Risiko Anak Tidak Pandai Membaca Di Sekolah

Ada juga orang yang mempertikaikan pada saya kenapa perlu susah-susah nak mahirkan anak membaca semasa kecil sedangkan nanti kita akan hantar ke sekolah. Jadi biarlah cikgu tu yang ajar, kalau tak nanti cikgu tak ada kerja pula.

Agak sedih kerana masih ada yang berfikiran begini. Zaman sudah jauh berubah. Hakikatnya sekarang nak masuk darjah 1 pun dah ada peperiksaan khas untuk menentukan kelas mereka.

Kawan saya guru sekolah rendah berpesan, pastikan anak dapat masuk kelas pertama sebab jika masuk kelas belakang, besar kemungkinan sampai bila-bila pun disitulah dia.

jika anak sukar membaca

Risiko anak yang tidak pandai membaca semasa darjah 1:

1. Banyak ketinggalan sebab silibus darjah 1 sekarang sangat jauh berbeza dengan zaman dulu. Tidak tahu membaca akan menjadikannya pelajar paling corot dalam kelas.

2. Hilang keyakinan diri dan menyebabkannya sukar untuk bersaing dengan rakan- rakan sebaya.

3. Ketinggalan dalam pelajaran kerana cikgu tidak sempat fokus kepada mengajar membaca sahaja disebabkan mengejar silibus pembelajaran.

4. Ibubapa terpaksa bersusah menghantar anak ke tuisyen khas. Ini menyebabkan pertambahan kos hidup keluarga.

5. Anak akan keletihan kerana jadual yang pada tuntuk ke kelas tuisyen dan mungkin menyebabkannya hilang minat untuk belajar kerana merasa terbeban.

Ini cara Ibu mengajar anak membaca dirumah sebagai persediaan untuknya ke tadika dan seterusnya memasuki alam persekolahan.

Anak- anak jika selalu diberi tengok vcd- vcd pembelajaran, otak mereka akan cepat tangkap. Cara Ibu ialah pasang vcd fonik ni setiap hari, Ibu dah mula semenjak umur Iman 2 tahun selang seli dengan vcd mengenal huruf hijaiyah. Anak tidak fokus pun tiada masalah asalkan anak dengar.

Dan ianya berkesan, di umur 3 tahun setengah, apa yang kita ajar anak mudah cam dan mudah kenal. Sebabnya anak sudah ada pembelajaran tu semua dalam memorinya, dan bila waktu belajar yang betul, otaknya akan recall balik setiap apa yang dilihat pada golden age nya.

https://youtu.be/phbQAVyT1rs

Sila download video ini atau dapatkan vcd fonic dengan kami. Vcd fonic juga sesuai digunakan bersama buku mengajar anak membaca.

Promosi bulan ini hanya RM65 sahaja. Anda akan mendapat: Vcd fonic+ 8 buah buku ajar anak membaca + 1 buku kamus bergambar.

abm anak 5 tahun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge