Tag Archives vitamin hamil

Menangani sakit biasa sewaktu hamil part 2

Susulan daripada artikel menangani sakit biasa sewaktu hamil part 1, ramai yang memberi respons “bukan itu aje kak min, banyak lagi ‘keseksaan’ yang perlu dihadapi semasa mengandung, melahirkan dan berpantang”. Dan ianya adalah benar sama sekali.

Entry ini bukanlah hendak menakut- nakutkan wanita- wanita di luar sana yang mahu hamil, namun ia adalah persediaan kepada cara mengatasi masalah dan kesakitan yang timbul semasa mengandung.

Bila kita dah tahu awal, jadi senang la nak lakukan apa yang perlu semasa penyakit itu menyerang. Betul tak semua ibu- ibu? Apa lagi yang biasa ibu hamil hadapi? Jom kita lihat apa dan cara menanganinya.

Spotting

Perkara ini agak biasa di kalangan wanita hamil. Kira- kira 20% wanita mengalaminya. Kehadiran tompok darah kecil (spotting) ini biasanya berlaku pada 12 minggu pertama, dan kerana itu ada wanita yang tidak sedar dirinya telah hamil dalam tempoh tersebut.

Sungguhpun begitu, jika anda mengalami spotting ini, beritahu pada doktor anda.

Anda boleh mengurangkan gejala ini dengan banyakkan berehat, tidak berdiri terlalu lama, mengahadkan aktiviti fizikal, tinggikan kaki bila berkesempatan dan elakkan mengangkat barang- barang berat lebih dari 4 kg.

cara mengatasi masalah berpeluh semasa mengandung

Cirit birit

Sekiranya anda perlu membuang air besar, yang cair rupanya lebih dari 3 kali sehari, anda boleh dikatakan mengalami cirit- birit. Keadaan ini boleh menyebabkan anda terhidrat, oleh itu pastikan anda minum banyak air dalam tempoh ini.

Ada beberapa sebab anda mengalami cirit- birit ketika hamil. Satu daripadanya ialah kerana perubahan cara pemakanan. Wanita hamil biasanya akan mengubah menu pemakanan supaya bayi mendapat khasiat secukupnya.

Ia juga mungkin terjadi disebabkan anda sensitif terhadap makanan tertentu. Selain itu perubahan hormon ketika hamil boleh membuatkan sistem penghadaman menjadi ebih perlahan (sembelit) dan ada kalanya cirit- birit.

Sekiranyanya berlaku pada trimester pertama atau kedua, kemungkinan besar ianya berpunca dari bakteria atau virus. Oleh itu elakkan membeli makanan di gerai, memakan buang yang tidak dibuang kulitnya atau dikopek oleh orang lain.

banner-naikkan-hb-1

Rasa Panas

Perubahan hormon badan boleh membuatkan anda berasa sedikit panas semasa hamil. Anda juga mungkin lebih banyak berpeluh. Atasinya dengan memakai pakaian longgar yang diperbuat daripada kapas atau linen, berada dalam bilik yang sejuk serta mandilah secara kerap untuk menyejukkan badan.

Ramai pelanggan Ibu yang hamil mengalami masalah ini disebabkan sekarang cuaca panas melampau. Sediakan air minuman isotonik yang tiada gas dan gula demi pastikan diri anda tidak dehidrasi.

Keputihan

Masalah keputihan kerap berlaku pada wanita hamil. Sekiranya anda mengalami discaj vagina yang berketul- ketul, rasa gatal atau pedih pada kemaluan, itu adalah petanda anda mempunyai masalah keputihan.

Pakai pakaian yang loggar untuk beri pengudaraan pada tubuh dan kemaluan anda. Pastikan bahagian kemaluan dikeringkan setiap kali lepas mandi dan tukar pakaian anda setiap kali anda berpeluh.

Jika discaj bewarna kehijauan dan mempunyai bau yang kurang menyenangkan, rujuk doktor takut- takut anda terkena jangkitan bakteria yang serius.

Vena varicose

cara menaikkan hb

Wahh, tiba- tiba keluar bahasa doktor pula. Apa itu vena varicose? Bahasa mudahnya urat timbul. Penonjolan urat yang berselirat seakan sarang labah- labah pada kaki ini disebabkan oleh tekanan daripada fizikal mengandung dan pengembangan salur darah.

Jika mahu mengelakkan masalah ini, anda perlu mengelakkan pakaian yang ketat, bercangkung, duduk sambil menyilang kaki atau berdiri terlalu lama. Bila berehat pastkan kaki diangkat lebih tinggi daripada jantung, Anda juga boleh dapatkan tali pinggang materniti atau sarung kaki sokongan.

