Tabahnya diri mu kawan..

Selamat pagi kepada semua pembaca yang dikasihi.

Terima kasih kerana membaca mengenai lirik lagu Arjuna Beta yang Ibu siarkan semalam. Tidak dijangka ramai yang terharu dan tersentuh hati bila membaca entry tersebut. Moga semua pembaca mendapat manfaat daripada kisah Fynn Jamal dan anaknya itu.

Hari ini, masih lagi berkisar mengenai tabahnya seorang ibu. Ya, kenapa ibu? Kerana ibulah yang mengandung,melahirkan dan menyusukan anak. Ibu tiada pengalaman berdepan dengan anak yang mengidap penyakit autisme, cerebral palsy atau sindrom down. Namun antara kawan- kawan ibu ada yang mempunyai anak istimewa ini.

Sindrom Down

Kakak sepupu sebelah suami Ibu mempunyai anak perempuan yang ada sindrom down. Sekarang umurnya sudah 18 tahun. Sudah anak dara sunti. Yang menakjubkan si Sarah ini mampu berdikari dan boleh diharapkan. Emaknya mengidap penyakit kencing manis kerana obesiti, pergerakan sangat terbatas jadi Sarah lah yang mengambil alih semua kerja rumah kecuali memasak.

anak-sindrom-down
Sekadar gambar hiasan

Bagaimana Sarah menjadi seorang yang berdikari? Emaknya tidak pernah menghantar Sarah ke sekolah khas untuk kanak-kanak istimewa kerana kekangan wang dan masa.Rupa- rupanya ia adalah usaha emak dan abang- abangnya sendiri semenjak dari kecil.

Si abang giat menyediakan aktiviti yang ada di sekolah khas untuk Sarah, dan emaknya menyediakan makanan dan latihan dalam mengajar Sarah untuk berdikari. Emaknya tidak pernah memberikan Sarah makanan ringan atau makanan segera. Minyak ikan yang bagus untuk otak diberikan pada Sarah setiap hari. Aktiviti untuk pengidap sindrom down juga abangnya lakukan setiap hari.

Akhirnya inilah Sarah yang sekarang. Matang dan mampu membuat kerja rumah sendiri. Emaknya tiada lagi kerisauan untk meninggalkan anak dara apabila tiba masanya dijemput Ilahi suatu hari nanti.

Cerebral Palsy

Kisah kedua ialah kisah kawan Ibu satu sekolah yang mempunyai anak istimewa yang berumur 3 tahun. Anak yang diberi nama Amni ini mengidap cerebral palsy, dek kerana lemas dalam perut semasa dilahirkan. Semenjak lahir Amni sentiasa menangis sehingga di serang sawan yang mengakibatkan tubuh kecilnya tidak mampu untuk duduk dengan sendiri walaupun usianya sudah 3 tahun.

anak-istimewa
terapi berkuda

Tabahnya hati mu kawan! Selama 3 tahun membesarkan Amni, tiada terdengar rungutan,tiada keluhan atau tiada putus asa terkeluar dari mulut seorang ibu. Yang ada cuma air mata dan muka yang cemas setiap kali Amni diserang sawan. Amni dijaga dengan sempurna seperti 2 beradiknya yang lain, malahan lebih tumpuan diberikan pada Amni.

Jika ditanya pada mamanya, mamanya kan menjawab “Ini amanah Allah, amanah sang Pencipta mesti dijaga dengan baik, apatah lagi ianya adalah anak istimewa”

Jerit perih yang dialami kawan Ibu ini tidak mampu digambarkan didalam coretan ini. Tiada perkataan yang menyamai apa yang kawan Ibu rasa dan hadapi. Sekarang dia sedang berusaha untuk mencari terapi yang boleh membantu anaknya duduk dan memberi respon jika dipanggil.

Namun sekali lagi kekangan wang punca kawan Ibu tidak mampu untuk meneruskan terapi berkuda untuk Amni. “Jauh lagi perjalanan mu anak, mama sedaya upaya akan tinggalkan jalan dan cara untuk kamu terus hidup walaupun tanpa mama disisi.”

2 kisah ini membuatkan Ibu muhasabah diri. Ibu tidak diuji begitu oleh Allah, namun Ibu diuji bagaimana Ibu dapat membantu ke 2 insan yang tabah ini. Terutama dari segi kewangan. Ya, Ibu perlu kaya untuk membantu mereka, Ibu perlu kaya untuk membantu insan lain yang memerlukan.

Jadi penglibatan Ibu dalam bisnes ini adalah betul dan Ibu hanya perlu fokus untuk berjaya dalam bisnes dan membantu orang lain yang memerlukannya. Marilah kita semua menjadi kaya dan menyalurkannya demi agama, bangsa dan negara.

p/s : Kepada ibu-ibu yang mempunyai masalah serupa, boleh kongsikan apa yang patut dilakukan supaya anak- anak seperti boleh berdikari seperti insan biasa. atau terus menghubungi Ibu jika ada cadangan tempat terapi. Terima kasih semua.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

Produk Kami

Previous
Airmata Fynn Jamal
Tabahnya diri mu kawan..

0
Your Cart