Tag Archives buku anak

Tap Genius- Kaedah Baru Bantu Anak Belajar

smart pen upin ipin

 

 

upin ipin belajar mengaji

 

 

upin ajar anak mengaji

 

Menarik bukan??

Apa bendanya TAP GENIUS ni ?

TAP GENIUS ini adalah sejenis SMART PEN yang direka khusus untuk anak anak berusia 4 tahun sehingga 12 tahun.

mempelajari pelbagai buku buku kanak kanak dengan cara yang lebih menyeronokkan.

Apa yang TAP GENIUS ini boleh buat ?

TAP GENIUS boleh membaca lebih 200 buku kanak kanak yang best best, boleh membaca poster dan juga flashcard serta puzzles.

Ok, inilah gambarnya TAP GENIUS ni…

BERAPA HARGANYA ?

Harga Pasaran TAP GENIUS ialah RM249 dengan Warranty satu tahun

Dimana nak beli ? Ok, boleh beli dengan saya di sini

alat bantu mengajar anak 4 tahun

 

Apakah buku buku yang boleh dibaca oleh TAP GENIUS ?

TAP GENIUS boleh membaca SIRI BUKU ISLMIK UPIN IPIN yang mengandungi lebih 20 tajuk.

Buat masa ini tajuk SIRI BUKU ISLAMIK yang ada dalam stok ialah

BUKU AL- MUQADDIMAH FASAL 1

BUKU SOLAT UPIN IPIN

KAMUS BERGAMBAR UPIN IPIN

3 tajuk buku ini dijual pada harga RM70.

Boleh beli dengan saya juga

Tajuk tajuk yang lain akan mula dipasarkan pada tahun 2015

smart pen mengaji

 

bagaimana bunyinya? Jom tonton video ini

ok, lagi TAP GENIUS juga boleh membaca Koleksi Buku dari Institut Terjemahan dan Buku Malaysia ( ITBM )

Jom kitta Tengok Koleksi BUKU ITBM

anak pandai membaca

Koleksi BUKU ITBM ini mengandungi 4 tajuk buku iaitu

1.Buku Bunny and The Tiger
2.Buku Miss Honey Bee
3.Buku Umang
4.Buku Tanggang

KOLEKSI BUKU ITBM ini dijual pada harga RM60 untuk 4 buah buku

Jom kita tengok setiap satu Koleksi BUKU ITBM yang sangat best ni

Ini dia gambar TAP GENIUS membaca Buku Bunny and The Tiger ( Buku dalam Bahasa Inggeris)

Ini Video TAP GENIUS  membaca Buku Miss Honey Bee ( Buku dalam Bahasa Inggeris)

Dan yang sangat best juga, TAP GENIUS boleh membaca produk dari PAKEJ Little Mukmin

Apa yang ada dalam PAKEJ Little Mukmin

1. Buku Healthy Happy Little Mukmins
2.Buku 5 Little Mukmins
3.Buku We Love to Pray
4. Poster ABC’s of Allah’s Blessings
5.Little Mukmin Learning Tools – Set of 5 Doa Signages

Harga Buku, Poster dan Doa Signages dalam PAKEJ LITTLE MUKMIN ini ialah RM50

Poster, Doa Signeges dan Buku kesemuanya dalam Bahasa Inggeris

Ini dia gambar PAKEJ Little Mukmin

tap genius bantu anak membaca al quran

 

Tap genius boleh membaca poster juga tau

Tap Genius membaca doa

Ok, Lagi TAP GENIUS juga boleh membaca buku buku daripada Koleksi LITTLE HEARTS ( Buku dalam Bahasa Inggeris)

Ada 4 buku dalam Koleksi LITTLE HEARTS

1.Buku Allah for Little Hearts
2.Buku Rasul for Little Hearts
3.Buku Solat & Doa for Little Hearts
4.Buku Values for Little Hearts

Koleksi LITTLE HEARTS yang terdiri daripada 4 buku ini dijual pada harga RM62.90

Anda boleh tengok gambar gambar dibawah

pakejLITTLEHEARTS

 

Video TAP GENIUS membaca Buku Allah for Little Hearts

Sudah  puas tengok banyak gambar dan Video? Best kan..

Ok, so macamana nak beli

Begini lah kami cadangkan

Anda boleh beli TAP GENIUS sahaja pada harga RM249

Tetapi anda mesti mahu buku buku yang boleh dibaca oleh TAP GENIUS kan ?

