang, penahan sakit, anti bakteria dan penyembuhan luka. Malah ekstrak ikan haruan dapat menyembuh, memulih, menahan sakit dan memperbaiki sel untuk pulih semula.

Menerusi penyelidikan yang dilakukan di Hospital Royal Perth, Australia mendapati ekstrak haruan dapat membantu mempercepat pembekuan darah.

Ekstrak atau pati ikan haruan

Sebaik- baiknya buat sendiri pati ikan haruan kerana ia lebih selamat dan terjamin. Tidak sukar untuk membuat sendiri pati ikan haruan. Cara sederhana dan mudah dilakukan dirumah. Caranya rebus ikan haruan sehingga patinya keluar. Tos untuk mengasingkan pati dan minum seperti air. Bagi mengelakkan rasa hanyir, tambahkan sedikit limau nipis atau halia di dalam rebusan.

Selain rebus dan dibuat sup, ikan haruan juga boleh dikukus. Elakkan menggoreng atau membakar ikan haruan bagi mengelakkan khasiat yang terdapat dalamnya hilang. Tambahan pula minyak dalam gorengan mampu meningkatkan tahap lemak pada ikan. Walhal ikan ini merupakan ikan yang baik kerana rendah lemak dan kolestrol.

Sebelum menamatkan penulisan kali ini, ibu ingin berkongsi resepi sup ikan haruan warisan nenek moyang ibu. Tapi ibu sendiri tidak dapat nak amalkan sebab selalu muntah setelah mencuba. Ibu selesa dengan menggunakan set bersalin tanpa jamu dan hasilnya juga sama seperti amalkan ikan haruan. 

sup-ikan-haruan

Resepi sup ikan haruan:

Bahan bahannya:

  • 1 ekor ikan
  • 2 cawan air
  • 2 sudu minyak jagung
  • 1 sudu lada hitam ditumbuk
  • 3 ulas bawang merah ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk
  • 2 cm halia
  • 1 keping asam keping
  • garam
  • daun bawang dan daun sup

Tumis semua bahan kecuali ikan, daun sup dan daun bawang. Masukkan air dan biarkan mendidih. Masukkan ikan dan asam keping dan amsak sehingga isi ikan empuk. Taburkan daun bawang dan daun sup, sedia untuk dimakan.

Boleh cuba ye !

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

Produk Kami

Previous
Merawat puting luka dan pedih semasa menyusu
Magik ikan haruan untuk memulihkan luka bersalin

0
Your Cart