Perkembangan Anak Dari Lahir Hingga 3 Bulan

Selalunya kita pergi tengok bayi yang baru lahir, dia asyik tidur je kan? Biasa maknya cakap anak saya tidur lena siang hari, menangis dan berjaga pada malam hari. Bayi bukan tahu setakat menangis saja tau, sebenarnya ada 7 bahagian lagi dalam carta perkembangan anak- anak. Jom semak!

1. Motor Kasar

Pada umur 1 bulan bayi bertindakbalas apabila pipi dan mulutnya disentuh. Dari lahir jari jemari bayi biasanya menggenggam. Mak ayahkena buka genggaman dan cuci daki pada celah jari bayi tau. Penggunaan mittentak digalakkan sangat kecuali kuku anak panjang dan tajam.

Anak suka dan pandai menghisap dan mudah terkejut. Sebab itu ada mak ayah yang suka bedung bayi. Untuk elakkan anak terkejut diluar kawalan.

Pada umur 3 bulan pula bayi sudah dapat menggerakkan kaki dan tangan serta boleh mengawal kepalanya sendiri.

 

2. Motor Halus

Bayi dari lahir sudah boleh memandang ibu dan ayah dengan pandangan yang buat kita cair manakala bayi 3 bulan sudah boleh fokus pada objek yang dekat seperti mainan gantung yang ada pada kelambu anak.

3. Penglihatan

Semasa berjaga mata bayi 1 bulan akan berkedip- kedip memandang cahaya manakala pada umur anak 3 bulan, mata anak boleh mengikut objek yang bergerak dan anak boleh fokus pada objek yang dekat dengannya. 

4. Pendengaran

Anak dari bayi mudah sangat terkejut tapi jika tengah tidur lena badannya saja akan terkejut sehinggalah usia anak 2-3 bulan. Selepas itu barulah anak akan menunjukkan respon terhadap bunyi. Anak tidak terkejut dengan bunyi yang konsisten dan kuat seperti bunyi vakum tapi anak mudah terkejut dengan bunyi yang sekali sahaja seperti bunyi cicak di malam hari yang sunyi sepi.

5. Pertuturan dan bahasa

Bayi dari pantang hingga 2 bulan kerjanya menangis sahaja. Yang membezakan bayi yang sakit atau tidak sakit ialah tangisannya lama atau sekejap. Bayi yang menangis jika kita dukung atau pujuk akan menangis sekejap sahaja, tapi bayi yang sakit seperti kembung perut akan menangis lama dan kuat.

Mulai 3 bulan ke atas anak sudah mula mengeluarkan bunyi yang lembut berulang kali seperti mmm.

6 . Emosi

2 cara sahaja bayi menunjukkan emosinya iaitu menangis dan suka senyum.  Kita akan boleh melihat bayi menangis atau senyum walaupun dia tengah tidur tetapi bayi 3 bulan sudah mula membalas senyuman mak ayah.

7. Kognitif

Bayi dapat membezakan rasa melalui ekspresi muka untuk rasa manis, masam dan pahit. Selain itu, bayi akan mengerlipkan mata apabila tangan ditepuk dihadapan mukanya. Nak masuk 3 bulan anak suka membelek jarinya sendiri dan sudah pandai memasukkan objek ke dalam mulutnya.

7 bahagian perkembangan anak ini sangat perlu diambil berat oleh mak ayah. Selain daripada dimonitor oleh jururawat di klinik, mak ayah boleh monitor perkembangan anak sendiri dirumah. 

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

Produk Kami

Previous
Cara Mudah Mengajar Anak
Perkembangan Anak Dari Lahir Hingga 3 Bulan

0
Your Cart