Tag Archives tasneemnaturel

Bisnes Online Mudah dan Kekal Lama

Anda ada 2 benda ni, anda dah boleh buat bisnes online tau.

  1. Internet
  2. Online banking

Sekarang hanya perlu memilih produk yang mana dirasakan sesuai. Untuk bisnes online tanpa modal anda boleh mencuba kaedah affilliate atau mencari suplier yang boleh offer dropship/ ejen secara percuma.

Saya pernah hadiri kelas bisnes dan pengajar itu mengatakan niche bayi dan kanak- kanak adalah menjadi trending sehingga tahun 2028. Jadi nasihat saya pada yang tercari- cari bisnes apa nak buat boleh cari bisnes dalam niche tersebut.

Selain itu, latarbelakang syarikat dan sistem yang digunakan perlu kita kaji supaya perjalanan bisnes kita lebih sistematik. Contohnya macam suplier balm tasneem. Syarikat tasneem adalah brand baru, tapi sudah kukuh jenamanya sebagai salah satu syarikat pengeluar produk untuk bayi yang semulajadi setanding jenama antarabangsa.

Selain itu, sistem ejen yang digunakan adalah sangat sistematik. Kita tak perlu pos barang, tak perlu simpan stok dirumah atau keluarkan modal beribu untuk beli stok yang belum ada jaminan habis dijual. Kita hanya perlu submit order di website dan HQ akan setelkan semua dari packing hinggalah ke pos.

Paling best mengenai bisnes yang saya ceburi ini ialah kita boleh mencapai margin tertinggi yang syarikat offer iaitu 50% dan lagi best kita boleh mempunyai ejen atau dropship kita sendiri. Semuanya teratur cantik dalam sistem dan kita boleh buat monitoring dengan hanya klik pada website sahaja.

Syarikat juga menjalankan iklan tanpa henti. Tasneem telah bekerjasama dengan produksi TV al hijrah, TV9 dan team produksi omarhana, kartun kegemaran kanak- kanak. Selain itu berpuluh billboard juga berdiri gah sepanjang highway PLUS dengan tagline yang best. Balm- balmkan anakmu. Semua pengiklanan ini sangat memberi impact pada semua ejen tasneem di seluruh negara.

Sehinggakan ada yang dapat panggilan untuk buat cash on delivery/ cod tanpa henti. Ada juga yang menerima panggilan untuk letakkan balm tasneem di kedai bayi atau farmasi kerana ramai pelanggan yang tanya mengenai balm untuk bayi ini.

Pemilihan team juga sangat penting untuk kita berada dalam circle binses yang setiasa menyokong antara satu sama lain. Itu yang kami amalkan di teamIDK. Saling menyokong antara satu sama lain, ajar cara membuat sale, ajar cara closed sale dan pelbagai perkongsian lagi sentiasa mewarnai teamidk setiap hari.

Dengan kelahiran bayi purata 200,000 ribu setahun, tidak hairanlah pengajar tadi memberitahu yang bisnes mengenai bayi dan kanak- kanak ini sangat releven sehingga tahun 2018. Jadi apa tunggu lagi, jom bina team hanya dengan mendaftar ejen tasneem hari ini juga. Boleh klik whatapp di bawah untuk terus hubungi saya.

Agen Tasneem Naturel Sepang, Salak Tinggi dan Nilai.

Assalamualaikum.

Saya Aida, menjalankan bisnes barangan keperluan bayi. Saya adalah agen Tasneem Naturel bagi kawasan Sepang, Salak Tinggi dan Nilai.

Kenapa saya suka produk Tasneem Naturel?

  1. Produk berasaskan 100% bahan semulajadi (natural). Tanpa bahan kimia seperti paraben, sls, alkohol dan sebagainya.
  2. Mudah digunakan. Produk melibatkan sapuan luaran sahaja. Sapu-sapu inshaaAllah selesai masalah.
  3. Travel friendly. Saiz produk yang kompak adalah sangat sesuai untuk dibawa ke mana sahaja.

Sama-sama kita gunakan produk berasaskan bahan semulajadi untuk anak-anak kita.

