PETUA HILANGKAN BATUK DAN SELESEMA PADA BAYI

BATUK DAN SELESEMA PADA BAYI

Semua ibu bapa akan risau apabila bayi mereka dijangkiti batuk dan selesema. Bayi akan meragam dan menangis kerana mereka tidak dapat bernafas dengan baik. Sudah tentu tidur mereka juga akan terganggu. Ini akan memberi kesan kepada perkembangan dan tumbesaran mereka.

Kebiasaannya bayi yang berumur 6 bulan ke bawah, yang menghidap batuk dan selesema tidak akan diberikan sebarang ubat-ubatan oleh doktor. Ianya adalah normal selagi bayi masih aktif dan menyusu dengan baik.

Ini mungkin berlaku kerana terdapat lendiran yang tidak habis dikeluarkan semasa lahir. Lendir (kahak) ini akan keluar sendiri melalui muntah atau najis.

Pencegahan

Disebabkan bayi sangat mudah dijangkiti, ibu bapa perlu kurangkan membawa anak ke tempat-tempat yang ramai orang. Ingat formula ini: semakin ramai anak kita berjumpa orang, semakin tinggi risiko untuk anak kita dijangkiti.

awas! Sekiranya batuk dan selesema diikuti dengan demam, malah anak kelihatan lesu dan kurang menyusu, segeralah ke hospital untuk mendapatkan nasihat pihak yang lebih arif.
Sangat penting untuk kita sentiasa memantau keadaan anak kita. Jika mereka dijangkiti, berikan susu badan dengan lebih kerap supaya mereka akan lebih mudah termuntah. Ini akan membantu kahak keluar secara semulajadi.

Petua semulajadi

Saya akan kongsikan beberapa petua yang sangat berguna untuk diaplikasikan kepada bayi anda. Ini adalah rawatan alternatif yang kita boleh lakukan di rumah.

Walaupun batuk dan selesema biasa berlaku dan ia akan membantu meningkatkan sistem imunisasi bayi, kita perlu risau dan mengambil langkah cepat supaya ia tidak menjadi lebih teruk. Selain itu, jangan lupa berdoa supaya anak kita segera sembuh dan sentiasa diberikan kesihatan yang baik.

1. TEPUK PERCUSSION


Tepuk bahagian belakang badan bayi dengan menggunakan tangan yang melengkung. Lakukan tepukan ini seperti kita mahu bayi sendawa selepas menyusu. Jangan menepuk pada tulang belakang bayi. Tulang belakang mereka masih belum kuat. Tepuk percussion ini bertujuan untuk melonggarkan kahak dan memudahkan pengeluaran kahak.

2. PEMAKANAN IBU

Untuk ibu yang menyusukan anaknya, diet harian ibu adalah sangat penting. Ibu perlu lebih selektif terutamanya dengan makanan manis yang akan merangsang pengumpulan mukus. Ambillah makanan yang berkhasiat terutamanya sayur-sayuran hijau.

3. MINYAK BAWANG PUTIH


Bakar satu labu bawang putih bersama kulitnya dan tambah minyak masak/ zaitun/ bayi. Lenyekkan bawang putih di dalam minyak tadi dan sapukan didada untuk legakan pernafasannya. Bawang putih memang sangat terkenal dengan sifatnya yang tinggi antioksidan yang boleh membantu meningkatkan sistem imunisasi badan

4. KUNYIT


Kunyit sememangnya terkenal dengan antibiotik semulajadi selain bawang putih. Tumbuk sedikit kunyit hidup, sapukan di dahi dan batang hidung anak. InsyaAllah selsemanya akan mengering.

5. MANDIAN LEMON


Letakkan hirisan lemon dalam air mandi bayi. Baunya dipercayai dapat membantu mengeringkan hingus bayi dan aromanya juga menenangkan.

6. GARLIC SOCKS
Bakar bawang putih, letakkan di dalam stokin anak (pastikan bawang putih yang telah dibakar tidak terkena direct dengan kulit tapak kaki anak)

7. HABBATUS SAUDA DAN MINYAK ZAITUN
Goreng biji habbatus sauda tanpa minyak, kemudian tambah minyak zaitun. sapukan ke dada anak. Bagus untuk batuk dan melancarkan sistem penafasan anak.

