Rahsia sedondon di hari raya

Assalammualaikum WBT.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua umat islam di seluruh dunia. Raya ke 4 baru boleh update entry. Meriahnya raya kali ini, semua sedondon adik beradik. Buka facebook sangat seronok bila melihat kawan- kawan upload gambar baju raya sedondon.

Selepas mendirikan rumahtangga, barulah rasa setiap kali raya hendak sedondon dengan suami dan anak. Semasa muda remaja dulu tidak pernah ada kemahuan ingin sedondon, maklumlah citarasa adik beradik ini lain- lain walaupun kitaorang dilahirkan rapat- rapat. Sudahnya masa shoping raya, kami yang pilih sendiri, ayah dan emak cuma bayarkan sahaja.

Penerangan daripada fb Warga Prihatin ini menjelaskan apakah hukum budaya sedondon ini dalam islam. Jom kita baca.

ROH ISLAM DALAM BUDAYA SEDONDON

11737942_10154043819752786_1293528232959986939_n

Sepanjang raya timeline dipenuhi dengan posting gambar-gambar famili berpakaian sedondon. Tidak ketinggalan pelbagai fesyen canggih dan warna diperagakan. Semuanya kelihatan kemas dan cantik belaka apabila sudah sedondon semuanya. Sedondon dalam Bahasa Melayu dipanggil seragam. Dalam bahasa Arab dipanggil SAWASIAH. Si pemakainya dipanggil MUSAWWIMIIN, iaitu orang-orang yang diSAWASIAHkan.

Apa sahaja rupa pakaian, suara atau gerak laku memang akan nampak cantik apabila sudah sedondon. Dalam ibadah besar seperti haji dan umrah juga Allah tetapkan pakaian IHRAM yang sedondon. Rahsia kemenangan Nabi SAW dalam peperangan juga kerana pakaian sedondon.

Dalam alQuran, MUSAWWIMIN ada Allah kaitan dengan ciri malaikat yang terkenal dengan kepatuhannya terhadap segala perintah Allah tanpa banyak soal sepertimana perangai syaitan. Selain tidak membantah, Malaikat juga berbuat tanpa kepentingan diri sama sekali. Sebab itu malaikat dikatakan tidak makan dan tidak minum.

Itulah ciri utama yang harus kita terapkan dalam budaya musawwimiin. Masing-masing menetapkan ciri sedondon itu melalui musyawarah dan kemudian mematuhinya dengan satu faham. Itu juga melambangkan penyatuan hati yang telah Allah tetapkan untuk umat Islam. Alhamdulillah sudah 10 tahun budaya ini diterapkan di RPWP.

TRADISI SEDONDON ORANG LAMA DAN BUDAYA GOTONG ROYONG

Budaya sedondon sangat terkenal zaman dahulu. Waktu itu tidak banyak butik dan tukang jahit, terutamanya penduduk kampung di pendalaman. Budaya ‘kuih tunjuk’ juga tidak banyak. Semua pakaian dan kuih raya dibuat sendiri oleh suri rumah. Dodol yang perlu dikacau hampir 10 jam contohnya dibuat penduduk kampung secara gotong royong.

bakar-lemang
Semua persiapan raya itu menjadi tradisi yang unik. Di samping sedondon, ia juga menjimatkan kos apabila pembelian kain ela disatukan. Adakalanya bukan sahaja untuk membuat baju seisi keluarga, malah ada yang disatukan ke peringkat sepupu sepipit dan jiran tetangga.

Dalam proses pembikinan, ibu-ibu dan anak-anak nisak semuanya berganding bahu. Yang betul-betul tidak tahu menjahit dan buat kuih akan sibuk belajar dengan jiran tetangga. Semua itu mewujudkan suasana kerjasama dan muafakat dalam masyarakat mereka. Akhirnya bukan sahaja pakaian, malah makanan pun ada yang disatukan melalui aktiviti gotong royong itu.

PERUBAHAN BUDAYA

Sekali air bah, sekali pasir berubah. Apabila sosioekonomi berubah, anak-anak Melayu sudah mula bergaji besar, atau berjaya dalam perniagaan lalu situasi berubah sedikit demi sedikit. Menjelang raya terlalu banyak tawaran kuih muih dan biskut raya dijual. Ibu-ibu di kampung pula sudah semakin tua.

Atas niat baik anak-anak yang berjaya mula sponsor kuih dan pakaian raya. Kasihan pada ibu bapa di desa lalu semuanya diminta beli sahaja. Sampaikan dodol, lemang, ketupat pun dibeli juga. Akhirnya generasi muda kini tidak kenal buluh lemang, bagaimana mencari daun pisang dan bagaimana menyediakan beras lemang.

Budaya menganyam ketupat, mengacau dodol, wajik, menggoreng tumpi dan tempeyek, membakar kek, kuih bangkit, semperit dan lain-lain semuanya hilang sedikit demi sedikit. Akhirnya anak-anak generasi kini tidak lagi tahu bagaimana mengolah semua tradisi itu.

KESIMPULAN

Dalam mengenakan pakaian sedondon, atau apa sahaja yang terkait dengan keseragaman atau budaya musawwimin ini, masing-masing ahli keluarga akur dengan ketetapan pengatur. Daripada dalam keluarga kecil hinggalah muafakat di kalangan jiran menetapkan ia melalui budaya syuro dan tolak ansur.

Selain budaya sedondon dan bergotong royong, orang dahulu juga sambut raya dengan budaya marhaban. Dibuat penggiliran sehingga hampir sebulan penuh untuk berziarah secara berkumpulan ke rumah-rumah penduduk kampung. Yang berada akan memberikan sedekah kepada kumpulan marhaban dan hasil terkumpul dibahagi rata dengan ahli kumpulan. Dahulu tiada budaya ANGPAU.

budaya-duit-raya

Biarpun orang lama tidak kaya seperti kita sekarang, namun dengan budaya gotongroyong dan sedondon itu semuanya berkat. Sedikit tetapi mencukupi. Semua ahli menghayati dan mensyukuri apa yang mereka tetapkan dan hasilkan sendiri. Itulah antara spirit ISLAM yang telah sekian lama luput dari budaya masyarakat Islam sendiri.
Tahniah kepada ketua keluarga yang berjaya menerapkan semula budaya sedondon.

Semoga kita mampu menyatukan hati ahli keluarga yang sedang diasak dengan pelbagai fesyen dan budaya pelik-pelik untuk kembali bersatu memakai pakaian sedondon tradisi raya. Semoga ia benar-benar dapat dihayati untuk menyatupadukan hati-hati yang semakin berpecah belah sekarang ini.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

Produk Kami

Previous
Kenapa sakit lutut dan sendi selepas bersalin?
Rahsia sedondon di hari raya

0
Your Cart