Tag Archives bayi dalam kandungan

Air Gula Sedap Buat Ibu Mengandung

Seperti yang sedia maklum, boleh dikatakan semua ibu mengandung di Malaysia kena melalui proses MGTT yang mana secara ringkasnya dikenali dengan ayat minum air gula. Dari mulut ke mulut, ramai yang mengatakan keseraman mereka dengan air gula yang super duper manis itu.

Apakah itu Ujian MGTT?

MGTT ((modified glucose tolerance test) adalah ujian bagi mengukur respon badan seseorang kepada glukos (gula). Kebiasaanya ibu yang mempunyai berat badan berlebihan atau mempunyai keturunan yang mengidap diabetes akan diminta melalui ujian ini.

Kegunaan Ujian MGTT

Ujian MGTT digunakan bagi tujuan mengenalpasti pesakit pre-diabetis, diabetis dan diabetis semasa mengandung.

Persediaan sebelum minum air gula

Untuk prosedur, ibu-ibu akan diminta puasa bermula jam 10 malam pada hari sebelum temujanji di klinik.

Pagi keesokan harinya,kebiasaannya sebelum pukul 8 pagi di klinik, darah kira-kira 5-10 ml akan diambil buat pertama kali untuk diuji kandungan glukosa. Ibu-ibu kemudian perlu minum air glukosa yang disediakan – 75 mg glukosa dalam 200 ml air kosong.

Dua jam kemudian, darah akan diambil sekali lagi untuk melihat tahap toleransi ibu-ibu pada gula (penghasilan insulin atau tidak) dan kandungan glukos dalam darah.

Secara umumnya bacaan yang biasa di ambil untuk ibu mengandung di Malaysia adalah seperti berikut :

FBS (Fasting Blood Sugar) – Bacaan pertama yang diambil pada sampel darah yang di ambil ketika kita sampai di klinik. Normal : 3.0 mmol/L – 5.5 mmol/L

2 Jam selepas – Bacaan yang di ambil pada sampel darah selepas 2 Jam ibu hamil minum air glukos/air gula. Normal : < 7.8 mmol/L

Reference Range

Normal : < 7.8 mmol/L

Impaired : 7.8 mmol/L – 11.0 mmol/L

Diabetic : 11.1 mmol/L

Biasanya ibu-ibu yang punya bacaan yang berhampiran atau pada borderline akan di minta melakukan ujian sekali lagi. Manakala ibu-ibu yang mempunyai bacaan lebih dari 7.8 mmol/L akan di rujuk untuk melakukan ujian BSP dan seterusnya mendapat nasihat doktor.

Air Gula Sedap

Saya pula setiap kali mengandung kena lalui ujian ini 2 kali. Masa usia kandungan 13 weeks dan kandungan 28 weeks. Ini kerana mak dan ayah mempunyai penyakit kencing manis semasa hayat mereka. Kebiasaannya saya minum air gula ini di klinik kesihatan terdekat, air gula perisa oren dibancuh secara suam. Selepas itu perut akan bergelora nak muntah.

Namun kandungan ke 4 ini, saya cuba cari penyelesaian bagaimana caranya tak muntah bila minum air gula. Rupa- rupanya ada air gula yang tak semanis air gula yang daripada serbuk itu. Tapi hanya boleh didapati di sesetengah farmasi atau klinik swasta sahaja.

Tahun ni baru tau ada air gula best ni. Tapi jarang farmasi ada. Boleh beli air gula ni dan bawa ke klinik kesihatan terdekat untuk mgtt. Tapi farmasi kat perlis ni jenuh cari takde, so pergilah buat mgtt kat klinik swasta.

Alhamdullilah boleh telan dengan sedapnya. Sejuk lagi sebab doktor keluarkan dari peti ais depan mata kite

Rasa macam air soda gitu, ada gas sikit dan tak manis melampau. Cas MGTT kat private perlis RM50 sahaja.

Perkara Penting Yang Perlu Diketahui Semasa Hamil Part II

Artikel ini adalah sambungan kepada artikel Perkara Penting Yang Perlu Diketahui Semasa Hamil. Jom kita lihat apa lagi yang perlu kita ketahui di saat kita dikhabarkan berita yang kita sedang berbadan dua.

1. Buku merah

perkara-perlu-buat-semasa-hamil

Jika anda melakukan pregnancy test di klinik, dan di sahkan positif, anda akan terpaksa menunggu 2 hingga 3 jam lagi kerana pada masa inilah jururawat akan membuka buku merah untuk anda. Semua rekod kesihatan anda dan suami serta keluarga akan dicatat pada buku tersebut dan kemungkinan juga anda akan diperiksa oleh doktor sendiri.

2. Degup jantung bayi

Kebiasaannya anda akan diminta menghadiri check up sebulan sekali di klinik ibu dan anak berhampiran. Darah akan di ambil, berat akan ditimbang, tekanan darah akan di periksa dan jika bertuah anada akan dapat mendengar degup jantung anak jika pemeriksaan degup jantung dijalankan.

banner-naikkan-hb-1

3. Kaki Sembab

Sembab atau bengkak pada kaki adalah masalah yang sering dihadapi oleh ibu hamil. Masalah ini boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada si ibu kerana menghadapi kesukaran untuk berjalan, solat, dan sebagainya.

Semasa hamil, badan menghasilkan kira2 50% lebih darah dan cecair badan sebagai persediaan menampung bayi yang sedang membesar. Bengkak atau sembab yang disebabkan oleh darah dan cecair tambahan  adalah normal semasa hamil. sembap juga boleh berlaku pada bahagian tangan, muka, kaki dan pergelangan kaki.

4. Berat bayi dalam kandungan

cara-mengetahui-berat-bayi

Perkara ini perlu diketahui oleh doktor untuk memastikan bagaimana proses anda bersalin anda nanti. Berat bayi di dalam rahim boleh dianggarkan menggunakan kaedah ultrasound dan bayi dijangkakan akan berada di sekitar 2.5kg hingga 4 kg semasa bersalin. Jika lebih daripada itu, doktor akan menggunakan kaedah lain seperti pembedahan untuk melahirkan bayi kerana terlalu banyak risiko jika bayi yang besar dilahirkan secara normal.

5.Hb rendah

hb rendah atau kurang darah merah ialah keadaan di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada biasa. Dalam istilah perubatan, seorang yang mengidap kurang darah mempunyai kepekatan darah merah kurang dari 9 gm peratus hemoglobin. Jadi anda perlu maintainkan hb anda dengan bacaan 11 ke atas dengan mengamalkan pemakanan berkhasiat.

 

 

0
Your Cart