Adakah Anda Sembelit?

Sembelit selepas bersalin

Adakah anda mengalaminya? Menyakitkan bukan? Dengan jahitan yang masih baru, ditambah pula dengan kesan kesakitan semasa bersalin, sembelit semasa pantang memang igauan ngeri setiap wanita yang berada dalam fasa berpantang.

Saya juga tidak terkecuali mengalami masalah sembelit ini. Jikalau boleh seminggu selepas beranak, memang tidak mahu ke tandas untuk membuang air besar. Ini kerana takut jahitan terbuka dan mungkin ia akan dijahit kembali tanpa bius.. aduhh!

Punca sembelit

1. Kurang air dalam badan

Ini adalah disebabkan pesan orang- orang tua yang melarang kita minum banyak air masak selepas bersalin dikuatiri peranakkan menjadi bengkak dan miss vagina akan menjadi longgar.

makanan-bagus-elak-sembelit-dalam-pantang

2. Kurang serat

Pemakanan ketika pantang menyumbang kepada perkara ini. Buah- buahan dan sayur- sayuran adalah berada dalam kategori ‘sejuk’ dan berangin bagi sesetengah orang dan ramai orang- orang tua menyifatkan makanan yang sejuk mampu membuatkan ibu berpantang mengalami demam seterusnya mengakibatkan masalah yang lagi besar iaitu bentan.

3. Pengambilan jamu

Seperti yang diketahui ramai, jamu adalah bersifat panas. Jamu adalah terbaik untuk ibu berpantang untuk mengekalkan kecantikan luaran dan kesihatan dalaman wanita. Namun, penggunaan jamu tanpa minum air yang banyak akan mengakibatkan najis menjadi keras dan kita akan mengalami sembelit.

banner-naikkan-hb-1

Cara mengatasi sembelit

1. Minum air masak

Ibu menghabiskan 3 liter air sehari kerana bila anak menyusu tekak akan sentiasa haus. Walaupun ditegur oleh ibu mertua, namun Ibu memberitahu dengan berhemah kenapa air yang cukup perlu semasa berpantang. Mujurlah ibu mertua tidak banyak soal.

2. Makan buah dan sayur

Dalam pantang, memang banyak makanan yang tidak boleh di ambil. Nama pun berpantang kan? Namun bukan semua buah dan sayur tidak boleh. Buah limau, oren dan sayuran seperti bayam dan sawi mampu mengatasi masalah sembelit kerana ia mengandungi serat dan vitamin c serta kalsium yang tinggi.

3. Minum susu

Elakkan minuman berkafein seperti kopi atau milo. Milo sememangnya penyebab sembelit, Ibu sendiri mengalami perkara ini. Berpantang dengan mertua, hanya milo dan kopi sahaja dibenarkan selama 45hari tempoh berpantang.

Ini menyebabkan berlakunya pendarahan yang teruk disekitar saluran dubur kerana najisnya tersangat lah keras. Minumlah susu khas untuk ibu menyusu atau susu biasa sebelum tidur. Esok pagi anda akan berada di dalam tandas dengan tenang.

4. Makan pil kalsium

pil-kalsium-cegah-sembelit-dalam-pantang

Terus terang, Ibu bukan seorang yang suka kepada susu. Semenjak remaja lagi memang Ibu tidak boleh berbau susu walaupun susu kotak. Boleh termuntah jika paksa diri untuk minum.

Selain minum 3 liter air sehari, Ibu mengamalkan pil kalsium untuk mengelakkan sembelit. Caranya sama seperti susu, makan 4 biji pil kalsium sebelum tidur dan syukur kepada Allah, sembelit Ibu terus hilang sejak amalkan pil kalsium ini.

5. Ambil vitamin C

Apabila keluar hospital, mesti doktor akan membekalkan 4 vitamin ini, vitamin b complex, vitamin c, panadol dan iron tablet. Kenapa vitamin c? Ini kerana pengambilan vitamin c yang cukup mampu memberikan tenaga kepada ibu selepas melahirkan dan melembutkan najis.

Jadi jangan buang pula vitamin yang dibekalkan doktor. Sebaiknya makan mengikut dos yang ditetapkan.

Ibu- ibu diluar sana ada cara dan petua untuk mengelakkan sembelit? Mari berkongsi di ruangan komen. Ianya boleh dijadikan panduan kepada ibu- ibu baru yang mengalami masalah serupa.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

Produk Kami

Previous
Mainan Untuk Si Manja
Adakah Anda Sembelit?

0
Your Cart