Anak menangis di tadika.. Cuaknya seorang ibu

Salam sejahtera..

Sepanjang minggu lepas, pelbagai keletah dan ragam anak diupload ke dalam wall facebook ibubapa masing- masing. Ada yang ceria, yang gembira dapat teman baru, ada yang menangis, tertidur keletihan, tak kurang juga yanga boleh menyesuaikan diri dengan suasana baru samaada di sekolah, tadika atau playschool.

Ibu juga turut sama teruja untuk menghantar anak ke tadika pada tahun hadapan. Tahun ini Ibu mulakan dengan pendidikan asas al Quran di kelas Al Baghdadi dahulu untuk Muhammad Iman. Kelas al Quran ini hanya diadakan pada hujung minggu sahaja.

tps bagi anak ke sekolah

Ok, balik pada tajuk di atas. Satu isu yang sangat buat ibu bapa susah hati ialah masalah anak yang tidak mahu ke sekolah. 2, 3 hari pertama di sekolah anak ok, masuk hari ke 4 cikgu tadika dah telefon cakap anak menangis dan nak balik atau menyebut nama ibunya. Cuak juga jika kita mendapat panggilan sebegini bukan?

Disusuli pula dengan minggu kedua, anak dah buat perangai tidak mahu ke sekolah, macam- macam akal dan alasan digunakan untuk menghalang ibu bapa menghantar mereka ke sekolah. Kadang- kadang si ibu yang marah akan memaksa juga anak ke sekolah, dan terjadilah ‘drama keluarga’ di pagi hari yang indah.

Disini Ibu kongsikan tips bagaimana mahu anak- anak ini ke sekolah tanpa ada drama airmata. Pertama sekali ketahui punca anak tidak mahu ke sekolah. Cuba selidik anak dengan berpandukan point dibawah ini.

  1. Mengelak situasi di sekolah yang menyebabkan dirinya murung atau tertekan
  2. Mengelak daripada bertemu dengan orang yang tidak disukai di sekolah
  3. Mengelak situasi tidak selesa di sekolah seperti tidak siap kerja rumah, kena denda, kena membentang kerja di hadapan kelas, ujian dan sebagainya.
  4. Mahu mendapatkan perhatian daripada ibu bapa
  5. Mahu lebih berseronok dengan ahli keluarga seperti abang atau adik selain ibu bapa mereka.

Ibu bapa perlu mengenalpasti punca anak tidak mahu ke sekolah. Ada hari-hari tertentu, atau masa-masa tertentu? Adakah subjek pelajaran atau seseorang yang anak cuba hindari?

Apa yang boleh kita lakukan

anak menangis tidak mahu ke sekolah

Cuba fahami apa yang merisaukan anak. Kanak-kanak biasanya tidak akan mulakan dulu cerita tentang apa yang dia takut tetapi ibubapa boleh memahami dengan mengajak anak bercerita, atau melukis mengenai sekolah atau rumah. Kaji lukisan anak jika ada.

Berbual mengenai perasaan dan fear (ketakutan) beliau. Tekankan aspek-aspek positif sekolah seperti boleh berjumpa & bermain dengan rakan-rakan, subjek kegemaran dan sebagainya. Jika anak berumur 4 hingga 5 tahun, tanya anak, adakah dia ke tadika dengan rela atau di paksa.

Berjumpa & berbincang dengan guru dan guru kauselor di sekolah. Bekerjasama dengan pihak sekolah. Sekiranya masalah utama adalah buli, berbincanglah bersama dengan pihak sekolah bagaimana untuk menangani buli di sekolah.
Tangani isu-isu keselamatan di sekolah melalui program antibuli dan anti keganasan, bersama-sama dengan pihak sekolah. Sekiranya anak murid mempunyai masalah pembelajaran yang menyebabkan dia tidak mahu ke sekolah, pastikan mereka mendapat bantuan untuk masalah itu.

Bersama-sama dengan pihak sekolah, jadikan sekolah satu persekitaran yang mesra. Ini membantu pelajar merasa ada hubungan baik dengan sekolah dan guru.

Sekiranya anak di rumah sebab tidak mahu ke sekolah, pastikan dia tidak terlalu selesa di rumah. Anak perlu mengikuti rutin sekolah & jadual sekolah di rumah. Jangan biarkan dia menonton tv, tidur, bermain komputer. Masa Mathematik, buat latihan mathematik, masa English, buat latihan English, masa rehat, baru boleh rehat.

Mulakan ‘reward system’ seperti ‘Star Chart’. Setiap hari ke sekolah akan mendapat satu bintang. Cukup bilangan bintang (seperti yang dipersetujui oleh anak), akan dapat hadiah (reward). Reward tidak semestinya barang atau sesuatu yang mahal. Antara contoh reward yang tidak memerlukan wang adalah masa eksklusif bersama ibubapa, atau bermain bersama ibubapa.

Sekiranya masalah tidak mahu ke sekolah berlarutan dan anak mempunyai masalah psikologi seperti anxiety dan depression, dapatkan rawatan.

Sumber: Doktor Norharlina Bahar

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge