Tag Archives anak cerdik

Cara ajar anak mengaji dari kecil

Salam kepada semua pembaca setia ibudoakan.. Maaf kerana Ibu sudah lama tidak menulis tips parenting untuk anda semua. Bagaimana mengajar anak membaca Al Quran seawal bayi.Itu topik hari ini dan Ibu sangat terkesan dengan pengalaman yang dikongsi oleh Puan Lina Karim, ibu kepada darwishdarwisya yang berjaya menghafal 30 surah seawal usia 3 tahun.

darwishndarwisya.blogspot.com

Jom kita baca bagaimana Puan Lina Karim mengajar anaknya mengaji sejak dari kecil. Itulah yang Ibu tengah usahakan sekarang dengan Muhammad Iman dan Muhammad Ikhwan. Semoga menjadi panduan juga pada ibubapa yang lain di luar sana.

Rata rata saya dapati di Malaysia ini ramai yang mula mendedahkan kanak kanak untuk mula belajar samada membaca, mengira atau mengaji umur 4-5 tahun. Sebab itu kita lihat ramai ibu bapa menghantar kanak-kanak bersekolah tadika/pre school umur usia tersebut. Sebenarnya otak kanak-kanak sudah sangat bersedia untuk menerima apa-apa pelajaran sejak lahir.

Otaknya pada waktu ini ibarat sponge yang amat mudah menyerap air jika diletakkan di air. Mengikut kajian sains, pada umur 2 tahun, kapasiti otak kanak-kanak adalah menyamai 80% otak dewasa. Kanak-kanak semuanya sama. Yang membuat mereka berbeza adalah didikan yang kita dedahkan pada mereka pada waktu usia kritikal ini.

cara- ajar- anak-mengaji
Setelah saya mencuba dan nampak hasilnya pada anak saya, saya ingin kongsikan pada semua kaedahnya ini. Apapun saya boleh buat kesimpulan memang benar kata orang bahawa pendidikan bermula dari rumah. Kaedah saya bermula dari bayi baru lahir hingga 3 tahun.

Saya tidak berjumpa lagi sekolah khas yang mengajar bayi baru lahir hingga 3 tahun ke atas di Malaysia ini. Kalau pusat jagaan kanak-kanak memang ada merata untuk umur ini. Maka, si ibu atau bapalah yang perlu menjadi gurunya dan rumahlah menjadi sekolahnya.

Anda boleh menggunakan kaedah ini samada untuk mengajar anak anda ABC dan seterusnya membaca atau Alifbata dan seterusnya mengaji semuanya terpulang pada pilihan anda. Bagi saya ABC boleh belajar di tadika dan di sekolah nanti. Hingga umur anak saya hampir 3 tahun ini, saya tidak pernah mengajarnya A-Z dan kiraan 1-10, bentuk dan warna dalam bahasa Inggeris secara khusus.

Tetapi anak saya sudah boleh mengenal dan menghafalnya sendiri dengan bantuan mungkin dari CD kartunnya atau Barney n Friendsnya. Apapun saya yakin ini kerana otaknya telah dilatih untuk memberi respons yang cepat untuk belajar waktu saya mengajarnya mengaji setiap hari.

Mungkin ada kaedah lain yang di luar pengetahuan saya tetapi ini sahaja kaedah yang saya tahu dan guna pakai sehingga anak saya boleh membaca al Quran sebelum umur 3 tahun. Saya ingin kongsikan kaedahnya kerana saya telah melihat akan hasilnya. Saya dapati ramai yang tidak terdedah tentang mendidik anak dari bayi.

Atau mungkin pernah mendengar tetapi tidak tahu kaedahnya. Semoga perkongsian saya ini memberi manfaat kepada masyarakat Islam bagi melahirkan lebih ramai generasi bijak pandai yang berpegangkan pada al Quran dan as Sunnah. Bagi saya setiap bayi telah dilahirkan dengan anugerah yang tersembunyi dan ibu bapalah yang membantu mengeluarkan anugerah ini MUNCUL untuk mereka gunakan seumur hidup.

Pelaburan Anda untuk memulakan kaedah ini :

1. Beli Buku Al Furqan set beserta CD ( untuk 4 buku beserta CD lagu dan gambar kartun yang menarik. Pasang CD jika anda nak melekakan dia untuk buat kerja rumah. Biasalah ibu letak anak depan TV bagi mereka leka untuk senang kita buat kerja. Anda juga boleh beli CD iqra untuk kanak kanak jenis lain yang menarik dan banyak di pasaran.

