Tag Archives mainan bayi

Tip Pemilihan Mainan Untuk Anak Speech Delay

Assalammualaikum ibu bapa bahagia semua.

Sebagai seorang penjual edu toy untuk anak- anak, Ibudoakan selalu diminta untuk cadangkan produk yang sesuai untuk anak speech delay. Alhamdulillah, kenalan Ibu iaitu Puan Izana seorang speech therapist ada berkongsi tip dalam permilihan mainan untuk anak yang di sahkan speech delay.

Tanda anak menghadapi masalah speech delay

Anak speech delay mempunyai masalah kemahiran bercakap seiring usianya. Sepatutnya:

Diusia 1 tahun- 1 setengah tahun dah boleh menyebut perkataan mudah seperti mama, ibu, baba, ayah

Diusia 2 tahun anak sudah boleh gabung 2 patah perkataan seperti “Nak makan”, “Dah habis”

Di usia 3 tahun anak sudah boleh gabungkan 3 hingga 4 patah perkataan seperti “Ibu ada burung atas pokok”

Tahap anak lambat bercakap pelbagai mengikut kemahiran asas

  1. Eye contact– bila bercakap dia boleh pandang mata kita, perhatikan apa kita buat
  2. Daya tumpuan
  3. Mengambil giliran– boleh pasing bola, pasing mainan
  4. Meniru- kemahiran paling susah bagi anak speech delay iaitu meniru apa yang kita cakap
  5. Menyesuaikan gambar- Tahap matching skills
  • Objek- dengan objek
  • Objek dengan gambar
  • Gambar dengan gambar
  • Gambar dengan gaya
  • Bermain

Sebagai seorang penjual barang mainan, soalan yang wajib ditanya pada mak ayah ialah “Apa target therapist untuk anak”

Contoh jawapan:

  • Melatih eye contact dengan orang
  • Nak anak lebih focus
  • Nak anak boleh bermain bersama kawan- kawan yang lain
  • Nak develop fine motor anak

Antara cadangan mainan:

Knob puzzle

Jangan bagi puzzle ABC, Nombor atau aliff ba ta dulu. Puzzle abc, 123 dan aliff ba ta boleh beri untuk anak speech delay 4 tahun ke atas.

Pemilihan knob puzzle kena ada latar belakang yang kosong atau tidak serabut.

Kebaikan knob puzzle:

  • Melatih anak meminta
  • Melatih anak develop motor halus- jika anak sudah boleh masukkan objek dalam puzzle, fine motor anak sudah ok
  • Melatih mengenal gambar
  • Meniru bunyi

Kitchen roleplay suitcase, Bermain masak- masak.

Target meniru percakapan. Paling mudah minta anak tanya mak dan ayah nak makan apa, anak masak. Mama nak air sirap, minta anak sebut sirap, jus, oren, nasi dan sebagainya

Wood cutting fruit and vegetable

Target anak dapat menyamakan objek, untuk fine motor, meminta objek dan mengenal warna/ objek.

Lacing bead

Target belajar meminta, kenal benda/ objek/ warna, latih fine motor jika anak boleh memasukkan tali dalam lubang pada objek

Genius button art/ mushroom nail

Target untuk melatih daya tumpuan anak, mengenal warna

Mengambil giliran selepas ibu letak bead anak ambil bead lain dan letak. Jika anak cabut balik bead maksudnya anak belum mencapai tahap boleh mengambil giliran

Anak akan belajar berkongsi, meminta

Fine motor- anak menolak button tu keluar dari

Matching egg- kemahiran menyamakan benda

Pemilihan Buku

Perlu memilih buku board book bagi memudahkan untuk anak yang mempunyai masalah kemahiran motor membelek buku

Buku tidak boleh melebihi 10 karektor

Cerita kena mudah/ simple

Background/ gambar dalam buku tidak serabut

Mulakan mengenal anak dengan gambar baru kosa kerja

Semoga perkongsian kali ini dapat memberi 1001 manfaat kepada ibubapa yang mempunyai anak speech delay. Paling penting adalah apa jua mainan yang dibelikan untuk anak, ibubapa perlu turut sama bermain dengan mereka.

Artikel ini adalah berdasarkan FB live video daripada Puan Nurul Izana Abdul Rahman ( Speech therapist @Terapis Pertuturan Bahasa )

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ransang otak anak dengan mainan edukatif

Memilih permainan yang mampu jadikan anak bijak

Pilih permainan berpendidikan atau yang menggunakan logik akal supaya si manja boleh menggalakkan percantuman antara sel-sel kompleks pada otaknya. Selagi si manja berfikir, maka sel otaknya akan terus berkembang dan dirangsang, maka lebih tinggi keupayaan IQ.

Skil menyelesaikan masalah: Mainan seperti blok kiub digunakan untuk mencipta apa juga model atau mainan yang menyuai padankan dua unit yang berpasangan. Contoh mainan:

1. Wooden blok ABC

2. Flashcard kayu berslot

3. Lego ABC

4. Literacy Fun Game

mainan berpelajaran untuk anak 1 tahun
Skil berfikir: Puzzle bagus untuk stimulasi sel-sel otak anak dan gambar yang menunjukkan sifat berlawanan seperti besar-kecil, keras-lembut, tinggi-rendah dan sebagainya.

