Persediaan Jika Anak Demam dan Selsema

Dua hari ini hujan je kan. Rasa sejuk je. Sebenarnya musim hujan sudah tiba. Perubahan cuaca inilah yang sebabkan anak mudah terkena demam, batuk dan selsema.

Dalam group sekolaha nak pun ramai yang mengatakan anak mereka demam selsema. Ada yang lagi parah baru je baik deman 3, 4 hari kemudian demam lagi.

Pergi klinik pun mesti doktor cakap ‘musim’. Jika kerap demam pun tak best juga. Kita pula harap jika anak demam, biarlah demam yang biasa saja. Janganlah ianya batuk selsema yang teruk sampai melarat kena tahan ward dan sebagainya.Cukuplah anak merasa tidak selesa 3,4 hari je dan kita pun boleh pantau anak dirumah.

Dirumah kita boleh memantau dan merawat anak. Jom kita lihat apa persediaan yang perlu dibuat untuk mengadap anak yang demam secara tiba- tiba atau tidak sihat ini.

 

Termometer yang berfungsi dengan baik

Sebaiknya ada 2 termometer untuk lebih tepat . Suhu anak kena pantau 2 jam sekali.

36-37.4 darjah selsius adalah suhu yang normal

37.5-37.9 adalah subfebrile (demam sikit)

38.5 dan ke atas dikira demam tinggi.

Sila rujuk doktor untuk pastikan tiada kahak pada paru- paru anak. Periksa semula suhu anak setengah jam selepas ubat diberikan.

Jika suhu menurun, alhamdulillah. Kemudian wajib pantau. Jika tidak, tengok keadaan dia. Nampak biasa atau luar biasa.

Air Suam

Mandikan anak dengan air suam. Boleh tambah perahan air lemon untuk mempercepatkan proses turun suhu. Lepas mandi biarkan anak tanpa baju supaya suhu panas sentiasa bebas keluar. Jangan selimutkan anak.

Vitamin C

Boleh berikan anak buah segar untuk sumber vitamin c. Tapi jika anak tak lalu makan boleh suruh kunyah suplement vitamin c sahaja.

 

Balm anak

Boleh sapu untuk legakan ketidakselesaan akibat demam. CF-Rub–>Balm ini membantu secara semulajadi masalah batuk dan selesema. Boleh terus whatapp 0175082443 untuk dapatkan balm tasneem ini.

Tuala dan bekas bersih

Pastikan anda menggunakan air suam untuk jerlum anak. Kaedah sponging ini adalah cara paling cepat untuk turunkan suhu anak. Lap anak pada celah pelipat di siku, leheh, peha dan ketiak anak.

 

 

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

Produk Kami

Previous
Pengedar balm tasneem ampang, bukit jalil, seri kembangan
Persediaan Jika Anak Demam dan Selsema

0
Your Cart