2. Beli Flash Card Al Furqan dan latih setiap pagi.

3. Gula-gula yg diperbuat dari madu atau bahan yg bagus, Mayfirst bilberry colostrum (kesukaan anak saya), coklat kacang badam atau lain-lain sebagai hadiah kalau habis belajar 1-2 muka surat dengan kita. Boleh mula di beri jika mereka faham akan do n reward system. Kalau kecil lagi tak perlu.

PANDUAN MENGAJAR

buku-ajar-anak-mengaji-iqra

a) Disiplinkan mengaji sekerap mungkin. Saya buat 5 hari seminggu. Dalam seminggu mesti ada 1-2 hari yang saya miss! Selalunya saya akan mengajar paling awal jam 8.30 malam dan paling lambat jam 9.30 malam setiap kali mengaji. Waktu siangnya sentiasalah sibuk sangat sangat termasuklah hari Sabtu dan Ahad.

b) Jangan marah. Selalunya orang cepat naik angin kalau ajar budak banyak kali tapi tak dapat2 juga. Lebih-lebih lagi kalau kanak-kanak tu anak sendiri. Kalau anak orang lain, segan sikit nak marah kerana nanti dia balik mengadu dengan ibu bapanya.

Kalau anda rasa nak marah, tarik nafas panjang-panjang dan bertenang. Ingat jika kita selalu marah kanak-kanak waktu mereka mengaji, mereka akan tidak suka mengaji dan susah untuk disuruh mengaji kerana mungkin phobia.

c) Hanya marah jika mereka tak mahu mengaji.

d) Puji dan tepuk tangan seta buat buat happy jika mereka membaca dengan betul. Beri imbuhan setelah selesai mengikut apa yang mereka mahukan atau apa yang kita janjikan selepas mengaji.

e) SABAAAAR dan tak lupa disiplinkan diri kita sendiri dan anak kita untuk mengaji setiap hari. Jangan expect anak otomatik pandai bila kita sekali mengajar. Ia memang benar-benar mencabar untuk mengajar anak-anak kecil yang berumur setahun dua yang tak tahu nak duduk diam.

Tapi hasilnya lumayan! Bayangkan kita tunjuk flashcard pada budak umur setahun, kalau tak cepat, tangannya tangkas mencapai flashcard tersebut untuk dikeronyok2.

f) Rajin- rajin membacakan surah yang kita ingin anak kita hafal sebelum mereka tidur malam dan sebelum mereka bangun dari tempat tidur waktu pagi. Lama-lama mereka boleh mengikut kita membacanya.. Kalau tak hafal, bolehlah pasang CD mengaji. Saya percaya kalau kita tak menghafal, tetapi nak mengajar anak menghafal, kita pun boleh jadi hafal.

g) Yang paling penting, sentiasa berdoa dan bertawakkal pada Allah untuk kebaikkan yang terbaik buat anak-anak dan kita. Berdoalah di dalam dan diluar solat. Berdoa boleh menimbul sikap positif pada diri kita dalam mendisiplinkan diri untuk mengajar mereka.

Lebih bagus berdoa ketika kanak kanak masih kecil dan tidak lagi banyak dosanya. Ramai yang lalai mendoakan untuk anak dan cuma mula berdoa ketika anak sudah dewasa dan melakukan perkara yang tidak disukai supaya dia boleh berubah. Ketika ini mungkin agak susah walaupun belum terlambat.

Kaedah ini amat sesuai untuk bayi baru lahir hingga 2-3 tahun. Saya dapati jika kanak-kanak 4-5 tahun yang telah didedahkan dengan Ultraman, Doraemon dan bermacam-macam lagi cerita kartun yang pelbagai, tidak mahu mengikuti CD dan program ini mungkin bagi mereka ianya membosankan.

Orang Cakap Sedekah tu Mensucikan Diri. Apa yg Nak Disucikan? Jom tonton video ini

Kenapa Sedekah, Infaq & Zakat itu Wajib? from iReach HD on Vimeo.

Sebaliknya kanak-kanak yang didedahkan dengan CD mengaji/Iqra ini sejak lahir akan teruja melihat flash kad atau buku yang berhuruf sama seperti yang mereka lihat di TV. Ini menjadikan mereka ‘cinta’ al Quran dan seronok bila di suruh mengaji.

Saya ingatkan semula ungkapan Pengkaji Bayi, Dr Robert Titzer menyatakan ‘Windows of opportunity for natural learning is from birth until 4 years old’. Melihat pada anak saya, saya boleh katakan mereka memang mencintai apa yang diajar secara semulajadi.

