Tag Archives anak sihat

Anak Suka Menangis, Berjaga Malam dan Payah Tidur

Menjadi ibubapa kepada anak soleh dan solehah memang menjadi impian setiap manusia di bumi tercinta ini. Tapi tidak semudah itu menjadi ibubapa terbaik untuk anak- anak. Terutama di waktu selepas lahir dan waktu kecil anak. Setiap anak yang dilahirkan ada kenangan terindah yang kita akan ingat sampai bila- bila.

Antara masalah yang paling mendatangkan ‘stress’ bagi mak ayah ialah anak yang menangis tak tahu punca sewaktu bayinya. Kenikmatan melihat anak dilahirkan hilang dengan mak ayah sendiri tidak cukup tidur demi menjaga anak tersayang.

Mari kita baca pengalaman ibubapa yang sudi berkongsi cerita mengenai anak mereka semasa kecilnya. Moga jadi panduan pada kita supaya bersedia menghadapi benda yang sama dan kita boleh bersedia dari segi mental dan fizikal demi membesarkan anak tersayang.

Anak baru lahir saya menangis setiap petang dan malam

‘ Awal lahir anak saya tak banyak meragam, banyak tidur kemungkinan sebab penyakit kuning yang berpanjangan. Namun setelah 2 bulan, anak saya akan menangis pada setiap petang sehingga maghrib. Perut dah cek tiada kembung. Puas juga kami berubat ke klinik dan juga kepada perawat islam, tapi anak masih sama.

Malam juga tidurnya tidak sempurna, 2 pagi- 5 pagi anak akan berjaga menangis, ayahnya kena bangun dan bawa anak meronda 1 rumah, barulah anak itu diam dan tertidur dengan sendiri. 6 bulan anak saya berterusan begini ‘- Puan Min

Anak saya payah tidur malam dan mengigau

‘Anak sulung saya dalam fasa tantrum kerana saya tengah sarat mengandungkan anak kedua. Boleh bersalin bila- bila masa sahaja. Tantrum ni saya boleh kawal lagi sehinggalah anak kedua lahir. Anak sulong saya mula tidak tidur siang. Malam pula dia boleh berjaga sehingga 12 tengah malam. Jika tertidur pun anak ini akan bangun jam 4 pagi dan mengigau, menangis dan mengamuk.

Saya keletihan, mana nak jaga anak no 1 dan no 2 jika mengamuk sekaligus. Suami pula bekerja jauh. Keadaan ini berterusan sampai saya trauma bila malam menjelang, stress sangat’- Puan Munirah

Anak eczema dan menangis tak boleh tidur

‘Anak saya ada eczema dari lahir. Saya memang tengah depression sebab anak kedua saya yang menghidap kronik eczema, tiap-tiap malam akan bangun mengamuk sambil menggaru seluruh badan kegatalan sampai ke pagi. Saya dan suami setiap hari tak cukup tidur. Hampir 2 tahun lamanya kami tak dapat tidur yang sempurna.- Puan Fatin

Cukup 3 cerita di atas, saya harap para pembaca sekalian boleh bersedia kuatkan mental dan fizikal jika bakal mendapat anak. mak ayah juga boleh bersedia dengan pelbagai produk alami yang berada di pasaran sekarang, yang mana terbukti boleh menyelesaikan masalah anak menangis dan payah tidur ini.

Salah satunya balm essential oil jenama tasneem naturel. Boleh baca di sini

Tasneem juga ada keluarkan 1 produk yang sangat mesra pengguna dan senang dibawa ke mana sahaja. Mak ayah boleh bawa sleep pillow mist ni jika nak travel dengan anak kecil.

pillow mist bantu anak tido lena

Boleh terus dapatkan pillow mist ini di sini.


Keracunan Makanan Boleh Berjangkit?

Salam kepada semua pembaca setia ibudoakan.com.. Maafkan Ibu kerana sudah lama tidak menulis diruangan ini. Ini kerana kami, Ibu dan Ikhwan terkena keracunan makanan yang menyebabkan Ibu mengalami muntah berterusan.