SO, kami ada buat PAKEJ TAP GENIUS + BUKU

Anda boleh memilih salah satu daripada pakej TAP GENIUS + Buku

PAKEJ PERTAMA

TAP GENIUS dan Koleksi 3 BUKU ISLAMIK UPIN IPIN,

RM249 + RM70= RM319

PAKEJ KEDUA

TAP GENIUS dan  PAKEJ Little Mukmin yang berharga RM299

PAKEJ KETIGA

TAP GENIUS dan Koleksi 4 BUKU ITBM dengan harga RM249 + RM60= RM309

PAKEJ KEEMPAT

TAP GENIUS dan Koleksi LITTLE HEARTS dengan harga RM249 + RM63= RM312

Faham kan dengan Pakej pakej yang dijual ni ?

Atau anda juga boleh mendapatkan TAP GENIUS dengan semua pakej

TAP GENIUS + Koleksi 3 BUKU ISLAMIK UPIN IPIN + PAKEJ Little Mukmin + Koleksi 4 BUKU ITBM + Koleksi 4 Buku LITTLE HEARTS= RM488

Buat masa ini, kami hanya menjual 14 buku yang boleh dibaca dengan TAP GENIUS.

Buku buku yang lain akan mula dipasarkan pada awal tahun 2015.

Okeh minat nak beli ? CARA BAYAR mudah saja

PILIH PAKEJ TAP GENIUS yang anda mahu

tapgenius70

 

Untuk setiap Pakej TAP GENIUS dan buku buku caj penghantaran RM10 dalam Semenanjung Malaysia dan RM15 ke Sabah/Sarawak

Boleh buat bayaran ke Akaun BANK :

Nama Bank : MAYBANK
No Akaun: 113024065441
Nama: AMINAH BINTI HUSSAIN
Email: ibudoakan99@gmail.com

Nama Bank : CIMB
No Akaun: 7053347778
Nama: AMINAH BINTI HUSSAIN
Email: ibudoakan99@gmail.com

Selepas buat pembayaran, sila berikan bukti pembayaran di ruangan dibawah.

Nama Bank : Maybank atau CIMB
Tarikh Bayaran:
Masa Bayaran:
Jumlah Bayaran:
No Rujukan jika ada

Atau anda juga boleh emailkan kepada ibudoakan99@gmail.com bukti pembayaran anda untuk kami buat semakan.

Produk yang anda order akan dihantar selepas kami membuat semakan pembayaran di bank.

Untuk Penghantaran produk, sila SMS/whatapp kepada 0175082443

nama penuh penerima, alamat penerima, No Telefon penerima serta Email penerima.

Pastikan maklumat yang diberi adalah tepat dan lengkap.

Cara didik anak sukakan al quran

Malam jumaat yang penuh barakah. Salam kepada semua pembaca blog Ibu.. sudah lama ibu tidak menulis entry baru disini kerana mempunyai masalah dengan bandwith website. Maaf ye jika ada yang ternanti- nanti perkongsian sedikit ilmu daripada Ibu, seorang ibu kepada 2 anak syurga dan alhamdulillah menginjak ke usia 31 tahun pada tahun 2015.

Sedang khusyuk membalas mesej private daripada rakan yang bertanyakan set kehamilan yang lengkap, Ibu terpandang satu status yang dicopy paste oleh salah seorang kawan facebook Ibu. Ceritanya bagaimana seorang ibu ini mendidik anak supaya cintakan alunan al quran daripada kecil lagi.

MashaAllah, diusia anak ini 2 tahun lebih dia sudah mampu membaca surah alfalah dengan baik.. Tersangat baik kerana ibunya tidak memberikan pendidikan islamik secara formal pada si anak. Dunia hiburan juga tidak lansung diambil kisah oleh ibu bapanya. Caranya hanya memperdengarkan al quran di dalam kereta sahaja.

Mari Ibu kongsikan apa petua yang ditulis ibu muda yang pernah tinggal di Mesir suatu ketika dahulu.

Tips ajar anak hafaz quran

Bismillah.
Ampun maaf, saya sangat-sangat tak sempat nak jawab pm yang menderu bertanya tentang bagaimana didik anak hafaz Al-Quran. Saya jawab di sini ya.

1. Saya mula didik anak Quran waktu dalam kandungan. Baca Quran, baca Quran, Baca Quran. Mengandung Muadz saya alahan teruk. Saya baca Quran sambil baring. Niatnya supaya anak dengar Kalamullah. Saya yakin dia sedang berkembang dengan pintar bila mendengar ayat-ayat Allah.