Ini adalah Kaedah yang saya gunakan pada pertama kali pada Darwisya. Selepas itu adalah sedikit perubahan sana-sini apabila mengaplikasikannya pada Darwish kerana anak lelaki dan anak perempuan tidak sama cara belajarnya.

Itulah perkongsian puan Lina Karim di blognya. Mudah sebenarnya bukan? Cuma keinginan kita itu perlu dipertingkatkan lagi. Dengan keinginan yang membuak- buak ianya akan memudahkan perjalanan kita mendidik anak- anak syurga ini.

Jika anda menghadapi masalah di mana mahu mencari alat bantu mengajar yang sesuai, dapatkan set Al Furqan anda disini http://on.fb.me/1xohAfE atau boleh terus whatapps admin 0175082443

Aktiviti main pasir untuk ransang minda anak

As salam kepada semua ibu bapa anak syurga..

Sudah dekat dengan cuti meraikan tahun baru cina. APA aktiviti atau rancangan yang sudah dirancang bagi menghabiskan masa berkualiti dengan anak dan keluarga tersayang? Seronok bukan apabila dapat melakukan aktiviti bersama- sama. Apatah lagi jika mainan atau percutian itu mampu meransang minda anak- anak.

Ibu sekeluarga suka menghabiskan masa bersama- sama di tepi pantai. Pantai pilihan mestilah di negeri kelahiran Ibu iaitu Terengganu. Pantainya yang cantik, putih, bersih dan luas adalah menjadi pilihan Ibu untuk anak bermain. Bukan mandi laut ye, hanya melakukan aktiviti main pasir bersama- sama.

cara-bantu-anak-autisme
Gambar hiasan

Kadang- kadang terdetik, alangkah bertuahnya jika tinggal di tepi pantai, anak- anak bebas bermain tanpa batasan waktu dan tempat. Tahu tak kenapa? Aktiviti main pasir ini sebenarnya sangat bagus untuk anak- anak syurga kita. Jom baca apa kebaikan main pasir yang Ibu petik daripada buku 100 aktiviti untuk anak.

Bagaimana aktiviti main pasir bantu perkembangan anak

1. Meransang motor halus

aktiviti bagus untuk anak

Menggengam, menghancurkan, menggumpal dan menyelerakkan pasir  membantu membina otot kasar dan otot halus. Anak- anak boleh berlari, melompat, berguling, menggali. Dan jika di pantai pula anak-anak boleh belajar berjalan di pasir yang kering ataupun basah.

2. Menjadikan deria lebih peka

Pasir adalah bahan deria yang sempurna untuk kanak-kanak yang suka kepada sentuhan. Kanak-kanak mahu menyentuh segala-galanya dan sentiasa mencari input sentuhan.  Dengan pasir anak- anak akan menyentuh, memerah, dan bermain dengan gembiranya.

3. Menulis dan melukis

Sebelum kanak-kanak cukup bersedia menggunakan pensil untuk belajar menulis, mereka perlu diberi peluang untuk mengamalkan kemahiran melukis dan pra-penulisan mereka dalam bahan pelbagai deria. Bermain pasir adalah jawapannya.

Kanak-kanak boleh menggunakan jari atau alat-alat kecil untuk menulis dan melukis. Ini boleh memberikan mereka beberapa input deria tambahan dan membantu mereka mengamalkan genggaman pensil mereka tanpa menggunakan pensil.

4. Pemikiran kreatif

mainan pasir di rumah

 

Pasir boleh dimain dengan pelbagai cara dan gaya. Caranya tidak terhad seperti bermain bola yang hanya menyepak dan baling. Apabila bermain pasir, anak terdedah dengan cara bermain yang tidak terhad dan disini penjanaan idea kreatif itu berlaku. Setelah adanya idea, ada pula perlaksanaan bagaimana nak jadikan idea itu berlaku.

Di sini lah kenapa terapi pasir sangat bagus untuk kanak- kanak  autisme. Dengan memberikan kanak-kanak itu sebesen pasir bersama-sama dengan beberapa alat, bahan-bahan untuk acuan atau bangunan, anda memberikan anak bahawa peluang untuk menjana idea kreatif.

5. Aktiviti ceria

Bermain pasir adalah aktiviti yang amat menceriakan anak. Boleh main macam-macam permainan dengan pasir ni. Acuan yang ada boleh bina kreativiti anak seperti bina highway/trek untuk kereta mainan, buat bangunan, buat tempat tinggal binatang – binatang.

