Tag Archives susu ibu

Milk booster semulajadi

Setiap ibu menyusu pasti mahukan penyusuan yang sehingga 2 tahun atau paling kurang penyusuan eksklusif selama 6 bulan namun masalah biasa yang berlaku ialah susu mereka tiada atau susu tidak cukup.

Tahukan anda bahawa, tiada istilah susu tiada atau susu kurang tetapi kita sendiri masih tidak cukup ilmu mengenai penyusuan. Si ibu perlulah kuat semangat dan mempunyai keazaman yang tinggi untuk menjayakan penyusuan ini.

Selain daripada suplemen menyusu yang sedia ada dipasaran, ada juga makanan alami yang boleh menjadi milk booster ibu menyusu. Pemakanan ysng sihat ini boleh membantu ibu mendapatkan susu yang melimpah ruah dan berkhasiat.

tambah-susu-secara-semulajadi

1. Kurma

Makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai khasiat, di antaranya adalah protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium. Ia juga kaya dengan zat besi dan membekalkan kalori segera yang diperlukan terutamanya buat ibu menyusu.

2. Habbatus sauda/Jintan hitam/Black seed

Amat berkhasiat sehinggakan Rasulullah pernah bersabda bahawa ia berupaya mengubati pelbagai penyakit kecuali maut. Boleh didapati dalam bentuk kapsul.

3. Lobak putih

Sesuai dimasak sup bersama daun kucai dan ikan bilis. Boleh juga dikikis dan direndam di dalam air suam sebelum diminum begitu sahaja.

4. Kacang soya

Makanan berasaskan kacang soya seperti air soya, tempe atau tauhu diketahui umum berupaya menambah pengeluaran susu ibu.

5. Buah longan kering

Rebus longan kering bersama kurma kering, kismis atau barli. Lebih sedap jika dimasukkan sedikit gula merah.

5. Pucuk betik/Betik muda

Pucuk betik atau betik muda boleh dimakan mentah dan dimakan bersama nasi sebagai ulam-ulaman.

6. Halba/Fenugreek

Rendam sedikit halba dengan air suam dan minum airnya. Boleh juga diletakkan di dalam masakan seperti sup, kari atau nasi.

7. Jantung pisang

Boleh di celur dan dimakan seperti ulam-ulaman atau dimasak gulai lemak.

8. Daun cekur manis/pucuk manis

Boleh dimasukkan dalam sajian masak lemak atau tumis air.

9. Minum banyak air

Haruslah diingat bahawa ibu menyusu mestilah  meminum air kosong dengan banyak supaya tidak mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam badan. Dehidrasi boleh membuatkan susu ibu menjadi kurang. Oleh itu, ibu menyusu haruslah meminum air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

10. Pemakanan seimbang

Pemakanan ibu menyusu haruslah seimbang seperti mana yang disarankan dalam piramid kesihatan. Lebihkan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan dalam diet seharian. Selain matlamat menyusukan bayi, para ibu haruslah menjaga kesihatan diri.

Tanamkan dalam diri dan minda, susu saya cukup untuk anak syurga saya. Pastikan diri berada dalam keadaan sihat, bertenaga selalu dan tiada tekanan. Sentiasalah berfikiran positif.

Jika anda bekerja selalulah mengepam susu untuk anak. Semakin anda kuat mengepam, semakin banyak susu akan keluar bertepatan dengan konsep demand and supply.

Amalkan zikir-zikir untuk menambah susu seperti Ya Maatin, selawat dan sebagainya. Sentiasalah berdoa supaya anda berjaya menyusukan anak anda sehingga berumur dua tahun terutamanya setiap kali selepas solat.

Selamat menjayakan penyusuan!

Susu Badan Cair. Baby lapar!

Salam sayang kepada semua ibu- ibu atau bakal ibu serta pasangan istimewa kepada ibu-ibu semua iaitu ayah- ayah yang masih setia membaca blog Ibu. Alhamdulillah, blog tulisan Ibu dibaca hampir 100k pembaca dan hampir 20% daripadanya ialah pembaca lama.

Terima kasih kerana menjadikan blog Ibu sebagai satu medan ilmu untuk kita berkongsi rahsia keibubapaan, kehamilan, penyusuan serta pemkembangan anak- anak syurga kita.

Susu badan tidak pekat

Artikel harini berkisar kepada soalan yang selalu di tanya pada Ibu di facebook. Kenapa susu badan saya cair? Anak menangis ni sebab tak kenyang. Setengah jam sekali menyusu dengan muka yang penuh kelaparan. Baby boy pulak tu. Makan banyak. What should i do k.min?? nak pekatkan susu bagaimana?

cara bagi susu badan pekat

Buat pengetahuan ibu- ibu semua TIADA istilah susu badan CAIR sebenarnya. Jangan terpengaruh dengan pihak lain yang mendakwa susu badan yang cair tiada khasiat dan tidak bagus untuk anak. Ini salah!! Buat pengetahuan semua, susu ibu ada 2 peringkat:

1. Susu badan yang pertama iaitu susu semasa mula-mula keluar masa kita perah dinamakan “foremilk” kelihatan agak cair dan jernih.

