Tag Archives bayi

Cara Elakkan Bayi dari Tersedak Susu

Salam ibu- ibu semua.. Semoga dirahmati Allah semuanya.

Berikutan daripada artikel punca bayi tersedak susu yang telah dibaca hampir 3000 orang dari serata negara, hari ini Ibu nak kongsikan pula cara- cara atau tips untuk mengelakkan anak kita daripada menjadi mangsa kematian akibat tersedak susu ini.

Daripada artikel itu dapat dirumuskan bahawa sebab-sebab bayi tersedak susu ialah:

  1. Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka.
  2. Injap paru- paru anak yang masih kecil.
  3. Tabiat ibu bapa meletakkan bantal atau kain untuk menyokong botol susu dan meninggalkan bayi keseorangan.
  4. Kedudukan bayi semasa minum susu yang salah.

Ketahui tips untuk mengemukkan anak yang kurus kering.

Cara memberi minum susu kepada bayi yang betul

  1. Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya.
  2. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.
  3. Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi.
  4. Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.
  5. Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan.
  6. Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur.

tips sendawakan bayi dengan betul

Rawat anak sendiri jika anak tersedak susu

Jika anak tersedak susu, ibu- ibu semua jangan panik. Tenangkan diri dan boleh cuba perkongsian untuk merawat bayi yang tersedak susu daripada harian metro di bawah:

bayi tersedak susu

1. Tiarapkan bayi kemudian seperti position di dalam gambar, tepuk belakang badan beberapa kali sehingga susu atau bahan makanan yang menyekat saluran pernafasannya keluar.

bahaya tersedak susu

2. Sekiranya susu atau ada benda lain di dalam mulut bayi tidak keluar, dalam keadaan duduk menghadap kehadapan tekan bahagian dada dengan menggunakan hujung genggaman tangan secara perlahan.

panduan sendawakan bayi

3. Selain menekan bahagian perut bayi boleh dibaringkan. Kemudian tekan dan picit bahagian dada beberapa kali menggunakan kedua-dua ibu jari sehingga bayi dapat bernafas semula.
Dengan panduan dan cara rawatan ini, moga ianya bermanfaat untuk kita kongsikan bersama dengan orang- orang yang kita sayang terutamanya ibu bapa yang baru. Yang paling penting jangan terleka, badan kena sihat untuk menjaga anak yang masih kecil dan jangan panik jika terjadinya kes anak tersedak susu.

Punca Bayi Tersedak Susu

Sedihnya bila terbaca mengenai bayi yang berumur 2 bulan maut akibat tersedak susu dirumahnya sendiri. Gejala tersedak susu ini sering terjadi kepada bayi.Tetapi ianya boleh di atasi dan di kawal dengan menggunakan langkah mahupun teknik tertentu.

Punca bayi tersedak susu

Ibu bapa perlu mengambil tahu punca terjadinya kes seperti  ini berikutan meningkatnya laporan kes bayi yang mati berpunca daripada tersedak susu. Biarpun ia sebagai kes yang terpencil, namun tidak boleh dipandang ringan kerana risiko kelalaian tidak mengira sama ada dilakukan oleh pihak pengasuh mahupun ibu bapa bakal meragut nyawa.

1. Posisi bayi tidak betul

Insiden lemas susu biasanya terjadi kerana kedudukan dan posisi bayi yang tidak betul ketika menyusu botol. Keadaan itu menyebabkan susu tersebut akan memasuki paru-paru dan dalam masa yang sama akan menghalang saluran pernafasan lalu menyebabkan bayi tersedak dan lemas.

Anda juga mungkin meminati:

vitamin untuk anak

Sebaiknya cuba letakkan kepala bayi lebih tinggi dari perutnya manakala botol susu pula perlu dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.

2. Injap tidak matang

Masalah injap yang tidak matang juga merupakan faktor berlaku bayi tersedak susu. Dan ia berlaku kepada bayi yang berusia berusia empat bulan ke bawah dan berada dalam keadaan terbaring.