Kesan : anak2 dapat mengenali/merasai ciri-ciri pasir, bina konsep fahami isipadu dan dapat belajar untuk handle alatan yg digunkan (fine motor).

6.  Dari segi perkembangan bahasa dan juga sosial

Tanam mainan dalam pasir dapat bina kefahaman walaupun kita tak nampak objek tersebut, namun sebenarnya objek itu ada di situ. Ia juga membantu dalam memisahkan anak- anak dengan ibu bapa dalam tempoh tertentu dengan rasa selamat masih ada dalam diri anak2. Contoh tanam dinasour: anak- anak boleh berangan menjadi arkeologist.

kinetic sand original

Tahu tak, sekarang ada pasir yang boleh dibeli dan boleh bermain dirumah. Namanya kinetic sand. Jadi tiada alasan lagi untuk ibu bapa bermain aktiviti yang bagus ini dengan anak- anak. Berminat hendak dapatkan kinetic sand? Sila Klik Sini atau terus hubungi saya di whatapp 0175082443.

Kesalahan Yang Biasa Ibu Buat Ketika Bagi Arahan Pada Anak

Rasa bahagianya hidup apabila anak yang dilahirkan mendengar kata, tidak membantah arahan dan sentiasa bersikap taat kepada arahan ibu bapa bukan? Namun adakah kita tahu cara kita mendidik anak supaya mendengar arahan kita itu adalah salah?

Pernah tak berlaku situasi begini:

Situasi 1: Dikedai makan

Mama : Rayyan, tak mahu panjat2 kerusi tu..
Rayyan terus juga panjat- panjat, tidak hiraukan arahan mama
Mama terus sembang-sembang dengan kawannya, mama fikir selagi tak panjat tinggi- tinggi, its ok!

Situasi 2: Di dapur

Mama : Rayyan, jangan main air dalam bilik air tu
Rayyan terus main air dalam bilik air
Mama terus sambung masak kat dapur, biarlah dia main air kejap, sekurang- kurangnya aku boleh memasak tanpa gangguan.

Situasi 3: Diruang tamu

Mama : Dah kemas mainan ni Ruqayya, dah malam ni
Ruqayya : Tak nak, Yaya nak main lg.
Mama terus membiarkan Ruqayya bermain lagi, sambil tu on fb, dapat gak tengok- tengok cerita kawan kat fb sekejap.

Anda juga mungkin meminati buku magik.

anak membantah

Ini kita panggil kaedah keibubapaan yang tidak konsiten. Tanpa disedari Mama telah menghantar arahan ‘Kalau mama bagi arahan tidak perlu ikut pun, mama bukan serius pun’. Seterusnya, di lain hari anak-anak telah terbiasa untuk tidak mengikut arahan mama.

Yang seharusnya dilakukan ialah seperti berikut:

Situasi 1

Mama : Rayyan, jangan panjat- panjat kerusi tu
Rayyan tidak mengikut arahan
Mama kira dalam hati..1..2..3.. ulangi arahan kali kedua
Rayyan masih tidak mengikut arahan
Kira lagi dalam hati..1..2..3
Sekiranya Rayyan tidak lagi mengikut arahan, terus angkat/ tarik Rayyan daripada terus memanjat kerusi
***Dilarang membebel

Situasi 2

Mama : Rayyan, jangan main air dalam bilik air tu
Rayyan tidak mendengar arahan
Mama kira dalam hati 1..2..3..
Ulangi arahan
Mama kira dalam hati 1..2..3
Sekiranya Rayyan tidak lagi mendengar arahan terus matikan air dan bawa keluar Rayyan dari bilik air
***Dilarang membebel

Situasi 3

Dalam situasi memberi arahan untuk melakukan sesuatu, digalakkan memasukkan teknik foreshadowing. Situasi 1 dan 2 adalah melarang melakukan sesuatu. Situasi 3 ni lebih kepada nak memberi arahan.

Mama : Ruqayya, lagi sepuluh minit kemas mainan ye, dah malam ni, masa untuk tidur.
Masa ini tawar menawar masih boleh dilakukan (Jika Ruqayya meminta lebih masa sekitar 10 hingga 15 minit). Ingatkan Ruqayya sekali lagi.
Mama : Ok lagi 5 minit tau.
Selepas masa tamat..
Mama : Ok times up, jom kemas mainan.
***Dilarang tawar menawar/membebel.

Jika Ruqayya terus kemas baguslah, jika dia enggan Mama terus kemas separuh dan ambil tangan Ruqayya untuk ambil mainan dan masukkan dlm bekas.

Perkongsian daripada bengkel keibubapaan..