2. Susu badan yang terakhir ialah “hindmilk”, dimana susu tersebut lebih pekat dan kaya dengan lemak.

Seperti kita juga sebelum makan, sunnah nabi adalah meminum segelas air atau makan buah dahulu untuk melancarkan pencernaan makanan selepas itu. Begitu juga dengan bayi, susu yang cair tu sebagai serat untuk mudahkan pencernaan dan sebagai penghilang dahaga, dan yang terakhir tulah sebagai makanan berat bayi.

Susu badan susu sempurna untuk bayi

Allah telah menjadikan susu badan itu sempurna, penuh kebaikan dan makanan untuk anak sehingga usianya 2 tahun . Kenapa masih perlu ada lagi pertikaian lidah lagi mengenai hal ini. Jangan suka- suka berkata “susu awak cair ini, tiada khasiat untuk baby”.

Mungkin dengan satu ayat kita ini, Si ibu telah menggantikan susu badan kepada susu formula yang lebih pekat. Berdosanya kita pada si anak yang sepatutnya mendapat khasiat penuh dari susu ibunya sendiri.

Bagi Ibu susu ini adalah alasan yang sangat tidak masuk akal untuk bagi susu formula pada anak. Terlalu banyak penyakit dan masalah kesihatan berlaku pada anak kerana susu buatan manusia yang terbatas ini. Anda juga mungkin berminat kepada suplemen untuk tambah susu badan.

Susu Ibu Berharga RM16 ribu

As salam kepada semua pembaca yang dikasihi.

Sambil- sambil melayan pm dari customer, tiba- tiba lalu satu gambar yang di newsfeed facebook Ibu yang membuatkan Ibu mengeleng kepala sendirian. Kisah wanita menyusu daripada luar negara ini memang menjadi viral satu dunia yang mana dia menjual susu badannya kepada pihak ketiga dengan mendapat duit sehingga berbelas ribu ringgit Malaysia. Lumayan tu..hu hu

hukum jual susu badan

Dulu Ibu juga pernah terbaca yang seorang peniaga kek menghasilkan keknya dengan menggunakan susu badannya sendiri. Malahan dia mengiklankan keknya itu kek susu ibu dan ramai pelanggannya berpuas hati dan datang kembali untuk menikmati air tangan wanita tersebut. Bertuahnya jika dikurniakan susu badan yang melimpah ruah.

Tips banyakkan susu badan

Di Malaysia pula kita dikejutkan dengan perkongsian daripada seorang ibu yang menggunakan stok ebm yang berlebih- lebih untuk mandikan bayi dan diri sendiri. Dan hasilnya kulit ternyata lebih lembut, gebu dan licin. Kesudahannya dia terpaksa memadamkan status tersebut akibat kecaman hebat dari rakan facebook kerana hukum dalam islam ialah haram menggunakan susu ibu untuk dibuat mandian.

Jadi apa status orang yang memakan susu ibu ini, sama ada melalui kek, kuih dan dalam pelbagai masakan lagi?

petua banyakkan susu badan

Mari saya kongsikan pendapat dan pandangan daripada Syed Yusof Al Qardawi mengenai perkara berkaitan bank susu atau hukum anak susuan.

Secara amnya pendapat Yusof Qadrawi dirumuskan sebagai:

  1. Minum susu dan proses penyusuan adalah berbeza. Minum susu tidak mendatangkan perasaan kasih, belas dan sebagainya, sedangkan bila menyusu di payudara, ibu-anak susuan diikat dengan perasaan kasih kerana ibu susuan itu akan memegang anak susuannya.
  2. Bila menyusu susu ibu lain dari botol/syringe/cawan, ia tidak mendatangkan perasaan apa2 kepada si anak dan ibu.
  3. Jadi ia tidak menjadikan anak/saudara sepersusuan dengan cara begitu.

Walau bagaimanapun, dalam entry yang sama, dinyatakan dalam Majlis Feqah Islami, melalui Badan Muktamar Islam yang diadakan di Jeddah pada tanggal 22 – 28 Disember 1985 (lama dah, kalau ada sesiapa tahu fatwa terbaru Majlis ini silakan kongsi ya) – menyatakan bahawa apa sahaja cara susu tersebut diminum, direct atau EBM, maka tetap menjadi anak susuan, sekiranya cukup syarat2nya.

sumber: mysuperkids.net

Tetapi ini mengenai bank susu ibu, atau susu ibu yang dikongsikan kepada anak- anak yang tidak mendapat susu ibu. Bukan hukum menjual susu ibu. Jadi apa pendapat anda sebagai seorang ibu menyusu? Tegarkah untuk anda menjual susu sendiri demi keuntungan???

0
Your Cart