Perlukah Anak Diberi Vitamin Atau Makanan Tambahan

Perlukah Anak Diberi Vitamin Atau Makanan Tambahan

Semenjak Ibu aktif  mengambil bahagian dalam satu group ibubapa yang ditubuhkan di facebook, soalan lazim yang keluar daripada ibubapa ialah: Perlukah anak diberi vitamin atau suplemen? Respons daripada ibubapa yang menjawab juga pelbagai. Ada yang kata perlu, ada yang kata tidak perlu. Persoalannya sekarang apakah jenis zat atau vitamin yang diperlukan oleh seorang kanak- kanak membesar? Melalui blog Dr Zubaidi, vitamin dan mineral yang diperlukan oleh budak ialah: Kalsium Vitamin B12 Vitamin D Asid Lemak (Omega 3) Zat Besi Ramai juga ibubapa mempunyai anak yang kurus, tidak lalu makan atau terlalu memilih makanan sampai merunsingkan ibu yang menyediakan makanan. Setiap kali …

Tidak Elok Bagi Anak Tengok Tv

Tidak Elok Bagi Anak Tengok Tv

Assalammualaikum semua ibu- ibu yang anggun.. Menjadi kebiasaan kepada kita membiarkan anak menonton tv apabila kita ingin membuat kerja rumah atau berehat. Kita memberi anak menonton tv kerana ia adalah salah satu cara supaya anak diam. Namun timbul persoalan mengenai elok atau tidak memberi anak-anak menonton TV atau ipad atau computer. Perlu had anak tengok Tv Jawapannya, tidak elok jika tiada kawalan. Boleh, jika program yang ditonton dipilih dan dipantau kandungan dan kesannya. Membiarkan anak-anak kecil terdedah kepada TV terlalu lama boleh menjadikan mereka tidak keruan. Emosi mereka akan menjadi turun naik dan tidak stabil akibat menonton sesuatu cerita itu kerana …

Cara Untuk Bersihkan Gigi Anak Kecil

Cara Untuk Bersihkan Gigi Anak Kecil

Bila anak tumbuh gigi pertama Pertumbuhan gigi bagi kedua- dua anak saya adalah hampir sama. Sebatang gigi dibahagian bawah mula tumbuh apabila mereka mencecah umur 8 bulan. Bagaimana dengan anak ibu- ibu semua diluar sana? Umur berapa anak anda mempunyai gigi? Dengan tumbuhnya gigi, ini bermakna anak kita sudah bersedia untuk menerima makanan yang mempunyai sedikit tekstur. Kita sudah boleh memperkenalkan anak kepada makanan pejal seperti potongan lobak dan ayam yang dihiris nipis- nipis. Namun, dengan memperkenalkan anak kepada makanan yang bertekstur ini, ia akan menyebabkan karies pada gigi anak. Senang cerita, gigi anak akan kekuningan jika tidak dibersihkan dengan segera. …

Anak Demam. Apa Yang Perlu Dibuat?

Anak Demam. Apa Yang Perlu Dibuat?

JIKA ANAK DEMAM Ini adalah status update dari Puan Siti Aisyah Yusof di facebooknya. Membaca panduan ini, saya terpanggil unuk berkongsi penjagaan bayi ketika demam dengan para pembaca saya yang dikasihi. Jom kita baca dan cuba ye. Semoga berjaya. Panduan untuk ibu- ibu semua, semoga bermanfaat. ✔ Jika anak demam, pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun kerana semasa penulis bergelar cikgu sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk. Samalah dengan suhu badan anak yang panas tadi. …

Kehidupan Seorang Ibu

SERONOKNNYA JADI IBU Ada kawan pernah berkata pada ibu. Hidup ang seronok je aku tengok, duk umah rilex jaga anak je. Mesti korang pun penah dapat pujian yang macam ni kan? Bagaimana korang respon? Seperti ibu mesti korang akan senyum dan berkata Alhamdulillah. Namun apa hakikat sebenar disebalik jawatan seorang surirumah sepenuh masa ini? Bagi ibu yang bekerja di luar sana harap selepas membaca artikel ini korang tidak lagi berasa irihati atau jeles dengan kaum ibu yang bergelar seorang surirumah. Inilah artikel rutin seorang ibu yang tidak bekerja. Bangun pagi adalah seawal jam 6 pagi. Ini adalah untuk solat dan bersiap …

Antara Surirumahtangga Dan Engineer

Tidak pernah Ibu fikir, suatu hari nanti Ibu akan bergelar seorang surirumahtangga sepenuh masa. Ini bukan impian Ibu, Ibu bercita- cita mahu menjadi seorang guru. Cita- cita ini ialah impian yang Ibu tanam dari zaman sekolah rendah lagi. Tetiba bila berada di politeknik yang beraliran kejuruteraan cita- cita Ibu juga turut bertukar. Masa ni tekad hati Ibu ingin menjadi seorang jurutera, bahasa glamournya engineer. Jadi Ibu berusaha bersungguh- sungguh untuk merealisasikan cita- cita Ibu itu. Oleh kerana keputusan SPM Ibu yang cukup- cukup makan je, Ibu bermula dengan sijil, seterusnya diploma dan akhirnya ijazah. Ibu telah habiskan masa 8 tahun untuk …

Pengedar Shaklee di Kuantan, Pekan, dan Kemaman

Pengedar Shaklee di Kuantan, Pekan, dan Kemaman

  Pengedar Shaklee di Kuantan, Pekan, dan Kemaman Pengedar Shaklee Kuantan, Pekan dan Kemaman Nama saya Aisyah binti Abdul Madul Saya mengenali Shaklee sejurus selepas menghabiskan pantang sewaktu melahirkan. Sepanjang tempoh berpantang selama dua bulan, saya hanya memberikan susu badan kepada bayi saya. Apabila sudah kembali bekerja, saya cuba memberikan susu formula kepada bayi. Namun begitu, saya dapati bayi saya sentiasa menolak susu formula tersebut. Oleh itu, saya terpaksa juga memberikan susu badan supaya tumbesaran bayi saya tidak terganggu. Walau bagaimanapun, lama kelamaan saya dapati susu badan saya semakin berkurangan dan bayi juga cepat berasa lapar. Sehinggalah pada suatu hari saya …

1
Your Cart