Shopping Cart 0 items - $0.00 0

Petua turunkan kuning/jaundis pada bayi baru lahir

Petua turunkan kuning/jaundis pada bayi baru lahir

Sakit bersalin belum habis, hati bertambah sakit tengok anak comel yang baru lahir ulang ke klinik kena cucuk ambil darah. Tiap kali tengok semula tangan anak ada kesan lebam kena cucuk, emosi ibu berpantang bagaikan dicarik- carik. Cepatlah habis kuningmu anak, supaya ibu boleh hadapi tempoh berpantang ini dengan gembira.

Darah O punca anak kuning

Anak kuning memang tak dapat nak elak apatah lagi ibu dan ayah adalah pembawa darah jenis O. Kena banyak bersabar dan sedaya upaya jaga emosi supaya tidak terganggu dengan orang luar yang berkongsi macam- macam petua untuk turunkan kuning anak ini.

Cara yang paling berkesan untuk turunkan kuning anak dengan cepat ialah kena bagi anak itu berak sekerapnya. Kuning akan keluar beserta najis anak. Tapi masalah utama ibu ialah bayi baru lahir ini dia suka tidur. Siang tidur, malam tidur, sehingga tak bangun untuk menyusu dan berak.

Jadi ibu kena kejutkan bayi dari tidurnya yang lena. Paksa bayi untuk menyusu. Geletek kakinya, cium mukanya dan jangan bedung bayi anda. Ibu yang ada anak kuning kena menyusukan anak setiap 2 jam sekali. Minta suami jagakan anak jika waktu malam.

Kuning turun dengan cepat melalui najis bayi

Selain itu kena pastikan anak berak selalu. Sapu balm baby tasneem pada perut anak supaya anak mudah untuk berak. Balm tasneem boleh bantu hilangkan kembung perut anak jugak. Jadi boleh sapu sekerapnya supaya perut bayi selesa.

Selain itu jika kena warded, ikut saja cakap doktor. Kerana penyakit kuning ini ialah anak kita mempunyai bacaan birubilin yang tinggi dalam darahnya. Bacaan yang tinggi ini akan memberi kesan tak bagus pada organ hati anak. Selain berak tadi, lampu terapi di wad adalah digunakan untuk memecahkan birubilin tadi.

Ibu juga boleh sapukan balm calm tasneem pada bahagian ulu hati anak. Balm calm mempunyai geranium essential oil yang mana geranium ini bagus untuk kelancaran fungsi hati anak.

petua turunkan kuning anak dengan cepat

Selain dari balm, usaha lain yang boleh ibu lakukan ialah jaga makanan yang ibu ambil. Elakkan jamu, lada hitam, herba atau pil- pil yang panaskan badan kerana ini akan efek pada susu badan seterusnya akan meningkatkan lagi bacaan kuning anak. Sabar dulu, lepas anak kuning baru boleh makan jamu atau milk booster.

  • Sapu balm tasneem pada bayi

Jadi ibu- ibu boleh ikhtiar dengan kombo balm tasneem untuk turunkan kuning anak. Boleh klik wasap dibawah untuk ikhtiar ini.

Add Your Comment

CommentLuv badge