Tag Archives cara menaikkan hb

Amalan mudah bersalin supaya anda tidak trauma lagi untuk mengandung

Setiap ibu mengandung mahukan pengalaman bersalin normal yang senang dan mudah, namun ada juga di antara kita yang terpaksa dibedah, diinduce, di epidural atau divacum. Tidak semua ibu- ibu bernasib baik memperolehi pengalaman yang indah di bilik bersalin.

Tahu tak ibu- ibu semua ada cara atau petua orang lama yang boleh menggalakkan kelahiran yang mudah. Amalan ini sebenarnya boleh diamalkan di awal kelahiran lagi. Jom kita lihat apa petua tersebut:

1. Jaga pemakanan

makanan-mudah-bersalin

Jangan terlalu ikutkan nafsu makan atau terlalu suka makan diluar atau dikedai. Masakan dikedai terlalu banyak menggunakan perisa tambahan atau MSG yang sangat tidak bagus untuk ibu dan bayi di dalam kandungan.

Asid folik sangat penting untuk tumbesaran bayi. Sila order asid folik + b complex sekarang.

2. Amalkan minum air kelapa

Amalkan minum air kelapa sepanjang kehamilan, lebih- lebih lagi di akhir- akhir fasa mengandung.

3. Urutan perineum

Kita digalakkan melakukan urutan perineum ini iaitu di antara bahagian dubur dan faraj bermula dari kandungan berusia 34 minggu sehinggalah ke saat kelahiran. Sebelum memulakan urutan ini, pastikan jari kita betul bersih dan kuku mestilah pendek, supaya tidak belaku sebarang luka atau jangkitan. Urutan ini dilakukan dengan menggunakan minyak kepala dara @ minyak zaitun.

4. Amalkan vco atau minyak kelapa dara

Selain minum air kelapa, vco atau virgin coconut oil juga bagus untuk diamalkan pada minggu 30 dan ke atas. Selain anak yang bakal dilahirkan bersih ia juga membantu anak meluncur keluar dari rahim dengan mudah.

5. Amalkan mengaji dan berzikir

Surah- surah yang bagus untuk diamalkan semasa mengandung, antaranya:

Surah Yusuf – untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
Surah Luqman – untuk anak yang cerdik
Surah Yaasin – untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin
Surah al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu

doa-mudah-bersalin

6. Aktifkan diri dan berjalan

Banyakkan berjalan sehingga saat-saat terasa hendak bersalin, selagi mampu.  Bila tak mampu duduk tepi katil dan bongkokkan badan ke depan.  Pergerakan yang banyak menyebabkan kontraksi berlaku.

7. Sentiasa bercakap dengan bayi

Boleh gunakan teknik hypnobirthing sepanjang kehamilan. Berbual dengan bayi dan diri sendiri agar mudah melahirkan. Dapatkan ketenangan fikiran semaksima yang mungkin di akhir kehamilan

8. Jangan asyik tidur

Jangan amalkan tidur yang melampau-lampau lamanya. Mungkin ada ibu- ibu yang mengalami alahan teruk dan badan seperti lemah tak bermaya sepanjang kehamilan ini. Maka, anda perlu ‘mind setting’ yang anda yang positif. Petua orang lama kata ‘jangan tidur banyak, nanti anak jadi pemalas’. Nauzubillah

9. Minta maaf dengan suami

Selalulah minta maaf dengan suami. Tapi, jangan amalkan masa mengandung je tau! Luangkan suatu hari, suatu masa untuk berduaan dengan suami dan memohon ampun jika ada salah dan silap. Apatah lagi hormon tidak seimbang sepanjang kehamilan. Mungkin ada suami berkecil hati.