Rasanya kali terakhir Ibu terkena keracunan makanan adalah semasa peperiksaan kertas terakhir semasa menuntut di Unimap dulu. Sepanjang peperiksaan yang selama 2 jam setengah, Ibu terpaksa berulang alik ke tandas ataupun longkang kerana muntah.

cara hilangkan cirit birit

Kali ini simptonnya sama, muntah berterusan sehingga sampai satu masa ‘muntah angin’ je yang ada. Ikhwan yang masih kecik tu pun mengalami munah yang sama kerana anak itu masih lagi menyusu badan daripada Ibu. 2 hari kami mengalami tiada selera untuk makan dan hanyalah nutriferon, vitamin c dan air tenaga peneman kami.

Keracunan Makanan

Keracunan makanan/ food poisioning ialah penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar.

Apa yang menyebabkan keracunan makanan?

  • Bakteria atau racun (toksin) bakteria tersebut dan virus.
  • Bahan kimia seperti racun serangga dan racun rumpai.
  • Logam berat seperti tembaga, raksa dan plumbum.
  • Tumbuhan dan hasil laut yang beracun seperti kulat, cendawan dan hasilan laut bercengkerang seperti kekerang.

Antara sebab di atas, Ibu terkena keracunan makanan adalah disebabkan berjangkit daripada anak saudara yang berkongsi makanan dan minuman di rumah kami. Sebab kalau sebab pemakanan, suami Ibu dan anak sulong kami tidak berjangkit.

Selain daripada mengambil ubat klinik untuk menghentikan muntah, kami juga mencuba cara petua lama warisan daripada arwah mak.

1. Air kelapa muda

air kelapa muda

Pengambilan air kelapa muda yang terus daripada buah, mampu menghilangkan rasa sakit perut. Air kelapa juga Ibu berikan pada anak Ibu.

2. Pucuk daun jambu batu

Ambil pucuk daun jambu batu dan basuh cuci- cuci. Terus makan seperti makan ulam. Rasanya pahit namun ianya sangat berkesan. Dalam masa 2 jam cirit- birit akan berhenti dengan sendirinya.

Selain daripada 2 petua ini, di sini Ibu kongsikan juga cara lain keratan majalah mingguan wanita Feb 2014.

3. Teh

Caranya adalah dengan membancuh teh tanpa gula. Juga untuk rasa yang lebih enak boleh juga ditambah madu , pudina atau daun basil.

4. Halia

Cara penyediannya mudah sahaja iaitu ambil sesudu madu dan kacau bersama larutan air halia. Dipercayai formula ini berupaya mencegah masalah radang dalam perut sekaligus menghilangkan rasa sakit disebabkan keracunan.

5. Buah Delima

Dimakan begitu sahaja, ia juga boleh digunakan untuk mencegah rasa mual serta muntah yang disebabkan oleh keracunan makanan. Disamping itu, kulit buah dan kulit pokok delima juga dipercayai mampu dijadikan ubat untuk keracunan makanan.

6. Gula Merah

Gunakan gula merah untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga akibat keletihan dengan cirit- birit dan muntah- muntah. Bancuh dengan air suam dan minum.

7. Yogurt

Yogurt mudah sahaja dikaitkan dengan diet, kesihatan dan sistem pencernaan. Walau bagaimanapun, ia juga boleh digunakan untuk mengurangkan sakit akibat keracunan makanan.

8. Lemon

Hanya dapatkan tiga ke empat gelas jus lemon bagi menghilangkan rasa keracunan. bagi menambah keberkesanannya maka tambahkan sedikit garam pada jus tadi.

Selamat mencuba kepada sesiapa yang terkena keracunan makanan. Mungkin petua diatas boleh mencegah sakit perut secara semulajadi tanpa perlunya ubat- ubatan daripada klinik. Bagi Ibu, pucuk jambu batu memang power. Tapi pahitnya hanya orang- orang tertentu dapat menahan rasanya.

~ Ubat itukan pahit ~

Usia berapa nak ajar anak solat?

Salam ceria kepada semua pembaca setia tulisan Ibu.

Bila usia terbaik untuk melatih anak solat?

Ini perkongsian daripada Puan Sarah cara dia mendidik anak untuk solat.

“Dhia dah siap pakai telekung!” Ujar Dhia dengan gembira dan tersenyum manja.

