Senarai Barang Persediaan Bersalin Sebelum Ke Hospital

Kandungan sudah mencecah 38 minggu. Bila- bila masa sahaja si ibu boleh bersalin. Di sini saya senaraikan apa persediaan untuk bersalin dan untuk bayi baru lahir. Letak dalam kereta siap- siap!

Persediaan untuk bayi

BAJU BAYI

Bawalah 3,4 pasang baju berlengan dan berseluar. Jangan lupa sarung tangan, stokin dan penutup kepala. Jangan bawa baju tebal atau baju yang susah di pakai seperti jumpsuit. Kadang- kadang nurse hanya pakaikan baju dan bedung sebab saiz anak yang kecil. Baju saja pun dah labuh hingga kaki.

KAIN BEDUNG, BABY WIPES, NEWBORN DYPERS

pampers untuk bayi baru lahir

Ada hospital yang sediakan tapi tak bolehlah bawa balik. Hari pertama lepas bersalin, kain bedung, dypers, baby wipes semua hospital support. Tapi mungkin bukan semua hospital provide semua ini. Kalau ke hospital kerajaan  tue ada la diorg bagi 3 keping. Boleh la standby guna dulu sementara nk tunggu beli yg lain. Sebaiknya beli dypers yang pack kecil 10 keping sahaja.

BUKU MERAH/BIRU BAYI

Kalau buat check up di Klinik Kesihatan, mesti ada buku merah. Kalau buat di hospital swasta, anda akan dibekalkan buku biru. Warna buku bergantung kepada hospital swasta tu sendiri.

Jangan lupa Buku Rekod Kesihatan / Kehamilan Ibu, Kad Pengenalan dan dokumen penting yang lain. Kalau boleh letakkan setempat / mudah capai dan cari.

BEG PLASTIK

Untuk baju kotor dan juga untuk bawa pulang uri bayi. Sesetengah hospital siap bersihkan dan berikan sekali dalam bekas yang disediakan pihak hospital

BABY KIT SPA

Set ini dah cukup lengkap untuk bayi. Ada minyak telon, mandian baby, massage oil baby dan paling penting semuanya semulajadi tanpa bahan kimia seperti paraben atau SLS. Tasneem kit baby spa ini adalah yang pertama di Malaysia. Didatangkan dengan kotak khas dan ianya kecil senang di bawa ke mana sahaja walaupun dalam labour room atau wad selepas bersalin.

Boleh terus dapatkan baby kit spa di sini

Persediaan untuk Ibu

BAJU SALIN IBU

Ibu jangan lupa bawa baju salin ye. baju tshirt longgar lengan panjang atau blouse. Yang suka pakai kain batik boleh bawa kain balik, atau skirt longgar. Baju yang kita pakai sebelum masuk labour room tu kadang- kadang boleh hilang tanpa dapat dijejak.

BRA MENYUSU DAN SELUAR DALAM

Boleh bawa 3-4 helai bra menyusu kerana susu akan meleleh dan kita tidak akan selesa memakai bra yang basah. Seluar dalam juga kena bawa banyak sebab biasa akan lekat darah bila kira berbaring

PAD

pad bertali untuk ibu bersalin

Selepas bersalin nurse akan pakaikan pad bertali untuk kita. Pad bertali ini boleh dibeli di farmasi atau kedai ibu dan anak. Kemudian bila darah makin kurang kita akan mula pakai seluar dalam dan pad biasa. Boleh beli pad overnite untuk cover darah yang banyak.

ALAT KEBERSIHAN

Ubat gigi, berus gigi, pencuci muka perlu dibawa ke dalam wad. Jika tidak mahu bawa sabun mandi boleh gunakan pencuci muka sebagai sabun mandi.

SPECIAL NEED

  1. Getah rambut. Sediakan banyak dalam beg sebab biasanya kita akan lupa mana kita letak.
  2. Sikat rambut sangat penting sebab bila kita sikat rambut ia akan menghilangkan pening kepala lepas bersalin
  3. Termos. Di hospital kerajaan termos, cawan dan sudu kena sediakan sendiri.
  4. Buku. Bila baby dah tidur biasa kita akan bosan jika mata belum mengantuk. Pilihlah buku untuk dibaca selain dari layan facebook di phone.

STOKIN

Perlu sediakan beberapa pasang stokin juga. Takut nanti stokin basah dan kita akan kesejukan. Sebelum pakai stokin boleh sapu minyak panas pada tapak kaki atau betis supaya tidak kejang dengan suhu wad yang sejuk atau berangin.

Jadi selamat bersalin pada semua ibu- ibu yang menunggu hari untuk bersalin. yang mana nak cuba balm untuk bayi baru lahir atau baby kit spa boleh tekan terus whatapp dibawah:

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

Produk Kami

Previous
Agent Tasneem Naturel Rawang dan Bukit Beruntung
Senarai Barang Persediaan Bersalin Sebelum Ke Hospital

0
Your Cart