Tip Pemilihan Mainan Untuk Anak Speech Delay

Assalammualaikum ibu bapa bahagia semua.

Sebagai seorang penjual edu toy untuk anak- anak, Ibudoakan selalu diminta untuk cadangkan produk yang sesuai untuk anak speech delay. Alhamdulillah, kenalan Ibu iaitu Puan Izana seorang speech therapist ada berkongsi tip dalam permilihan mainan untuk anak yang di sahkan speech delay.

Tanda anak menghadapi masalah speech delay

Anak speech delay mempunyai masalah kemahiran bercakap seiring usianya. Sepatutnya:

Diusia 1 tahun- 1 setengah tahun dah boleh menyebut perkataan mudah seperti mama, ibu, baba, ayah

Diusia 2 tahun anak sudah boleh gabung 2 patah perkataan seperti “Nak makan”, “Dah habis”

Di usia 3 tahun anak sudah boleh gabungkan 3 hingga 4 patah perkataan seperti “Ibu ada burung atas pokok”

Tahap anak lambat bercakap pelbagai mengikut kemahiran asas

  1. Eye contact– bila bercakap dia boleh pandang mata kita, perhatikan apa kita buat
  2. Daya tumpuan
  3. Mengambil giliran– boleh pasing bola, pasing mainan
  4. Meniru- kemahiran paling susah bagi anak speech delay iaitu meniru apa yang kita cakap
  5. Menyesuaikan gambar- Tahap matching skills
  • Objek- dengan objek
  • Objek dengan gambar
  • Gambar dengan gambar
  • Gambar dengan gaya
  • Bermain

Sebagai seorang penjual barang mainan, soalan yang wajib ditanya pada mak ayah ialah “Apa target therapist untuk anak”

Contoh jawapan:

  • Melatih eye contact dengan orang
  • Nak anak lebih focus
  • Nak anak boleh bermain bersama kawan- kawan yang lain
  • Nak develop fine motor anak

Antara cadangan mainan:

Knob puzzle

Jangan bagi puzzle ABC, Nombor atau aliff ba ta dulu. Puzzle abc, 123 dan aliff ba ta boleh beri untuk anak speech delay 4 tahun ke atas.

Pemilihan knob puzzle kena ada latar belakang yang kosong atau tidak serabut.

Kebaikan knob puzzle:

  • Melatih anak meminta
  • Melatih anak develop motor halus- jika anak sudah boleh masukkan objek dalam puzzle, fine motor anak sudah ok
  • Melatih mengenal gambar
  • Meniru bunyi

Kitchen roleplay suitcase, Bermain masak- masak.

Target meniru percakapan. Paling mudah minta anak tanya mak dan ayah nak makan apa, anak masak. Mama nak air sirap, minta anak sebut sirap, jus, oren, nasi dan sebagainya

Wood cutting fruit and vegetable

Target anak dapat menyamakan objek, untuk fine motor, meminta objek dan mengenal warna/ objek.

Lacing bead

Target belajar meminta, kenal benda/ objek/ warna, latih fine motor jika anak boleh memasukkan tali dalam lubang pada objek

Genius button art/ mushroom nail

Target untuk melatih daya tumpuan anak, mengenal warna

Mengambil giliran selepas ibu letak bead anak ambil bead lain dan letak. Jika anak cabut balik bead maksudnya anak belum mencapai tahap boleh mengambil giliran

Anak akan belajar berkongsi, meminta

Fine motor- anak menolak button tu keluar dari

Matching egg- kemahiran menyamakan benda

Pemilihan Buku

Perlu memilih buku board book bagi memudahkan untuk anak yang mempunyai masalah kemahiran motor membelek buku

Buku tidak boleh melebihi 10 karektor

Cerita kena mudah/ simple

Background/ gambar dalam buku tidak serabut

Mulakan mengenal anak dengan gambar baru kosa kerja

Semoga perkongsian kali ini dapat memberi 1001 manfaat kepada ibubapa yang mempunyai anak speech delay. Paling penting adalah apa jua mainan yang dibelikan untuk anak, ibubapa perlu turut sama bermain dengan mereka.

Artikel ini adalah berdasarkan FB live video daripada Puan Nurul Izana Abdul Rahman ( Speech therapist @Terapis Pertuturan Bahasa )

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

1 Comment

Produk Kami

Previous
Pengedar balm tasneem kawasan sungai besi kuala lumpur
Tip Pemilihan Mainan Untuk Anak Speech Delay

0
Your Cart