Tag Archives ibu menyusu

Susu Badan Cair. Baby lapar!

Salam sayang kepada semua ibu- ibu atau bakal ibu serta pasangan istimewa kepada ibu-ibu semua iaitu ayah- ayah yang masih setia membaca blog Ibu. Alhamdulillah, blog tulisan Ibu dibaca hampir 100k pembaca dan hampir 20% daripadanya ialah pembaca lama.

Terima kasih kerana menjadikan blog Ibu sebagai satu medan ilmu untuk kita berkongsi rahsia keibubapaan, kehamilan, penyusuan serta pemkembangan anak- anak syurga kita.

Susu badan tidak pekat

Artikel harini berkisar kepada soalan yang selalu di tanya pada Ibu di facebook. Kenapa susu badan saya cair? Anak menangis ni sebab tak kenyang. Setengah jam sekali menyusu dengan muka yang penuh kelaparan. Baby boy pulak tu. Makan banyak. What should i do k.min?? nak pekatkan susu bagaimana?

cara bagi susu badan pekat

Buat pengetahuan ibu- ibu semua TIADA istilah susu badan CAIR sebenarnya. Jangan terpengaruh dengan pihak lain yang mendakwa susu badan yang cair tiada khasiat dan tidak bagus untuk anak. Ini salah!! Buat pengetahuan semua, susu ibu ada 2 peringkat:

1. Susu badan yang pertama iaitu susu semasa mula-mula keluar masa kita perah dinamakan “foremilk” kelihatan agak cair dan jernih.

2. Susu badan yang terakhir ialah “hindmilk”, dimana susu tersebut lebih pekat dan kaya dengan lemak.

Seperti kita juga sebelum makan, sunnah nabi adalah meminum segelas air atau makan buah dahulu untuk melancarkan pencernaan makanan selepas itu. Begitu juga dengan bayi, susu yang cair tu sebagai serat untuk mudahkan pencernaan dan sebagai penghilang dahaga, dan yang terakhir tulah sebagai makanan berat bayi.

Susu badan susu sempurna untuk bayi

Allah telah menjadikan susu badan itu sempurna, penuh kebaikan dan makanan untuk anak sehingga usianya 2 tahun . Kenapa masih perlu ada lagi pertikaian lidah lagi mengenai hal ini. Jangan suka- suka berkata “susu awak cair ini, tiada khasiat untuk baby”.

Mungkin dengan satu ayat kita ini, Si ibu telah menggantikan susu badan kepada susu formula yang lebih pekat. Berdosanya kita pada si anak yang sepatutnya mendapat khasiat penuh dari susu ibunya sendiri.

Bagi Ibu susu ini adalah alasan yang sangat tidak masuk akal untuk bagi susu formula pada anak. Terlalu banyak penyakit dan masalah kesihatan berlaku pada anak kerana susu buatan manusia yang terbatas ini. Anda juga mungkin berminat kepada suplemen untuk tambah susu badan.

hukum menyusu badan bila ada janin dalam rahim

Siapa pernah mengalami pengalaman ini? Ibu salah seorang ibu yang mengalami tandem nursing ini. Ibu lahir dalam masyarakat kampung yang masih belum terdedah kepada ilmu tandeem nursing ini. Bahkan arwah mak Ibu sendiri menentang susukan anak ketika sedang hamil anak yang lain. Begitu juga dengan mertua dan ipar duai.

Ibu disahkan hamil anak kedua ketika anak yang sulong berumur 1 tahun 3 bulan dan masih menyusu badan sepenuhnya. Hari buka buku merah, Ibu panjangkan hal ini kepada doktor bertugas masa itu, doktor Hoe, masih muda dan Ibu yakin masih belum berkahwin. Jawapan doktor Hoe:

” kalau boleh you stop la bf anak you, dia dah besar boleh makan makanan yang lain”

Terdiam dan terkaku Ibu mendengar nasihat yang diberikan oleh doktor Hoe. Ini kerana Ibu dah tanya pakcik google sebelum tu tandeem nursing adalah dibenarkan jika keadaan ibu dan anak dalam kandungan tiada masalah.

