Suplemen Untuk Anak

Suplemen Untuk Anak

Suplemen untuk kehamilan demi tumbesaran anak dan perkembangan otak anak dari dalam kandungan lagi sangatlah penting untuk diambil oleh ibu mengandung. Begitu juga ketika penyususan. Ibu- ibu menyusu juga perlu mengambil suplemen dan vitamin semasa meyusus demi menyalurkan zat yang terbaik kepada anak melalui susu ibu. Namun apabila aank sudah bercerai susu badan, apa pula suplemen yang harus kia berikan pada anak supaya makanan- makanan ini dapat meransang tumbesaran, menguatkan imun anak dan meransang pembentukaan minda yang pintar dan cerdik? Makanan yang diberikan juga harus seimbang mengikut piramid makanan. 1. Makanan sunnah sebagai jajan Ibu menyediakan 1 bekas besar jajan yang …

Susu Ibu Berharga RM16 ribu

Susu Ibu Berharga RM16 ribu

As salam kepada semua pembaca yang dikasihi. Sambil- sambil melayan pm dari customer, tiba- tiba lalu satu gambar yang di newsfeed facebook Ibu yang membuatkan Ibu mengeleng kepala sendirian. Kisah wanita menyusu daripada luar negara ini memang menjadi viral satu dunia yang mana dia menjual susu badannya kepada pihak ketiga dengan mendapat duit sehingga berbelas ribu ringgit Malaysia. Lumayan tu..hu hu Dulu Ibu juga pernah terbaca yang seorang peniaga kek menghasilkan keknya dengan menggunakan susu badannya sendiri. Malahan dia mengiklankan keknya itu kek susu ibu dan ramai pelanggannya berpuas hati dan datang kembali untuk menikmati air tangan wanita tersebut. Bertuahnya jika …

Perkara Penting Yang Perlu Diketahui Semasa Hamil Part II

Perkara Penting Yang Perlu Diketahui Semasa Hamil Part II

Artikel ini adalah sambungan kepada artikel Perkara Penting Yang Perlu Diketahui Semasa Hamil. Jom kita lihat apa lagi yang perlu kita ketahui di saat kita dikhabarkan berita yang kita sedang berbadan dua. 1. Buku merah Jika anda melakukan pregnancy test di klinik, dan di sahkan positif, anda akan terpaksa menunggu 2 hingga 3 jam lagi kerana pada masa inilah jururawat akan membuka buku merah untuk anda. Semua rekod kesihatan anda dan suami serta keluarga akan dicatat pada buku tersebut dan kemungkinan juga anda akan diperiksa oleh doktor sendiri. 2. Degup jantung bayi Kebiasaannya anda akan diminta menghadiri check up sebulan sekali …

Kenapa Bila Hamil Kena Makan Vitamin?

Kenapa Bila Hamil Kena Makan Vitamin?

As salam kepada semua pembaca sekalian. Hari ini Ibu nak kongsikan pengalaman semasa mengandung. Sebulan setelah berkahwin Ibu disahkan mengandung selama 2 minggu. Alhamdulillah, tidak terungkap dengan kata- kata bila merasai ada janin di dalam rahim Ibu. Pada ketika itu juga suami Ibu meminta batalkan semua temuduga kerja dan fokuskan pada kehamilan sahaja. Seperti orang lain juga, Ibu turut mengalami masalah tidak lalu makan, muntah di waktu pagi dan jerawat naik dengan banyakknya pada bahagian belakang badan. Masya Allah inilah pengorbanan seorang Ibu, patutlah Allah memuliakan Ibu dengan 4 kali ganda daripada seorang bapa. Pertama kali ke klinik untuk membuat buku …

Kenapa Arjuna Beta Tak Dapat Masuk Final?

Kenapa Arjuna Beta Tak Dapat Masuk Final?