Bengkak kaki

Cuaca panas, banyak berdiri, boleh menyebabkan kaki anda membengkak terutama pada peringkat akhir kehamilan. Atasi masalah ini dengan mengawal pengambilan cecair, elakkan makanan masin, angkat kaki melebihi paras dada ketika berehat, bersenam.

Elakkan posisi mencangkung atau berdiri terlalu lama. Pastikan juga anda makan makanan yang boleh naikkan hb.

Linea Nigra

Satu lagi istilah sains dalam artikel Ibu. Bahasa mudahnya ialah garis hitam yang terbentuk secara menegak pada perut anda. Garisan hitam ini adalah bermula dari pusat hingga ke ari- ari.

Garisan ini mulai ketara pada usia kehamilan 5 bulan dan akan menjadi semakin gelap pada bulan- bulan seterusnya. Jangan risau. ianya akan hilang selepas anda melahirkan anak.

 

Menangani sakit biasa sewaktu hamil part 1

Perubahan hormon, bentuk fizikal badan dan emosi membuatkan bakal- bakal ibu berdepan dengan pelbagai masalah sepanjang usia kandungan. Sebenarnya semua wanita melaluinya cuma ada yang teruk, ada yang ringan.

Rasa sakit- sakit ini pastinya merisaukan wanita yang pertama kali mengandung. Ini sudah tentu kerana sebagai ibu kita mesti risau tentang kesihatan diri dan bayi di dalam kandungan.  Mari kita lihat apa yang biasa dialami oleh ibu mengandung dan cara mengatasinya.

Mabuk/ Loya

morning sickness

Morning sickness merupakan masalah biasa yang berlaku dalam 12 minggu yang pertama, malah ada yang berlarutan sehingga masuk trimester ke 2. Dianggarkan lebih 70% wanita mengandung mengalaminya.

Perkara ini tidak menjejaskan bayi dalam kandungan sekalipun anda kuran makan. Yang penting pastikan anda minum secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi.

Saranan untuk anda:

  • Makan dalam kuantiti yang kecil tapi kerap (5-6 kali sehari)
  • Elakkan makanan pedas dan berminyak atau makanan yang sukar dihadam seperti daging merah.
  • Asingkan makan pejal dari cecair.. Jangan makan nasi denagn buah tembikai dalam masa ang sama.
  • Makan biskut atau keropok ikan kira- kira sejam sebelum anda bangun dari katil

Sekiranya anda lansung tidak boleh makan, pening dan muntah yang serius, sila berjumpa doktor demi memastikan anda tidak mengalami hyperemesis gravidarum– keadaan yang serius yang boleh menyebabkan berat turun mendadak, jantung berdegup laju dan hb rendah.

banner-naikkan-hb-1

Sakit belakang

Perubahan yang berlaku pada tubuh disebabkan oleh berat badan yang bertambah. Perubahan hormon mengendurkan otot, kandungan semakin besar, serta penyimpanan air dalam badan menyebabkan masalah sakit belakang. Sakit ini bertambah teruk di waktu malam dan peringkat akhir kehamilan.

Elakkan mengangkat barangan dan melakukan kerja rumah yang berat. Jangan gunakan kasut tumit tinggi untuk bekerja dan jangan berdiri terlalu lama dalam satu- satu masa.

Boleh lakukan senaman ringan untuk bahagian belakang badan. Pastikan anda menjaga postur badan semasa duduk dan tali pinggang materniti mungkin dapat membantu.

Sakit Tulang Belakang & Lenguh2 Badan Buat Ibu Ini RImas, Sampailah…. from iReach HD on Vimeo.

Kaki kejang

Rasa sakit yang sangat kuat secara tiba- tiba pada kaki atau betis adalah tanda anda mengalami kekejangan. Ia biasanya berlaku pada waktu malam dan di awal pagi. Kesakitan ini boleh dikurangkan jika anda menarik jari- jari kaki ke atas atau mengurut bahagian yang kejang. Senaman ini dapat membantu. Cubalah:

  • Bengkokan kaki anda dan luruskan kaki ke atas dan ke bawah sebanyak 30 kali.
  • Pusing kaki anda sebanyak 8 kali pada satu arah dan 8 kali pada arah bertentangan
  • Ulang dengan kaki sebelahnya.

Selain senaman, anda boleh minum banyak air, bersenam secara kerap,makan sumber kalsium dan banyakkan potasium dalam badan dengan mengambil buah pisang.