Dan apa yang Ibu dapat dari google Ibu cakap pada doktor Hoe..Lama dia terdiam dan menjawab, “nanti kita scan kandungan you, jika tiada masalah you boleh continue bf anak”

Bayangkan jika Ibu mengambil pendapat doktor Hoe yang pertama. Anak syurga Ibu tidak dapat merasai khasiat susu ibu sehingga umurnya 1 tahun 10 bulan. Alangkah ruginya nikmat yang Allah berikan tidak digunakan dengan baik sebab tiada ilmu mengenai penyusuan ini.

penyusuan ketika hamil

Apa hukum tandem nursing?

Terdapat ramai ibu-ibu yang menyusukan bayinya berasa ragu-ragu hendak meneruskan penyusuan apabila mendapati mereka mengandung. Dari segi hukum, Islam tidak menghalang ibu meneruskan penyusuan kepada bayi mereka sekiranya mereka didapati mengandung.

Terdapat hadis di dalam soheh Muslim di mana Rasulullah s.a.w. bersabda; “Aku pada mulanya berhasrat menegah al-Ghilah hinggalah diberitahu kepadaku bahawa orang-orang Rom dan Parsi melakukannya dan tidak ada kesan mudarat pada anak-anak mereka (maka aku tidak jadi menegahnya)” (HR Imam Muslim dari Judamah binti Wahab al-Asadiyyah r.a.).

Menurut ulamak, al-Gilah mempunyai dua maksud; (maksud pertama;) mensetubuhi isteri ketika ia sedang menyusukan anak (dibimbangi ia akan mengandung pula dan memudaratkan anak yang sedang disusui). (Maksud kedua;) seorang wanita menyusui anak ketika ia sedang hamil/mengandung.

Hasrat Nabi s.a.w. menegah perbuatan tersebut ialah kerana dibimbangi perbuatan tersebut akan memudaratkan bayi yang sedang menyusu. Menurut tabib-tabib Arab di zaman Nabi; susu wanita hamil adalah penyakit dan orang-orang Arab tidak menyukainya dan mereka akan menjauhkan anak-anak mereka darinya. Kerana itu, Nabi berhasrat melarangnya.

Namun apabila Nabi mendapati orang-orang Rom dan Parsi telah biasa melakukannya dan tidak ada sebarang kesan tidak elok pada anak-anak mereka, maka baginda menarik semula hasrat baginda. Imam an-Nawawi menegaskan; “Di dalam hadis ini terdapat keharusan al-Ghilah kerana Nabi tidak menegahnya dan baginda menjelaskan sebabnya” (Lihat; Syarah Soheh Muslim, juz. 10, kitab an-Nikah, bab Jawaz al-Ghilah.)

Alhamdulillah, Ibu dapat menyusukan Muhammad Iman sehingga usianya 1 tahun 10 bulan dan Iman telan wean-off dengan mudahnya. Nanti Ibu kongsikan cara Ibu wean off anak Ibu yang seorang ini pada artikel seterusnya.

Biasanya, sekiranya tiada sebarang masalah kesihatan ibu-ibu boleh meneruskan menyusukan walau pun ketika mengandung. Ibu telah mengamalkan:

(1) Ambil kalori dan khasiat tambahan. Minta nasihat pakar pemakanan atau pakar kesihatan untuk panduan pemakanan.

(2) Minum banyak air mineral.

(3) Dapatkan rehat secukupnya kerana kebiasaannya Ibu akan mudah berasa penat. Menyusukan bayi sambil berbaring membolehkan Ibu melelapkan mata untuk seketika bagi menghilangkan keletihan.