Saya adalah pemilik FB Page Tasneem Naturel di Salak Tinggi, Sepang dan Nilai.
Saya menggunakan nama qaseh.anh di instagram.
Boleh follow Shopee saya iaitu qaseh_ANH

Bagi penduduk sekitar Sepang, boleh dapatkan produk Tasneem Naturel di kedai bayi :

Little Pearl Heart (sebelah zai bridal)
Lot 748-B, jalan Haji Kaspan, Kampung Giching Hulu Salak Tinggi, 43900 Sepang Selangor

Waktu Operasi :
Isnin-Jumaat (10 pagi – 6 petang)
Sabtu (10 pagi – 3 petang)
Ahad (tutup)

Untuk sebarang pertanyaan boleh whatssap saya di talian http://www.wasap.my/60192159927/infoTasneemNaturel

10 Cara Atasi Sembelit Anak dan Orang Dewasa

Jika anak atau orang dewasa tidak membuang air besar selama 3 hari, bersedialah untuk berhadapan dengan sembelit yang teruk. Sembelit ini normal tapi jika dibiarkan anda akan mengalami kesakitan yang teruk terutama semasa meneran. Lubang dubur boleh koyak dan boleh menyebabkan buasir juga. 

Begitu juga anak- anak, jangan biarkan anak tidak membuang air besar lebih 3 hari terutama anak yang sudah makan makanan yang berkarbohidrat tinggi seperti nasi, susu tepung dan sebagainya. Dibawah ada 10 cara mudah bagi atasi sembelit anak dengan segera.

1. Atasi sembelit dengan minum air kelapa

Air kelapa perlulah yang segar dari buahnya. Bukan yang dibeli dikedai yang ada tambahan gula. Seeloknya bagi anak setengah cawan – 1 cawan sebelum mula makan makanan berat yang lain.

2. Atasi sembelit dengan buah betik

Untuk anak atas 6 bulan yang belum ada gigi, boleh lenyek betik masak dan jadikan puri. Beri anak makan puri betik dulu sebelum beri bubur nasi atau susu botol.

makanan alami untuk sembelit
Buah betik masak

3. Atasi sembelit dengan minum banyak air putih

Walaupun anak minum susu tepung, anak haruslah diberi air putih juga. Anak usia 1- 3 tahun memerlukan antara 1 liter air putih setiap hari. Orang dewasa pula memerlukan paling minimum 3 liter sehari.

4. Balm/ Minyak Ubat

Selain makanan ada juga balm atau minyak ubat yang boleh melegakan sembelit dengan segera. bahan dalam balm atau minyak ubat ini perlulah mempunyai bahan yang bagus untuk perut seperti tangerine, serai dan bergamot. Pilihan saya ialah balm T-RUB dari tasneemnaturel. Sapu balm dan dengan sedikit urutan, ia mampu memberikan kesan segera pada perut. Boleh klik sini untuk dapatkan balm ini dengan segera.

ubat kembung bayi

5. Minum jus nanas

Sediakan buah nanas yang sudah masak, untuk atasi sembelit hanya perlu meminum jusnya sahaja, seratnya perlu ditapis dan dibuang. jadikan amalan 2 kali sehari untuk pembuangan air besar yang lancar. Untuk anak pula hati- hati beri jus nanas dibimbangi anak akan sakit perut dan cirit birit pula.

6. Amalkan minyak zaitun

Setiap malam sebelum tidur boleh minum 1 sudu minyak zaitun. Untuk anak kecil boleh juga beri minyak zaitun sesudu kecil setiap malam. Minyak zaitun akan rasa tidak sedap, tapi sangat membantu melancarkan penghadaman dalam tubuh. Najis jadi lembut dan mudah untuk kita membuang.

7. Kunyit

Kunyit boleh buat jus atau makan begitu sahaja. Antioksidan yang ada di dalam kunyit mampu menjaga dan melindungi usus. Selain itu jika rasa sakit kerana sembelit vitamin daripada kunyit boleh meredakan rasa sakit itu.

8. Jauhi makanan segera

Jangan amalkan makanan segera selalu walaupun hanya kentang goreng. Bahan pengawet dalam makanan segera memang boleh menyebabkan sembelit kerap berlaku.

9. Makan makanan yang banyak mengandungi prebiotik dan probiotik

Makanan yang mempunyai kandungan prebiotik yang tinggu ialah arabic gum, pisang, bawang dan bijirin. Manakala probiotik ialah yogurt, budu, dan makanan yang diperap seperti kimchi dan jeruk.