Bagaimanapun ia berbeza dengan situasi anak-anak yang berusia empat bulan ke atas di mana mereka boleh minum susu dalam keadaan duduk . Sebagai pengasuh atau ibu bapa, amalan meletakkan kain atau bantal untuk menyokong botol susu ketika bayi menyusu adalah sangat tidak baik kerana ia boleh meningkatkan risiko insiden.

3. Proses menyusu yang tidak betul

cara elak bayi tersedak susu

Ada juga ibu atau pengasuh yang membiarkan anak memegang sendiri botol yang menyebabkan dia tersedak. Kebiasaannya apabila susu termasuk ke dalam paru-paru, seorang bayi akan tersedak atau batuk. Tindakan refleks itu sebenarnya adalah satu mekanisme perlindungan untuk bayi tersebut.

Walaupun bayi tersedak susu dalam jumlah yang amat sedikit, ia sudah cukup untuk melemaskan mereka. Sebab itu, elakkan bayi meminum susu dalam keadaan terlentang sebaiknya pangku bayi dalam keadaan kepalanya lebih tinggi dari perutnya bagi tujuan memudahkan penghadaman.

4. Anak tidak sendawa selepas menyusu

Tolong pastikan anak sendawa selepas menyusu. Ini penting supaya angin keluar dan memastikan bayi tidak muntah ketika tidur. Letakkan bayi di bahu dan urut belakang badannya dengan perlahan, keadaan ini memudahkan bayi sendawa dan sekali gus melegakan bayi tersebut dan juga mengelakkan daripada si bayi termuntah.

Antara kaedah yang boleh dipraktikkan ialah tiarapkan bayi dengan meletakkan perutnya di atas lutut dan gosok belakangnya dengan lembut sambil menghayun atau mengenjut lutut secara perlahan-lahan.Ibu juga boleh mencuba kaedah dengan menelentangkan bayi, angkat ke hadapan dan ke belakang seperti mengayuh basikal sehingga lututnya rapat ke perut.

Jom baca bagaimana cara mengelakkan anak tersedak susu ini.

Cara Ajar Anak Pandai Mengaji

As Salam

Pagi isnin pagi yang ceria. Indahnya waktu dhuha ini tidak terungkap dengan kata- kata. Seperti bait- bait makna dalam doa dhuha:

“Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu waktu dhuhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu, keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu, kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu .

Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah.

Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

Ibu selalu membaca doa dhuha ni kuat- kuat selesai solat dhuha. Kerana apa? Kerana ingin memperdengarkan doa yang indah ini kepada anak Ibu. Menakjubkan kerana Muhammad Iman telah menghafal doa ini, dan selalu dibaca pada waktu hujan. Ibu pun tidak tahu kenapa dia memilih menyanyikan doa ini pada waktu hujan.

Pelajaran yang paling berkesan untuk anak dari umur 0 hingga 4 tahun ialah dengar dan lihat. Memang ini terbukti pada Iman yang baru berusia 3 tahun setengah, mengenal huruf pun belum 100% tetapi hafalan dia terbaik. Iman sudah mahir membaca doa naik kenderaan, doa dhuha, doa masuk tandas dan menghafal sampai surah Al Zalzalah.

Hari ini Ibu nak kongsikan apa mainan yang diberikan pada Iman semanjak kecil

1. Juz Amma

vcd al quran best

Seawal kelahirannya Ibu memperdengarkan surah- surah yang ada di dalam vcd Juz Amma ini. Tidak dinafikan yang Iman anak yang kuat menangis semasa dalam pantang, namun surah- surah lazim ini mampu meredakan keadaan yang tetang semasa pantang. Biasalah emosi dalam pantang memang semuanya tekanan.

2. Softbook

buku bayi

Kita mesti menunggu waktu untuk membelikan anak buku kan. Tidak sabar mahu kongsikan ilmu- ilmu daripada buku, namun buku yang ada di kedai tidak mesra bayi. Jadi Ibu memberikan anak softbook ini semenjak umurnya 5 bulan lagi. Boleh gigit, masukkan dalam mulut dan tidak datangkan kecederaan pada bayi.