2. Anak lahir : usianya 2 bulan, saya buat flashcard sendiri. Sebab masa tu saya di Madinah, tak jumpa flashcard. Buat guna manilakad je. Tulis besar-besar, baca pada Muadz setiap hari. Sebut huruf tu pada dia sejelas-jelasnya. Dia buat tak tahu je masa tu. Siap ronyok-ronyok lagi

vcd al quran

3. Pasangkan dia video Alif Ba Ta. Terkekek-kekek dia ketawa tengok video tu.

4. Pasang Kaset Quran dalam kereta. Pergi mana-mana pasang je.

5. Balik Malaysia, lepas suami cerita tentang Syeikh Mesir didik anak hafaz Quran, kami terus buat keputusan. Mulai hari tu kami pasang Quran sahaja dalam kereta. Quran sahaja. Masuk kereta je terus pasang, walaupun pergi kedai dekat dengan rumah sahaja.

6. Kesan pasang Quran : saya perhatikan anak-anak saya mudah sangat tidur dalam kereta. Sampai orang pelik macamna mereka boleh sopan santun dalam kereta, sebab keluar kereta je terus tak duduk diam. Ya, sekali lagi. Saya yakin dengan keberkatan Al-Quran. Al-Quran menenangkan hati dan jiwa.

7. Selain kereta, abah Muadz rajin bacakan Quran pada anak-anak sebelum tidur. Dia peluk anak-anak kiri dan kanan, then baca Quran. Tak sampai sejam pun kadang-kadang anak dah tidur.

8. Sampai umur Muadz 2 tahun lebih ( kalau tak silap saya), kami baca Surah Asy-Syams. Tiba-tiba dia sambung! Kami terkejut! Mengalir air mata saya, Maha Hebatnya Allah! Padahal kami masih belum usaha yang maksima lagi. Tapi Muadz dah boleh ingat Surah Asy-Syams masa tu.

9. Kami test surah lain pula. Kami suami isteri baca dalam kereta. Tiba-tiba dia sambung. Sekali lagi terkejut, dia dah hafaz Surah AL-Balad! Allahu Akbar!

10. Disebabkan masuk kereta pasang Quran ni dah jadi habit, maka Muadz ni pun tiap kali masuk kereta takde ayat lain yang dia jeritkan melainkan…” Nak Qoran!! ( Nak Al-Quran) Ianya terjadi bila saya cuba-cuba nak dengar IKIM.

Ya, ini perkongsian yang bagus, ini juga Ibu tengah aplikasikan pada Muhammmad Iman dan Muhammad Ikhwan. Ini adalah muqqadam pilihan Iman untuk mengaji setelah bermacam buku digunakan untuk menarik minatnya. Alhamdulillah hingga ke saat ini Iman sudah menghafal sehingga surah Al Qari’ah.

quran kanak-kanak

InshaAllah yakin ibu ayah, kita semua boleh. Sebab anak kita semua sangat genius, insan-insan yang tiada dosa. Semuanya anak syurga. Lagi satu, puji anak bila mereka mengaji. Tunjukkan muka ceria dan gembira. All the best! Jaga pemakanan anak dan jangan rosakkan mindanya dengan kartun- kartun yang tidak berfaedah.

Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Izin Allah.
Jom, masih belum terlambat walaupun usia dah meningkat.. Lazimi Quran..

Mahukan pakej lengkap anak pandai mengaji? Sila klik sini 

Biarkan Anak Cerdik Pada Tempatnya

Pada usia anak 2 tahun mereka seakan mahu berdikari, seakan telah memperolehi kunci untuk membuat semua perkara sendiri. Adakah ini perkembangan yang bagus? Perkara ini telah saya kongsikan pada artikel 2 tahun usia kemerdekaan.

Mari pula kita melihat apakah perkembangan yang sepatutnya anak boleh buat berpandukan buku rujukan yang diberi oleh klinik kesihatan dan majalah perkembangan kanak- kanak.

1. Berlari dan menyepak bola

permainan-anak-2-tahun

Secara fizikalnya anak sepatutnya sudah boleh berlari dan menyepak bola. Sesetengah kanak- kanak juga sudah boleh melompat, membuka seluar atau lampin pakai buang serta mulai meniru setiap perbuatan abang, kakak atau ibu bapanya. Jika diberi mainan anak mungkin akan merosakkannya dan mengoyak buku.

