Menangani sakit biasa sewaktu hamil part 2

Susulan daripada artikel menangani sakit biasa sewaktu hamil part 1, ramai yang memberi respons “bukan itu aje kak min, banyak lagi ‘keseksaan’ yang perlu dihadapi semasa mengandung, melahirkan dan berpantang”. Dan ianya adalah benar sama sekali.

Entry ini bukanlah hendak menakut- nakutkan wanita- wanita di luar sana yang mahu hamil, namun ia adalah persediaan kepada cara mengatasi masalah dan kesakitan yang timbul semasa mengandung.

Bila kita dah tahu awal, jadi senang la nak lakukan apa yang perlu semasa penyakit itu menyerang. Betul tak semua ibu- ibu? Apa lagi yang biasa ibu hamil hadapi? Jom kita lihat apa dan cara menanganinya.

Spotting

Perkara ini agak biasa di kalangan wanita hamil. Kira- kira 20% wanita mengalaminya. Kehadiran tompok darah kecil (spotting) ini biasanya berlaku pada 12 minggu pertama, dan kerana itu ada wanita yang tidak sedar dirinya telah hamil dalam tempoh tersebut.

Sungguhpun begitu, jika anda mengalami spotting ini, beritahu pada doktor anda.

Anda boleh mengurangkan gejala ini dengan banyakkan berehat, tidak berdiri terlalu lama, mengahadkan aktiviti fizikal, tinggikan kaki bila berkesempatan dan elakkan mengangkat barang- barang berat lebih dari 4 kg.

cara mengatasi masalah berpeluh semasa mengandung

Cirit birit

Sekiranya anda perlu membuang air besar, yang cair rupanya lebih dari 3 kali sehari, anda boleh dikatakan mengalami cirit- birit. Keadaan ini boleh menyebabkan anda terhidrat, oleh itu pastikan anda minum banyak air dalam tempoh ini.

Ada beberapa sebab anda mengalami cirit- birit ketika hamil. Satu daripadanya ialah kerana perubahan cara pemakanan. Wanita hamil biasanya akan mengubah menu pemakanan supaya bayi mendapat khasiat secukupnya.

Ia juga mungkin terjadi disebabkan anda sensitif terhadap makanan tertentu. Selain itu perubahan hormon ketika hamil boleh membuatkan sistem penghadaman menjadi ebih perlahan (sembelit) dan ada kalanya cirit- birit.

Sekiranyanya berlaku pada trimester pertama atau kedua, kemungkinan besar ianya berpunca dari bakteria atau virus. Oleh itu elakkan membeli makanan di gerai, memakan buang yang tidak dibuang kulitnya atau dikopek oleh orang lain.

banner-naikkan-hb-1

Rasa Panas

Perubahan hormon badan boleh membuatkan anda berasa sedikit panas semasa hamil. Anda juga mungkin lebih banyak berpeluh. Atasinya dengan memakai pakaian longgar yang diperbuat daripada kapas atau linen, berada dalam bilik yang sejuk serta mandilah secara kerap untuk menyejukkan badan.

Ramai pelanggan Ibu yang hamil mengalami masalah ini disebabkan sekarang cuaca panas melampau. Sediakan air minuman isotonik yang tiada gas dan gula demi pastikan diri anda tidak dehidrasi.

Keputihan

Masalah keputihan kerap berlaku pada wanita hamil. Sekiranya anda mengalami discaj vagina yang berketul- ketul, rasa gatal atau pedih pada kemaluan, itu adalah petanda anda mempunyai masalah keputihan.

Pakai pakaian yang loggar untuk beri pengudaraan pada tubuh dan kemaluan anda. Pastikan bahagian kemaluan dikeringkan setiap kali lepas mandi dan tukar pakaian anda setiap kali anda berpeluh.

Jika discaj bewarna kehijauan dan mempunyai bau yang kurang menyenangkan, rujuk doktor takut- takut anda terkena jangkitan bakteria yang serius.

Vena varicose

cara menaikkan hb

Wahh, tiba- tiba keluar bahasa doktor pula. Apa itu vena varicose? Bahasa mudahnya urat timbul. Penonjolan urat yang berselirat seakan sarang labah- labah pada kaki ini disebabkan oleh tekanan daripada fizikal mengandung dan pengembangan salur darah.

Jika mahu mengelakkan masalah ini, anda perlu mengelakkan pakaian yang ketat, bercangkung, duduk sambil menyilang kaki atau berdiri terlalu lama. Bila berehat pastkan kaki diangkat lebih tinggi daripada jantung, Anda juga boleh dapatkan tali pinggang materniti atau sarung kaki sokongan.

Bengkak kaki

Cuaca panas, banyak berdiri, boleh menyebabkan kaki anda membengkak terutama pada peringkat akhir kehamilan. Atasi masalah ini dengan mengawal pengambilan cecair, elakkan makanan masin, angkat kaki melebihi paras dada ketika berehat, bersenam.

Elakkan posisi mencangkung atau berdiri terlalu lama. Pastikan juga anda makan makanan yang boleh naikkan hb.

Linea Nigra

Satu lagi istilah sains dalam artikel Ibu. Bahasa mudahnya ialah garis hitam yang terbentuk secara menegak pada perut anda. Garisan hitam ini adalah bermula dari pusat hingga ke ari- ari.

Garisan ini mulai ketara pada usia kehamilan 5 bulan dan akan menjadi semakin gelap pada bulan- bulan seterusnya. Jangan risau. ianya akan hilang selepas anda melahirkan anak.

 

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

Produk Kami

Previous
Menangani sakit biasa sewaktu hamil part 1
Menangani sakit biasa sewaktu hamil part 2

0
Your Cart