Dulu sangat susah cari softbook ini, kalau ada pun yang berjenama mickey atau disney. Harga tentulah berganda mahalnya. Softbook ini harga pun murah dan yang penting bercirikan islamik. Iman sangat suka sampai bawa tidur sekali.

3. Apple learning Quran

apple learning quran

Cantikkan epal ni? Lagi cantik apabila di on dan bergema  lagu- lagu nasyid serta doa- doa pendek yang mesra telinga bayi. Walaupun kadang- kadang epal ini dilempar sekeliling rumah, namun ianya tahan lasak dan mempunyai lampu warna warni yang boleh menarik minat anak. Sekarang epal ini diwariskan pula pada adiknya Ikhwan.

Selain itu, flashcard, mainan yang mendidik dan lego adalah mainan wajib diberikan pada anak- anak. Ibu- ibu semua boleh like page ini https://m.facebook.com/babybijakislamictools?_rdr untuk dapatkan mainan berpendidikan yang sesuai dengan usia anak.

Airmata Fynn Jamal

As salam

Malam tadi kerana ingin menemankan anak yang cerah matanya sehingga jam 11 malam, Ibu berkesempatan mengikuti siaran lansung separuh akhir muzik- muzik di TV3. 6 lagu yang pertama Ibu tidak fokus lansung kerana sedang merangka jadual belajar untuk Muhammad Iman.

Namun apabila tiba giliran Fynn Jamal Ibu memaksa mata untuk melihat tv kerana ingin mengenali siapakah Fynn Jamal ini yang telah membangkitkan kemarahan ramai ibu- ibu diluar sana dengan sikap keterbukaannya dalam menceritakan kepada umum status anak angkatnya.

Lirik Arjuna Beta

Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

Indahnya lirik lagu ini kan? Kita lupakan kisah status si Arjuna itu, kerana yang berlalu biarlah berlalu. Jangan diungkitkan kembali dan Ibu yakin Fynn Jamal mempunyai alasan tersendiri kenapa dia bertindak demikian. Hanya Allah, kaum keluarga dan sahabatnya yang mungkin memahami kenapa dia bertindak begitu.

Kita bukanlah siapa- siapa untuk menghukum atau menghentam penyanyi dan pengubah lagu berbakat ini. Berbalik pada separuh akhir tadi, diakhir lagu arjuna beta, airmata Ibu menitis jua. Entah kenapa Ibu terus memeluk si Iman yang telah tidur di sisi Ibu.

Adiknya Ikhwan masih lagi bermain ‘kejuruteraan’ dengan membaiki basikal mininya. Ya Allah, lagu ini serta persembahan Fynn membuatkan Ibu merasa rindu yang teramat sangat pada anak- anak Ibu. Walaupun mereka hanya sedang tidur dan bermain ketika itu.

anak-sakit-ibu-tabah

Benarlah naluri seorang Ibu. Jika apa sahaja yang berkaitan dengan anak kita akan mudah tersentuh. Begitu juga dengan lirik arjuna beta, sang ibu sanggup berbuat apa sahaja demi anak walaupun beribut tidak akan berganjak, tidak akan biarkan tidur si anak terganggu dengan gangguan yang datang silih berganti.

Lirik ini membuatkan Ibu sangat merindui arwah mak Ibu yang sudah hampir 4 tahun meninggal dunia. Yang paling menyentuh perasaan dalam lirik lagu Fynn Jamal ini ialah pesanan buat anaknya. Si anak perlu bersedia jika ibu pergi dahulu dijemput Ilahi.

Bersedia mengharungi suka duka di dunia yang sementara ini, pilih lah jalan yang penuh onak duri agar si anak tahu erti hidup dan bertabahlah wahai si anak jika si ibu tiada di sisi. Seperti sedia maklum si arjuna iaitu anak angkat penyanyi ini mengidap penyakit jantung berlubang dan telah menjalani pembedahan dengan permohonan bantuan daripada orang ramai.