2. Berhati- hati dengan orang luar

Iman semasa umurnya 2 tahun telah mula berhati-hati terhadap orang yang tidak dikenali dan wajah yang jarang dilihat. Dia menjadi lebih gelisah apabila dipisahkan dari Ibu. Namun jika orang yang jarang dilihat berada disampingnya selama 10 hingga 15 minit dia akan mesra dengan orang itu, tapi masih sesekali melihat Ibu atau Abahnya, takut- takut hilang dari pandangan.

3. Mengenal anggota badan

Anak juga sudah mampu mengenal anggota badan dengan baik. Seperti Iman yang petah bercakap di usianya 2 tahun, mata, telinga, perut, pusat, hidung dan mulut mampu dituturkan dan ditunjuk dengan tepat dan betul. Ajar anak tanpa menggunakan slang pelat dan inshaAllah anak- anak ibu semua akan mampu bercakap dengan baik pada usia 3 tahun.

4. Minat kepada buku

2- ahun-anak-pandai-menulis

Mereka juga mula menunjukkan minat terhadap buku. Apabila diberi pen dan keras mereka mampu melukis bulatan yang kurang cantik. Kanak- kanak di usia 2 tahun juga mampu memahami arahan mudah seperti, “jom kita keluar sayang” atau soalan mudah seperti “nak makan nasi tak?”

5. Menghafal

Anak sudah mampu menghafal dan mengingat. Kemampuan mengingat anak akan meningkat pada usia 8 bulan hingga 3 tahun. Sekitar usia 2 tahun, anak dapat mengingat kembali kejadian-kejadian yang terjadi beberapa bulan sebelumnya. Mereka juga dapat memahami dan mengingat dua arahan ibu atau bapa serentak dan mampu mengulangi lagu atau zikir yang biasa didengarnya semasa hendak tidur.

6. Cepat tangkap

Si kecil juga cepat menangkap kata-kata baru. Pada usia 2 tahun, anak mengalami perkembangan yang pesat dalam mengucapkan kata-kata. Perbendaharaan kata anak-anak pada usia ini mencapai 50 perkataan. Apatah lagi jika ibu sendiri yang menyebut perkataan- perkataan baru itu.

Begitu banyak perkara yang mampu dibuat ketika anak berusia 2 hingga 3 tahun. Siapa yang menjadi role modelnya? Tidak lain dan tidak bukan ialah ibu dan bapanya sendiri. Jadi kepada ibubapa, kawal diri anda, jangan mengeluarkan kata- kata atau melakukan perkara- perkara yang tidak sepatutnya. Berilah makanan yang baik- baik pada anak dan ajarlah anak sendiri jika ada masa.

Perlu Ke Pukul Anak?

Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi..

Anak-anak merupakan amanah Allah. Kita perlu mendidik dengan sebaiknya semenjak kecil lagi supaya apabila besar kelak menjadi anak yang soleh dan sentiasa taat kepada Allah, Rasul dan ibu bapa.

Dalam mendidik anak ketegasan adalah perlu demi memastikan anak yang sedang dibentuk tidak menjadi degil, keras kepala atau selalu hendak menang sahaja. Jadi bagaimana kita boleh menjadi ibu bapa yang tegas tanpa menggunakan kekerasan yang melampau.

cara-didik-anak-secara-islam

Pukul anak juga perlu dilakukan jika anak terlalu nakal atau tidak menghormati agama dan ibubapanya. Dalam islam ada diajarkan bagaimana cara mahu memukul anak jika terpaksa.

Kenapa perlu pukul anak

Di dalam Islam, memukul adalah tindakan paling akhir sekali sekiranya segala nasihat, tunjuk ajar serta ancaman tidak memberikan apa-apa kesan terhadap anak. Sebelum dijatuhkan hukuman, perkara-perkara berikut perlu diambil kira:

1.Kaji apa kesalahan anak dan cubalah berlembut dahulu.

2. Tengok dulu bagaimana tabiat anak yang membawa kepada kesalahan tersebut. Ada anak hanya jegilkan mata sudah mengetahui salahnya, ada anak yang lain kena membebel baru faham. Jadi kenalpasti apa tabiat anak dan berikan hukuman setakat yang dia mampu terima.

didik anak kaedah islam

3. Mengenakan hukuman dan denda adalah jalan yang paling akhir sekali. Jadi, sebelum peringkat denda dan menghukum, anak-anak mesti melalui proses pemahaman dahulu. Mereka perlu ada contoh tauladan yang baik di rumah dan sentiasa mendapat tunjuk ajar daripada ibu bapa..