1. Puzzle Abc, 123 dan huruf hijaiyah

2. Wooden clock

3. Wooden shape puzzle

4. Multipurpose study box

puzzle asah skil berfikir anak
Skil bahasa dan sosial: Buku bergambar, mainan puppet, bermain dengan cermin, membuat buku skrap dan sebagainya.

1. Softbook bayi bijak

2. Siri buku boneka comel

3. Kamus bergambar jenis board book

4. Flashcard

buku boneka untuk anak setahun
Skil imaginasi: Main peranan dengan apa juga permainan, bermain dengan pasir, tanah liat, melukis dan membaca buku cerita.

1. Kinetic sand

2. Bermain di tepi pantai

3. Buku mewarna upin dan upin

5. Kanvas mewarna

anak setahun membaca buku
Skil emosi: Bernyanyi, bermain sorok-sorok, binatang peliharaan, anak patung.

1. Islamic children song

2. Vcd mengenal huruf hijaiyah

3. Smart pen upin dan ipin

softbook bayi
Skil ingatan: Buku yang mempunyai bunyi-bunyian seperti bunyi binatang, kotak memori yang mengandungi barang-barang yang memerlukan anak meneka isinya dan lain-lain lagi.

1. Tap genius

2. Activity soft book

3. Islamic doll

4. Apple learning quran

apple learning quran

Kesemua permainan dalam gambar di atas ialah sebahagian daripada testimoni pelanggan Ibu. Kepada yang berminat untuk dapatkan mainan edukatif yang sesuai dengan umur anak boleh terus ke page Ibu di facebook http://on.fb.me/1JQP8vz atau whatapp ke 0175082443. Ibu sedia membantu anda!

Cara Ajar Anak Pandai Mengaji

As Salam

Pagi isnin pagi yang ceria. Indahnya waktu dhuha ini tidak terungkap dengan kata- kata. Seperti bait- bait makna dalam doa dhuha:

“Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu waktu dhuhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu, keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu, kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu .

Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah.

Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

Ibu selalu membaca doa dhuha ni kuat- kuat selesai solat dhuha. Kerana apa? Kerana ingin memperdengarkan doa yang indah ini kepada anak Ibu. Menakjubkan kerana Muhammad Iman telah menghafal doa ini, dan selalu dibaca pada waktu hujan. Ibu pun tidak tahu kenapa dia memilih menyanyikan doa ini pada waktu hujan.

Pelajaran yang paling berkesan untuk anak dari umur 0 hingga 4 tahun ialah dengar dan lihat. Memang ini terbukti pada Iman yang baru berusia 3 tahun setengah, mengenal huruf pun belum 100% tetapi hafalan dia terbaik. Iman sudah mahir membaca doa naik kenderaan, doa dhuha, doa masuk tandas dan menghafal sampai surah Al Zalzalah.

Hari ini Ibu nak kongsikan apa mainan yang diberikan pada Iman semanjak kecil

1. Juz Amma

vcd al quran best

Seawal kelahirannya Ibu memperdengarkan surah- surah yang ada di dalam vcd Juz Amma ini. Tidak dinafikan yang Iman anak yang kuat menangis semasa dalam pantang, namun surah- surah lazim ini mampu meredakan keadaan yang tetang semasa pantang. Biasalah emosi dalam pantang memang semuanya tekanan.

2. Softbook

buku bayi

Kita mesti menunggu waktu untuk membelikan anak buku kan. Tidak sabar mahu kongsikan ilmu- ilmu daripada buku, namun buku yang ada di kedai tidak mesra bayi. Jadi Ibu memberikan anak softbook ini semenjak umurnya 5 bulan lagi. Boleh gigit, masukkan dalam mulut dan tidak datangkan kecederaan pada bayi.

Dulu sangat susah cari softbook ini, kalau ada pun yang berjenama mickey atau disney. Harga tentulah berganda mahalnya. Softbook ini harga pun murah dan yang penting bercirikan islamik. Iman sangat suka sampai bawa tidur sekali.

3. Apple learning Quran

apple learning quran

Cantikkan epal ni? Lagi cantik apabila di on dan bergema  lagu- lagu nasyid serta doa- doa pendek yang mesra telinga bayi. Walaupun kadang- kadang epal ini dilempar sekeliling rumah, namun ianya tahan lasak dan mempunyai lampu warna warni yang boleh menarik minat anak. Sekarang epal ini diwariskan pula pada adiknya Ikhwan.

Selain itu, flashcard, mainan yang mendidik dan lego adalah mainan wajib diberikan pada anak- anak. Ibu- ibu semua boleh like page ini https://m.facebook.com/babybijakislamictools?_rdr untuk dapatkan mainan berpendidikan yang sesuai dengan usia anak.

0
Your Cart