Tabahnya hati seorang ibu walaupun anak yang dibela, yang diambil semenjak umurnya sehari disahkan mengidap penyakit jantung dari kecil. Melalui lagu ini, Ibu dapat rasakan betapa sukarnya konflik dalaman yang dihadapi Fynn. Jika boleh penyakit itu biarlah si ibu yang tanggung.

baby-sakit-jantung

Statusnya sebagai celebriti tidak dihiraukan ketika memohon bantuan untuk anaknya yang memerlukan kos pembedahan. Tiada lagi keraguan untuk memohon pertolongan kerana si kecik arjuna perlukan pembedahan segera demi menyelamatkan nyawa.

Sila klik sini jika anak anda sering demam dan sakit:

Pemakanan anak supaya cerdik dan sihat.

Ibu sememangnya sangat kagum dengan ketabahan hati ibu- ibu diluar sana yang anaknya mengidap penyakit sewaktu kecilnya. Anak yang demam pun susahnya hati, apatah lagi yang mempunyai penyakit seperti jantung, eczema, jaundis dan sebagainya.

Kuatnya seorang Ibu tidak boleh diungkapkan dengan kata- kata dan idak mampu dizahirkan dengan perbuatan. Hanya seorang ibu yang mampu menyelami perasaan ibu yang lain.

Untuk semua pembaca sekalian, Ibu mohon hargailah ibu, emak, mama, mak atau mommy anda jika anda masih punyainya. Si ibu sanggup berjaga malam demi menampar nyamuk yang menganggu tidur anaknya. Sekarang tanya pada diri sendiri, apa yang telah kita lakukan untuk hargai jasa ibu kita. Cukup ke tidak? Bahagia ke tidak ibu kita sekarang?

Untuk semua, dengarkan Fynn Jamal, Arjuna Beta

Kebaikan minyak ikan untuk anak

Selalu kalau kita ke klinik, mesti pernah dengar doktor sebut bagi minyak ikan pada anak- anak yang kurang berat badan. Ini kerana minyak ikan mengandungi lemak omega 3 dan omega 9 yang membantu dalam menaikkan berat anak- anak. Ini betul kerana minyak ikan mengandungi lemak sihat yang baik.

fish oil untuk anak

Minyak ikan juga boleh memperbaiki fungsi otak dan meningkatkan kecerdasan. Sebab itulah wanita yang hamil amat disarankan mengamalkan minyak ikan ni. untuk melahirkan anak- anak yang cerdik melalui pembentukan sel yang sempurna. Namun perlu berhati- hati memilih minyak ikan yang berada di pasaran.

Anda juga mungkin meminati

Ciri minyak ikan terbaik untuk anak

Untuk orang dewasa pula minyak ikan dapat meningkatkan daya ingatan dan fokus.

minyak ikan bantu bayi jadi pandai

 Apa lagi minyak ikan mampu beri pada anak?

Percaya atau tidak pemberian 1 sudu minyak ikan setiap pagi membantu anak tidak mengantuk di dalam kelas. Ini diakui oleh ramai guru yang membuat kajian kenapa ada muridnya mengantuk ada yang tidak mengantuk. Rupanya murid yang banyak makan ikan mampu membuatkan anak cergas sepanjang siang hari.

Ada satu laman web berbentuk kefarmasian mengatakan minyak ikan mampu menjadikan retina mata berfungsi dengan baik. Ia juga membantu pertumbuhan saraf secara sihat tanpa banyak lemak tepu.

Jadi pilih minyak ikan anda dari sekarang. Amalkan kepada anak jika mahu anak mendai cerdik, pintar dan aktif.

Susu Badan Merudum

Selalunya setiap ibu yang baru melahirkan anak merasa risau jika susu badannya kering. Apatah lagi jika anak asyik menangis sepanjang hari. Apa yang menyebabkan susu badan merudum ye?