10. Bersenam

Senaman yang mudah ialah kayuh basikal. Untuk anak kecil boleh buat senaman gerakkan kaki anak seperti sedang mengayuh basikal. Selain itu boleh mulakan aktiviti berjalan kaki selama 20 minit setiap hari.

Persediaan Jika Anak Demam dan Selsema

Dua hari ini hujan je kan. Rasa sejuk je. Sebenarnya musim hujan sudah tiba. Perubahan cuaca inilah yang sebabkan anak mudah terkena demam, batuk dan selsema.

Dalam group sekolaha nak pun ramai yang mengatakan anak mereka demam selsema. Ada yang lagi parah baru je baik deman 3, 4 hari kemudian demam lagi.

Pergi klinik pun mesti doktor cakap ‘musim’. Jika kerap demam pun tak best juga. Kita pula harap jika anak demam, biarlah demam yang biasa saja. Janganlah ianya batuk selsema yang teruk sampai melarat kena tahan ward dan sebagainya.Cukuplah anak merasa tidak selesa 3,4 hari je dan kita pun boleh pantau anak dirumah.

Dirumah kita boleh memantau dan merawat anak. Jom kita lihat apa persediaan yang perlu dibuat untuk mengadap anak yang demam secara tiba- tiba atau tidak sihat ini.

 

Termometer yang berfungsi dengan baik

Sebaiknya ada 2 termometer untuk lebih tepat . Suhu anak kena pantau 2 jam sekali.

36-37.4 darjah selsius adalah suhu yang normal

37.5-37.9 adalah subfebrile (demam sikit)

38.5 dan ke atas dikira demam tinggi.

Sila rujuk doktor untuk pastikan tiada kahak pada paru- paru anak. Periksa semula suhu anak setengah jam selepas ubat diberikan.

Jika suhu menurun, alhamdulillah. Kemudian wajib pantau. Jika tidak, tengok keadaan dia. Nampak biasa atau luar biasa.

Air Suam

Mandikan anak dengan air suam. Boleh tambah perahan air lemon untuk mempercepatkan proses turun suhu. Lepas mandi biarkan anak tanpa baju supaya suhu panas sentiasa bebas keluar. Jangan selimutkan anak.

Vitamin C

Boleh berikan anak buah segar untuk sumber vitamin c. Tapi jika anak tak lalu makan boleh suruh kunyah suplement vitamin c sahaja.

 

Balm anak

Boleh sapu untuk legakan ketidakselesaan akibat demam. CF-Rub–>Balm ini membantu secara semulajadi masalah batuk dan selesema. Boleh terus whatapp 0175082443 untuk dapatkan balm tasneem ini.

Tuala dan bekas bersih

Pastikan anda menggunakan air suam untuk jerlum anak. Kaedah sponging ini adalah cara paling cepat untuk turunkan suhu anak. Lap anak pada celah pelipat di siku, leheh, peha dan ketiak anak.

 

 

Pengedar balm tasneem ampang, bukit jalil, seri kembangan

 

Assalamualaikum semua.

Saya Hidayah, berusia 28 tahun dan saya adalah seorang mumpreneur yang memilih untuk menjalankan perniagaan secara dalam talian sambil menguruskan tiga orang cahaya mata di rumah.

Menjadi ibu pada usia muda menyebabkan saya suka meneroka ilmu baru yang akhirnya membuatkan saya terlibat dalam perniagaan educational toys, books dan juga Tasneem Naturel.

Ya, niche perniagaan saya adalah bayi dan kanak-kanak dan saya merupakan pemilik FB Page dan Ig hbsixtyonlinestation.

Sememangnya saya adalah penggemar produk bahan-bahan semulajadi menyebabkan saya memilih Tasneem Naturel sebagai kit kecemasan anak-anak saya. Sama seperti ibu di luar sana, saya juga mahukan yang terbaik untuk anak-anak saya.

Produk ini menggunakan EO dan ini menambahkan keterujaan saya kerana sebelum ini saya belum pernah berjumpa produk Muslim yang menggunakan EO.

Fokus Tasneem Naturel adalah membantu 5 masalah utama (Tantrum, Sukar Tidur, Selsema & Batuk, Sembelit & Angin sert a Kulit) yang lazimnya dihadapi anak-anak membuatkan produk ini mendapat tempat yang pantas di hati ibu-ibu di luar sana.

