Tag Archives ubat kembung bayi

Air Gula Sedap Buat Ibu Mengandung

Seperti yang sedia maklum, boleh dikatakan semua ibu mengandung di Malaysia kena melalui proses MGTT yang mana secara ringkasnya dikenali dengan ayat minum air gula. Dari mulut ke mulut, ramai yang mengatakan keseraman mereka dengan air gula yang super duper manis itu.

Apakah itu Ujian MGTT?

MGTT ((modified glucose tolerance test) adalah ujian bagi mengukur respon badan seseorang kepada glukos (gula). Kebiasaanya ibu yang mempunyai berat badan berlebihan atau mempunyai keturunan yang mengidap diabetes akan diminta melalui ujian ini.

Kegunaan Ujian MGTT

Ujian MGTT digunakan bagi tujuan mengenalpasti pesakit pre-diabetis, diabetis dan diabetis semasa mengandung.

Persediaan sebelum minum air gula

Untuk prosedur, ibu-ibu akan diminta puasa bermula jam 10 malam pada hari sebelum temujanji di klinik.

Pagi keesokan harinya,kebiasaannya sebelum pukul 8 pagi di klinik, darah kira-kira 5-10 ml akan diambil buat pertama kali untuk diuji kandungan glukosa. Ibu-ibu kemudian perlu minum air glukosa yang disediakan – 75 mg glukosa dalam 200 ml air kosong.

Dua jam kemudian, darah akan diambil sekali lagi untuk melihat tahap toleransi ibu-ibu pada gula (penghasilan insulin atau tidak) dan kandungan glukos dalam darah.

Secara umumnya bacaan yang biasa di ambil untuk ibu mengandung di Malaysia adalah seperti berikut :

FBS (Fasting Blood Sugar) – Bacaan pertama yang diambil pada sampel darah yang di ambil ketika kita sampai di klinik. Normal : 3.0 mmol/L – 5.5 mmol/L

2 Jam selepas – Bacaan yang di ambil pada sampel darah selepas 2 Jam ibu hamil minum air glukos/air gula. Normal : < 7.8 mmol/L

Reference Range

Normal : < 7.8 mmol/L

Impaired : 7.8 mmol/L – 11.0 mmol/L

Diabetic : 11.1 mmol/L

Biasanya ibu-ibu yang punya bacaan yang berhampiran atau pada borderline akan di minta melakukan ujian sekali lagi. Manakala ibu-ibu yang mempunyai bacaan lebih dari 7.8 mmol/L akan di rujuk untuk melakukan ujian BSP dan seterusnya mendapat nasihat doktor.

Air Gula Sedap

Saya pula setiap kali mengandung kena lalui ujian ini 2 kali. Masa usia kandungan 13 weeks dan kandungan 28 weeks. Ini kerana mak dan ayah mempunyai penyakit kencing manis semasa hayat mereka. Kebiasaannya saya minum air gula ini di klinik kesihatan terdekat, air gula perisa oren dibancuh secara suam. Selepas itu perut akan bergelora nak muntah.

Namun kandungan ke 4 ini, saya cuba cari penyelesaian bagaimana caranya tak muntah bila minum air gula. Rupa- rupanya ada air gula yang tak semanis air gula yang daripada serbuk itu. Tapi hanya boleh didapati di sesetengah farmasi atau klinik swasta sahaja.

Tahun ni baru tau ada air gula best ni. Tapi jarang farmasi ada. Boleh beli air gula ni dan bawa ke klinik kesihatan terdekat untuk mgtt. Tapi farmasi kat perlis ni jenuh cari takde, so pergilah buat mgtt kat klinik swasta.

Alhamdullilah boleh telan dengan sedapnya. Sejuk lagi sebab doktor keluarkan dari peti ais depan mata kite

Rasa macam air soda gitu, ada gas sikit dan tak manis melampau. Cas MGTT kat private perlis RM50 sahaja.