As salam semua pembaca setia ibudoakan.com. Harapnya masih belum jemu dengan apa yang Ibu sajikan buat para ibubapa sekalian. Siapa tengok AJL semi final malam tadi? Sesiapa yang membaca kisah disebalik airmata Fynn Jamal ini pastinya kecewa kerana lagu Arjuna Beta tidak layak masuk final kan? Sejujurnya Ibu tidak menyaksikan semi final malam tadi tapi melalui group whatapps sekolah Ibu dapat mengetahui senarai 12 lagu yang layak. Dalam list tersebut tiada Fynn Jamal, tiada Arjuna Beta. Sedih  kan? Lagu yang telah menyentuh hati hampir 30ribu kaum ibu di Malaysia tidak berjaya ke final dan menjadi juara. Tapi tak apa, lagu Arjuna …

Makan Banyak Pun Tak Gemuk

Makan Banyak Pun Tak Gemuk

Salam semua kepada pembaca yang sudi singgah di blog Ibu ni. Biasa tak ibubapa semua dengar ungkapan seperti dalam tajuk di atas? Kita sebenarnya risau sangat apabila anak kita makan banyak tapi tak juga gemuk- gemuk kan? Lagi pula bila sesi timbang dilakukan, BMI anak duk bawah garisan kuning kerana tidak cukup berat. Lagi tambah menyesakkan nafas apabila orang tidak putus- putus menegur. Eh, kurusnya anak, tidak makan nasi ke? Dalam hati ibu- ibu sekalian mesti nak je jawab “biarlah kurus pun asal sihat walafiat” kan? Dan ianya betul, kurus takpe asalkan sihat sejahtera. Apa penyebab anak kurus ye? 1. Metabolisma …

Adam Anak Pramatang

Adam Anak Pramatang

Comel ke tidak Muhammad Adam Bin Pazil ni? Comel kan. Sekarang Adam sudah mencapai usia 4 tahun. Hari ini adalah hari lahir Adam yang ke 4 tahun. Adam ini sebenarnya anak saudara Ibu. Teman sepermainan Iman dan Ikhwan. Dulu kami tinggal satu rumah, tetapi mulai bulan lepas Adam sudah tinggal dirumah sendiri bersama ibu dan bapanya.   Anak Tidak Cukup Bulan Menyingkap kelahiran Adam pada 4 tahun yang lepas, Adam dilahirkan premature atau tidak cukup bulan dengan hanya mempunyai berat sebanyak 1.6kg. Masa tu Ibu sedang mengandungkan Iman. 27/11/11, pada jam 1 pagi mama Adam mengejutkan Ibu dan memberitahu air ketuban …

Cara Ajar Anak Pandai Mengaji

Cara Ajar Anak Pandai Mengaji

As Salam Pagi isnin pagi yang ceria. Indahnya waktu dhuha ini tidak terungkap dengan kata- kata. Seperti bait- bait makna dalam doa dhuha: “Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu waktu dhuhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu, keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu, kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu . Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh” Ibu selalu membaca doa dhuha ni …

Tabahnya diri mu kawan..

Tabahnya diri mu kawan..

Selamat pagi kepada semua pembaca yang dikasihi. Terima kasih kerana membaca mengenai lirik lagu Arjuna Beta yang Ibu siarkan semalam. Tidak dijangka ramai yang terharu dan tersentuh hati bila membaca entry tersebut. Moga semua pembaca mendapat manfaat daripada kisah Fynn Jamal dan anaknya itu. Hari ini, masih lagi berkisar mengenai tabahnya seorang ibu. Ya, kenapa ibu? Kerana ibulah yang mengandung,melahirkan dan menyusukan anak. Ibu tiada pengalaman berdepan dengan anak yang mengidap penyakit autisme, cerebral palsy atau sindrom down. Namun antara kawan- kawan ibu ada yang mempunyai anak istimewa ini. Sindrom Down Kakak sepupu sebelah suami Ibu mempunyai anak perempuan yang ada …

Airmata Fynn Jamal

Airmata Fynn Jamal

As salam Malam tadi kerana ingin menemankan anak yang cerah matanya sehingga jam 11 malam, Ibu berkesempatan mengikuti siaran lansung separuh akhir muzik- muzik di TV3. 6 lagu yang pertama Ibu tidak fokus lansung kerana sedang merangka jadual belajar untuk Muhammad Iman. Namun apabila tiba giliran Fynn Jamal Ibu memaksa mata untuk melihat tv kerana ingin mengenali siapakah Fynn Jamal ini yang telah membangkitkan kemarahan ramai ibu- ibu diluar sana dengan sikap keterbukaannya dalam menceritakan kepada umum status anak angkatnya. Lirik Arjuna Beta Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur datang petir menyambar jengking dan ular– bonda takkan berundur nyamanlah …

1
Your Cart