Tag Archives anak istimewa

50 ayat positif yang perlu diucapkan pada anak

Pernah tak dalam sehari kita melabel anak kita degil? Tak dengar cakap atau nakal? Kadang- kadang perkataan ini keluar daripada mulut tanpa kita sedar. Dilema seorang ibu yang ingin mendidk anak dalam suasana yang positif, tapi mulut sendiri tidak dapat dikawal bagi mengelakkan perkataan negatif yang keluar.

Menurut Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja Pusat Pengajian Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Khaidzir Ismail, kata-kata ibu bapa adalah doa dan setiap yang keluar dari mulut mereka mampu memberi impak kepada anak.

50-perkataan-positif

Beliau berkata, kata positif daripada ibu bapa memberi kesan yang positif kepada jiwa anak, menenangkan emosi mereka dan mampu dijadikan contoh kepada anak apabila mereka bercakap dengan orang lain. Pesan saya kepada ibubapa diluar sana, ulang perkataan- perkataan positif ini secara automatik perkataan negatif akan dapat dielak

50 ayat positif yang sentiasa perlu diucapkan pada anak.

  1. Ibu sayang kamu.
  2. Kamu disayangi semua orang.
  3. Kamu membuat ibu tersenyum.
  4. Ibu selalu teringat pada kamu jika kita berjauhan.
  5. Kehidupan ibu adalah lebih baik jika ada kamu.
  6. Ibu akan melakukan yang terbaik untuk menjaga keselamatan kamu.
  7. Kadang-kadang ibu akan melarang kamu.
  8. Ibu mempercayai kamu.
  9. Ibu pasti kamu boleh buat.
  10. Kamu seorang yang kreatif.
  11. Yakin pada diri kamu.
  12. Idea kamu sungguh menakjubkan.
  13. Kamu mampu.
  14. Kamu layak.
  15. Kamu seorang yang kuat.
  16. Kamu boleh berkata tidak.
  17. Kamu boleh membuat pilihan.
  18. Kamu sudah reti bezakan mana yang baik, mana yang buruk.
  19. Kamu adalah sahabat yang baik.
  20. Kamu adalah abang/ kakak/ adik yang baik.
  21. Kamu juga tidak sempurna.
  22. Begitu juga dengan ibu.
  23. Kamu boleh menukar fikiran kamu.
  24. Kamu boleh belajar daripada kesilapan kamu.
  25. Kamu boleh meminta bantuan.
  26. Kamu suka pada ilmu.
  27. Perkembangan kamu juga meningkat.
  28. Peningkatan perkembangan kamu adalah daripada usaha keras.
  29. Ibu percaya dengan kamu.
  30. Kamu begitu berharga.
  31. Kamu seorang yang menarik.
  32. Kamu seorang yang cantik/ hensem.
  33. Apabila kamu membuat kesilapan kamu masih cantik.
  34. Kamu adalah seorang yang penting.
  35. Idea-idea kamu juga penting.
  36. Kamu boleh melakukan kerja-kerja yang penting. 
  37. Ibu melihat kamu bekerja dan belajar setiap hari.
  38. Kamu membuat perubahan dalam hidup ibu.
  39. Ibu ingin tahu apa yang kamu fikirkan.
  40. Bagaimana kamu berbuat demikian?
  41. Kamu telah membuat ibu berfikir tentang perkara-perkara baru dalam hidup ibu.
  42. Ibu tak sabar untuk melihat apa yang kamu akan lakukan.
  43. Terima kasih kerana membantu ibu.
  44. Terima kasih kerana menyumbang kepada keluarga kita.
  45. Ibu suka kehadiran kamu.
  46. Ia menyeronokkan untuk melakukan aktiviti dengan kamu.
  47. Ibu gembira kamu di sini.
  48. Ibu gembira untuk bercakap dengan kamu.
  49. Ibu dengar kamu.
  50. Ibu bangga dengan kamu.

Anak-anak berhak tahu bahawa kehadiran mereka sangat penting dalam hidup anda berdua. Beritahu mereka yang anda bahagia memiliki mereka sebagai anak. Jangan pernah mengucapkan kata-kata yang mereka menyusahkan anda. Ketahuilah bahawa kata-kata itu mampu menjadi pemangkin kebahagiaan mereka sehingga dewasa.

Perlu Ke Pukul Anak?

Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi..