10. Gunakan teknik meneran yang disarankan doktor

  • Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.
  •  Angkat kepala, dagu cecah dada.
  • Mata pandang perut (digalakkan tutup mata)
  • Tangan pegang buku lali kaki
  • Masa teran jangan keluarkan suara.
  • Masa teran jangan angkat punggung.
  • Baca bismillah atau apa-apa doa yang terlintas difikiran.
  • Tarik nafas dalam-dalam, tutup mulut dan teran (bayangkan kita nak beri oksigen pada baby) .

Pada bakal- bakal ibu dan bakal menambah umat, selamat menimang cahaya mata. Semoga anak yang bakal dilahirkan bakal jadi mujahid/mujahidah yang soleh/solehah .

Tanda Hb Rendah

Adakah hb anda rendah?

Adakah anda terlalu letih dalam kehidupan seharian? Mulai bangun daripada tidur rasa letih yang amat sehingga rasa tidak mahu pergi bekerja. Waktu makan, solat dan riadah juga terganggu dek kerana selalu berasa letih. Jika anda menjawab ya pada situasi di atas, sah, anda mengalami tanda hb rendah.

cara-naikan-hb

Hb rendah akan mengakibatkan keletihan yang amat teruk. Keletihan ini berlaku kerana badan tidak mempunyai set darah merah untuk membawa oksigen ke dalam badan. Sel darah merah atau yang kita panggil hb ini adalah protin yang kaya dengan zat besi yang bertugas membantu sel- sel darah merah membawa oksigen daripada paru- paru kepada setiap sel tisu badan.

Jika anda mengalami hb rendah, maka anda akan selalu merasai situasi dibawah:

1. Tiba- tiba rasa tidak boleh bernafas.

2. Pening yang teruk hingga merasakan seolah dunia sedang berpusing

3. Sakit kepala yang teruk, sehingga tahap tidak boleh bangun dari pembaringan

4. Kaki dan tangan sentiasa berada dalam keadaan sejuk

5. Berasa sakit dibahagian dada

6.Selalu rasa gelap atau ingin pitam apabila bangun daripada pembaringan atau bangun daripada tempat duduk.

Apabila oksigen tidak cukup, maka jantung kita perlu bekerja lebih keras untuk membawa oksigen ke seluruh badan, dan inilah penyebab kepada hati selalu berdebar- debar dan ianya boleh membawa kepada penyakit lain jika tidak dirawat.

banner-naikkan-hb-1

Menangani sakit biasa sewaktu hamil part 2

Susulan daripada artikel menangani sakit biasa sewaktu hamil part 1, ramai yang memberi respons “bukan itu aje kak min, banyak lagi ‘keseksaan’ yang perlu dihadapi semasa mengandung, melahirkan dan berpantang”. Dan ianya adalah benar sama sekali.

Entry ini bukanlah hendak menakut- nakutkan wanita- wanita di luar sana yang mahu hamil, namun ia adalah persediaan kepada cara mengatasi masalah dan kesakitan yang timbul semasa mengandung.

Bila kita dah tahu awal, jadi senang la nak lakukan apa yang perlu semasa penyakit itu menyerang. Betul tak semua ibu- ibu? Apa lagi yang biasa ibu hamil hadapi? Jom kita lihat apa dan cara menanganinya.

Spotting

Perkara ini agak biasa di kalangan wanita hamil. Kira- kira 20% wanita mengalaminya. Kehadiran tompok darah kecil (spotting) ini biasanya berlaku pada 12 minggu pertama, dan kerana itu ada wanita yang tidak sedar dirinya telah hamil dalam tempoh tersebut.

Sungguhpun begitu, jika anda mengalami spotting ini, beritahu pada doktor anda.

Anda boleh mengurangkan gejala ini dengan banyakkan berehat, tidak berdiri terlalu lama, mengahadkan aktiviti fizikal, tinggikan kaki bila berkesempatan dan elakkan mengangkat barang- barang berat lebih dari 4 kg.

cara mengatasi masalah berpeluh semasa mengandung

Cirit birit

Sekiranya anda perlu membuang air besar, yang cair rupanya lebih dari 3 kali sehari, anda boleh dikatakan mengalami cirit- birit. Keadaan ini boleh menyebabkan anda terhidrat, oleh itu pastikan anda minum banyak air dalam tempoh ini.