Dengan ini kita telah menghantar arahan kepada anak-anak ‘ Jika mama memberi arahan, mama adalah serius, lain kali kalau mama beri arahan saya perlu ikut’.

Jelas kan kenapa biasanya anak- anak lebih mengikut arahan bapanya. Kerana arahan bapa lebih jelas tanpa sebarang bebelan berbanding seorang ibu. Tegas dan padat. Itu arahan yang sampai pada anak.

Semoga Allah mempermudah urusan kita mendidik anak-anak syurga kita. Berjumpa lagi di artikel yang lain untuk tips yang lain pula.

Anak anda kerap demam? Cuba kuatkan antibodi anak dengan multivitamin.

Anak menangis di tadika.. Cuaknya seorang ibu

Salam sejahtera..

Sepanjang minggu lepas, pelbagai keletah dan ragam anak diupload ke dalam wall facebook ibubapa masing- masing. Ada yang ceria, yang gembira dapat teman baru, ada yang menangis, tertidur keletihan, tak kurang juga yanga boleh menyesuaikan diri dengan suasana baru samaada di sekolah, tadika atau playschool.

Ibu juga turut sama teruja untuk menghantar anak ke tadika pada tahun hadapan. Tahun ini Ibu mulakan dengan pendidikan asas al Quran di kelas Al Baghdadi dahulu untuk Muhammad Iman. Kelas al Quran ini hanya diadakan pada hujung minggu sahaja.

tps bagi anak ke sekolah

Ok, balik pada tajuk di atas. Satu isu yang sangat buat ibu bapa susah hati ialah masalah anak yang tidak mahu ke sekolah. 2, 3 hari pertama di sekolah anak ok, masuk hari ke 4 cikgu tadika dah telefon cakap anak menangis dan nak balik atau menyebut nama ibunya. Cuak juga jika kita mendapat panggilan sebegini bukan?

Disusuli pula dengan minggu kedua, anak dah buat perangai tidak mahu ke sekolah, macam- macam akal dan alasan digunakan untuk menghalang ibu bapa menghantar mereka ke sekolah. Kadang- kadang si ibu yang marah akan memaksa juga anak ke sekolah, dan terjadilah ‘drama keluarga’ di pagi hari yang indah.

Disini Ibu kongsikan tips bagaimana mahu anak- anak ini ke sekolah tanpa ada drama airmata. Pertama sekali ketahui punca anak tidak mahu ke sekolah. Cuba selidik anak dengan berpandukan point dibawah ini.

  1. Mengelak situasi di sekolah yang menyebabkan dirinya murung atau tertekan
  2. Mengelak daripada bertemu dengan orang yang tidak disukai di sekolah
  3. Mengelak situasi tidak selesa di sekolah seperti tidak siap kerja rumah, kena denda, kena membentang kerja di hadapan kelas, ujian dan sebagainya.
  4. Mahu mendapatkan perhatian daripada ibu bapa
  5. Mahu lebih berseronok dengan ahli keluarga seperti abang atau adik selain ibu bapa mereka.

Ibu bapa perlu mengenalpasti punca anak tidak mahu ke sekolah. Ada hari-hari tertentu, atau masa-masa tertentu? Adakah subjek pelajaran atau seseorang yang anak cuba hindari?

Apa yang boleh kita lakukan

anak menangis tidak mahu ke sekolah

Cuba fahami apa yang merisaukan anak. Kanak-kanak biasanya tidak akan mulakan dulu cerita tentang apa yang dia takut tetapi ibubapa boleh memahami dengan mengajak anak bercerita, atau melukis mengenai sekolah atau rumah. Kaji lukisan anak jika ada.

Berbual mengenai perasaan dan fear (ketakutan) beliau. Tekankan aspek-aspek positif sekolah seperti boleh berjumpa & bermain dengan rakan-rakan, subjek kegemaran dan sebagainya. Jika anak berumur 4 hingga 5 tahun, tanya anak, adakah dia ke tadika dengan rela atau di paksa.

Berjumpa & berbincang dengan guru dan guru kauselor di sekolah. Bekerjasama dengan pihak sekolah. Sekiranya masalah utama adalah buli, berbincanglah bersama dengan pihak sekolah bagaimana untuk menangani buli di sekolah.
Tangani isu-isu keselamatan di sekolah melalui program antibuli dan anti keganasan, bersama-sama dengan pihak sekolah. Sekiranya anak murid mempunyai masalah pembelajaran yang menyebabkan dia tidak mahu ke sekolah, pastikan mereka mendapat bantuan untuk masalah itu.

