Tag Archives set kurus shaklee

Lansing dalam masa 7 hari. Jom cuba menu ni

Cepatnya masa berlalu. Bagaimana dengan azam anda untuk menurunkan berat badan pada tahun 2015 ini? Adakah anda sudah mencapai matlamat atau masih lagi berusaha untuk mengejar target dan mendapatkan berat badan yang sesuai. Cuba ikuti cara pemakanan di bawah nanti, saya yakin anda pasti akan dapat menurunkan berat badan dalam masa 7 hari sekurang- kurangnya 7kg ke atas.

Hari pertama

Fruit-for-diet

Hari pertama sangat penting, jangan cuba mengelat ye. Anda hanya perlu makan buah buahan yang ringan dan berair seperti epal, buah pear, tembikai dan sebagainya. Sepanjang hari anda boleh memakan apa sahaja buah yang mengandungi banyak air kecuali pisang. Pastikan juga anda meminum banyak air untuk mengelakkan hidrasi. Pastikan juga anda mengambil multivitamin untuk tenaga sepanjang hari.

Hari kedua

salad-diet

Perkara yang harus anda lakukan untuk  turun sebanyak 7kg seminggu adalah dengan mengikut diet ketat sayuran. Isikan hari anda dengan mengambil semua jenis sayuran. Anda boleh mengolah sayuran tersebut dengan makan secara mentah, salad, kukus atau rebus. Elakkan menggoreng atau menumis. Hari kedua juga anda perlu meminum banyak air untuk elakkan hidrasi.

Hari ketiga

Menu hari ini ialah menu yang penuh warna warni. Campurkan buah- buahan dan sayuran untuk dijadikan jus. Anda boleh makan jus ini sehingga 3 kali sehari tetapi elakkan menggunakan buah pisang atau ubi kentang. Jangan lupa minum air secukupnya.

Hari keempat

Hari ini anda boleh mengambil buah pisang atau susu. Boleh cuba buat milkshake pisang atau di makan secara terus. Jika anda berasa letih amalkan suplemen sepanjang 7 hari ini.

Hari kelima

basmati_rice_lg

Badan anda akan terasa ringan pada hari kelima ini. Jadi hari ini anda boleh makan sebanyak 5 senduk sederhana nasi. Tambahkan 7-8 potongan tomato. Anda boleh makan nasi sebanyak 2 kali sehari tetapi jangan sesekali makan nasi di waktu malam. Tingkatkan juga pengambilan air putih.

Hari keenam

Ambil sarapan yang tinggi protein. Tengahari anda boleh makan nasi dengan sayuran dan ambil juga segelas susu di waktu malam.

Hari ketujuh

Anda boleh mengambil 5 senduk nasi dengan sayuran serta buah- buahan yang sihat. Minumlah jus buah- buahan buatan sendiri untuk detox toksin daripada badan.

Anda akan hilang berat sebanyak 7kg jika anda betul- betul mengikut diet di atas. Eh, ada lagi!! Untuk membantu anda menurunkan berat dengan cepat sila ikuti tips dibawah:

Slide1

  1. Kurangkan makan daging ayam atau lembu, gantikan ikan atau sumber protein lain seperti tauhu atau tempe. Paling mudah minum ESP je.
  2. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup dan berkualiti. Tidur yang cukup akan membuatkan selera anda stabil dan tidak akan makan dengan berlebihan.
  3. Jika anda kurang suka pada sayuran, anda boleh makan buah dengan aneka jenis dan warna. Ia membantu system penghadaman dan dalam masa yang sama juga boleh menyingkirkan toksin daripada tubuh.
  4. Masak sendiri menu anda. Kelebihan masak sendiri ialah anda lebih menikmatinya dan bebas memilih bahan- bahan yang diinginkan. Elakkan pewarna atau perisa tambahan dan cuba kurangkan kandungan gula.
  5. Anda boleh melakukan senaman mudah dan berperingkat. Contohnya, 2 hari pertama senaman ringan, 2 hari seterusnya jogging, 2 hari di gymnasium dan hari minggu memadai dengan mendaki tangga yang banyak.
  6. Jangan makan sebarangan, sebaliknya makan dengan jumlah yang betul dan waktu yang sesuai. Makan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap.

