Susu Badan Merudum

Selalunya setiap ibu yang baru melahirkan anak merasa risau jika susu badannya kering. Apatah lagi jika anak asyik menangis sepanjang hari. Apa yang menyebabkan susu badan merudum ye?

Punca susu badan merudum

Dari segi saintifik dan perubatan ibu- ibu yang mempunyai masalah kesihatan seperti hypothyroid, hypoplasia type breast, PCOS tidak mampu menyusukan bayi mereka. Tetapi ini adalah kes- kes yang jarang berlaku. Kita sebagai ibu yang normal walauapapun cara mampu menyusukan anak sehingga umurnya 2 tahun. Percayalah.

cara-banyakan-susu-badan

Jadi apa punca sebenarnya susu merudum ini? Puncanya ialah konflik perasaan dan emosi ibu itu sendiri. Seboleh- bolehnya elak berada dalam keadaan tertekan. Tapi siapa yang tidak tertekan sepanjang proses berpantang kan?

Luka lambat sembuh, jalan pun terkedek- kedek, pemakaian baju tebal dan stokin sepanjang hari, ditambah pula dengan pemakanan yang sama setiap hari. Semua ini menyumbang kepada tekanan emosi dan perasaan ibu menyusu.

Tekanan emosi

Ada juga ibu yang tertekan dengan keadaan sekeliling. Suami bekerja di luar daerah misalnya. Kita ditinggalkan bersama ibu atau ibu mertua. Apabila anak menangis tidak berhenti pasti orang tua akan mengatakan bayi itu lapar. Apabila sudah menyusu bayi terus menangis, si ibu akan terus cuak dan menggelabah.

Orang disekeliling pastinya akan menyuruh kita memberi bayi makan atau meyusukan bayi dengan susu formula. Sebagai ibu di alaf baru, kita semua sudah didedahkan dengan akibat jika bayi dibawah usia 6 bulan diberi makan makanan pejal. Jadi kita mesti bertegas dengan pendirian itu.

Untuk memberi pemahaman pada orang disekeliling yang tidak memahami juga menimbulkan konflik tekanan yang teruk. Bukan senang nak beritahu pada ibu sendiri atau pada ibu mertua yang kita tidak bersetuju dengan pendapatnya.

Pemakanan tidak berkhasiat

Selain itu susu merudum juga berpunca daripada makanan yang tidak berkhasiat semasa tempoh pantang dan menyusu. Siapa akan sihat jika hanya diberi ikan haruan bakar dan nasi putih sepanjang 44 hari berpantang? Dah la makan begitu, air minuman juga dicatu.

makanan-tinggi-protin-dalam-pantang

Tidak boleh minum air banyak kerana akan membengkakkan rahim. Ini semua TIDAK BETUL. Ibu berpantang dan menyusu harus mengambil lebih protin dan air putih. Makanlah daging atau ayam atau ikan laut yang segar beserta sayur sawi, bayam atau lobak yang mampu menambahkan tenaga.

Pemakanan yang terlalu ‘berpantang’ ini, juga penyebab ibu mengalami gangguan emosi akibat tiada tenaga untuk menjaga anak yang baru lahir. Berpantang adalah tersangat letih. Walaupun nampak tempoh berpantang itu seperti tempoh berehat, hakikatnya tidak begitu.

Semasa berpantang lah, kita kena berjaga malam jika anak bangun untuk meyusu. Kita juga perlu tenaga yang banyak untuk sentiasa memeluk atau membelai bayi. Tenaga extra diperlukan jika anak mengidap penyakit seperti kuning kerana hampir setiap hari kita kena berkampung di klinik.

Kesimpulannya semua bergantung pada emosi seorang ibu. Emosi yang dijaga dengan baik semasa tempoh penyusuan akan menyumbang kepada susu yang banyak, pekat dan berzat untuk anak syurga idaman semua.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

Produk Kami

Previous
Ruam susu pada bayi. Bahaya ke tidak?
Susu Badan Merudum

0
Your Cart