Produk semulajadi yang sangat mesra anak-anak dengan baunya yang selesa membuatkan anak comel anda juga akan jatuh cinta seawal kali pertama guna.

InshaAllah, ibu-ibu yang mahu mencuba berikhtiar dengan produk Tasneem, boleh hubungi atau whatsapp saya di talian +60172535635.

Berminat untuk COD Produk Tasneem Naturel, saya available di Puncak Jalil dan sekitarnya dan penghantaran pos untuk seluruh Malaysia.

Pengedar Balm Tasneem Wangsa Maju dan Batu Caves

Assalamualaikum.
Nama saya Azizan Binti Mohd Zan. Seorang suri rumah sepenuh masa, menjaga serta mendidik 3 orang anak, 2 orang putera & seorang puteri.

Saya merupakan online seller yang menjual balm Tasneem Naturel.

FB personal: Azizan Binti Mohd Zan
FB page: Balm Baby Comel-Tasneem Naturel
IG: balmbabycomel_tasneemnaturel

 

Saya jatuh cinta dengan balm ini selepas menggunakannya sendiri dan pada anak-anak. Alhamdulillah balm ini banyak membantu saya menguruskan anak-anak.

Dirumus dengan bahan semulajadi daripada minyak pati tumbuhan, balm ini selamat digunakan daripada baby newborn lagi. Balm keluaran muslim bumiputera ini malah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Jadi, ianya boleh digunakan tanpa waswas.

Saya sangat komited untuk membantu ibu bapa di luar sana dalam menguruskan kehidupan seharian bersama anak-anak kecil. Masalah biasa seperti anak susah tidur, kerap selsema batuk, selalu moody, tantrum, in shaa Allah boleh diselesaikan dengan balm ini.

Anda yang tinggal berdekatan Wangsa Maju, boleh dapatkannya daripada saya.

Whatsapp
0132223059 (Azizan)

Pos ke seluruh Malaysia.

Saya akan bantu ibu bapa dengan konsultasi terbaik.

Agent Balm Bayi Tasneem Naturel Klang

 

Assalamualaikum wbt

Nama saya Tengku Noruakmal Binti Tengku Jaafar berumur 28 tahun dan bekerja sebagai Guru.

Saya adalah pemilik page Baby Ibu dan Instagram Balmtasneem

Saya adalah stokis sah Balm Tasneem Naturel yang berpusat di Jalan Kebun, Klang dan kawasan sekitarnya.

Saya memilih balm Tasneem Naturel sebagai Kit Penjagaan Bayi sebab balm ni diperbuat daripada bahan semulajadi, yang menggunakan Essential Oil. Pati Minyak daripada tumbuhan.

Balm ni sangat sesuai untuk masalah yang biasa terjadi dalam kalangan bayi seperti:

  • kembung
  • sembelit
  • batuk
  • kahak
  • mengamuk( tantrum)
  • sukar tidur

Jadi set lengkap ni sesuai dijadikan kit kecemasan untuk bayi..senang dibawa ke mana- mana juga sebab packaging yang sangat sesuai untuk travel.

Jadi sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di 0139940495 ( Tengku Akmal)

PETUA HILANGKAN BATUK DAN SELESEMA PADA BAYI

BATUK DAN SELESEMA PADA BAYI

Semua ibu bapa akan risau apabila bayi mereka dijangkiti batuk dan selesema. Bayi akan meragam dan menangis kerana mereka tidak dapat bernafas dengan baik. Sudah tentu tidur mereka juga akan terganggu. Ini akan memberi kesan kepada perkembangan dan tumbesaran mereka.

Kebiasaannya bayi yang berumur 6 bulan ke bawah, yang menghidap batuk dan selesema tidak akan diberikan sebarang ubat-ubatan oleh doktor. Ianya adalah normal selagi bayi masih aktif dan menyusu dengan baik.

Ini mungkin berlaku kerana terdapat lendiran yang tidak habis dikeluarkan semasa lahir. Lendir (kahak) ini akan keluar sendiri melalui muntah atau najis.