Bisnes Online Mudah dan Kekal Lama

Anda ada 2 benda ni, anda dah boleh buat bisnes online tau.

  1. Internet
  2. Online banking

Sekarang hanya perlu memilih produk yang mana dirasakan sesuai. Untuk bisnes online tanpa modal anda boleh mencuba kaedah affilliate atau mencari suplier yang boleh offer dropship/ ejen secara percuma.

Saya pernah hadiri kelas bisnes dan pengajar itu mengatakan niche bayi dan kanak- kanak adalah menjadi trending sehingga tahun 2028. Jadi nasihat saya pada yang tercari- cari bisnes apa nak buat boleh cari bisnes dalam niche tersebut.

Selain itu, latarbelakang syarikat dan sistem yang digunakan perlu kita kaji supaya perjalanan bisnes kita lebih sistematik. Contohnya macam suplier balm tasneem. Syarikat tasneem adalah brand baru, tapi sudah kukuh jenamanya sebagai salah satu syarikat pengeluar produk untuk bayi yang semulajadi setanding jenama antarabangsa.

Selain itu, sistem ejen yang digunakan adalah sangat sistematik. Kita tak perlu pos barang, tak perlu simpan stok dirumah atau keluarkan modal beribu untuk beli stok yang belum ada jaminan habis dijual. Kita hanya perlu submit order di website dan HQ akan setelkan semua dari packing hinggalah ke pos.

Paling best mengenai bisnes yang saya ceburi ini ialah kita boleh mencapai margin tertinggi yang syarikat offer iaitu 50% dan lagi best kita boleh mempunyai ejen atau dropship kita sendiri. Semuanya teratur cantik dalam sistem dan kita boleh buat monitoring dengan hanya klik pada website sahaja.

Syarikat juga menjalankan iklan tanpa henti. Tasneem telah bekerjasama dengan produksi TV al hijrah, TV9 dan team produksi omarhana, kartun kegemaran kanak- kanak. Selain itu berpuluh billboard juga berdiri gah sepanjang highway PLUS dengan tagline yang best. Balm- balmkan anakmu. Semua pengiklanan ini sangat memberi impact pada semua ejen tasneem di seluruh negara.

Sehinggakan ada yang dapat panggilan untuk buat cash on delivery/ cod tanpa henti. Ada juga yang menerima panggilan untuk letakkan balm tasneem di kedai bayi atau farmasi kerana ramai pelanggan yang tanya mengenai balm untuk bayi ini.

Pemilihan team juga sangat penting untuk kita berada dalam circle binses yang setiasa menyokong antara satu sama lain. Itu yang kami amalkan di teamIDK. Saling menyokong antara satu sama lain, ajar cara membuat sale, ajar cara closed sale dan pelbagai perkongsian lagi sentiasa mewarnai teamidk setiap hari.

Dengan kelahiran bayi purata 200,000 ribu setahun, tidak hairanlah pengajar tadi memberitahu yang bisnes mengenai bayi dan kanak- kanak ini sangat releven sehingga tahun 2018. Jadi apa tunggu lagi, jom bina team hanya dengan mendaftar ejen tasneem hari ini juga. Boleh klik whatapp di bawah untuk terus hubungi saya.

Senarai Barang Persediaan Bersalin Sebelum Ke Hospital

Kandungan sudah mencecah 38 minggu. Bila- bila masa sahaja si ibu boleh bersalin. Di sini saya senaraikan apa persediaan untuk bersalin dan untuk bayi baru lahir. Letak dalam kereta siap- siap!

Persediaan untuk bayi

BAJU BAYI

Bawalah 3,4 pasang baju berlengan dan berseluar. Jangan lupa sarung tangan, stokin dan penutup kepala. Jangan bawa baju tebal atau baju yang susah di pakai seperti jumpsuit. Kadang- kadang nurse hanya pakaikan baju dan bedung sebab saiz anak yang kecil. Baju saja pun dah labuh hingga kaki.