Bersama-sama dengan pihak sekolah, jadikan sekolah satu persekitaran yang mesra. Ini membantu pelajar merasa ada hubungan baik dengan sekolah dan guru.

Sekiranya anak di rumah sebab tidak mahu ke sekolah, pastikan dia tidak terlalu selesa di rumah. Anak perlu mengikuti rutin sekolah & jadual sekolah di rumah. Jangan biarkan dia menonton tv, tidur, bermain komputer. Masa Mathematik, buat latihan mathematik, masa English, buat latihan English, masa rehat, baru boleh rehat.

Mulakan ‘reward system’ seperti ‘Star Chart’. Setiap hari ke sekolah akan mendapat satu bintang. Cukup bilangan bintang (seperti yang dipersetujui oleh anak), akan dapat hadiah (reward). Reward tidak semestinya barang atau sesuatu yang mahal. Antara contoh reward yang tidak memerlukan wang adalah masa eksklusif bersama ibubapa, atau bermain bersama ibubapa.

Sekiranya masalah tidak mahu ke sekolah berlarutan dan anak mempunyai masalah psikologi seperti anxiety dan depression, dapatkan rawatan.

Sumber: Doktor Norharlina Bahar

 

 

Tap Genius- Kaedah Baru Bantu Anak Belajar

smart pen upin ipin

 

 

upin ipin belajar mengaji

 

 

upin ajar anak mengaji

 

Menarik bukan??

Apa bendanya TAP GENIUS ni ?

TAP GENIUS ini adalah sejenis SMART PEN yang direka khusus untuk anak anak berusia 4 tahun sehingga 12 tahun.

mempelajari pelbagai buku buku kanak kanak dengan cara yang lebih menyeronokkan.

Apa yang TAP GENIUS ini boleh buat ?

TAP GENIUS boleh membaca lebih 200 buku kanak kanak yang best best, boleh membaca poster dan juga flashcard serta puzzles.

Ok, inilah gambarnya TAP GENIUS ni…

BERAPA HARGANYA ?

Harga Pasaran TAP GENIUS ialah RM249 dengan Warranty satu tahun

Dimana nak beli ? Ok, boleh beli dengan saya di sini

alat bantu mengajar anak 4 tahun

 

Apakah buku buku yang boleh dibaca oleh TAP GENIUS ?

TAP GENIUS boleh membaca SIRI BUKU ISLMIK UPIN IPIN yang mengandungi lebih 20 tajuk.

Buat masa ini tajuk SIRI BUKU ISLAMIK yang ada dalam stok ialah

BUKU AL- MUQADDIMAH FASAL 1

BUKU SOLAT UPIN IPIN

KAMUS BERGAMBAR UPIN IPIN

3 tajuk buku ini dijual pada harga RM70.

Boleh beli dengan saya juga

Tajuk tajuk yang lain akan mula dipasarkan pada tahun 2015

smart pen mengaji

 

bagaimana bunyinya? Jom tonton video ini

ok, lagi TAP GENIUS juga boleh membaca Koleksi Buku dari Institut Terjemahan dan Buku Malaysia ( ITBM )

Jom kitta Tengok Koleksi BUKU ITBM

anak pandai membaca

Koleksi BUKU ITBM ini mengandungi 4 tajuk buku iaitu

1.Buku Bunny and The Tiger
2.Buku Miss Honey Bee
3.Buku Umang
4.Buku Tanggang

KOLEKSI BUKU ITBM ini dijual pada harga RM60 untuk 4 buah buku

Jom kita tengok setiap satu Koleksi BUKU ITBM yang sangat best ni

Ini dia gambar TAP GENIUS membaca Buku Bunny and The Tiger ( Buku dalam Bahasa Inggeris)

Ini Video TAP GENIUS  membaca Buku Miss Honey Bee ( Buku dalam Bahasa Inggeris)

Dan yang sangat best juga, TAP GENIUS boleh membaca produk dari PAKEJ Little Mukmin

Apa yang ada dalam PAKEJ Little Mukmin

1. Buku Healthy Happy Little Mukmins
2.Buku 5 Little Mukmins
3.Buku We Love to Pray
4. Poster ABC’s of Allah’s Blessings
5.Little Mukmin Learning Tools – Set of 5 Doa Signages

Harga Buku, Poster dan Doa Signages dalam PAKEJ LITTLE MUKMIN ini ialah RM50

Poster, Doa Signeges dan Buku kesemuanya dalam Bahasa Inggeris

Ini dia gambar PAKEJ Little Mukmin

tap genius bantu anak membaca al quran

 

