Tanda Hb Rendah

Tanda Hb Rendah

Adakah hb anda rendah? Adakah anda terlalu letih dalam kehidupan seharian? Mulai bangun daripada tidur rasa letih yang amat sehingga rasa tidak mahu pergi bekerja. Waktu makan, solat dan riadah juga terganggu dek kerana selalu berasa letih. Jika anda menjawab ya pada situasi di atas, sah, anda mengalami tanda hb rendah. Hb rendah akan mengakibatkan keletihan yang amat teruk. Keletihan ini berlaku kerana badan tidak mempunyai set darah merah untuk membawa oksigen ke dalam badan. Sel darah merah atau yang kita panggil hb ini adalah protin yang kaya dengan zat besi yang bertugas membantu sel- sel darah merah membawa oksigen daripada …

Pengedar Shaklee Tanjung Malim, Slim River dan Sungkai

Pengedar Shaklee Tanjung Malim, Slim River dan Sungkai

Assalamualaikum. Saya Puan Salena Shafiee adalah seorang pengedar bebas Shaklee bagi kawasan Tanjung Malim, Slim River dan Sungkai. Merupakan seorang ibu yang bekerja dari rumah yang mempunyai minat mendalam terhadap kesihatan dan hal-hal keibubapaan. Mendedikasikan hidup terhadap pengurusan rumah tangga demi kesihatan dan kesejahteraan keluarga. Sememangnya suplemen kesihatan semulajadi Shaklee menjadi pilihan bagi merealisasikan visi saya memelihara kesihatan keluarga. Saya juga berbesar hati untuk berkongsi kebaikan produk-produk Shaklee bersama-sama anda. Hubungi saya untuk konsultasi eksklusif berkenaan produk-produk Shaklee yang sesuai untuk kesihatan anda. Call/SMS/Whatsapp: 0124989860E-mail: salenashafiee@gmail.com …

Bebaskan Anak dari Sifat Penakut

Bebaskan Anak dari Sifat Penakut

Lazimnya ibu bapa akan menakutkan anak untuk menghalangnya daripada melalukan sesuatu yang tidak diingini. Contohnya untuk menghalang anak pergi ke dapur, ibu akan mengandaikan ada ketakutan dalam kegelapan. Perkara begini adalah merupakan salah satu sebab anak menjadi penakut dan sukar menghadapinya. Perasaan takut ini memberi impak negatif dalam tumbesaran emosi anak. Justeru wajarlah kita didik anak- anak syurga kita supaya hanya takut pada Allah yang Esa. Kenal Allah Untuk mengatasi ketakutan ini, anak- anak perlu dididik dengan mengenali Allah dan memahami apa iti iman. Pendidikan iman yang mantap dalam diri anak sedari kecil akan menjuruskan perasaan dan emosi yang hanya takutkan …

Cara ajar anak mengaji dari kecil

Cara ajar anak mengaji dari kecil

Salam kepada semua pembaca setia ibudoakan.. Maaf kerana Ibu sudah lama tidak menulis tips parenting untuk anda semua. Bagaimana mengajar anak membaca Al Quran seawal bayi.Itu topik hari ini dan Ibu sangat terkesan dengan pengalaman yang dikongsi oleh Puan Lina Karim, ibu kepada darwishdarwisya yang berjaya menghafal 30 surah seawal usia 3 tahun. darwishndarwisya.blogspot.com Jom kita baca bagaimana Puan Lina Karim mengajar anaknya mengaji sejak dari kecil. Itulah yang Ibu tengah usahakan sekarang dengan Muhammad Iman dan Muhammad Ikhwan. Semoga menjadi panduan juga pada ibubapa yang lain di luar sana. Rata rata saya dapati di Malaysia ini ramai yang mula mendedahkan …

Cara merawat dan menghilangkan gastrik ketika hamil

Cara merawat dan menghilangkan gastrik ketika hamil

Gastrik kronik SEPULUH tahun tiba- tiba sembuh? Gastrik memang satu lagi masalah orang zaman sekarang. Ada yang terkena gastrik sebab sengaja tidak makan. Alasan utama ialah nak kurus punya pasal dan ada jugak yang tak sempat nak sarapan & makan tengahari dek terlalu sibuk kat tempat kerja mengalahkan perdana menteri Malaysia. Apa yang teruknya ialah, sekali dah kena gastrik berkemungkinan besar akan terseksa selama-lamanya. Seksa yang bagaimana? Perut tak boleh kosong atau tak boleh terlalu penuh. Tak kena ulser perut tu dah kira cukup beruntung sangat dah. HB RENDAH? Sila klik sini untuk kisah wanita ini yang mempunyai hb sangat rendah. …

