Tag Archives tips mengawal anak kecil

Punca Anak Mengamuk (tantrum)

ANTARA PUNCA ANAK MENGAMUK (TANTRUM)

Pernah tak ibubapa semua rasa malas nak bawa anak keluar? Sebab nanti anak akan mudah mengamuk dan membuat perangai depan orang.

Secara semulajadinya anak anak yang berusia 1-4 tahun adalah normal sekiranya mereka mengalami keadaan marah yang melampau. Rasa nak mengamuk dan kuat merajuk. Kebanyakan anak- anak akan mengalami hal ini tidak kiralah di negara mana sekalipun.

Tantrum biasa terjadi kerana beberapa punca. Antaranya ialah :

1. Kecewa.

Jangan dikira hanya orang dewasa saja yang boleh rasa kecewa atau frust menonggeng. Anak-anak pun mengalami hal ini.

Misalnya, anak-anak akan menjadi cepat marah apabila mereka tidak dapat sesuatu yang sangat mereka inginkan.

anak menangis

Dalam erti kata lainnya, mereka gagal. Kegagalan inilah yang mendorong wujudnya rasa kekecewaan, dan akhirnya kemarahan itupun meledak

2.Letih atau terlalu penat.

Anak anak yg keletihan dan kepenatan melampau akan menjadi mudah marah. Aktivitinya yg padat dengan waktu bermain akan membuat anak cepat marah & beremosi.

3. Ibu bapa terlalu menghalang.

Sikap orangtua yang terlalu banyak menghalang & mengekang anak turut menyumbang kepada penderaan emosi anak.

Anak akan berasa stress apabila dihalang untuk membuat sesuatu kerana mereka merasakan seolah olah tidak dipercayai. Anak anak ini pada suatu saat akan mencapai titik kemuncak stress dan mengakibatkan api kemarahan yang dipendam meledak.

4. Sifat dasar anak yang emosional.

Beberapa anak mewarisi sifat dasar emosional daripada ibu bapanya. Cek diri kita, adakah kita bersifat emosional?

Mereka ini cenderung untuk hilang sabar dengan mudah serta akan marah marah meskipun atas perkara yang remeh temeh.

anak nakal

5. Keinginan terlalu mudah dipenuhi.

Salah satu kesalahan yang lazim dilakukan oleh ibu bapa adalah terlalu mengikut kata anak anak. Semua keinginan anak dipenuhi dengan mudah tanpa mahu mendidik anak itu bagaimana caranya untuk memperoleh sesuatu yang diingini.

Menangis sedikit anak dipujuk dengan aiskrim atau mainan. Nah, akhirnya ini akan menjadi kebiasaan, & anak anak ini sudah mengenali pola game yang dibentuk sendiri ibu bapa.

Suatu ketika, dia ingin memiliki sesuatu, dia akan menangis & mengamuk jika keinginan tidak segera dipenuhi oleh ibu bapanya.

SHARE SEKIRANYA ANDA RASAKAN IA BERMANFAAT

Kebaikan minyak ikan untuk anak

Selalu kalau kita ke klinik, mesti pernah dengar doktor sebut bagi minyak ikan pada anak- anak yang kurang berat badan. Ini kerana minyak ikan mengandungi lemak omega 3 dan omega 9 yang membantu dalam menaikkan berat anak- anak. Ini betul kerana minyak ikan mengandungi lemak sihat yang baik.

fish oil untuk anak

Minyak ikan juga boleh memperbaiki fungsi otak dan meningkatkan kecerdasan. Sebab itulah wanita yang hamil amat disarankan mengamalkan minyak ikan ni. untuk melahirkan anak- anak yang cerdik melalui pembentukan sel yang sempurna. Namun perlu berhati- hati memilih minyak ikan yang berada di pasaran.

Anda juga mungkin meminati

Ciri minyak ikan terbaik untuk anak

Untuk orang dewasa pula minyak ikan dapat meningkatkan daya ingatan dan fokus.

minyak ikan bantu bayi jadi pandai

 Apa lagi minyak ikan mampu beri pada anak?

Percaya atau tidak pemberian 1 sudu minyak ikan setiap pagi membantu anak tidak mengantuk di dalam kelas. Ini diakui oleh ramai guru yang membuat kajian kenapa ada muridnya mengantuk ada yang tidak mengantuk. Rupanya murid yang banyak makan ikan mampu membuatkan anak cergas sepanjang siang hari.

Ada satu laman web berbentuk kefarmasian mengatakan minyak ikan mampu menjadikan retina mata berfungsi dengan baik. Ia juga membantu pertumbuhan saraf secara sihat tanpa banyak lemak tepu.

Jadi pilih minyak ikan anda dari sekarang. Amalkan kepada anak jika mahu anak mendai cerdik, pintar dan aktif.

Menconteng Rangsang Kreativiti

Mempunyai anak yang berusia 2 tahun ke atas selalu membuatkan ibu bapa pening kepala. Mesti anda biasa menjerit apabila si kecil sudah pandai menconteng. Siapa yang tidak naik angin apabila melihat dinding rumah yang cantik berseri penuh dengan hasil seni lukis anak tersayang.

Oh! Bersabarlah bila berhadapan dengan situasi ini kerana sebenarnya anak anda sedang mengasah bakat dan kreativitinya. Kanak-kanak usia dua hingga tiga tahun memang gemar menconteng. Bila terjumpa pensil warna mahupun pen biasa, dia akan terus menconteng tak kira di mana.

bagaimana-mengelakkan-anak-conteng-dinding

Jadi, untuk memastikan si manja dapat terus berkarya dan dalam masa yang sama, kita boleh mengawal emosi serta tidak naik angin melihat ‘kecantikan’ dinding rumah, berikan dia ruang untuk mengasah kreativitinya.

Tips elak anak conteng dinding

Sediakan kertas lukisan besar

Kadang kala anak lebih suka melukis di dinding rumah yang luas. Jadi, apa kata anda lekatkan kertas lukisan bersaiz besar di dinding. Biarkan anak mengekspresi dirinya kerana aktiviti menulis dan melukis mampu merangsang kreativitinya.

Buku tulis padam

Ibu memberi Iman flashcard marker dan buku tulis padam semenjak usianya 2 tahun lagi. Dengan saiz marker yang kecil dan sesuai dengan dirinya, membuatkan Iman kurang menconteng dinding. Sekarang Iman dah pandai mengambil buku Ibu dan Abahnya untuk menulis dan melukis.

Kotak warna putih

Rasanya, anak-anak kecil berminat menconteng ruang berwarna putih bersih. Apa kata anda sediakan sebuah kotak putih yang boleh dihiasi mengikut kreativitinya. Beri pada anak jika dia mahu menconteng dan simpan dalam stor untuk kegunaan hari- hari akan datang.

Pakaian lama

Kadang-kala anak gemar menconteng baju. Oleh itu sediakan baju lama yang sudah tidak digunakan sebagai tempat dia melukis dan menconteng. Sebaiknya baju yang tidak bercorak atau lebih baik berwarna putih.

Jika anak masih gemar menconteng, sabarlah ibu bapa semua. Anak kreatif memang sentiasa aktif dan kreatif. Biarkan anak, carilah mana- mana produk yang mampu menghilangkan kekotoran di dinding rumah. Nak tahu apa yang saya guna untuk membersihkan dinding?

Stay  Tuned..Bersambung pada next artikel…

1
Your Cart