Jadi, sudah jelas di sini bahawa, di dalam Islam, ibu bapa dibenarkan untuk mendenda atau memukul anak tetapi mempunyai syarat-syarat yang telah dinyatakan di atas tadi.

bacalah-anakku

Cara memukul anak menurut islam

1. Jangan memukul anak dari lutut keatas. Jangan sesekali menampar wajah anak. Pukul anak mengunakan rotan sebaik- baiknya di bahagian betis anak.

2. Jangan menggunakan tangan atau anggota tubuh kita untuk memukul anak. Jangan menampar, mencubit atau menerajang anak dengan kaki. Ini menjadikan anak bertambah nakal dan tidak boleh dikawal lagi.

3. Gunakan rotan dan pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

cara memukul anak 2 tahun

4. Gantung rotan di dinding rumah atau mana- mana tempat yang anak boleh nampak untuk dia tahu apa yang boleh dibuat dan apa yang jangan dibuat , nanti ibu marah.

5. Jangan memukul dalam keadaan yang sangat marah, ini kerana syaitan akan menghasut supaya teruskan memukul anak dan tanpa kita sedar yang kita telah mengerjakan anak itu tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukannya.

6. Jangan sesekali memukul dengan dengan benda keras sehingga meninggalkan bekas kerana bekas itu anak akan ingat sampai bila- bila dan menjadikan anak sebagai seorang pendendam dewasa kelak.

Semoga kita semua dapat mendidik anak dengan penuh rasa kasih sayang. Jangan biarkan anak takut kepada kita kerana rotan atau sifat kita yang suka memukul, biarlah anak memandang wajah kita dengan penuh rasa cinta.

Janganlah kita mengenakan hukuman dan denda sesuka hati dan pastikan anak mendapat pentarbiyyahan sewajarnya kerana itulah selayaknya bagi mereka.

Anak syurga idaman semua. Adakah harus kita layan anak syurga kita dengan kekerasan? Anda juga mungkin ingin membaca ciri minyak ikan terbaik untuk anak

 

Menconteng Rangsang Kreativiti

Mempunyai anak yang berusia 2 tahun ke atas selalu membuatkan ibu bapa pening kepala. Mesti anda biasa menjerit apabila si kecil sudah pandai menconteng. Siapa yang tidak naik angin apabila melihat dinding rumah yang cantik berseri penuh dengan hasil seni lukis anak tersayang.

Oh! Bersabarlah bila berhadapan dengan situasi ini kerana sebenarnya anak anda sedang mengasah bakat dan kreativitinya. Kanak-kanak usia dua hingga tiga tahun memang gemar menconteng. Bila terjumpa pensil warna mahupun pen biasa, dia akan terus menconteng tak kira di mana.

bagaimana-mengelakkan-anak-conteng-dinding

Jadi, untuk memastikan si manja dapat terus berkarya dan dalam masa yang sama, kita boleh mengawal emosi serta tidak naik angin melihat ‘kecantikan’ dinding rumah, berikan dia ruang untuk mengasah kreativitinya.

Tips elak anak conteng dinding

Sediakan kertas lukisan besar

Kadang kala anak lebih suka melukis di dinding rumah yang luas. Jadi, apa kata anda lekatkan kertas lukisan bersaiz besar di dinding. Biarkan anak mengekspresi dirinya kerana aktiviti menulis dan melukis mampu merangsang kreativitinya.

Buku tulis padam

Ibu memberi Iman flashcard marker dan buku tulis padam semenjak usianya 2 tahun lagi. Dengan saiz marker yang kecil dan sesuai dengan dirinya, membuatkan Iman kurang menconteng dinding. Sekarang Iman dah pandai mengambil buku Ibu dan Abahnya untuk menulis dan melukis.

Kotak warna putih

Rasanya, anak-anak kecil berminat menconteng ruang berwarna putih bersih. Apa kata anda sediakan sebuah kotak putih yang boleh dihiasi mengikut kreativitinya. Beri pada anak jika dia mahu menconteng dan simpan dalam stor untuk kegunaan hari- hari akan datang.

Pakaian lama

Kadang-kala anak gemar menconteng baju. Oleh itu sediakan baju lama yang sudah tidak digunakan sebagai tempat dia melukis dan menconteng. Sebaiknya baju yang tidak bercorak atau lebih baik berwarna putih.

Jika anak masih gemar menconteng, sabarlah ibu bapa semua. Anak kreatif memang sentiasa aktif dan kreatif. Biarkan anak, carilah mana- mana produk yang mampu menghilangkan kekotoran di dinding rumah. Nak tahu apa yang saya guna untuk membersihkan dinding?

Stay  Tuned..Bersambung pada next artikel…

0
Your Cart