Tag Archives kehamilan

Menangani sakit biasa sewaktu hamil part 1

Perubahan hormon, bentuk fizikal badan dan emosi membuatkan bakal- bakal ibu berdepan dengan pelbagai masalah sepanjang usia kandungan. Sebenarnya semua wanita melaluinya cuma ada yang teruk, ada yang ringan.

Rasa sakit- sakit ini pastinya merisaukan wanita yang pertama kali mengandung. Ini sudah tentu kerana sebagai ibu kita mesti risau tentang kesihatan diri dan bayi di dalam kandungan.  Mari kita lihat apa yang biasa dialami oleh ibu mengandung dan cara mengatasinya.

Mabuk/ Loya

morning sickness

Morning sickness merupakan masalah biasa yang berlaku dalam 12 minggu yang pertama, malah ada yang berlarutan sehingga masuk trimester ke 2. Dianggarkan lebih 70% wanita mengandung mengalaminya.

Perkara ini tidak menjejaskan bayi dalam kandungan sekalipun anda kuran makan. Yang penting pastikan anda minum secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi.

Saranan untuk anda:

  • Makan dalam kuantiti yang kecil tapi kerap (5-6 kali sehari)
  • Elakkan makanan pedas dan berminyak atau makanan yang sukar dihadam seperti daging merah.
  • Asingkan makan pejal dari cecair.. Jangan makan nasi denagn buah tembikai dalam masa ang sama.
  • Makan biskut atau keropok ikan kira- kira sejam sebelum anda bangun dari katil

Sekiranya anda lansung tidak boleh makan, pening dan muntah yang serius, sila berjumpa doktor demi memastikan anda tidak mengalami hyperemesis gravidarum– keadaan yang serius yang boleh menyebabkan berat turun mendadak, jantung berdegup laju dan hb rendah.

banner-naikkan-hb-1

Sakit belakang

Perubahan yang berlaku pada tubuh disebabkan oleh berat badan yang bertambah. Perubahan hormon mengendurkan otot, kandungan semakin besar, serta penyimpanan air dalam badan menyebabkan masalah sakit belakang. Sakit ini bertambah teruk di waktu malam dan peringkat akhir kehamilan.

Elakkan mengangkat barangan dan melakukan kerja rumah yang berat. Jangan gunakan kasut tumit tinggi untuk bekerja dan jangan berdiri terlalu lama dalam satu- satu masa.

Boleh lakukan senaman ringan untuk bahagian belakang badan. Pastikan anda menjaga postur badan semasa duduk dan tali pinggang materniti mungkin dapat membantu.

Sakit Tulang Belakang & Lenguh2 Badan Buat Ibu Ini RImas, Sampailah…. from iReach HD on Vimeo.

Kaki kejang

Rasa sakit yang sangat kuat secara tiba- tiba pada kaki atau betis adalah tanda anda mengalami kekejangan. Ia biasanya berlaku pada waktu malam dan di awal pagi. Kesakitan ini boleh dikurangkan jika anda menarik jari- jari kaki ke atas atau mengurut bahagian yang kejang. Senaman ini dapat membantu. Cubalah:

  • Bengkokan kaki anda dan luruskan kaki ke atas dan ke bawah sebanyak 30 kali.
  • Pusing kaki anda sebanyak 8 kali pada satu arah dan 8 kali pada arah bertentangan
  • Ulang dengan kaki sebelahnya.

Selain senaman, anda boleh minum banyak air, bersenam secara kerap,makan sumber kalsium dan banyakkan potasium dalam badan dengan mengambil buah pisang.

Anemia

Macam-macam komplikasi boleh terjadi masa hamil; salah satunya ialah anemia. Anemia ni terjadi bila kandungan hemoglobin (sel darah merah) dalam darah kita rendah. Sel darah merah ni sangat penting tau sebab dia lah yg bawak masuk oksigen ke setiap sel- sel tisu dalam badan.

Cara nak tambah sel- sel darah merah? Dengan zat besi. Malang sekali, kebanyakan ibu yg hamil ni kekurangan zat besi dalam simpanan bagi memenuhi keperluan badan (sebab dah ada bayi dalam perut).