KAIN BEDUNG, BABY WIPES, NEWBORN DYPERS

pampers untuk bayi baru lahir

Ada hospital yang sediakan tapi tak bolehlah bawa balik. Hari pertama lepas bersalin, kain bedung, dypers, baby wipes semua hospital support. Tapi mungkin bukan semua hospital provide semua ini. Kalau ke hospital kerajaan  tue ada la diorg bagi 3 keping. Boleh la standby guna dulu sementara nk tunggu beli yg lain. Sebaiknya beli dypers yang pack kecil 10 keping sahaja.

BUKU MERAH/BIRU BAYI

Kalau buat check up di Klinik Kesihatan, mesti ada buku merah. Kalau buat di hospital swasta, anda akan dibekalkan buku biru. Warna buku bergantung kepada hospital swasta tu sendiri.

Jangan lupa Buku Rekod Kesihatan / Kehamilan Ibu, Kad Pengenalan dan dokumen penting yang lain. Kalau boleh letakkan setempat / mudah capai dan cari.

BEG PLASTIK

Untuk baju kotor dan juga untuk bawa pulang uri bayi. Sesetengah hospital siap bersihkan dan berikan sekali dalam bekas yang disediakan pihak hospital

BABY KIT SPA

Set ini dah cukup lengkap untuk bayi. Ada minyak telon, mandian baby, massage oil baby dan paling penting semuanya semulajadi tanpa bahan kimia seperti paraben atau SLS. Tasneem kit baby spa ini adalah yang pertama di Malaysia. Didatangkan dengan kotak khas dan ianya kecil senang di bawa ke mana sahaja walaupun dalam labour room atau wad selepas bersalin.

Boleh terus dapatkan baby kit spa di sini

Persediaan untuk Ibu

BAJU SALIN IBU

Ibu jangan lupa bawa baju salin ye. baju tshirt longgar lengan panjang atau blouse. Yang suka pakai kain batik boleh bawa kain balik, atau skirt longgar. Baju yang kita pakai sebelum masuk labour room tu kadang- kadang boleh hilang tanpa dapat dijejak.

BRA MENYUSU DAN SELUAR DALAM

Boleh bawa 3-4 helai bra menyusu kerana susu akan meleleh dan kita tidak akan selesa memakai bra yang basah. Seluar dalam juga kena bawa banyak sebab biasa akan lekat darah bila kira berbaring

PAD

pad bertali untuk ibu bersalin

Selepas bersalin nurse akan pakaikan pad bertali untuk kita. Pad bertali ini boleh dibeli di farmasi atau kedai ibu dan anak. Kemudian bila darah makin kurang kita akan mula pakai seluar dalam dan pad biasa. Boleh beli pad overnite untuk cover darah yang banyak.

ALAT KEBERSIHAN

Ubat gigi, berus gigi, pencuci muka perlu dibawa ke dalam wad. Jika tidak mahu bawa sabun mandi boleh gunakan pencuci muka sebagai sabun mandi.

SPECIAL NEED

  1. Getah rambut. Sediakan banyak dalam beg sebab biasanya kita akan lupa mana kita letak.
  2. Sikat rambut sangat penting sebab bila kita sikat rambut ia akan menghilangkan pening kepala lepas bersalin
  3. Termos. Di hospital kerajaan termos, cawan dan sudu kena sediakan sendiri.
  4. Buku. Bila baby dah tidur biasa kita akan bosan jika mata belum mengantuk. Pilihlah buku untuk dibaca selain dari layan facebook di phone.

STOKIN

Perlu sediakan beberapa pasang stokin juga. Takut nanti stokin basah dan kita akan kesejukan. Sebelum pakai stokin boleh sapu minyak panas pada tapak kaki atau betis supaya tidak kejang dengan suhu wad yang sejuk atau berangin.

Jadi selamat bersalin pada semua ibu- ibu yang menunggu hari untuk bersalin. yang mana nak cuba balm untuk bayi baru lahir atau baby kit spa boleh tekan terus whatapp dibawah:

0
Your Cart