Perkara Penting Perlu Diketahui Semasa Hamil

Penjagaan kesihatan diri dan janin sepanjang kehamilan begitu dituntut di kalangan wanita yang hamil. Wanita hamil  sebenarnya terdedah kepada pelbagai risiko. Persekitaran, pemakanan dan gaya hidup perlu dititikberatkan agar anda tidak mengundang bahaya kepada janin anda sendiri.

Perkara Penting Yang Perlu Anda Tahu

1. Waspada cacar air

elak-cacar-air-wanita-hamil

Cacar air adalah penyakit berjangkit. Pastikan anda mengelakkan diri daripada sesiapa yang mengalami penyakit tersebut. Sekiranya anda sedang amil kurang daripada usia 20minggu, ia tidak memberi risiko kepada janin. Namun jika anda demam cacar air semasa usia kehamilan di trimester ke 3 iaitu seminggu sebelum kelahiran, berkemungkinan bayi akan mengalami penyakit yang serupa.

2. Jangan paksa bersenam

Adakah senaman itu berbahaya kepada janin? Senaman semasa hamil tidak mendatangkan sebarang risiko kepada janin sekiranya ia dilakukan dengan kaedah yang betul. Misalnya dalam senaman perlu ada sesi pemanasan badan, kemudian diakhiri oleh sesi ‘cooling down’.

Ini kerana perubahan hormon membuatkan tubuh mudah terdedah kepada kecederaan. Jangan paksa diri untuk bersenam. lakukan sahaja senaman ringan dan minum banyak air agar tubuh tidak dehidrasi. Anda boleh berjalan atau berenang. Ianya senaman bagus untuk ibu hamil.

banner-naikkan-hb-1

3. Panduan menaiki kapal terbang

Ada pendapat mengatakan menaiki kapal terbang boleh membahayakan janin. Sebenarnya ia tidak mengundang bahaya jika dilakukan pada usia kehamilan yang epat. Waktu terbaik untuk menaiki kapal terbang ialah pada trimester kedua dengan syarat si ibu tidak mempunyai komplikasi kehamilan.

Sebelum membuat keputusan, anada sepatutnya berjumpa doktor dan membawa surat doktor semasa ingin membeli dan menaiki kapal terbang. Di dalam kapal terang anda perlu membuat beberapa senaman ringkas demi mengelakkan kekejangan otot seperti mengerakkan kaki atau jari- jari. Anda juga perlu kerap minum air kosong kerana udara dalam kabin adalah sangat kering.

4. Sakit bawah perut

Adakah selalu sakit bawah perut itu menandakan anda keguguran? Tidak kerana adalah normal jika anda mengalami sakit bawah perut teutama jika anda hamil anak yang sulong. Kesakitan ini adalah disebabkan oleh sambungan tulang- tulang di sekeliling rahim yang menegang. Namun tidak salah jika anda merujuk masalah ini kepada doktor anda.

5. Perut besar atau kecil

size-perut-wanita-hamil

 

Perut saya kecil, adakah janin sayatidak membesar? Perlu diketahui besar atau kecil perut anda tidak boleh menjadi penanda aras kepada kesihatan janin dalam kandungan. Semasa kehamilan, adalah normal perut kelihatan kecil kerana otot- otot perut masih belum kuat merenggang. Scan janin anda dan minta doktor jelaskan tentang perkembangannya.

6. Morning sickness buat janin lapar

Benarkah morning sickness iu menandakan janin anda lapar? Apatah lagi ketika mengalami keadaan itu wanita hamil sering munah dan sukar menjamah makanan. Ketahuilah bahawa morning sickness tidak membuatkan janin kelaparan, kerana tubuh secara semulajadinya telah membekalkan makanan kepada janin.

Makanlah secara sedikit- sedikit tetapi kerap agar ianya memberi manfaat kepada janin anda.

7. Jaga kebersihan

Cecair dari vagina keluar dengan banyaknya. Ia adalah normal dan bukannya anda ada jangkitan kuman yang memberi kesan buruk kepada janin. Ia berlaku kerana perubahan hormon wanita hamil. Sebaiknya jaga kebersihan dengan memakai seluar dalam dari kain cotton dan menukarnya sekerap yang mungkin.

Justeru, wanita hamil perlu diketahui maklumat berkaitan dengan risiko kecemasan yang perlu di ambil berat agar kandungan dan janin sentiasa selamat. Teruskan menambah ilmu dengan membaca sebanyak mungkin artikel mengenai kehamilan.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

Produk Kami

Previous
Mengajar Anak Membaca Awal
Perkara Penting Perlu Diketahui Semasa Hamil

0
Your Cart