Pencegahan

Disebabkan bayi sangat mudah dijangkiti, ibu bapa perlu kurangkan membawa anak ke tempat-tempat yang ramai orang. Ingat formula ini: semakin ramai anak kita berjumpa orang, semakin tinggi risiko untuk anak kita dijangkiti.

awas! Sekiranya batuk dan selesema diikuti dengan demam, malah anak kelihatan lesu dan kurang menyusu, segeralah ke hospital untuk mendapatkan nasihat pihak yang lebih arif.
Sangat penting untuk kita sentiasa memantau keadaan anak kita. Jika mereka dijangkiti, berikan susu badan dengan lebih kerap supaya mereka akan lebih mudah termuntah. Ini akan membantu kahak keluar secara semulajadi.

Petua semulajadi

Saya akan kongsikan beberapa petua yang sangat berguna untuk diaplikasikan kepada bayi anda. Ini adalah rawatan alternatif yang kita boleh lakukan di rumah.

Walaupun batuk dan selesema biasa berlaku dan ia akan membantu meningkatkan sistem imunisasi bayi, kita perlu risau dan mengambil langkah cepat supaya ia tidak menjadi lebih teruk. Selain itu, jangan lupa berdoa supaya anak kita segera sembuh dan sentiasa diberikan kesihatan yang baik.

1. TEPUK PERCUSSION


Tepuk bahagian belakang badan bayi dengan menggunakan tangan yang melengkung. Lakukan tepukan ini seperti kita mahu bayi sendawa selepas menyusu. Jangan menepuk pada tulang belakang bayi. Tulang belakang mereka masih belum kuat. Tepuk percussion ini bertujuan untuk melonggarkan kahak dan memudahkan pengeluaran kahak.

2. PEMAKANAN IBU

Untuk ibu yang menyusukan anaknya, diet harian ibu adalah sangat penting. Ibu perlu lebih selektif terutamanya dengan makanan manis yang akan merangsang pengumpulan mukus. Ambillah makanan yang berkhasiat terutamanya sayur-sayuran hijau.

3. MINYAK BAWANG PUTIH


Bakar satu labu bawang putih bersama kulitnya dan tambah minyak masak/ zaitun/ bayi. Lenyekkan bawang putih di dalam minyak tadi dan sapukan didada untuk legakan pernafasannya. Bawang putih memang sangat terkenal dengan sifatnya yang tinggi antioksidan yang boleh membantu meningkatkan sistem imunisasi badan

4. KUNYIT


Kunyit sememangnya terkenal dengan antibiotik semulajadi selain bawang putih. Tumbuk sedikit kunyit hidup, sapukan di dahi dan batang hidung anak. InsyaAllah selsemanya akan mengering.

5. MANDIAN LEMON


Letakkan hirisan lemon dalam air mandi bayi. Baunya dipercayai dapat membantu mengeringkan hingus bayi dan aromanya juga menenangkan.

6. GARLIC SOCKS
Bakar bawang putih, letakkan di dalam stokin anak (pastikan bawang putih yang telah dibakar tidak terkena direct dengan kulit tapak kaki anak)

7. HABBATUS SAUDA DAN MINYAK ZAITUN
Goreng biji habbatus sauda tanpa minyak, kemudian tambah minyak zaitun. sapukan ke dada anak. Bagus untuk batuk dan melancarkan sistem penafasan anak.

Di samping kita berikhtiar, jangan lupa untuk berdoa moga Allah beri kesembuhan buat si kecil kita. Jika mereka ceria, sihat dan gembira, itulah yang sangat membantu perkembangan mereka.

8. Sapu balm pada anak

Cara paling mudah untuk kesan segera supaya pernafasan anak tidak tersumbat ialah dengan sapu balm tasneemnaturel pada dada, dan tapak kaki anak.

 

Fungsi dan bahan dalam balm tasneem untuk selsema dan batu bayi. Sapu 2 kali sekali selepas mandi, anak akan dapat tidur lama walaupun masih dalam kedaan tidak sihat. Balm CF- Rub mampu mencairkan kahak dan kahak akan keluar bersama najis bayi.

Ada ibu bapa tidak sanggup memberikan anak ubat batuk kerana anak masih bawah usia 2 tahun. Jadi kawal suhu anak semasa demam dan sapu balm secara kerap. InshaAllah anak selesa.

untuk dapatkan balm tasneem ini boleh terus buat belian di sini

Boleh juga whatapp saya untuk info lanjut mengenai balm.