Kalau betul-betul  serius, memang kena masuk wad. Itu lah yang terjadi pada Kakak Aya kita ini. Siap dah kena warded pun degil lagi tu tak nak dengar nasihat kakaknya.

Apa jadi bila tak dengar nasihat? Boleh tengok sendiri cerita adik beradik ni dalam video di bawah.

http://vimeo.com/ireachhd/adikdegil
Apa yang kakak Lin kita guna? Boleh rujuk artikel cara naikkan hb.

Artikel ini bersambung..Tunggu ye.. Nanti Ibu akan share tips mengenai spotting, bengkak kaki, rasa panas dan masalah keputihan semasa mengandung dalam part 2.

Perkara Penting Yang Perlu Diketahui Semasa Hamil Part II

Artikel ini adalah sambungan kepada artikel Perkara Penting Yang Perlu Diketahui Semasa Hamil. Jom kita lihat apa lagi yang perlu kita ketahui di saat kita dikhabarkan berita yang kita sedang berbadan dua.

1. Buku merah

perkara-perlu-buat-semasa-hamil

Jika anda melakukan pregnancy test di klinik, dan di sahkan positif, anda akan terpaksa menunggu 2 hingga 3 jam lagi kerana pada masa inilah jururawat akan membuka buku merah untuk anda. Semua rekod kesihatan anda dan suami serta keluarga akan dicatat pada buku tersebut dan kemungkinan juga anda akan diperiksa oleh doktor sendiri.

2. Degup jantung bayi

Kebiasaannya anda akan diminta menghadiri check up sebulan sekali di klinik ibu dan anak berhampiran. Darah akan di ambil, berat akan ditimbang, tekanan darah akan di periksa dan jika bertuah anada akan dapat mendengar degup jantung anak jika pemeriksaan degup jantung dijalankan.

banner-naikkan-hb-1

3. Kaki Sembab

Sembab atau bengkak pada kaki adalah masalah yang sering dihadapi oleh ibu hamil. Masalah ini boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada si ibu kerana menghadapi kesukaran untuk berjalan, solat, dan sebagainya.

Semasa hamil, badan menghasilkan kira2 50% lebih darah dan cecair badan sebagai persediaan menampung bayi yang sedang membesar. Bengkak atau sembab yang disebabkan oleh darah dan cecair tambahan  adalah normal semasa hamil. sembap juga boleh berlaku pada bahagian tangan, muka, kaki dan pergelangan kaki.

4. Berat bayi dalam kandungan

cara-mengetahui-berat-bayi

Perkara ini perlu diketahui oleh doktor untuk memastikan bagaimana proses anda bersalin anda nanti. Berat bayi di dalam rahim boleh dianggarkan menggunakan kaedah ultrasound dan bayi dijangkakan akan berada di sekitar 2.5kg hingga 4 kg semasa bersalin. Jika lebih daripada itu, doktor akan menggunakan kaedah lain seperti pembedahan untuk melahirkan bayi kerana terlalu banyak risiko jika bayi yang besar dilahirkan secara normal.

5.Hb rendah

hb rendah atau kurang darah merah ialah keadaan di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada biasa. Dalam istilah perubatan, seorang yang mengidap kurang darah mempunyai kepekatan darah merah kurang dari 9 gm peratus hemoglobin. Jadi anda perlu maintainkan hb anda dengan bacaan 11 ke atas dengan mengamalkan pemakanan berkhasiat.

 

 

Perkara Penting Perlu Diketahui Semasa Hamil

Penjagaan kesihatan diri dan janin sepanjang kehamilan begitu dituntut di kalangan wanita yang hamil. Wanita hamil  sebenarnya terdedah kepada pelbagai risiko. Persekitaran, pemakanan dan gaya hidup perlu dititikberatkan agar anda tidak mengundang bahaya kepada janin anda sendiri.

