Tag Archives set menyusu

Menangani sakit biasa sewaktu hamil part 2

Susulan daripada artikel menangani sakit biasa sewaktu hamil part 1, ramai yang memberi respons “bukan itu aje kak min, banyak lagi ‘keseksaan’ yang perlu dihadapi semasa mengandung, melahirkan dan berpantang”. Dan ianya adalah benar sama sekali.

Entry ini bukanlah hendak menakut- nakutkan wanita- wanita di luar sana yang mahu hamil, namun ia adalah persediaan kepada cara mengatasi masalah dan kesakitan yang timbul semasa mengandung.

Bila kita dah tahu awal, jadi senang la nak lakukan apa yang perlu semasa penyakit itu menyerang. Betul tak semua ibu- ibu? Apa lagi yang biasa ibu hamil hadapi? Jom kita lihat apa dan cara menanganinya.

Spotting

Perkara ini agak biasa di kalangan wanita hamil. Kira- kira 20% wanita mengalaminya. Kehadiran tompok darah kecil (spotting) ini biasanya berlaku pada 12 minggu pertama, dan kerana itu ada wanita yang tidak sedar dirinya telah hamil dalam tempoh tersebut.

Sungguhpun begitu, jika anda mengalami spotting ini, beritahu pada doktor anda.

Anda boleh mengurangkan gejala ini dengan banyakkan berehat, tidak berdiri terlalu lama, mengahadkan aktiviti fizikal, tinggikan kaki bila berkesempatan dan elakkan mengangkat barang- barang berat lebih dari 4 kg.

cara mengatasi masalah berpeluh semasa mengandung

Cirit birit

Sekiranya anda perlu membuang air besar, yang cair rupanya lebih dari 3 kali sehari, anda boleh dikatakan mengalami cirit- birit. Keadaan ini boleh menyebabkan anda terhidrat, oleh itu pastikan anda minum banyak air dalam tempoh ini.

Ada beberapa sebab anda mengalami cirit- birit ketika hamil. Satu daripadanya ialah kerana perubahan cara pemakanan. Wanita hamil biasanya akan mengubah menu pemakanan supaya bayi mendapat khasiat secukupnya.

Ia juga mungkin terjadi disebabkan anda sensitif terhadap makanan tertentu. Selain itu perubahan hormon ketika hamil boleh membuatkan sistem penghadaman menjadi ebih perlahan (sembelit) dan ada kalanya cirit- birit.

Sekiranyanya berlaku pada trimester pertama atau kedua, kemungkinan besar ianya berpunca dari bakteria atau virus. Oleh itu elakkan membeli makanan di gerai, memakan buang yang tidak dibuang kulitnya atau dikopek oleh orang lain.

banner-naikkan-hb-1

Rasa Panas

Perubahan hormon badan boleh membuatkan anda berasa sedikit panas semasa hamil. Anda juga mungkin lebih banyak berpeluh. Atasinya dengan memakai pakaian longgar yang diperbuat daripada kapas atau linen, berada dalam bilik yang sejuk serta mandilah secara kerap untuk menyejukkan badan.

Ramai pelanggan Ibu yang hamil mengalami masalah ini disebabkan sekarang cuaca panas melampau. Sediakan air minuman isotonik yang tiada gas dan gula demi pastikan diri anda tidak dehidrasi.

Keputihan

Masalah keputihan kerap berlaku pada wanita hamil. Sekiranya anda mengalami discaj vagina yang berketul- ketul, rasa gatal atau pedih pada kemaluan, itu adalah petanda anda mempunyai masalah keputihan.

Pakai pakaian yang loggar untuk beri pengudaraan pada tubuh dan kemaluan anda. Pastikan bahagian kemaluan dikeringkan setiap kali lepas mandi dan tukar pakaian anda setiap kali anda berpeluh.

Jika discaj bewarna kehijauan dan mempunyai bau yang kurang menyenangkan, rujuk doktor takut- takut anda terkena jangkitan bakteria yang serius.

Vena varicose

cara menaikkan hb

Wahh, tiba- tiba keluar bahasa doktor pula. Apa itu vena varicose? Bahasa mudahnya urat timbul. Penonjolan urat yang berselirat seakan sarang labah- labah pada kaki ini disebabkan oleh tekanan daripada fizikal mengandung dan pengembangan salur darah.

Jika mahu mengelakkan masalah ini, anda perlu mengelakkan pakaian yang ketat, bercangkung, duduk sambil menyilang kaki atau berdiri terlalu lama. Bila berehat pastkan kaki diangkat lebih tinggi daripada jantung, Anda juga boleh dapatkan tali pinggang materniti atau sarung kaki sokongan.

Bengkak kaki

Cuaca panas, banyak berdiri, boleh menyebabkan kaki anda membengkak terutama pada peringkat akhir kehamilan. Atasi masalah ini dengan mengawal pengambilan cecair, elakkan makanan masin, angkat kaki melebihi paras dada ketika berehat, bersenam.

Elakkan posisi mencangkung atau berdiri terlalu lama. Pastikan juga anda makan makanan yang boleh naikkan hb.

Linea Nigra

Satu lagi istilah sains dalam artikel Ibu. Bahasa mudahnya ialah garis hitam yang terbentuk secara menegak pada perut anda. Garisan hitam ini adalah bermula dari pusat hingga ke ari- ari.