Ada beberapa sebab anda mengalami cirit- birit ketika hamil. Satu daripadanya ialah kerana perubahan cara pemakanan. Wanita hamil biasanya akan mengubah menu pemakanan supaya bayi mendapat khasiat secukupnya.

Ia juga mungkin terjadi disebabkan anda sensitif terhadap makanan tertentu. Selain itu perubahan hormon ketika hamil boleh membuatkan sistem penghadaman menjadi ebih perlahan (sembelit) dan ada kalanya cirit- birit.

Sekiranyanya berlaku pada trimester pertama atau kedua, kemungkinan besar ianya berpunca dari bakteria atau virus. Oleh itu elakkan membeli makanan di gerai, memakan buang yang tidak dibuang kulitnya atau dikopek oleh orang lain.

banner-naikkan-hb-1

Rasa Panas

Perubahan hormon badan boleh membuatkan anda berasa sedikit panas semasa hamil. Anda juga mungkin lebih banyak berpeluh. Atasinya dengan memakai pakaian longgar yang diperbuat daripada kapas atau linen, berada dalam bilik yang sejuk serta mandilah secara kerap untuk menyejukkan badan.

Ramai pelanggan Ibu yang hamil mengalami masalah ini disebabkan sekarang cuaca panas melampau. Sediakan air minuman isotonik yang tiada gas dan gula demi pastikan diri anda tidak dehidrasi.

Keputihan

Masalah keputihan kerap berlaku pada wanita hamil. Sekiranya anda mengalami discaj vagina yang berketul- ketul, rasa gatal atau pedih pada kemaluan, itu adalah petanda anda mempunyai masalah keputihan.

Pakai pakaian yang loggar untuk beri pengudaraan pada tubuh dan kemaluan anda. Pastikan bahagian kemaluan dikeringkan setiap kali lepas mandi dan tukar pakaian anda setiap kali anda berpeluh.

Jika discaj bewarna kehijauan dan mempunyai bau yang kurang menyenangkan, rujuk doktor takut- takut anda terkena jangkitan bakteria yang serius.

Vena varicose

cara menaikkan hb

Wahh, tiba- tiba keluar bahasa doktor pula. Apa itu vena varicose? Bahasa mudahnya urat timbul. Penonjolan urat yang berselirat seakan sarang labah- labah pada kaki ini disebabkan oleh tekanan daripada fizikal mengandung dan pengembangan salur darah.

Jika mahu mengelakkan masalah ini, anda perlu mengelakkan pakaian yang ketat, bercangkung, duduk sambil menyilang kaki atau berdiri terlalu lama. Bila berehat pastkan kaki diangkat lebih tinggi daripada jantung, Anda juga boleh dapatkan tali pinggang materniti atau sarung kaki sokongan.

Bengkak kaki

Cuaca panas, banyak berdiri, boleh menyebabkan kaki anda membengkak terutama pada peringkat akhir kehamilan. Atasi masalah ini dengan mengawal pengambilan cecair, elakkan makanan masin, angkat kaki melebihi paras dada ketika berehat, bersenam.

Elakkan posisi mencangkung atau berdiri terlalu lama. Pastikan juga anda makan makanan yang boleh naikkan hb.

Linea Nigra

Satu lagi istilah sains dalam artikel Ibu. Bahasa mudahnya ialah garis hitam yang terbentuk secara menegak pada perut anda. Garisan hitam ini adalah bermula dari pusat hingga ke ari- ari.

Garisan ini mulai ketara pada usia kehamilan 5 bulan dan akan menjadi semakin gelap pada bulan- bulan seterusnya. Jangan risau. ianya akan hilang selepas anda melahirkan anak.

 

0
Your Cart