Punca Bayi Tersedak Susu

Punca Bayi Tersedak Susu

Sedihnya bila terbaca mengenai bayi yang berumur 2 bulan maut akibat tersedak susu dirumahnya sendiri. Gejala tersedak susu ini sering terjadi kepada bayi.Tetapi ianya boleh di atasi dan di kawal dengan menggunakan langkah mahupun teknik tertentu.

Punca bayi tersedak susu

Ibu bapa perlu mengambil tahu punca terjadinya kes seperti  ini berikutan meningkatnya laporan kes bayi yang mati berpunca daripada tersedak susu. Biarpun ia sebagai kes yang terpencil, namun tidak boleh dipandang ringan kerana risiko kelalaian tidak mengira sama ada dilakukan oleh pihak pengasuh mahupun ibu bapa bakal meragut nyawa.

1. Posisi bayi tidak betul

Insiden lemas susu biasanya terjadi kerana kedudukan dan posisi bayi yang tidak betul ketika menyusu botol. Keadaan itu menyebabkan susu tersebut akan memasuki paru-paru dan dalam masa yang sama akan menghalang saluran pernafasan lalu menyebabkan bayi tersedak dan lemas.

Anda juga mungkin meminati:

vitamin untuk anak

Sebaiknya cuba letakkan kepala bayi lebih tinggi dari perutnya manakala botol susu pula perlu dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.

2. Injap tidak matang

Masalah injap yang tidak matang juga merupakan faktor berlaku bayi tersedak susu. Dan ia berlaku kepada bayi yang berusia berusia empat bulan ke bawah dan berada dalam keadaan terbaring.

Bagaimanapun ia berbeza dengan situasi anak-anak yang berusia empat bulan ke atas di mana mereka boleh minum susu dalam keadaan duduk . Sebagai pengasuh atau ibu bapa, amalan meletakkan kain atau bantal untuk menyokong botol susu ketika bayi menyusu adalah sangat tidak baik kerana ia boleh meningkatkan risiko insiden.

3. Proses menyusu yang tidak betul

cara elak bayi tersedak susu

Ada juga ibu atau pengasuh yang membiarkan anak memegang sendiri botol yang menyebabkan dia tersedak. Kebiasaannya apabila susu termasuk ke dalam paru-paru, seorang bayi akan tersedak atau batuk. Tindakan refleks itu sebenarnya adalah satu mekanisme perlindungan untuk bayi tersebut.

Walaupun bayi tersedak susu dalam jumlah yang amat sedikit, ia sudah cukup untuk melemaskan mereka. Sebab itu, elakkan bayi meminum susu dalam keadaan terlentang sebaiknya pangku bayi dalam keadaan kepalanya lebih tinggi dari perutnya bagi tujuan memudahkan penghadaman.

4. Anak tidak sendawa selepas menyusu

Tolong pastikan anak sendawa selepas menyusu. Ini penting supaya angin keluar dan memastikan bayi tidak muntah ketika tidur. Letakkan bayi di bahu dan urut belakang badannya dengan perlahan, keadaan ini memudahkan bayi sendawa dan sekali gus melegakan bayi tersebut dan juga mengelakkan daripada si bayi termuntah.

Antara kaedah yang boleh dipraktikkan ialah tiarapkan bayi dengan meletakkan perutnya di atas lutut dan gosok belakangnya dengan lembut sambil menghayun atau mengenjut lutut secara perlahan-lahan.Ibu juga boleh mencuba kaedah dengan menelentangkan bayi, angkat ke hadapan dan ke belakang seperti mengayuh basikal sehingga lututnya rapat ke perut.

Jom baca bagaimana cara mengelakkan anak tersedak susu ini.

6 Comments

  • Posted October 4, 2016 9:27 pm 0Likes
    by TOPIK

    bayi saya jga tersedak susu, saya bingung bagaimana cara mengeluarkan cairan susu tersebut
    TOPIK menulis…Tlogo Putri Tempat Wisata Kaliurang JogjaMy Profile

  • Posted November 6, 2016 4:00 pm 0Likes
    by amal

    assalamualaikum, sy df anak, klo tersedak ketika mnyusu saya cepat angkt dn tenangkan dia, dan dia nangis.. sy trkjut , adakah air susu masuk dlm paru2 bayi?

    • Posted November 14, 2016 10:41 am 0Likes
      by Pn Aminah Hussain

      tidak masuk dalam paru- paru..cuma patikan anak sendawa sebelum baringkan dia

  • Posted July 8, 2017 2:17 am 0Likes
    by wani

    saya nak tanya,apakah kesan kepada bayi jika pernah tersedak susu

  • Posted August 21, 2017 10:44 pm 0Likes
    by nurul

    mcm mne nk bg ank sedawa?sy dh buat semua teknik di ats..tp klu die tdo mmg payah nk sedawa..

Leave a Reply to TOPIK Cancel reply

CommentLuv badge