Sejak dibelikan telekung Weeda haritu, suka betul Dhia. Semangat dia lain macam bila dengar azan. Terus pergi bilik air ambil wudu’. Habis basah baju Dhia. Walaupun Dhia wudu’ pun tak ikut tertib, tak buat semua rukun tapi Dhia buat action macam kita ambik wudu’.

telekung kanak- kanak

Dhia basahkan muka dan kaki. Lepas tu dah selesai. Terus sarung telekung. Pada Dhia, dah cukup sempurna lah tu. Hehe. Dhia buat saya senyum. Tu belum kira Dhia punya solat. Kadang-kadang tak cukup rakaat. Tertib pun masih tunggang langgang. Angkat takbir terus rukuk pun ada. Memang kelakar tapi itu semua tak jadi masalah buat saya. Anak oh anak. Hehe.

Bila Dhia suarakan dia nak solat sama macam Mama dia, hati saya dah berbunga-bunga. Seronok kerana tak perlu memaksa. Saya pernah tengok ada Mak cik yang bertegas pada kanak-kanak yang belum umur 7 tahun pun untuk menunaikan solat. Kemudian membanding-bandingkan dengan anak lain.

Solat tanpa beban

Agak keras cara dia dan tak kena dengan jiwa saya. Kasihan apabila anak kecil dipaksa buat sesuatu. Kita yang dewasa ni pun tak suka apabila dipaksa kan. Sama lah juga anak kecil.

Saya taknak Dhia membesar dan merasa solat sebagai beban. Saya nak dia solat dengan gembira dan rela hati. Saya akui dari perspektif Islam, umur 7 tahun adalah umur mumaiyyiz. Umur mereka kenal perkara baik dan buruk. Umur itu juga adalah umur untuk bermula solat.

Hadis Abu Dawud kata:
“Perintahlah anak-anak kamu mendirikan solat ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan solat ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (Lelaki dan perempuan).”

Tapi bagaimana nak suruh anak solat apabila tidak pernah didedahkan sebelum ini? Takkan nak terus paksa dia solat. Ish tak elok tu. Deraan mental. Kasihan. Apabila dia buat dalam keadaan terpaksa, ada kemungkinan dia takkan solat bila kita tak nampak. Bila usia dia makin besar, dia merasa beban.

Bagi saya, semuanya bermula dari pendidikan awal di rumah. Kanak-kanak sangat mudah terikut dan meniru tingkah laku orang dewasa. Kita mulakan lah dulu. Mulakan dengan sentiasa solat di hadapan mereka.

ajar anak solat

Didik mereka secara tak langsung dengan bercerita tentang solat. Dan puji apabila mereka mula menunjukkan minat. Tidak ada salahnya kalau dia solat pun tunggang langgang masa permulaan. Dia nak mula solat pun dah kira okey. Selebihnya kita latih dia dengan baik. In sha Allah dia boleh ikut.

“Dhia suka pakai telekung sebab Mama selalu kata Dhia lagi comel dengan telekung. Lagipun telekung Dhia cantik. Warna pink! Dhia suka!” Dhia menambah.

Oleh sebab suka dipuji, Dhia jadi rajin macam ni. Hehe. Alhamdulillah. Sejuk perut mama. Nak anak jadi rajin macam Dhia?

Cuba la telekung jenama Weeda. Masa tu tengah offer harga dia boleh tahan best. Kain dia pun sejuk dan selesa. Ala tapi kalau mahal sikit pun, telekung ni memang kualiti dia tiptop. Anak tak comel pun boleh jadi comel dengan Weeda ni tau.

Selamat ajar anak solat!

Cara didik anak sukakan al quran

Malam jumaat yang penuh barakah. Salam kepada semua pembaca blog Ibu.. sudah lama ibu tidak menulis entry baru disini kerana mempunyai masalah dengan bandwith website. Maaf ye jika ada yang ternanti- nanti perkongsian sedikit ilmu daripada Ibu, seorang ibu kepada 2 anak syurga dan alhamdulillah menginjak ke usia 31 tahun pada tahun 2015.

Sedang khusyuk membalas mesej private daripada rakan yang bertanyakan set kehamilan yang lengkap, Ibu terpandang satu status yang dicopy paste oleh salah seorang kawan facebook Ibu. Ceritanya bagaimana seorang ibu ini mendidik anak supaya cintakan alunan al quran daripada kecil lagi.

MashaAllah, diusia anak ini 2 tahun lebih dia sudah mampu membaca surah alfalah dengan baik.. Tersangat baik kerana ibunya tidak memberikan pendidikan islamik secara formal pada si anak. Dunia hiburan juga tidak lansung diambil kisah oleh ibu bapanya. Caranya hanya memperdengarkan al quran di dalam kereta sahaja.