Perkara Penting Yang Perlu Anda Tahu

1. Waspada cacar air

elak-cacar-air-wanita-hamil

Cacar air adalah penyakit berjangkit. Pastikan anda mengelakkan diri daripada sesiapa yang mengalami penyakit tersebut. Sekiranya anda sedang amil kurang daripada usia 20minggu, ia tidak memberi risiko kepada janin. Namun jika anda demam cacar air semasa usia kehamilan di trimester ke 3 iaitu seminggu sebelum kelahiran, berkemungkinan bayi akan mengalami penyakit yang serupa.

2. Jangan paksa bersenam

Adakah senaman itu berbahaya kepada janin? Senaman semasa hamil tidak mendatangkan sebarang risiko kepada janin sekiranya ia dilakukan dengan kaedah yang betul. Misalnya dalam senaman perlu ada sesi pemanasan badan, kemudian diakhiri oleh sesi ‘cooling down’.

Ini kerana perubahan hormon membuatkan tubuh mudah terdedah kepada kecederaan. Jangan paksa diri untuk bersenam. lakukan sahaja senaman ringan dan minum banyak air agar tubuh tidak dehidrasi. Anda boleh berjalan atau berenang. Ianya senaman bagus untuk ibu hamil.

banner-naikkan-hb-1

3. Panduan menaiki kapal terbang

Ada pendapat mengatakan menaiki kapal terbang boleh membahayakan janin. Sebenarnya ia tidak mengundang bahaya jika dilakukan pada usia kehamilan yang epat. Waktu terbaik untuk menaiki kapal terbang ialah pada trimester kedua dengan syarat si ibu tidak mempunyai komplikasi kehamilan.

Sebelum membuat keputusan, anada sepatutnya berjumpa doktor dan membawa surat doktor semasa ingin membeli dan menaiki kapal terbang. Di dalam kapal terang anda perlu membuat beberapa senaman ringkas demi mengelakkan kekejangan otot seperti mengerakkan kaki atau jari- jari. Anda juga perlu kerap minum air kosong kerana udara dalam kabin adalah sangat kering.

4. Sakit bawah perut

Adakah selalu sakit bawah perut itu menandakan anda keguguran? Tidak kerana adalah normal jika anda mengalami sakit bawah perut teutama jika anda hamil anak yang sulong. Kesakitan ini adalah disebabkan oleh sambungan tulang- tulang di sekeliling rahim yang menegang. Namun tidak salah jika anda merujuk masalah ini kepada doktor anda.

5. Perut besar atau kecil

size-perut-wanita-hamil

 

Perut saya kecil, adakah janin sayatidak membesar? Perlu diketahui besar atau kecil perut anda tidak boleh menjadi penanda aras kepada kesihatan janin dalam kandungan. Semasa kehamilan, adalah normal perut kelihatan kecil kerana otot- otot perut masih belum kuat merenggang. Scan janin anda dan minta doktor jelaskan tentang perkembangannya.

6. Morning sickness buat janin lapar

Benarkah morning sickness iu menandakan janin anda lapar? Apatah lagi ketika mengalami keadaan itu wanita hamil sering munah dan sukar menjamah makanan. Ketahuilah bahawa morning sickness tidak membuatkan janin kelaparan, kerana tubuh secara semulajadinya telah membekalkan makanan kepada janin.

Makanlah secara sedikit- sedikit tetapi kerap agar ianya memberi manfaat kepada janin anda.

7. Jaga kebersihan

Cecair dari vagina keluar dengan banyaknya. Ia adalah normal dan bukannya anda ada jangkitan kuman yang memberi kesan buruk kepada janin. Ia berlaku kerana perubahan hormon wanita hamil. Sebaiknya jaga kebersihan dengan memakai seluar dalam dari kain cotton dan menukarnya sekerap yang mungkin.

Justeru, wanita hamil perlu diketahui maklumat berkaitan dengan risiko kecemasan yang perlu di ambil berat agar kandungan dan janin sentiasa selamat. Teruskan menambah ilmu dengan membaca sebanyak mungkin artikel mengenai kehamilan.

0
Your Cart