Garisan ini mulai ketara pada usia kehamilan 5 bulan dan akan menjadi semakin gelap pada bulan- bulan seterusnya. Jangan risau. ianya akan hilang selepas anda melahirkan anak.

 

Suplemen Tambahan Untuk Menjayakan Penyusuan Anak

Sesibuk mana pun kita bekerja, setiap wanita yang bergelar ibu pastinya akan ingin menyusukan anak sendiri dengan susu badan. Sebagaimana yang telah diwar-warkan semasa dari awal kehamilan lagi, susu ibu ada terlalu banyak khasiatnya sehingga pelbagai produk timbul di pasaran untuk menjayakan penyususan ibu.

Namun adakah anda tahu, badan anak yang dilahirkan masih belum mampu menerima ubat serta bahan kimia yang lain. Mereka masih kecil untuk semua vitamin sintetik dan produk yang bukan semulajadi.

makanan tambah susu badan

Kami di shaklee meyediakan makanan tambah susu yang semulajadi, selamat dan tidak meninggalkan apa- apa efek pada bayi dan anda. Malah kebanyakkan pelanggan kami mampu mengembalikan berat badan ideal dengan mengamalkan set menyusu 3M ini.

Set menyusu 3M (Making More Milk ) ini sangat digalakkan kepada:

  1. Si ibu yang ada masalah penyusuan
  2. Si ibu yang ingin menyimpan stok
  3. Si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam
  4. Si ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

suplemen tambah susu

Apa fungsi setiap vitamin ini?

Vitalea@ Multivitamin dengan formula zat besi

Sangat perlu demi memastikan tubuh badan menerima semua zat dan vitamin yang penting dan perlu dalam menjami kesejahteraan secara am.

B complex

Lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.

Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak anak dan vitamin yang sangat diperlukan ibu yang berada di dalam pantang dan ibu- ibu yang stress bekerja.

Vitamin C

Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Anak yang cukup vitamin c akan terhindar dari masalah eczema dan kerap demam.

Alfalfa

Raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU IBU.

Kalsium@ Ostematrix 

Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu-ibu yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.

Pengambilan ostematrix semasa berpantang boleh mencegah sembelit dan buasir.

ESP @ Energizing Soy Protein 

Nutrien utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protein iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu.

Protein sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. So apabila kita memasak sumber protein seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.

*************************************************************

Jangan bertangguh lagi untuk menjayakan penyusuan kepada bayi anda sehingga umurnya 2 tahun. Anak susu badan secara semulajadinya lebih kuat, lebih cerdik dan lebih fokus.

Dapatkan set menyusu 3M ini dengan saya, dan saya bantu anda dengan memberikan ebook penyususan secara percuma. Hubungi saya sekarang untuk pertanyaan lanjut

Puan Aminah Hussain

SMS@whatapps : 0175082443 

email : ibudoakan99@gmail.com

COD : perlis, jitra, changlun, uum

 

Kawal emosi marah dengan vitamin b complex

Umat islam yang paling disukai oleh Nadi dan Rasul ialah orang yang dapat mengawal nafsu amarahnya. Sifat marah ialah api kecil yang dibawa oleh syaitan untuk membawa umat ke lembah kehancuran. Biasa kita dengar suami pukul isteri hanya disebabkan perkara kecil seperti masak masin dan sebagainya.

cara kawal marah

Seorang ibu pula memukul anak hanya kerana anak meniarap di lantai shoping complex. Abang pula memukul adik kerana telah melihat bagaimana kedua ibubapa mereka memukul mereka kerana perkara yang remeh temeh. Jika adik buat perkara yang sama, abang atau kakak akan meniru ibubapa dengan memukul adik mereka pula.

Nampak tak bahayanya jika kita sebagai ibubapa jika tidak mampu mengawal kemarahan? Sifat itu akan diwarisi oleh anak dan akan diwari ke generasi cucu cicit dan seterusnya. Bagaimana caranya untuk kita mengawal kemarahan? Jom bersama saya sehingga ke akhir penulisan ini.

Sebagai islam perkara yang wajib dilakukan sebelum dan semasa marah ialah beristigfar dahulu.

potensi marah

Jika tengah marah, anda perlu duduk.

Minumlah segelas air dan berzikir Allah.. Allah.. Allah

Sebelum marah amalkan istigfar sekurang- kurangnya 100 kali sehari. Caranya mudah saaja, amalkan 20kali istigfar setiap kali selepas solat dan setelah 5 waktu anda akan cukupkan 100 kali..senang bukan?

Jika anda dan pasangan terlalu garang dan tidak mampu mengawal kemarahan, amalkan lah vitamin b complex. Kajian menunjukkan vitamin b complex yang tidak mampu dihasilkan oleh tubuh ini dapat merembeskan adrenalin kebahagian dan salur darah.

Sebab itu setiap wanita yang hamil, melahirkan anak dan berada dalam pantang wajib mengambil b complex untuk mengawal emosinya dengan bermacam ragam bayi yang masih kecil.

Orang yang mengidap penyakit stress juga dibekalkan dengan vitamin b complex untuk menenangkan diri sendiri jika stress. Jadi se stress mana pun keadaannya ia masih mampu tersenyum kerana vitamin ini mengalirkan rasa bahagia bila dilanda masalah.

Teringin untuk mencuba b complex shaklee: 

Puan Aminah Hussain

SMS@whatapps : 0175082443 

email : ibudoakan99@gmail.com

COD : perlis, jitra, changlun, uum

 

0
Your Cart