Essential oil bantu kawal tantrum anak

Anak kecil Mengamuk

Kita biasa lihat di pasaraya, pasti ada adegan anak kecil menangis sambil menghentak kaki sehingga berguling-guling di atas lantai. Ada juga yang menjerit-jerit selagi kemahuan mereka tidak dituruti. Nak tak nak, ibu bapa terpaksa mengikut kehendak anak dek kerana malu dengan pandangan dan label orang sekeliling.

Bagi yang mempunyai anak kecil pula, banyak aktiviti harian yang terpaksa ditangguhkan demi menjaga si kecil yang sentiasa merengek dan tidak selesa. Bila diperiksa pampers nya, semua ok. Perut pun tak kembung, susu pun sudah diberi. Jadi, apa yang tidak kena dengan si kecil kita ni? Buntu memikirkan apa lagi yang harus dilakukan untuk buat si kecil lebih selesa.

kontrol marah

Tantrum boleh berlaku apabila anak berada dalam emosi yang tidak stabil. Ia adalah cara untuk anak mengekspresikan perasaan mereka. Ramai ibu bapa yang mengeluh, malu, marah, sedih, dan kecewa bila menghadapi anak yang sedang tantrum.

Di tambah pula bila ada orang sekeliling yang mula melabel anak kita sebagai ‘nakal’ dan ‘tak mendengar kata’ disebabkan masalah tantrum yang sukar dikawal.

Ikhtiar

Jangan sedih! Sebagai ibu bapa, ikhtiarlah yang terbaik untuk anak-anak kita. Belajarlah mengawal emosi anak, tetapi dalam masa yang sama kita tidak terlalu mengikut kehendak mereka.

Selain faktor emosi, anak juga boleh jadi tantrum kerana sarafnya yang terlalu aktif. Mereka jadi tidak selesa tanpa sebab yang khusus. Ini kerap berlaku kepada anak kecil. Essesntial oil adalah antara salah satu penyelesaian terbaik yang boleh diberikan kepada anak kita.

Kebelakangan ini, essential oil semakin menjadi buah mulut kerana kelebihannya yang sangat banyak. Ia bukan sahaja digunakan untuk kesihatan tubuh badan malah turut digunakan untuk menguatkan emosi tenang, melegakan stress, serta mengatasi trauma.

Mengapa essential oil?

Walaupun essential oil mempunyai aroma tetapi ia bukan minyak wangi. Ia merupakan bahan ekstrak daripada tumbuhan dalam bentuk cecair yang sangat pekat dan mudah meruap.

Di dalamnya mengandungi bahan kimia aktif yang sangat baik untuk kesihatan badan serta bermacam lagi fungsi-fungsi lain.

Molekul essential oil adalah sangat halus dan mudah diserap masuk ke dalam salur darah, membolehkannya dibawa ke seluruh badan dan juga otak bagi memberikan kesan yang diingini.

Oleh sebab itu, essential oil ini hanya perlu di sapu pada tempat-tempat tertentu sahaja contohnya seperti di kawasan nadi dan di tempat yang berkulit nipis supaya ia lebih mudah diserap dan memberikan kesan dengan lebih cepat.

Lebih menarik lagi, essential oil mampu merangsang ‘amigdala’ iaitu bahagian otak yang dipanggil ‘pusat emosi’ di mana semua emosi (sedih, marah, kecewa, gembira) disimpan.

Keadaan seperti mudah cemas, kemurungan, autisme, fobia, dan lain-lain sering dikaitkan dengan fungsi amigdala yang terganggu akibat pelbagai sebab.

Jadi, dengan menghidu atau menggunakan essential oil ini, ia akan membantu unutk melegakan ketakutan, tekanan, trauma, serta menaikkan mood dan minda yang lebih positif.

Oleh itu, essential oil boleh digunakan sebagai salah satu alternatif untuk mengawal anak-anak yang kuat merajuk, mudah dan kerap tantrum, hiperaktif, autisme, trauma dan lain-lain.

Hakikatnya, kesihatan emosi adalah sangat penting. Anak yang bahagia dan stabil emosinya pasti lebih mudah untuk diurus dan lebih bijak dalam menangani masalah.

Mereka mudah untuk membawa diri dan lebih bersikap empati.

Dapatkan eo untuk kawal anak tantrum dalam bentuk balm. calit- calit je anak dah tenang. Boleh lihat perkongsian dari ibu dan ayah yang berpengalaman menggunakan balm ini untuk anak mereka yang tantrum teruk di page ibudoakan.

0
Your Cart