Makan Banyak Pun Tak Gemuk

Salam semua kepada pembaca yang sudi singgah di blog Ibu ni.

Biasa tak ibubapa semua dengar ungkapan seperti dalam tajuk di atas? Kita sebenarnya risau sangat apabila anak kita makan banyak tapi tak juga gemuk- gemuk kan? Lagi pula bila sesi timbang dilakukan, BMI anak duk bawah garisan kuning kerana tidak cukup berat.

Lagi tambah menyesakkan nafas apabila orang tidak putus- putus menegur. Eh, kurusnya anak, tidak makan nasi ke? Dalam hati ibu- ibu sekalian mesti nak je jawab “biarlah kurus pun asal sihat walafiat” kan? Dan ianya betul, kurus takpe asalkan sihat sejahtera.

Apa penyebab anak kurus ye?

1. Metabolisma anak sangat tinggi.

Asal ada makanan yang masuk dalam perut mesti nak membuang. Kadang-kadang sehari anak boleh membuang sampai 3-4 kali. Ibubapa semua tidak perlu risau kerana membuang setiap hari bagus untuk cuci usus dan perut anak. Anak pun tiada kembung perut atau mengalami maslah sembelit jika kerap membuang.

2. Keturunan kurus

tip-naikkan-berat-anak

Ini terjadi pada anak Ibu sendiri. Kami suami isteri memang kurus keding, jadi berjangkit pada anak. Iman dan ikhwan masing- masing dilahirkan seberat 2.8kg dan sampai sekarang berat anak- anak kami ringan je walaupun mereka nampak gemuk. Tapi masih lagi normal kerana setiap bulan ada kenaikan walaupun hanya 200gram.

3. Kurang makan atau memilih makanan

Kadang- kadang apa yang anak masukkan dalam mulutnya kurang khasiatnya. Apatah lagi jika anak terlalu memilih makanan atau suka yang manis- manis sahaja.  Tiada protin dalam hidangan menyebabkan tiada otot kekal terjadi. Jadi pemakanan perlu mengikut piramid makanan.

Tip Makanan Untuk Anak Kurus

1. Pastikan anak diberi pelbagai makanan mengikut saranan Piramid Pemakanan Malaysia. Jangan beri anak makan makanan yang rendah lemak.

2. Makanan tinggi kalori sangat sesuai untuk meningkatkan berat badan ke tahap yang normal.Beri anak makanan sekurang-kurangnya 5 hingga 6 kali sehari.

3. Bekalkan anak snek sihat seperti biskut lemak, buah-buahan kering, sandwic dan kekacang setiap kali dia ke sekolah. Rehatkan anak anda daripada sebarang aktiviti sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu makan.

4. Elakkan memberi anak anda makanan yang tinggi kandungan gulanya seperti makanan ringan dan minuman berkarbonat.

Nampak senang kan? Tetapi hanya ibu- ibu yang menjaga anak sahaja tahu bagaimana susahnya nak bagi makanan berkhasiat pada anak, apatah lagi jika anak seorang yang memilih makanan. Penyelesaiannya ada dalam video diatas. Rasa macam nak buat kuiz pulak untuk pembaca ibudoakan semua. Nanti 1 disember Ibu akan mengumumkan soalan kuiz berdasarkan video tersebut. Tunggu ya!! Ada hadiah menanti untuk anak- anak syurga mu.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

1 Comment

Produk Kami

Previous
Adam Anak Pramatang
Makan Banyak Pun Tak Gemuk

0
Your Cart