Anemia

Macam-macam komplikasi boleh terjadi masa hamil; salah satunya ialah anemia. Anemia ni terjadi bila kandungan hemoglobin (sel darah merah) dalam darah kita rendah. Sel darah merah ni sangat penting tau sebab dia lah yg bawak masuk oksigen ke setiap sel- sel tisu dalam badan.

Cara nak tambah sel- sel darah merah? Dengan zat besi. Malang sekali, kebanyakan ibu yg hamil ni kekurangan zat besi dalam simpanan bagi memenuhi keperluan badan (sebab dah ada bayi dalam perut).

Kalau betul-betul  serius, memang kena masuk wad. Itu lah yang terjadi pada Kakak Aya kita ini. Siap dah kena warded pun degil lagi tu tak nak dengar nasihat kakaknya.

Apa jadi bila tak dengar nasihat? Boleh tengok sendiri cerita adik beradik ni dalam video di bawah.

http://vimeo.com/ireachhd/adikdegil
Apa yang kakak Lin kita guna? Boleh rujuk artikel cara naikkan hb.

Artikel ini bersambung..Tunggu ye.. Nanti Ibu akan share tips mengenai spotting, bengkak kaki, rasa panas dan masalah keputihan semasa mengandung dalam part 2.

Cara dapatkan anak kembar

Topik pada hari ini mesti ramai yang teringin kan? Siapa tidak mahu anak kembar dan comel- comel ini. Topik ini Ibu pilih kerana ingin merancang anak yang seterusnya.

kembar lelaki perempuan

Mudah- mudahan dapat anak kembar perempuan kerana Ibu mempunyai genetik kembar yang kuat. Iaitu arwah ayah Ibu ialah kembar lelaki, Hussain nama ayah Ibu, Ismail nama kembarnya.

Jadi dengan sedikit ilmu yang diselidik, Ibu ingin kongsikan dengan para pembaca sekalian. Jom kita lihat apakah faktor penyebab kepada kehamilan kembar.

1. Genetik Kembar

Jika dalam salasilah keluarga anda terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar anda juga mampu mendapat anak kembar. Ibu ada genetik ni. he…he..Ini kerana gen sedemikian mungkin telah diturunkan pada diri anda. Gen yang dimaksudkan ialah penghasilan 2 ovum secara serentak dalam satu masa.

2. Umur untuk hamil kembar

Wanita yang berumur 35- 40-an dan ke atas, mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi akibat daripada rawatan kesuburan yang dijalankan.

3. Bilangan Anak

kembar cerdik

Lagi ramai anak, peluang untuk anak seterusnya kembar adalah tinggi. Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.

4. Berat Badan dan Ketinggian

Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar.

5. Diet

Pengambilan makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

banner-naikkan-hb-1

6. Pengambilan Ubat Kesuburan

Pengambilan ubat kesuburan boleh meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi, sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

Clomid memberikan 10 peratus peluang manakala Gonal F memberikan 30 peratus peluang untuk hamil anak kembar.

7. Berkahwin dengan keturunan kembar

Sebenarnya banyak cara untuk mendapatkan anak kembar. Tetapi kebanyakkannya adalah cara yang tidak sihat seperti mengandung di usia tua, mengandung ketika masih menyusui bayi, hamil di waktu si ibu gemuk dan sama waktu dengannya.

Memang boleh terjadi mendapat anak kembar tetapi kandungan tidak sihat. Kemungkinan keguguran pun tinggi, anak kembar tidak sihat atau kandungan bermasalah juga tinggi. jadi cari pasangan anda yang mempunyai genetik kembar, itu paling senag dan tanpa risiko besar.

Petua khas untuk dapatkan anak kembar

pemakanan untuk kehamilan kembar

Banyakkan makan ubi, kentang dan susu segar. Tiga jenis makanan ini dapat meningkatkan ovulasi pada telur dan mungkin boleh dapatkan anak kembar. Ada yang kata, jika kita teratur minum susu segar dari zaman muda, kebarangkalian untuk mendapatkan anak kembar itu tinggi.

Juga, jika anda amalkan memakan ubi, kentang dan susu segar bukan sahaja baik untuk mendapatkan anak kembar, tetapi juga salah satu cara untuk mendapatkan anak bagi pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi tidak ada rezeki untuk mendapatkan anak disamping pemakanan tambahan yang lain.