(3) Pastikan pelekapan (latch on) bayi adalah betul kerana puting akan menjadi lebih sensitif sewaktu hamil. Menarik nafas dalam boleh membantu mengurangkan kesakitan.

(4) Semasa usia kandungan mencecah 4 bulan, penghasilan kolostrum akan bermula. Ini mungkin menyebabkan susu badan berkurangan dan rasanya sedikit berlainan. Ada bayi yang dengan sendirinya menolak susu dari ibunya.

Bagaimana pun, sekiranya bayi meneruskan penyusuan, jangan bimbang bayi “mencuri” kolostrum untuk adiknya badan ibu dengan sendirinya akan tahu yang mana patut didahulukan.

(5) Sediakan susu formula jika berat anak adalah dibawah garisan kuning.

Jadi kepada ibu- ibu diluar sana, jangan risau jika anda disahkan mengandung ketika masih menyusu badan. Hukum membenarkan dan pelbagai suplemen tambahan juga terdapat dipasaran untuk ibu- ibu menjayakan misi ini.

Kenapa Arjuna Beta Tak Dapat Masuk Final?

As salam semua pembaca setia ibudoakan.com. Harapnya masih belum jemu dengan apa yang Ibu sajikan buat para ibubapa sekalian.

Siapa tengok AJL semi final malam tadi? Sesiapa yang membaca kisah disebalik airmata Fynn Jamal ini pastinya kecewa kerana lagu Arjuna Beta tidak layak masuk final kan? Sejujurnya Ibu tidak menyaksikan semi final malam tadi tapi melalui group whatapps sekolah Ibu dapat mengetahui senarai 12 lagu yang layak.

Dalam list tersebut tiada Fynn Jamal, tiada Arjuna Beta. Sedih  kan? Lagu yang telah menyentuh hati hampir 30ribu kaum ibu di Malaysia tidak berjaya ke final dan menjadi juara. Tapi tak apa, lagu Arjuna Beta lagu yang menjadi JUARA di dalam hati nurani ibu- ibu semua.

Kita tinggalkanlah pasal Arjuna Beta tu. Jom tonton video ini dulu:

 

Sweet kan suami isteri ni kan? Berganding bahu dalam menjayakan misi penyusuan anak secara EBM. Apabila ibu memberi anak melalui EBM, apa yang diperlukan ialah TENAGA yang super duper extra. Berbagai cara terutama dari segi pemakanan patut dicuba untuk memberi anak susu badan.

Dan salah satunya seperti Puan Dilla Jalil seperti dalam video di atas. Puan Dilla menggunakan makanan tambahan shaklee dalam menjayakan misinya. Anda pula bagaimana? Jom kongsi di ruangan komen.

Pengedar suplemen

Dengan kualiti produk yang terjamin, Ibu sangat memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap daerah dan kampung- kampung seluruh Malaysia, termasuk negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

Hubungi Ibu jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan! 017 508 2443.

Sila share artikel ini di media sosial, mungkin ada di antara kenalan anda yang memerlukan. Yakinlah, setiap satu manfaat yang dikongsi, ada balasannya bagi kita.

Airmata Fynn Jamal

As salam

Malam tadi kerana ingin menemankan anak yang cerah matanya sehingga jam 11 malam, Ibu berkesempatan mengikuti siaran lansung separuh akhir muzik- muzik di TV3. 6 lagu yang pertama Ibu tidak fokus lansung kerana sedang merangka jadual belajar untuk Muhammad Iman.

Namun apabila tiba giliran Fynn Jamal Ibu memaksa mata untuk melihat tv kerana ingin mengenali siapakah Fynn Jamal ini yang telah membangkitkan kemarahan ramai ibu- ibu diluar sana dengan sikap keterbukaannya dalam menceritakan kepada umum status anak angkatnya.