Tap genius boleh membaca poster juga tau

Tap Genius membaca doa

Ok, Lagi TAP GENIUS juga boleh membaca buku buku daripada Koleksi LITTLE HEARTS ( Buku dalam Bahasa Inggeris)

Ada 4 buku dalam Koleksi LITTLE HEARTS

1.Buku Allah for Little Hearts
2.Buku Rasul for Little Hearts
3.Buku Solat & Doa for Little Hearts
4.Buku Values for Little Hearts

Koleksi LITTLE HEARTS yang terdiri daripada 4 buku ini dijual pada harga RM62.90

Anda boleh tengok gambar gambar dibawah

pakejLITTLEHEARTS

 

Video TAP GENIUS membaca Buku Allah for Little Hearts

Sudah  puas tengok banyak gambar dan Video? Best kan..

Ok, so macamana nak beli

Begini lah kami cadangkan

Anda boleh beli TAP GENIUS sahaja pada harga RM249

Tetapi anda mesti mahu buku buku yang boleh dibaca oleh TAP GENIUS kan ?

SO, kami ada buat PAKEJ TAP GENIUS + BUKU

Anda boleh memilih salah satu daripada pakej TAP GENIUS + Buku

PAKEJ PERTAMA

TAP GENIUS dan Koleksi 3 BUKU ISLAMIK UPIN IPIN,

RM249 + RM70= RM319

PAKEJ KEDUA

TAP GENIUS dan  PAKEJ Little Mukmin yang berharga RM299

PAKEJ KETIGA

TAP GENIUS dan Koleksi 4 BUKU ITBM dengan harga RM249 + RM60= RM309

PAKEJ KEEMPAT

TAP GENIUS dan Koleksi LITTLE HEARTS dengan harga RM249 + RM63= RM312

Faham kan dengan Pakej pakej yang dijual ni ?

Atau anda juga boleh mendapatkan TAP GENIUS dengan semua pakej

TAP GENIUS + Koleksi 3 BUKU ISLAMIK UPIN IPIN + PAKEJ Little Mukmin + Koleksi 4 BUKU ITBM + Koleksi 4 Buku LITTLE HEARTS= RM488

Buat masa ini, kami hanya menjual 14 buku yang boleh dibaca dengan TAP GENIUS.

Buku buku yang lain akan mula dipasarkan pada awal tahun 2015.

Okeh minat nak beli ? CARA BAYAR mudah saja

PILIH PAKEJ TAP GENIUS yang anda mahu

tapgenius70

 

Untuk setiap Pakej TAP GENIUS dan buku buku caj penghantaran RM10 dalam Semenanjung Malaysia dan RM15 ke Sabah/Sarawak

Boleh buat bayaran ke Akaun BANK :

Nama Bank : MAYBANK
No Akaun: 113024065441
Nama: AMINAH BINTI HUSSAIN
Email: ibudoakan99@gmail.com

Nama Bank : CIMB
No Akaun: 7053347778
Nama: AMINAH BINTI HUSSAIN
Email: ibudoakan99@gmail.com

Selepas buat pembayaran, sila berikan bukti pembayaran di ruangan dibawah.

Nama Bank : Maybank atau CIMB
Tarikh Bayaran:
Masa Bayaran:
Jumlah Bayaran:
No Rujukan jika ada

Atau anda juga boleh emailkan kepada ibudoakan99@gmail.com bukti pembayaran anda untuk kami buat semakan.

Produk yang anda order akan dihantar selepas kami membuat semakan pembayaran di bank.

Untuk Penghantaran produk, sila SMS/whatapp kepada 0175082443

nama penuh penerima, alamat penerima, No Telefon penerima serta Email penerima.

Pastikan maklumat yang diberi adalah tepat dan lengkap.

Cara didik anak sukakan al quran

Malam jumaat yang penuh barakah. Salam kepada semua pembaca blog Ibu.. sudah lama ibu tidak menulis entry baru disini kerana mempunyai masalah dengan bandwith website. Maaf ye jika ada yang ternanti- nanti perkongsian sedikit ilmu daripada Ibu, seorang ibu kepada 2 anak syurga dan alhamdulillah menginjak ke usia 31 tahun pada tahun 2015.

Sedang khusyuk membalas mesej private daripada rakan yang bertanyakan set kehamilan yang lengkap, Ibu terpandang satu status yang dicopy paste oleh salah seorang kawan facebook Ibu. Ceritanya bagaimana seorang ibu ini mendidik anak supaya cintakan alunan al quran daripada kecil lagi.