Anak-anak merupakan amanah Allah. Kita perlu mendidik dengan sebaiknya semenjak kecil lagi supaya apabila besar kelak menjadi anak yang soleh dan sentiasa taat kepada Allah, Rasul dan ibu bapa.

Dalam mendidik anak ketegasan adalah perlu demi memastikan anak yang sedang dibentuk tidak menjadi degil, keras kepala atau selalu hendak menang sahaja. Jadi bagaimana kita boleh menjadi ibu bapa yang tegas tanpa menggunakan kekerasan yang melampau.

cara-didik-anak-secara-islam

Pukul anak juga perlu dilakukan jika anak terlalu nakal atau tidak menghormati agama dan ibubapanya. Dalam islam ada diajarkan bagaimana cara mahu memukul anak jika terpaksa.

Kenapa perlu pukul anak

Di dalam Islam, memukul adalah tindakan paling akhir sekali sekiranya segala nasihat, tunjuk ajar serta ancaman tidak memberikan apa-apa kesan terhadap anak. Sebelum dijatuhkan hukuman, perkara-perkara berikut perlu diambil kira:

1.Kaji apa kesalahan anak dan cubalah berlembut dahulu.

2. Tengok dulu bagaimana tabiat anak yang membawa kepada kesalahan tersebut. Ada anak hanya jegilkan mata sudah mengetahui salahnya, ada anak yang lain kena membebel baru faham. Jadi kenalpasti apa tabiat anak dan berikan hukuman setakat yang dia mampu terima.

didik anak kaedah islam

3. Mengenakan hukuman dan denda adalah jalan yang paling akhir sekali. Jadi, sebelum peringkat denda dan menghukum, anak-anak mesti melalui proses pemahaman dahulu. Mereka perlu ada contoh tauladan yang baik di rumah dan sentiasa mendapat tunjuk ajar daripada ibu bapa..

Jadi, sudah jelas di sini bahawa, di dalam Islam, ibu bapa dibenarkan untuk mendenda atau memukul anak tetapi mempunyai syarat-syarat yang telah dinyatakan di atas tadi.

bacalah-anakku

Cara memukul anak menurut islam

1. Jangan memukul anak dari lutut keatas. Jangan sesekali menampar wajah anak. Pukul anak mengunakan rotan sebaik- baiknya di bahagian betis anak.

2. Jangan menggunakan tangan atau anggota tubuh kita untuk memukul anak. Jangan menampar, mencubit atau menerajang anak dengan kaki. Ini menjadikan anak bertambah nakal dan tidak boleh dikawal lagi.

3. Gunakan rotan dan pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

cara memukul anak 2 tahun

4. Gantung rotan di dinding rumah atau mana- mana tempat yang anak boleh nampak untuk dia tahu apa yang boleh dibuat dan apa yang jangan dibuat , nanti ibu marah.

5. Jangan memukul dalam keadaan yang sangat marah, ini kerana syaitan akan menghasut supaya teruskan memukul anak dan tanpa kita sedar yang kita telah mengerjakan anak itu tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukannya.

6. Jangan sesekali memukul dengan dengan benda keras sehingga meninggalkan bekas kerana bekas itu anak akan ingat sampai bila- bila dan menjadikan anak sebagai seorang pendendam dewasa kelak.

Semoga kita semua dapat mendidik anak dengan penuh rasa kasih sayang. Jangan biarkan anak takut kepada kita kerana rotan atau sifat kita yang suka memukul, biarlah anak memandang wajah kita dengan penuh rasa cinta.

Janganlah kita mengenakan hukuman dan denda sesuka hati dan pastikan anak mendapat pentarbiyyahan sewajarnya kerana itulah selayaknya bagi mereka.

Anak syurga idaman semua. Adakah harus kita layan anak syurga kita dengan kekerasan? Anda juga mungkin ingin membaca ciri minyak ikan terbaik untuk anak

 

Tabahnya diri mu kawan..

Selamat pagi kepada semua pembaca yang dikasihi.

Terima kasih kerana membaca mengenai lirik lagu Arjuna Beta yang Ibu siarkan semalam. Tidak dijangka ramai yang terharu dan tersentuh hati bila membaca entry tersebut. Moga semua pembaca mendapat manfaat daripada kisah Fynn Jamal dan anaknya itu.

Hari ini, masih lagi berkisar mengenai tabahnya seorang ibu. Ya, kenapa ibu? Kerana ibulah yang mengandung,melahirkan dan menyusukan anak. Ibu tiada pengalaman berdepan dengan anak yang mengidap penyakit autisme, cerebral palsy atau sindrom down. Namun antara kawan- kawan ibu ada yang mempunyai anak istimewa ini.