Punca susu badan merudum

Dari segi saintifik dan perubatan ibu- ibu yang mempunyai masalah kesihatan seperti hypothyroid, hypoplasia type breast, PCOS tidak mampu menyusukan bayi mereka. Tetapi ini adalah kes- kes yang jarang berlaku. Kita sebagai ibu yang normal walauapapun cara mampu menyusukan anak sehingga umurnya 2 tahun. Percayalah.

cara-banyakan-susu-badan

Jadi apa punca sebenarnya susu merudum ini? Puncanya ialah konflik perasaan dan emosi ibu itu sendiri. Seboleh- bolehnya elak berada dalam keadaan tertekan. Tapi siapa yang tidak tertekan sepanjang proses berpantang kan?

Luka lambat sembuh, jalan pun terkedek- kedek, pemakaian baju tebal dan stokin sepanjang hari, ditambah pula dengan pemakanan yang sama setiap hari. Semua ini menyumbang kepada tekanan emosi dan perasaan ibu menyusu.

Tekanan emosi

Ada juga ibu yang tertekan dengan keadaan sekeliling. Suami bekerja di luar daerah misalnya. Kita ditinggalkan bersama ibu atau ibu mertua. Apabila anak menangis tidak berhenti pasti orang tua akan mengatakan bayi itu lapar. Apabila sudah menyusu bayi terus menangis, si ibu akan terus cuak dan menggelabah.

Orang disekeliling pastinya akan menyuruh kita memberi bayi makan atau meyusukan bayi dengan susu formula. Sebagai ibu di alaf baru, kita semua sudah didedahkan dengan akibat jika bayi dibawah usia 6 bulan diberi makan makanan pejal. Jadi kita mesti bertegas dengan pendirian itu.

Untuk memberi pemahaman pada orang disekeliling yang tidak memahami juga menimbulkan konflik tekanan yang teruk. Bukan senang nak beritahu pada ibu sendiri atau pada ibu mertua yang kita tidak bersetuju dengan pendapatnya.

Pemakanan tidak berkhasiat

Selain itu susu merudum juga berpunca daripada makanan yang tidak berkhasiat semasa tempoh pantang dan menyusu. Siapa akan sihat jika hanya diberi ikan haruan bakar dan nasi putih sepanjang 44 hari berpantang? Dah la makan begitu, air minuman juga dicatu.

makanan-tinggi-protin-dalam-pantang

Tidak boleh minum air banyak kerana akan membengkakkan rahim. Ini semua TIDAK BETUL. Ibu berpantang dan menyusu harus mengambil lebih protin dan air putih. Makanlah daging atau ayam atau ikan laut yang segar beserta sayur sawi, bayam atau lobak yang mampu menambahkan tenaga.

Pemakanan yang terlalu ‘berpantang’ ini, juga penyebab ibu mengalami gangguan emosi akibat tiada tenaga untuk menjaga anak yang baru lahir. Berpantang adalah tersangat letih. Walaupun nampak tempoh berpantang itu seperti tempoh berehat, hakikatnya tidak begitu.

Semasa berpantang lah, kita kena berjaga malam jika anak bangun untuk meyusu. Kita juga perlu tenaga yang banyak untuk sentiasa memeluk atau membelai bayi. Tenaga extra diperlukan jika anak mengidap penyakit seperti kuning kerana hampir setiap hari kita kena berkampung di klinik.

Kesimpulannya semua bergantung pada emosi seorang ibu. Emosi yang dijaga dengan baik semasa tempoh penyusuan akan menyumbang kepada susu yang banyak, pekat dan berzat untuk anak syurga idaman semua.

Ruam susu pada bayi. Bahaya ke tidak?

Bersalin 2 kali di hospital kangar meninggalkan kenangan dan pengalaman berbeza pada Ibu. Hari ini Ibu nak kongsikan pengalaman bersalin anak no 2, Muhammad Ikhwan. Ibu bersalin pada tahun 2013 yang mana semasa itu hospital kangar sedang dinaiktaraf. Yang menjadi masalahnya ibu yang sedang sakit hendak bersalin dan ibu yang sudah selamat bersalin diletakkan dalam 1 wad biasa.