MashaAllah, diusia anak ini 2 tahun lebih dia sudah mampu membaca surah alfalah dengan baik.. Tersangat baik kerana ibunya tidak memberikan pendidikan islamik secara formal pada si anak. Dunia hiburan juga tidak lansung diambil kisah oleh ibu bapanya. Caranya hanya memperdengarkan al quran di dalam kereta sahaja.

Mari Ibu kongsikan apa petua yang ditulis ibu muda yang pernah tinggal di Mesir suatu ketika dahulu.

Tips ajar anak hafaz quran

Bismillah.
Ampun maaf, saya sangat-sangat tak sempat nak jawab pm yang menderu bertanya tentang bagaimana didik anak hafaz Al-Quran. Saya jawab di sini ya.

1. Saya mula didik anak Quran waktu dalam kandungan. Baca Quran, baca Quran, Baca Quran. Mengandung Muadz saya alahan teruk. Saya baca Quran sambil baring. Niatnya supaya anak dengar Kalamullah. Saya yakin dia sedang berkembang dengan pintar bila mendengar ayat-ayat Allah.

2. Anak lahir : usianya 2 bulan, saya buat flashcard sendiri. Sebab masa tu saya di Madinah, tak jumpa flashcard. Buat guna manilakad je. Tulis besar-besar, baca pada Muadz setiap hari. Sebut huruf tu pada dia sejelas-jelasnya. Dia buat tak tahu je masa tu. Siap ronyok-ronyok lagi

vcd al quran

3. Pasangkan dia video Alif Ba Ta. Terkekek-kekek dia ketawa tengok video tu.

4. Pasang Kaset Quran dalam kereta. Pergi mana-mana pasang je.

5. Balik Malaysia, lepas suami cerita tentang Syeikh Mesir didik anak hafaz Quran, kami terus buat keputusan. Mulai hari tu kami pasang Quran sahaja dalam kereta. Quran sahaja. Masuk kereta je terus pasang, walaupun pergi kedai dekat dengan rumah sahaja.

6. Kesan pasang Quran : saya perhatikan anak-anak saya mudah sangat tidur dalam kereta. Sampai orang pelik macamna mereka boleh sopan santun dalam kereta, sebab keluar kereta je terus tak duduk diam. Ya, sekali lagi. Saya yakin dengan keberkatan Al-Quran. Al-Quran menenangkan hati dan jiwa.

7. Selain kereta, abah Muadz rajin bacakan Quran pada anak-anak sebelum tidur. Dia peluk anak-anak kiri dan kanan, then baca Quran. Tak sampai sejam pun kadang-kadang anak dah tidur.

8. Sampai umur Muadz 2 tahun lebih ( kalau tak silap saya), kami baca Surah Asy-Syams. Tiba-tiba dia sambung! Kami terkejut! Mengalir air mata saya, Maha Hebatnya Allah! Padahal kami masih belum usaha yang maksima lagi. Tapi Muadz dah boleh ingat Surah Asy-Syams masa tu.

9. Kami test surah lain pula. Kami suami isteri baca dalam kereta. Tiba-tiba dia sambung. Sekali lagi terkejut, dia dah hafaz Surah AL-Balad! Allahu Akbar!

10. Disebabkan masuk kereta pasang Quran ni dah jadi habit, maka Muadz ni pun tiap kali masuk kereta takde ayat lain yang dia jeritkan melainkan…” Nak Qoran!! ( Nak Al-Quran) Ianya terjadi bila saya cuba-cuba nak dengar IKIM.

Ya, ini perkongsian yang bagus, ini juga Ibu tengah aplikasikan pada Muhammmad Iman dan Muhammad Ikhwan. Ini adalah muqqadam pilihan Iman untuk mengaji setelah bermacam buku digunakan untuk menarik minatnya. Alhamdulillah hingga ke saat ini Iman sudah menghafal sehingga surah Al Qari’ah.

quran kanak-kanak

InshaAllah yakin ibu ayah, kita semua boleh. Sebab anak kita semua sangat genius, insan-insan yang tiada dosa. Semuanya anak syurga. Lagi satu, puji anak bila mereka mengaji. Tunjukkan muka ceria dan gembira. All the best! Jaga pemakanan anak dan jangan rosakkan mindanya dengan kartun- kartun yang tidak berfaedah.

Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Izin Allah.
Jom, masih belum terlambat walaupun usia dah meningkat.. Lazimi Quran..

Mahukan pakej lengkap anak pandai mengaji? Sila klik sini 

0
Your Cart