Doa untuk mendapatkan anak kembar :

1) Surah As-Saaffaat Ayat 120

petua-hamil-kembar
2) Surah As-Syura ayat 50:

rancang jantina anak

Apa pun TAHNIAH kepada pasangan yang bakal mendapat anak kembar, jaga diri dan amalkan pemakanan serta suplemen yang bagus semasa hamil. Bawa 2 orang dalam perut itu adalah saat- saat yang mengujakan dan menguji kesabaran.

Anda ada sebarang petua untuk IBu? Jom kongsikan di bahagian komen…

Kenapa Bila Hamil Kena Makan Vitamin?

As salam kepada semua pembaca sekalian.

Hari ini Ibu nak kongsikan pengalaman semasa mengandung. Sebulan setelah berkahwin Ibu disahkan mengandung selama 2 minggu. Alhamdulillah, tidak terungkap dengan kata- kata bila merasai ada janin di dalam rahim Ibu. Pada ketika itu juga suami Ibu meminta batalkan semua temuduga kerja dan fokuskan pada kehamilan sahaja.

natural vitamin

Seperti orang lain juga, Ibu turut mengalami masalah tidak lalu makan, muntah di waktu pagi dan jerawat naik dengan banyakknya pada bahagian belakang badan. Masya Allah inilah pengorbanan seorang Ibu, patutlah Allah memuliakan Ibu dengan 4 kali ganda daripada seorang bapa.

Pertama kali ke klinik untuk membuat buku merah, Ibu dibekalkan dengan 4 vitamin dari klinik. Vitamin B complex, vitamin C, asid folic dan iron tablet. Kehamilan yang pertama Ibu hanya mengikut nasihat doktor dan makan apa yang diberi. Biasanya skip juga, sebab terlupa dan bau vitamin itu sendiri sangat busuk.

Sebelum ni Ibu kurang mengambil berat kenapa vitamin yang 4 ini diberikan oleh klinik?, Apa fungsinya? kalau tidak ambil apa yang akan terjadi? dan banyak persoalan yang bermain di minda hanya setelah menceburi bidang nutrisi denagn salah satu syarikat yang bertapak kukuh di Malaysia ini.

Di sini Ibu kongsikan carta vitamin yang diperlukan oleh seorang ibu hamil. Jadi boleh cek adakah vitamin yang anda makan sekarang ini memenuhi keperluan itu.

fungsi-vitamin-semasa-hamil

Jom kita lihat satu persatu apa fungsi vitamin ini pada ibu hamil

Asid Folic

Menurut pakar nutrisi ibu hamil perlu mengamalkan asid folic jika merancang ingin hamil. Ia memastikan rahim anda subur dan pengambilan asid folic semasa hamil demi memastikan tulang anak dapat terbentuk dengan baik. Apabila ovum bercantum dengan sperma, akan berlaku proses pembahagian dan sel-sel organ semua akan terbentuk. Maka kerana itu amat perlu vitamin sudah diambil untuk membantu pembentukan sel-sel baru.

Vitamin B complex

Vitamin B dikatakan sangat penting untuk pembentukan tulang tengkorak anak di dalam kandungan. Ia juga lebih dikenali dengan vitamin anti stress yang mana boleh menenangkan perasaan ibu- ibu yang tertekan akibat alahan dan badan yang sudah berubah bentuk.

Vitamin C

Vitamin C ini adalah untuk meransang penyerapan zat besi dan asid folic. Ia juga mampu menguatkan imun anak dalam kandungan. Ada satu kajian yang dijalankan secara rawak, ibu-ibu yang tidak mengambil vitamin C semasa hamil berisiko untuk mendapat anak yang mengidap eczema.

banner-naikkan-hb-1

Iron Tablet

Vitamin kecil yang berwarna coklat ini sangat busuk. he he.. Ini lah vitamin yang selalu di’skip’ kan oleh Ibu. Padahal inilah vitamin paling penting kerana ia vitamin untuk menambah darah. Jika kekurangan darah, ibu- ibu boleh pitam, pengsan dan berisiko untuk mengalami tumpah darah semasa bersalin.

Namun masih ada vitamin yang diperlukan oleh seorang ibu mengandung. Selalu sakit gigi atau kaki cramp misalnya. Tanda anda tidak cukup kalsium. Boleh ambil pil kalsium  atau makan makanan yang mempunyai kalsium yang tinggi seperti susu, keju, kurma, badam  dan bayam.

Minyak ikan juga bagus untuk perkembangan otak bayi dalam kandungan. Ia juga membantu perkembangan mata bayi dalam kandungan. Namun suka diingatkan disini berhati- hati memilih minyak ikan yang berada di pasaran. Anda boleh rujuk ciri minyak ikan terbaik untuk minyak ikan yang bagus.

.

0
Your Cart