Lirik Arjuna Beta

Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

Indahnya lirik lagu ini kan? Kita lupakan kisah status si Arjuna itu, kerana yang berlalu biarlah berlalu. Jangan diungkitkan kembali dan Ibu yakin Fynn Jamal mempunyai alasan tersendiri kenapa dia bertindak demikian. Hanya Allah, kaum keluarga dan sahabatnya yang mungkin memahami kenapa dia bertindak begitu.

Kita bukanlah siapa- siapa untuk menghukum atau menghentam penyanyi dan pengubah lagu berbakat ini. Berbalik pada separuh akhir tadi, diakhir lagu arjuna beta, airmata Ibu menitis jua. Entah kenapa Ibu terus memeluk si Iman yang telah tidur di sisi Ibu.

Adiknya Ikhwan masih lagi bermain ‘kejuruteraan’ dengan membaiki basikal mininya. Ya Allah, lagu ini serta persembahan Fynn membuatkan Ibu merasa rindu yang teramat sangat pada anak- anak Ibu. Walaupun mereka hanya sedang tidur dan bermain ketika itu.

anak-sakit-ibu-tabah

Benarlah naluri seorang Ibu. Jika apa sahaja yang berkaitan dengan anak kita akan mudah tersentuh. Begitu juga dengan lirik arjuna beta, sang ibu sanggup berbuat apa sahaja demi anak walaupun beribut tidak akan berganjak, tidak akan biarkan tidur si anak terganggu dengan gangguan yang datang silih berganti.

Lirik ini membuatkan Ibu sangat merindui arwah mak Ibu yang sudah hampir 4 tahun meninggal dunia. Yang paling menyentuh perasaan dalam lirik lagu Fynn Jamal ini ialah pesanan buat anaknya. Si anak perlu bersedia jika ibu pergi dahulu dijemput Ilahi.

Bersedia mengharungi suka duka di dunia yang sementara ini, pilih lah jalan yang penuh onak duri agar si anak tahu erti hidup dan bertabahlah wahai si anak jika si ibu tiada di sisi. Seperti sedia maklum si arjuna iaitu anak angkat penyanyi ini mengidap penyakit jantung berlubang dan telah menjalani pembedahan dengan permohonan bantuan daripada orang ramai.

Tabahnya hati seorang ibu walaupun anak yang dibela, yang diambil semenjak umurnya sehari disahkan mengidap penyakit jantung dari kecil. Melalui lagu ini, Ibu dapat rasakan betapa sukarnya konflik dalaman yang dihadapi Fynn. Jika boleh penyakit itu biarlah si ibu yang tanggung.

baby-sakit-jantung

Statusnya sebagai celebriti tidak dihiraukan ketika memohon bantuan untuk anaknya yang memerlukan kos pembedahan. Tiada lagi keraguan untuk memohon pertolongan kerana si kecik arjuna perlukan pembedahan segera demi menyelamatkan nyawa.

Sila klik sini jika anak anda sering demam dan sakit:

Pemakanan anak supaya cerdik dan sihat.

Ibu sememangnya sangat kagum dengan ketabahan hati ibu- ibu diluar sana yang anaknya mengidap penyakit sewaktu kecilnya. Anak yang demam pun susahnya hati, apatah lagi yang mempunyai penyakit seperti jantung, eczema, jaundis dan sebagainya.

Kuatnya seorang Ibu tidak boleh diungkapkan dengan kata- kata dan idak mampu dizahirkan dengan perbuatan. Hanya seorang ibu yang mampu menyelami perasaan ibu yang lain.

Untuk semua pembaca sekalian, Ibu mohon hargailah ibu, emak, mama, mak atau mommy anda jika anda masih punyainya. Si ibu sanggup berjaga malam demi menampar nyamuk yang menganggu tidur anaknya. Sekarang tanya pada diri sendiri, apa yang telah kita lakukan untuk hargai jasa ibu kita. Cukup ke tidak? Bahagia ke tidak ibu kita sekarang?

Untuk semua, dengarkan Fynn Jamal, Arjuna Beta

0
Your Cart