Perlukah Anak Diberi Vitamin Atau Makanan Tambahan

Perlukah Anak Diberi Vitamin Atau Makanan Tambahan

Semenjak Ibu aktif  mengambil bahagian dalam satu group ibubapa yang ditubuhkan di facebook, soalan lazim yang keluar daripada ibubapa ialah:

Perlukah anak diberi vitamin atau suplemen?

Respons daripada ibubapa yang menjawab juga pelbagai. Ada yang kata perlu, ada yang kata tidak perlu. Persoalannya sekarang apakah jenis zat atau vitamin yang diperlukan oleh seorang kanak- kanak membesar?

vitamin-anak-cerdik

Melalui blog Dr Zubaidi, vitamin dan mineral yang diperlukan oleh budak ialah:

  1. Kalsium
  2. Vitamin B12
  3. Vitamin D
  4. Asid Lemak (Omega 3)
  5. Zat Besi

Ramai juga ibubapa mempunyai anak yang kurus, tidak lalu makan atau terlalu memilih makanan sampai merunsingkan ibu yang menyediakan makanan. Setiap kali ke klinik, si ibu pula terpaksa menghadap leteran nurse atau doktor yang menyuruh ibu mempelbagaikan resepi supaya anak cukup makan. Kadang- kadang vitamin lysine juga diberi oleh doktor sebagai satu cara untuk meningkatkan nafsu makan anak.

Sebenarnya apa itu suplemen?

Suplemen sebenarnya adalah makanan tambahan selain daripada makanan asas yang berguna untuk membantu anak kita membesar dengan baik, cerdik dan cergas. Namun penggunaannya adalah perlu sederhana, tidak perlu berlebihan.

Jadi ibubapa sendiri perlu mengetahui anaknya memerlukan suplemen atau tidak. Jika graf tumbesarannya normal, BMI juga normal maka tidak perlu vitamin untuk anak. Berlainan pula jika anak anda:

multivitamin-lengkap-anak

  • tidak cukup berat
  • kurus melidi
  • kerap demam
  • memilih makanan
  • terlalu mudah dijangkiti selesema
  • autisme
  • pertuturan lambat

Maka, anda perlu mencari info bagaimana suplemen atau vitamin tambahan ini boleh membantu anda mengatasi permasalahan pada anak ini. Adalah perlu diingatkan bahawa pengambilan vitamin perlu yang semulajadi tanpa terlalu banyak bahan pengawet.

Pernah di satu status ibu yang bertanya, terjadinya perbalahan antara ibu- ibu kerana ada yang mencadangkan makanan sunnah yang diproses sebagai suplemen untuk anak. Terdapat bantahan daripada ibu yang lain dengan mengatakan makanan sunnah ini perlu diberi secara nyata, bukan diproses. Yang diproses, zatnya dah tinggal 30% sahaja.

Ibu sebenarnya setuju dengan pendapat ini. Makanan tambahan yang diproses mengandungi bahan pengawet yang banyak. Jadi tepuk dada tanya selera apa vitamin atau suplemen apa yang perlu anak anda makan.

Jika bertanya pada Ibu, jenis suplemen yang diberi pada Iman dan Ikhwan ialah buah kurma, kismis, minyak ikan dan badam. Ibu juga memberi susu multivitamin untuk anak semenjak umurnya 2 tahun kerana memilih makanan dan berat telah mencecah garisan kuning.

Alhamdulillah, Iman sudah makan sayur dan buah, serta berat badannya sederhana, tidak terlalu gemuk atau terlalu kurus. 3 tahun seberat 13kg. Adiknya 1tahun setengah 8.8 kg.

1 Comment

  • Posted April 22, 2019 10:34 am 0Likes
    by Farhana

    Assalamualaikum Puan,

    Susu multivitamin susu apa yer puan?

Add Your Comment

CommentLuv badge

This error message is only visible to WordPress admins

Error: No posts found.

Make sure this account has posts available on instagram.com.

Subscribe Our Newsletter!

AncoraThemes © 2020. All Rights Reserved.