Menangani sakit biasa sewaktu hamil part 2

Menangani sakit biasa sewaktu hamil part 2

Susulan daripada artikel menangani sakit biasa sewaktu hamil part 1, ramai yang memberi respons “bukan itu aje kak min, banyak lagi ‘keseksaan’ yang perlu dihadapi semasa mengandung, melahirkan dan berpantang”. Dan ianya adalah benar sama sekali. Entry ini bukanlah hendak menakut- nakutkan wanita- wanita di luar sana yang mahu hamil, namun ia adalah persediaan kepada cara mengatasi masalah dan kesakitan yang timbul semasa mengandung. Bila kita dah tahu awal, jadi senang la nak lakukan apa yang perlu semasa penyakit itu menyerang. Betul tak semua ibu- ibu? Apa lagi yang biasa ibu hamil hadapi? Jom kita lihat apa dan cara menanganinya. Spotting …

Menangani sakit biasa sewaktu hamil part 1

Menangani sakit biasa sewaktu hamil part 1

Perubahan hormon, bentuk fizikal badan dan emosi membuatkan bakal- bakal ibu berdepan dengan pelbagai masalah sepanjang usia kandungan. Sebenarnya semua wanita melaluinya cuma ada yang teruk, ada yang ringan. Rasa sakit- sakit ini pastinya merisaukan wanita yang pertama kali mengandung. Ini sudah tentu kerana sebagai ibu kita mesti risau tentang kesihatan diri dan bayi di dalam kandungan.  Mari kita lihat apa yang biasa dialami oleh ibu mengandung dan cara mengatasinya. Mabuk/ Loya Morning sickness merupakan masalah biasa yang berlaku dalam 12 minggu yang pertama, malah ada yang berlarutan sehingga masuk trimester ke 2. Dianggarkan lebih 70% wanita mengandung mengalaminya. Perkara ini …

Aktiviti main pasir untuk ransang minda anak

Aktiviti main pasir untuk ransang minda anak

As salam kepada semua ibu bapa anak syurga.. Sudah dekat dengan cuti meraikan tahun baru cina. APA aktiviti atau rancangan yang sudah dirancang bagi menghabiskan masa berkualiti dengan anak dan keluarga tersayang? Seronok bukan apabila dapat melakukan aktiviti bersama- sama. Apatah lagi jika mainan atau percutian itu mampu meransang minda anak- anak. Ibu sekeluarga suka menghabiskan masa bersama- sama di tepi pantai. Pantai pilihan mestilah di negeri kelahiran Ibu iaitu Terengganu. Pantainya yang cantik, putih, bersih dan luas adalah menjadi pilihan Ibu untuk anak bermain. Bukan mandi laut ye, hanya melakukan aktiviti main pasir bersama- sama. Gambar hiasan Kadang- kadang terdetik, …

Milk booster semulajadi

Milk booster semulajadi

Setiap ibu menyusu pasti mahukan penyusuan yang sehingga 2 tahun atau paling kurang penyusuan eksklusif selama 6 bulan namun masalah biasa yang berlaku ialah susu mereka tiada atau susu tidak cukup. Tahukan anda bahawa, tiada istilah susu tiada atau susu kurang tetapi kita sendiri masih tidak cukup ilmu mengenai penyusuan. Si ibu perlulah kuat semangat dan mempunyai keazaman yang tinggi untuk menjayakan penyusuan ini. Selain daripada suplemen menyusu yang sedia ada dipasaran, ada juga makanan alami yang boleh menjadi milk booster ibu menyusu. Pemakanan ysng sihat ini boleh membantu ibu mendapatkan susu yang melimpah ruah dan berkhasiat. 1. Kurma Makanan sunnah …

Keracunan Makanan Boleh Berjangkit?

Keracunan Makanan Boleh Berjangkit?

Salam kepada semua pembaca setia ibudoakan.com.. Maafkan Ibu kerana sudah lama tidak menulis diruangan ini. Ini kerana kami, Ibu dan Ikhwan terkena keracunan makanan yang menyebabkan Ibu mengalami muntah berterusan. Rasanya kali terakhir Ibu terkena keracunan makanan adalah semasa peperiksaan kertas terakhir semasa menuntut di Unimap dulu. Sepanjang peperiksaan yang selama 2 jam setengah, Ibu terpaksa berulang alik ke tandas ataupun longkang kerana muntah. Kali ini simptonnya sama, muntah berterusan sehingga sampai satu masa ‘muntah angin’ je yang ada. Ikhwan yang masih kecik tu pun mengalami munah yang sama kerana anak itu masih lagi menyusu badan daripada Ibu. 2 hari kami …

0
Your Cart