Bayangkan dengan keadaan yang bising, katil penuh dan keadaan dalam wad sangat panas. Ibu melahirkan Ikhwan pada jam 4.28 pagi,tetapi Ibu hanya dikeluarkan dari labor room pada jam 8pagi, staff tengah bertukar dan keadaan dalam wad bertukar menjadi panas.

Teka apa yang terjadi pada Ikhwan? Belum sempat 10jam melihat dunia ruam memenuhi dahi dan bahagian belakang badannya. Semuanya gara- gara keadaan dalam wad yang sangat panas.

Kesian anak Ibu, jadi Ibu mohon balik ke rumah pada hari itu juga walaupun anak masih belum berak. Alhamdulillah tepat jam 11pagi Ikhwan dah berak dan Ibu terus memulakan prosedur keluar daripada wad. Alhamdulillah, kami sampai ke rumah tepat jam 7 malam.

Kenapa bayi mengalami masalah ruam?

krim-semulajadi-tanpa-steroid

Punca sebenar bayi mengalami ruam ialah disebabkan keadaan cuaca yang panas dan lembap. Bayi dan kanak-kanak kecil lebih cenderung mendapat ruam panas sebab kelenjar peluh mereka belum lagi matang sepenuhnya. Jika dia berpeluh terlalu banyak sehinggakan pori kulit menjadi tersumbat dan peluh tidak dapat keluar, ruam panas akan timbul.

Jadi elakkan anak berada dalam keadaan berpeluh. Jangan pakaikan baju- baju yang tebal atau membedung anak terlalu ketat sehingga tiada aliran udara pada kulit anak untuk berpeluh.

Adakah ruam merbahaya?

Tidak, tapi ia adalah petanda yang anak anda terlalu panas. Mungkin juga anak berada dalam keadaan tidak selesa kerana ianya sangatlah gatal. Jika anda tidak menyejukkan anak, mungkin keadaan akan menjadi serius seperti terkena strok haba.

Apakah krim yang sesuai untuk ruam?

Sebelum itu kenal pasti dulu anak anda mengalami ruam apa. Boleh cek di bawah.

1. Ruam Panas

Naik bintik- bintik merah seakan-akan jerawat. Selalunya dikawasan yang berlipat seperti leher, pelipat siku, celah ketiak dan bahagian dahi.

2. Ruam Susu

Ianya terjadi akibat daripada lelehan susu yang tidak dibersihkan. Terjadinya bintik-bintik putih di muka, leher dan atas dada bayi.

3. Ruam Lampin

Pemakaian pampers yang terlalu lama dan kotor akan mengakibatkan kulit jadi merah dan radang samada di sekitar punggung bayi atau di celah peha. Biasanya kita panggil nappy rash.

4. Eczema

Naik bintik merah, kadan- kadang bernanah dan berair. Tahap lebih teruk sehingga berdarah dan keluar air. Selalunya boleh tengok pada pelipat kelopak mata, leher, siku, lutut, pergelangan tangan, jari tangan dan jari kaki. Kadang- kadang ianya menjadi kering dan berkuping.

5. Alegik

Kulit menjadi  merah dan gatal secara tiba- tiba,biasanya berpunca daripada pemakanan, habuk, cuaca, serangga, ubat dan bulu binatang.

Anda boleh mencuba krim herbal blend ini untuk anak yang mempunyai ruam. Kenapa krim ni? Ini kerana herbal blend adalah organik, bebas steroid, dan tanpa bahan kimia yang berbahaya. Lagi pula krim ini bertindak secara semulajadi dan tidak berminyak.

herbal-blend-krim-serbaguna

 1 tiub berharga RM27.50 sahaja dan sangat tahan lama jika digunakan sebagai krim nappy rash dan ruam. Namun anda perlu membeli dengan agen shaklee yang sah kerana jika membeli di kedai takut kena pada krim yang dah habis tarikh luput.

Hubungi Ibu sekarang untuk meredakan kegatalan anak disebabkan ruam atau eczema.. Sampai bila nak pakaikan krim yang mempunyai steroid kan? Jom kita berwhatapp 0175082443

0
Your Cart