Susu Penuh krim Puremil, Susu Tambah Berat Dan Memenuhi Keperluan Nutrisi Anak Anda

Minggu lepas adik kena pergi lagi ke klinik. Berat badan adik asyik bawah line kuning. Ibu dah usaha ikut pakar pemakanan cakap dah. Masukkan lemak dalam makanan anak, kasi minyak zaitun la, hari- hari makan roti sapi marjerin, tapi berat adik tetap bawah garisan kuning. Pening ibu tiap bulan kena bawa anak timbang berat.

Kebelakangan ini ibu buat asyik google apa tak kena dengan diet anak ibu. Aha! terjumpa 1 point penting. Adik kena juga diberi susu, walaupun adik dah nak masuk 3 tahun. Sejak adik putus susu badan 5 bulan yang lepas, adik dah jarang sangat minum susu sebab dia tak berapa nak lalu.

Tapi adik makan nasi atau makanan lain banyak juga. Tapi susu kurang. Jadi ibu terus membaca. Rupanya untuk naikkan berat anak kena beri anak suus penuh krim. Ohh, sebelum ini ibu hanya beli aje susu ducth lady tu, tak perasan pula susu penuh krim atau susu biasa. Ada 1 jenama susu yang penuh krim bagus untuk anak.

SUSU FULL CREAM PUREMIL

susu full cream

Susu Puremil adalah susu tepung penuh krim dengan khasiat 13 jenis vitamin dan 10 jenis garam mineral. Kaya dengan DHA+EPA, Omega 3, kalsium dan protein yang tinggi.

Fakta Ringkas Susu Puremil :

  • Bahan : Susu tepung full cream, serbuk malt coklat (Puremil Coklat) dan DHA
  • Komposisi susu Puremil Coklat hanya 20% penggunaan serbuk malt coklat. Selebihnya adalah susu full cream.
  • Dihasilkan dari formulasi susu lembu terbaik
  • Dihasilkan oleh kilang bumiputera Islam di Perak
  • Mendapat piawaian Islamic Manufacturing Practice (IMP)
  • Sijil Halal daripada JAKIM
  • Untuk bayi atau kanak-kanak berumur 1 tahun dan ke atas
  • Sesuai diminum oleh orang dewasa, ibu menyusu dan ibu hamil
  • Tanpa gula tambahan. Gula (boleh menyebabkan kanak-kanak menjadi hyperaktif)
  • Tanpa krimer. Krimer bukan tenusu (tidak elok untuk jantung)
  • Tanpa maltodextrin. Maltodextrin (tiada manfaat kesihatan)
  • Tanpa pemekat / penstabil. Supaya bancuhan nampak sekata dan stabil dalam masa yang lama, kesan sampingan ialah kembung perut kerana perut kanak-kanak masih belum matang untuk mencernakan bahan tersebut
  • Tanpa pengawet
  • Tanpa anticaking agent iaitu ejen penyerap wap udara supaya susu tidak membeku, antara punca kembung perut

Susu Puremil ada 2 perisa iaitu :

  1. Perisa Asli
  2. Perisa Coklat

Bahan Istimewa Dalam Susu Puremil :

Susu ini ditambahbaik dengan DHA+EPA dan Omega 3 daripada sumber minyak ikan jenama terbaik dunia iaitu MEG-3 yang mendapat pengiktirafan daripada IFOS (The International Fish Oil Standards).

7 Kelebihan dan Kebaikan Susu Puremil

  1. Menambah selera makan anak-anak.
    Vitamin B12 dan zink berfungsi untuk menambah selera makan anak-anak. Anak-anak yang bergantung kepada susu sahaja akan mula berselera untuk makan makanan lain seperti nasi, sayur dan buah-buahan.
  2. Ditambahbaik dengan DHA+EPA dan Omega 3.
    DHA+EPA dan Omega 3 terbukti sangat baik untuk kesihatan jantung, otak dan mata.
  3. Anak-anak juga bebas daripada masalah gigi cepat rosak.
    Susu Puremil tidak mengandungi gula tambahan seperti Sukrosa (sumber gula tebu, ataupun gula putih).
  4. Anak-anak juga lebih kenyang dan tidak kerap meminta susu .
    Ini kerana anak-anak mendapat nutrisi yang mencukupi dan terhindar dari masalah kekurangan nutrisi (malnutrition) atau “lapar tersembunyi”.
  5. Menjimatkan kos ibu bapa membeli susu.
    Hanya 3 skop sahaja diperlukan untuk setiap bancuhan. Minum 3 kali sehari sahaja sudah cukup untuk memenuhi keperluan nutrisi anak-anak anda. 25 bancuhan dapat dibuat bagi setiap kotak Susu Puremil. 1 kotak Susu Puremil dapat bertahan selama 8 hari jika mengikut sukatan susu yang ditetapkan iaitu 3 skop bagi setiap bancuhan, 3 kali minum sehari.
  6. Sesuai diminum oleh orang dewasa, ibu menyusu dan ibu hamil.
    Susu Puremil mengandungi DHA+EPA dan Omega 3 yang baik untuk otak, Kalsium yang tinggi untuk mencegah osteoporosis ,Vitamin D membantu penyerapan kalsium yang lebih efektif, Vitamin B untuk kecantikan kulit dan juga Vitamin C untuk meningkatkan sistem imun dalam badan.
  7. Boleh dibancuh dengan sangat mudah.
    Susu Puremil mudah larut dan senang dibancuh tanpa menggunakan air panas atau air suam. Untuk membasuh juga sangat senang dan cepat kerana Susu Puremil tidak melekat pada puting dan botol susu.
susu tanpa bahan peluntur