Mari Ibu kongsikan apa petua yang ditulis ibu muda yang pernah tinggal di Mesir suatu ketika dahulu.

Tips ajar anak hafaz quran

Bismillah.
Ampun maaf, saya sangat-sangat tak sempat nak jawab pm yang menderu bertanya tentang bagaimana didik anak hafaz Al-Quran. Saya jawab di sini ya.

1. Saya mula didik anak Quran waktu dalam kandungan. Baca Quran, baca Quran, Baca Quran. Mengandung Muadz saya alahan teruk. Saya baca Quran sambil baring. Niatnya supaya anak dengar Kalamullah. Saya yakin dia sedang berkembang dengan pintar bila mendengar ayat-ayat Allah.

2. Anak lahir : usianya 2 bulan, saya buat flashcard sendiri. Sebab masa tu saya di Madinah, tak jumpa flashcard. Buat guna manilakad je. Tulis besar-besar, baca pada Muadz setiap hari. Sebut huruf tu pada dia sejelas-jelasnya. Dia buat tak tahu je masa tu. Siap ronyok-ronyok lagi

vcd al quran

3. Pasangkan dia video Alif Ba Ta. Terkekek-kekek dia ketawa tengok video tu.

4. Pasang Kaset Quran dalam kereta. Pergi mana-mana pasang je.

5. Balik Malaysia, lepas suami cerita tentang Syeikh Mesir didik anak hafaz Quran, kami terus buat keputusan. Mulai hari tu kami pasang Quran sahaja dalam kereta. Quran sahaja. Masuk kereta je terus pasang, walaupun pergi kedai dekat dengan rumah sahaja.

6. Kesan pasang Quran : saya perhatikan anak-anak saya mudah sangat tidur dalam kereta. Sampai orang pelik macamna mereka boleh sopan santun dalam kereta, sebab keluar kereta je terus tak duduk diam. Ya, sekali lagi. Saya yakin dengan keberkatan Al-Quran. Al-Quran menenangkan hati dan jiwa.

7. Selain kereta, abah Muadz rajin bacakan Quran pada anak-anak sebelum tidur. Dia peluk anak-anak kiri dan kanan, then baca Quran. Tak sampai sejam pun kadang-kadang anak dah tidur.

8. Sampai umur Muadz 2 tahun lebih ( kalau tak silap saya), kami baca Surah Asy-Syams. Tiba-tiba dia sambung! Kami terkejut! Mengalir air mata saya, Maha Hebatnya Allah! Padahal kami masih belum usaha yang maksima lagi. Tapi Muadz dah boleh ingat Surah Asy-Syams masa tu.

9. Kami test surah lain pula. Kami suami isteri baca dalam kereta. Tiba-tiba dia sambung. Sekali lagi terkejut, dia dah hafaz Surah AL-Balad! Allahu Akbar!

10. Disebabkan masuk kereta pasang Quran ni dah jadi habit, maka Muadz ni pun tiap kali masuk kereta takde ayat lain yang dia jeritkan melainkan…” Nak Qoran!! ( Nak Al-Quran) Ianya terjadi bila saya cuba-cuba nak dengar IKIM.

Ya, ini perkongsian yang bagus, ini juga Ibu tengah aplikasikan pada Muhammmad Iman dan Muhammad Ikhwan. Ini adalah muqqadam pilihan Iman untuk mengaji setelah bermacam buku digunakan untuk menarik minatnya. Alhamdulillah hingga ke saat ini Iman sudah menghafal sehingga surah Al Qari’ah.

quran kanak-kanak

InshaAllah yakin ibu ayah, kita semua boleh. Sebab anak kita semua sangat genius, insan-insan yang tiada dosa. Semuanya anak syurga. Lagi satu, puji anak bila mereka mengaji. Tunjukkan muka ceria dan gembira. All the best! Jaga pemakanan anak dan jangan rosakkan mindanya dengan kartun- kartun yang tidak berfaedah.

Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Izin Allah.
Jom, masih belum terlambat walaupun usia dah meningkat.. Lazimi Quran..

Mahukan pakej lengkap anak pandai mengaji? Sila klik sini 

0
Your Cart