Sabreen Perfume Rose Aromaterapi dan Organik

Berbual lama juga tadi dengan Founder Tasneem Puan Haridah Sahri . Tergoda saya dengan perfume wangian rose ni. Sabreen by Tasneem. Nama yang cukup menyentuh hati saya. Sabreen, nama diambil sempena nama ibu kepada Palestinian Nurse dan aktivis, Rouzan Al Najjar who was killed by Israel Defense Forces, June last year.

Dan rasa terharu saya tak terhingga apabila Puan Haridah juga manamakan satu lagi perfume keluaran Tasneem dengan nama Rouzan. Ada personal touch pada saya dengan pemilihan nama-nama ini.

Wangian rose yang nyaman seolah-olah membawa saya mengingati 2 wanita hebat ini. Berjuang hingga akhir hayat. Moga Syurga buat mu.

Terima kasih Puan Haridah atas semua perkongsian hari ini. Perfume ini sangat bermakna untuk saya dan MasyaAllah wangiannya tembus menimpa-menimpa perasaan saya.

Kenali Sabreen Perfume

Wangian ini bersifat lebih moden dan elegan. Adunan 2 bahan utama iaitu ros dan vanilla menghasilkan bau yang sangat mewah dan menenangkan.
Pada peringkat awal, kesegaran ros dapat dirasai. ianya manis berlemak. Pada pertengahan dan hujung aroma Patchoulli mula memainkan peranannya sebagai ejen penenang dalam wangian ini

Keunikan perfume Sabreen ini telah menjadikan ia sesuai digunakan setiap hari dab semburan sebelum tidur dapat menghilangkan ketegangan di kepala selepas penat seharian bekerja.

Kini semua boleh beramal dengan membeli wangian Sabreen kerana setiap RM5 hasil jualan akan diinfaqkan terus kepada MyCare iaitu satu badan yang menguruskan sumbangan untuk peralatan medikal khas untuk warga Palestin.

Boleh terus whatapp saya untuk belian perfume natural dan organik ini.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

Produk Kami

Previous
Anak Suka Menangis, Berjaga Malam dan Payah Tidur
Sabreen Perfume Rose Aromaterapi dan Organik

0
Your Cart