Tag Archives aktiviti keluarga islam

wujudkan suasana bagi anak suka membaca di rumah

Mewujudkan suasana belajar di rumah

Perkara pertama sekali bagi ibu bapa yang ingin anak boleh membaca awal ialah dengan mewujudkan suasana membaca di rumah. Mungkin ibu bapa semua boleh mengaplikasi tips mudah ini untuk mengajar anak membaca awal

1. Pastikan setiap rumah ada rak buku. Tidak perlu besar, pastikan ianya sesuai dengan saiz ketinggian anak- anak syurga kita. Ini adalah bertujuan supaya anak mudah mengambil buku setiap kali mereka terasa ingin membaca.

mini-library-untuk-anak

2. Bahagikan masa belajar kepada 3 sesi setiap hari.

  • Pagi antara jam 10 pagi hingga 11 pagi
  • Petang antara jam 2petang hingga 3 petang
  • Malam antara jam 8 hingga 9 malam

3. Setiap sesi mulakan dengan membaca doa hendak belajar dan ibu bapa harus memberitahu anak apa yang akan mereka belajar pada sesi tersebut. Contohnya “ Muhammad Iman, hari ini kita belajar suku kata ye. Mulai mukasurat 10 hingga 11.

4. Tidak perlu mengambil masa terlalu panjang. Cukup sekadar 10 hingga 15 minit 1 sesi.

5. Ajarlah anak secara santai, sambil bergelak ketawa atau bawakan anak secawan air kesukaannya bagi menarik minatnya supaya belajar

membaca-bersama-bayi

6. Pastikan anda hadir pada sesi pembelajaran. Anak lebih menghargai jika anda berada di sisi.

7. Selain buku, wujudkan juga kad imbas atau mainan yang edukatif bagi menghilangkan rasa bosan anak terhadap buku.

8. Setelah sesi habis pastikan ibubapa semua beri pujian dan pelukan pada anak. Jadi anak akan tahu, ibu dan bapanya sayang pada mereka, jika mereka rajin belajar.

Tipsnya mudah dan praktikal. Selamat mencuba ye ibubapa cemerlang semua. Demi anak syurga kita.

Jadikan keluarga anda, keluarga islam

Assalammualaikum WBT kepada semua pembaca.

Semua pasangan yang sudah berkahwin pastinya mahu menerapkan semua nilai- nilai agama islam di dalam rumah. Memetik kisah yang diceritakan semula oleh saudari Sayatul Adnin di facebooknya, alangkah indahnya jika keluarga kita juga begini bukan?

facebook

Bagaimana caranya kita hendakkan keluarga kita menjadi seperti keluarga guru di atas? Anak- anak kita menjadi seperti 8 orang anak lelaki guru tadi? MashaAllah, jika diterapkan dari kecil nescaya anak- anak kita juga bakal penyejuk hati kita apabila mereka dewasa kelak.

Aktiviti keluarga islam

Hati yang suci menyukai kebaikkan. Justeru murnikan setiap saat dan minit yang ada bersama keluarga dengan melakukan perkara yang disukai Allah SWT demi tidak lain hanya kerana ingin mencari keredaannya. Di bawah adalah aktiviti yang wajib disemai di dalam keluarga kita disamping ilmu dunia.

solat berjemaah

  1. Solat berjemaaah. Jika tidak mampu semua waktu, cukuplah waktu subuh, mahgrib dan isyak.
  2. Bertadabbur (membaca ala quran dan fahami isinya)
  3. Kuliah 10minit selepas menunaikan solat fardhu. Memadai membaca sepotong hadis atau menerangkan terjemahan sesuatu surah.
  4. Menghidupkan malam dengan menunaikan solat tahajud bersama- sama.
  5. Ke majlis ilmu agama bersama- sama.
  6. Amalan sunat seperti puasa sunat setiap isnin dan khamis.
  7. Melihat kebesaran Allah dan mengucapkan subhanaaalah apabila melihatnya sebagai tanda kita mengakui kebesarannya.
  8. Berzikirlah bersama isteri dan anak selepas solat berjemaah. Jadikan ini sebagai amalan harian anda
  9. Bersedekah apa sahaja kepunyaan kita seperti duit, tenaga ataupun ilmu yang ada.
  10. Menunaikan haji atau umrah bersama- sama jika berkemampuan.

Suami sebagai ketua keluarga memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju sebuah keluarga. Bertindaklah sebagai GPS untuk anak isteri samaada ke neraka atau ke syurga selepas mati kelak.

Tatkala ijab dan kabul dilafazkan bersaksikan Allah SWT, maka hak isteri berpindah daripada ibu bapanya kepada suami. Begitu juga dengan ketaatan, suami kini berada di nombor tiga selepas Allah dan Rasul. Maka dengan ikatan ini kita perlulah menunaikan tanggungjawab masing- masing sebagai suami isteri.

tahfiz

Isteri pula berperanan sebagai pendidik anak- anak. Ibu adalah guru dan pembimbing terbaik bagi anak. Maka jika ibu menunjukkan contoh dan amalan yang tidak baik, maka pincanglah akhlak dan jiwa anak- anak dan keluarga sakinah tidak dapat dibina.

Sebagai seorang isteri kita harus sentiasa memperbaiki diri, berusaha untuk berakhlak mulia, tidak meninggalkan ibadah wajib dan mencari ilmu untuk dekatkan diri kepada Allah SWT dan tetapkan matlamat untuk menjadi wanita solehah.

Jagalah akhlak dalam perhubungan ini kerana ini menjadi tonggak utama dan banyakkan bersabar menempuh ujian Allah. Hadis Nabi ada menyebut orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik akhlaknya. Sebaik- baik kamu ialah orang yang paling baik akhlaknya kepada isteri kamu.

Adab sopan bermakna menjaga tingkah laku dan komunikasi antara suami isteri dan anak- anak. Sentiasalah menjaga adab sopan ketika bercakap dengan ahli keluarga. Bertuturlah dengan nada yang baik demi menghargai pasangan dan anak- anak. Sesungguhnya Allah SWT menyukai orang yang menjaga lidahnya.

Semoga keluarga kita juga menjadi salah satu keluarga sakinah. Amin. 

1
Your Cart