Di samping kita berikhtiar, jangan lupa untuk berdoa moga Allah beri kesembuhan buat si kecil kita. Jika mereka ceria, sihat dan gembira, itulah yang sangat membantu perkembangan mereka.

8. Sapu balm pada anak

Cara paling mudah untuk kesan segera supaya pernafasan anak tidak tersumbat ialah dengan sapu balm tasneemnaturel pada dada, dan tapak kaki anak.

 

Fungsi dan bahan dalam balm tasneem untuk selsema dan batu bayi. Sapu 2 kali sekali selepas mandi, anak akan dapat tidur lama walaupun masih dalam kedaan tidak sihat. Balm CF- Rub mampu mencairkan kahak dan kahak akan keluar bersama najis bayi.

Ada ibu bapa tidak sanggup memberikan anak ubat batuk kerana anak masih bawah usia 2 tahun. Jadi kawal suhu anak semasa demam dan sapu balm secara kerap. InshaAllah anak selesa.

untuk dapatkan balm tasneem ini boleh terus buat belian di sini

Boleh juga whatapp saya untuk info lanjut mengenai balm.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

12 Comments
  • Azwan
    June 10, 2017

    Tepuk percussion tu saya belajar dari doktor, sebab dulu-dulu anak selalu berkahak. Kalau kena caranya memang nampak kesan serta merta.
    Azwan menulis…Cara Simpan Duit Yang Kreatif dan Seronok Untuk Dicuba!My Profile

    • Pn Aminah Hussain
      June 13, 2017

      untuk kahak yang x nak keluar sendiri, boleh keluar ikut najis anak..sapu essential oil cypress atau eucalyptus

  • solehah
    August 2, 2017

    Thanx utk sume tips.

    • Pn Aminah Hussain
      August 5, 2017

      sama- sama puan

  • anep
    January 20, 2018

    anak saya batuk teruk bole tak ajar nak hilangkan batuk . anak saya baru lahir 12 hari

    • Pn Aminah Hussain
      March 14, 2018

      puan mandikan anak dengan air perahan limau suam. boleh sapu balm tasneem tiap kali lepas mandi. semoga anak puan cepat sembuh ya

  • Ramizah
    March 29, 2018

    Batuk amat menyusahkan terutama bagi bayi. Boleh cuba campur madu ke dalam air halia dan bagi bayi minum. Ia boleh membantu utk kurangkan batuk.

    • Pn Aminah Hussain
      May 22, 2018

      terima kasih puan. tapi baby atas 6 bulan boleh la kot. bawah dr tu tak boleh makan atau minum selain susu ibu

  • Lin
    May 18, 2018

    Anak sy skrng baru masuk 3 hari alami batuk… pg td baru g jumpe dokter kanak2 sbb anak sy baru berusia 1bulan 20hari… than dokter sruh mnum ubat syrup salbutamol.. tp sy belum bg mnum lg.. sbb kat klinik td pon dokter kasi oksigen utk cair kn kahak… klau belum susut jugak batuk, ptut ke sy kasi je mnum ubat yg disarankan oleh dokter ya?

    • Pn Aminah Hussain
      May 22, 2018

      hmm. doktor lagi memahami keadaan anak puan. tapi ubat batuk pun ada 2 jenis. ada jenis cairkan kahak dan ada jenis hilangkan gatal penyebab batuk pada keronkong.

      jika puan ada balm, boleh cuba sapu balm dahulu pada anak. macam cakap doktor balm ni dia support dari luar untuk legakan batuk baby

  • anne sofea
    July 10, 2018

    Salam..bayi saya dah x menyusu badan lagi.umur 5 bulan.kerap batuk..kesian saya tengok..bawa ke klinik 2 3 hr je ok, lps tu batuk lagi,tak pun selsema dan demam..klu guna balm tasneem tu dpt membantu ke?

    • Pn Aminah Hussain
      October 15, 2018

      boleh puan. penggunaan balm boleh membantu cairkan kahak anak

Produk Kami

Previous
Essential oil bantu kawal tantrum anak
PETUA HILANGKAN BATUK DAN SELESEMA PADA BAYI

0
Your Cart