Selamat mencuba!

Jangan berperangai begini jika anda mahu kurus!

Elakkan perangai ini jika anda sedang diet untuk kurus

Niat

Anda perlu tahu tujuan anda berdiet. Tiga sebab terbaik untuk menurunkan berat badan adalah:

  1. Untuk kekal fit
  2. Mengelakkan masalah kesihatan
  3. Meningkatkan keyakinan diri untuk berhadapan dengan keadaan sekeliling.

Jika anda menurunkan berat kerana demi menjaga hubungan cinta atau buat orang sekeliling bangga dengan anda, tujuan anda itu sudah salah. Anda jangan merasa hairan jika pelan diet anda gagal!!!

Tinggal sarapan

Jika anda meninggalkan sarapan pagi, ini akan menyebabkan anda akan makan dengan lebih banyak sepanjang hari tersebut. Jika anda bersarapan dengan makanan kaya protein, anda akan secara tidak lansung makan kurang 40 kalori pada waktu makan tengahari. Sebab itulah anda digalakkan untuk bersarapan secara sihat tetapi   bukannya tidak makan lansung.

Suka makan

diet-fail

Buang tabiat suka makan atau suka mengunyah makanan ringan. Menurut kajian jika anda suka mengunyah kerepek atau makanan ringan ketika menonton tv, ia merupakan salah satu simpton penyakit amnesia. Ia adalah tabiat yang tidak baik, tetapi anda boleh menggantikan snek kepada secawan teh hijau atau sebiji epal hijau.

Kurang protein

suplemen-bagi-kenyang

Ada sesetengah orang takut untuk mengamalkan diet tinggi protein kerana membayangkan tubuh mereka akan menjadi seperti ahli bina badan. Perkara ini adalah tidak tepat kerana minuman berprotien tinggi seperti cinch shake adalah minuman paling bagus untuk orang yang sedang berdiet.

Harap cepat turun

Jika anda turun 1kg dalam tempoh seminggu ianya adalah lebih baik. Elakkan penurunan berat badan secara mendadak kerana cara begini adalah tidak konsisten. Anda mungkin gagal menurunkan berat badan pada minggu berikutnya. Berat badan jika menurun dengan banyak ini menandakan tahap kesihatan anda terganggu. Sila rujuk pada doktor peribadi anda.

Timbang berat badan

diet-fail-2

Ketika berdiet, usahlah menimbang berat setiap hari. Jika semangat anda kuat, barulah boleh menimbang, tetapi jangan berasa kecewa jika jarum penimbang itu tidak bergerak. Seeloknya timbanglah berat anda seminggu sekali.

Makan sedikit

Percaya atau tidak, anda boleh makan banyak ketika berdiet. Tetapi ketahuilah makanan apa yang boleh digandakan pengambilannya. Sebagai contoh, anda boleh makan buah dan sayur sehingga 9 hidangan setiap hari. Elakkan makan makanan yang mempunyai kalori tinggi.

Selamat berdiet dengan supplemen  sebagai pencetus tenaga anda!!

https://vimeo.com/121330882

15 makanan untuk kurus yang perlu ada dalam menu harian anda

Siapa yang mampu menahan diri apabila melihat makanan yang manis dan sedap? Bukan sahaja rindukan rasanya malah hiasan makanan dan baunya juga amatlah menggoda sehingga tidak tertahan untuk menikmatinya. Tetapi ada makanan sedap yang mampu menurunkan atau mengekalkan berat badan.

1. Yogurt

Yogurt mengandungi banyak khasiat seperti kalium, kalsium, protein dan vitamin D. Yogurt sangat baik untuk sistem penghadaman dan boleh membuatkan tubuh rasa lebih sihat. Makanlah yogurt tanpa gula atau perisa atau tambahkan sedikit madu untuk kuruskan badan anda hari ini.