Cara bancuhan susu: 3 skop Susu Puremil + 180ml air

Sila lihat gambar fakta nutrisi Susu Puremil untuk info lanjut jumlah kandungan Protein, Kalsium, DHA, Omega 3, vitamin dan mineral di dalamnya.

susu formula tanpa pengawet
susu omega 3

Susu Puremil adalah READY STOCK. Tarikh luput adalah 1 tahun 3 bulan dari tarikh ia dibuat.

Berat sekotak 500 gram

Harga sekotak RM 35

Harga sekarton (12 kotak ) RM 360 FREE POSTAGE
Ada jimat RM 60 bagi setiap pembelian per karton.

Kos pos semenanjung
1 kotak RM8
2 hingga 11 kotak RM12

Kos pos Sabah dan Sarawak
1 kotak RM12 (poslaju)
12 kotak RM50 (pos parcel/domestik)

susu tambah berat anak belian borong

Maklumat tambahan

Pengambilan susu yang dicadangkan adalah seperti yang tertera di kotak bagi umur 1-3 tahun. Pihak kami tidak menggalakkan pengambilan susu secara berlebihan kerana dikhuatiri anak akan bergantung sepenuhnya dengan susu. Ia juga untuk menggalakkan kanak-kanak mengambil makanan lain yang pelbagai dan berkhasiat.

[Bayi yang sudah mula makan atau kanak-kanak tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada susu untuk keperluan nutrisi harian. Sebaiknya makanan mereka haruslah seimbang dengan pengambilan nasi, daging (ikan/ayam), buah-buahan dan sayur-sayuran. Buah-buahan dan sayuran tinggi dengan vitamin dan mineral, manakala nasi untuk karbohidrat (tenaga) dan daging sebagai sumber protein (tumbesaran tubuh badan). Susu penuh krim adalah sebagai pelengkap kepada nutrisi harian mereka.]

3 skop susu untuk 3x minum hampir melengkapi nutrisi yang diperlukan mengikut RNIM (Recommended Nutrient Intakes Malaysia). Kebiasaan pada umur ini anak-anak memilih dan kurang makan makanan berkhasiat/picky eater.

Untuk anak berumur 4 tahun ke atas, boleh minum 1-2x sehari (4 skop per serving) kerana pada umur ini anak sudah tidak memilih makanan dan banyak dapatkan makanan bernutrisi. Tidak perlu mengikut sukatan di kotak lagi.

Bancuhan 180ml air sekadar cadangan. Boleh tambah atau kurangkan air bergantung kepada selera anak.

Rasa sebenar bancuhan Susu Puremil adalah seperti susu segar (bukan susu kotak) iaitu lemak berkrim. Bagi mengekalkan rasa sedap ini, bancuh dengan air kosong (air putih/air biasa) atau air sejuk. Bancuhan dengan air suam akan kurang sedikit rasa berlemak. Elakkan bancuh dengan air panas bagi mengekalkan nutrisi susu. Susu Puremil senang larut di dalam air suhu biasa kerana diproses secara “spray dry”.

Bagi memastikan kesegaran susu gunakan dalam tempoh 3 minggu selepas dibuka. Simpan di tempat yang kering dan elakkan daripada pancaran cahaya matahari secara langsung. Cara penyimpanan ini terdapat di kotak susu dan pastikan anda ambil perhatian.

Antara sebab susu Puremil tidak dipasarkan dengan meluas di outlet/kedai adalah pengeluaran susu dibuat secara berperingkat dan mengikut permintaan bagi menjaga kualiti susu. Tempoh expired susu tidak lama iaitu 1 tahun 3 bulan dari tarikh dikeluarkan.

MAKLUMBALAS PENGGUNA/ TESTIMONI SUSU PUREMIL

Bagi yang mahu mendapatkan secara online dengan kos pos yang lebih rendah, sila buat pembelian Susu Puremil di Shopee >>>

Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di 011-1943 6286.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Susu Puremil boleh lawati laman kami di https://mypuremil.com/

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

Produk Kami

Previous
Bisnes Online Mudah dan Kekal Lama
Susu Penuh krim Puremil, Susu Tambah Berat Dan Memenuhi Keperluan Nutrisi Anak Anda

0
Your Cart