Sindrom Down

Kakak sepupu sebelah suami Ibu mempunyai anak perempuan yang ada sindrom down. Sekarang umurnya sudah 18 tahun. Sudah anak dara sunti. Yang menakjubkan si Sarah ini mampu berdikari dan boleh diharapkan. Emaknya mengidap penyakit kencing manis kerana obesiti, pergerakan sangat terbatas jadi Sarah lah yang mengambil alih semua kerja rumah kecuali memasak.

anak-sindrom-down
Sekadar gambar hiasan

Bagaimana Sarah menjadi seorang yang berdikari? Emaknya tidak pernah menghantar Sarah ke sekolah khas untuk kanak-kanak istimewa kerana kekangan wang dan masa.Rupa- rupanya ia adalah usaha emak dan abang- abangnya sendiri semenjak dari kecil.

Si abang giat menyediakan aktiviti yang ada di sekolah khas untuk Sarah, dan emaknya menyediakan makanan dan latihan dalam mengajar Sarah untuk berdikari. Emaknya tidak pernah memberikan Sarah makanan ringan atau makanan segera. Minyak ikan yang bagus untuk otak diberikan pada Sarah setiap hari. Aktiviti untuk pengidap sindrom down juga abangnya lakukan setiap hari.

Akhirnya inilah Sarah yang sekarang. Matang dan mampu membuat kerja rumah sendiri. Emaknya tiada lagi kerisauan untk meninggalkan anak dara apabila tiba masanya dijemput Ilahi suatu hari nanti.

Cerebral Palsy

Kisah kedua ialah kisah kawan Ibu satu sekolah yang mempunyai anak istimewa yang berumur 3 tahun. Anak yang diberi nama Amni ini mengidap cerebral palsy, dek kerana lemas dalam perut semasa dilahirkan. Semenjak lahir Amni sentiasa menangis sehingga di serang sawan yang mengakibatkan tubuh kecilnya tidak mampu untuk duduk dengan sendiri walaupun usianya sudah 3 tahun.

anak-istimewa
terapi berkuda

Tabahnya hati mu kawan! Selama 3 tahun membesarkan Amni, tiada terdengar rungutan,tiada keluhan atau tiada putus asa terkeluar dari mulut seorang ibu. Yang ada cuma air mata dan muka yang cemas setiap kali Amni diserang sawan. Amni dijaga dengan sempurna seperti 2 beradiknya yang lain, malahan lebih tumpuan diberikan pada Amni.

Jika ditanya pada mamanya, mamanya kan menjawab “Ini amanah Allah, amanah sang Pencipta mesti dijaga dengan baik, apatah lagi ianya adalah anak istimewa”

Jerit perih yang dialami kawan Ibu ini tidak mampu digambarkan didalam coretan ini. Tiada perkataan yang menyamai apa yang kawan Ibu rasa dan hadapi. Sekarang dia sedang berusaha untuk mencari terapi yang boleh membantu anaknya duduk dan memberi respon jika dipanggil.

Namun sekali lagi kekangan wang punca kawan Ibu tidak mampu untuk meneruskan terapi berkuda untuk Amni. “Jauh lagi perjalanan mu anak, mama sedaya upaya akan tinggalkan jalan dan cara untuk kamu terus hidup walaupun tanpa mama disisi.”

2 kisah ini membuatkan Ibu muhasabah diri. Ibu tidak diuji begitu oleh Allah, namun Ibu diuji bagaimana Ibu dapat membantu ke 2 insan yang tabah ini. Terutama dari segi kewangan. Ya, Ibu perlu kaya untuk membantu mereka, Ibu perlu kaya untuk membantu insan lain yang memerlukan.

Jadi penglibatan Ibu dalam bisnes ini adalah betul dan Ibu hanya perlu fokus untuk berjaya dalam bisnes dan membantu orang lain yang memerlukannya. Marilah kita semua menjadi kaya dan menyalurkannya demi agama, bangsa dan negara.

p/s : Kepada ibu-ibu yang mempunyai masalah serupa, boleh kongsikan apa yang patut dilakukan supaya anak- anak seperti boleh berdikari seperti insan biasa. atau terus menghubungi Ibu jika ada cadangan tempat terapi. Terima kasih semua.

0
Your Cart