2. Kurma

kurma-untuk-kurus

Sarapanlah dengan kurma kerana ia mampu mengenyangkan dan membekalkan tenaga sepanjang pagi. malah ia mungkin masih membuatkan anda kenyang sehingga tengahari, dengan itu anda tidak akan makan sewaktu makan tengahari.

3. Cili dan halia

sesetengah rempah seperti cili dan halia didapati boleh membakar kalori. malah penambahan lada hitam dalam makanan bukan sahaja membantu proses penghadaman, malah ia juga meningkatkan pembakaran lemak sehingga 25%. Jadi tambahkan cili atau halia dan masakan anda.

4. Lemon dan madu

lemon-madu

Jus lemon ditambah sedikit air dan madu dipercayai mampu membantu menurunkan berat badan. Jus lemon kaya dengan vitamin c yang dapat meningkatkan daya tahan tubuh manakala madu pula memiliki nutrisi dan mineral larut lemak

5. Buah- buahan

Dapatkan buah yang mengandungi serat dengan banyak. Serat merupakan nutrien yang penting dalam diet anda. Ia membantu anda supaya kenyang lebih lama dan melawaskan sistem penghadaman juga.

6. Kekacang

kekacang

Kacang merupakan sumber tenaga yang baik bagi tubuh kerana ia mengandungi pelbagai nutrisi penting seperti protein, vitamin dan lemak yang sihat. Kekacang dipercayai dapat menurunkan berat badan dan kadar kolesterol dalam darah anda.

7. Susu suam

Jika anda ingin mempercepatkan proses pelansingan diri, minum susu suam yang tinggi kalsium dan rendah lemak. Pola pemakanan yang tinggi kalsium dan rendah lemak membuatkan berat anda cepat turun. Set kurus shaklee mengandungi susu tinggi kalsium dan rendah lemak.

8. Serbuk oat

Oat sangat bagus untuk menurunkan paras kolesterol dalam darah. Ia juga sekaligus membantu tubuh anda supaya lebih ramping dan lansing.

9. Ubi panggang

Ubi panggang yang disapu dengan minyak zaitun mampu menghilangkan rasa ketagih anda kepada makanan berlemak seperti burger atau kentang goreng.

10. Pizza

pizza-diet

Anda juga mampu menghasilkan piza yang mampu buatkan anda kurus. Sediakan piza dengan toping yang dipenuhi dengan sayuran dan buat sendiri sos piza di rumah menggunakan bahan semulajadi seperti tomato serta minyak zaitun dan tepung gandum yang rendah lemak.

11. Buah delima

Buah delima mempunyai keupayaan untuk mengurangkan lemak pada bahagian perut. Delima hebat melawan lemak sebagaimana ia menolong membawa dalam proses pencernaan.Bahan yang terkandung dalam buah delima itu berkesan dengan membersihkan sistem dan mengurangkan masalah kembung.

12. Mentega kacang

Mentega kacang mengandungi protein dan serat di dalamnya yang boleh membuatkan anda berasa kenyang dalam tempoh yang lama. jadi anda akan tidak makan sebarangan sehingga waktu makan sampai.

13. Popcorn

bertih-jagung

Popcorn adalah makanan ringan yang boleh mengenyangkan. Ia mempunyai lebih banyak protein daripada kerepek ubi dan lebih banyak zat besi daripada telur dan bayam. Popcorn kebanyakkannya lempung dengan udara. Ini menjadikan ia sangat berkesan untuk diet anda.

14. Minyak kelapa

Minyak kelapa mengandungi rantaian asid lemak sederhana. Lemak ini boleh diserap terus ke dalam sel dimana ia boleh segera dibakar dan bertukar menjadi tenaga untuk keperluan tubuh. Menambah minyak kelapa dan menu harian sangan bermanfaat untuk penurunan berat badan.

15. Gula- gula getah

Apabila mulut anda sukar berhenti mengunyah makanan yang lazat, cubalah mengunyah gula- gula getah perisa pudina. Rasa ini membantu menahan keinginan untuk makan

Semoga bermanfaat untuk semua!

0
Your Cart