Tips mudah masak dalam masa setengah jam

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..Ahlan wasahlan ya ramadhan..

Assalammualaikum WBT semua pembaca yang dikasihi. Ini malam pertama ramadhan tahun 1436 m. Segala puji bagi Allah yang telah menemukan kita sekali lagi dengan bulan ramadhan yang mulia ini. Pastikan ramadhan kali ini adalah lebih baik dari bulan lepas. Jika dulu dapat berterawih 10 malam pertama sahaja, tahun ini berniatlah untuk berterawih sepenuhnya 30 hari.

Jika tahun lepas masa banyak dihabiskan dengan memasak bagi kaum ibu, apa kata tahun ini kita ambil masa setengah hingga 1 jam je untuk masak. Tumpukan pada ibadah, zikir, mendidik anak dan mengaji Al Quran.

Mungkin ada yang berkata Ibu tak apa lah, boleh masak lama sebab tidak bekerja. Eh, Ibu juga bekerja tau. Kerja dari rumah. He he. Di sini Ibu nak kongsikan beberapa tips untuk menjimatkan masa anda semua di dapur.

1. Sila rancang menu untuk seminggu. Pastikan makanan adalah bergizi seimbang yang mana cukup untuk menampung nutrisi dalam badan ketika berpuasa.

2. Daripada perancangan tadi, sila sediakan dahulu bahan mentah secukupnya. Pilih satu hari untuk membeli belah bahan- bahan yang diperlukan untuk menu tersebut. 2 ekor ayam dan 1kg  daging biasanya sudah cukup untuk seminggu. Ikan dan seafood pula Ibu cadangkan beli setiap 2 hari untuk mengelakkan bahan mentah yang tidak segar.

3. Balik rumah, proses semua bahan mentah yang dibeli tadi. Potong ayam dan daging, buangkan lemak dan toskan airnya. Ayam dipotong- potong kecil sesuai dengan menu masakan anda. Jika ada yang ingin dibakar memadai hanya belah 2 atau 4 bahagian.

Yang penting cuci sehingga bersih dan toskan airnya. Simpan stok ke dalam plastik asing- asing mengikut hari. Jadi ini boleh mengelakkan kita defrost bahan mentah berulang kali. Bagi ibu yang bekerja, sila keluarkan bahan yg telah beku ke bahagian bawah peti ais sebelum pergi kerja. Balik kerja semua bahan mentah dah defrost, boleh terus masak tanpa menunggu lagi.

masak dengan cepat

4. Kisar bahan- bahan yang boleh dikisar untuk stok seminggu. Ini yang biasa Ibu buat untuk stok seminggu

Kisar 15 biji bawang besar

Kisar 8 labu bawang putih

Kisar 50 cili kering

** Tips untuk senarai ini tahan lama ialah tambahkan sesudu garam semasa kisar. Simpan dalam bekas kedap udara dan masukkan ke dalam peti ais. Untuk cili kering tambahkan garam, minyak dan sedikit air asam jawa semasa mengisar. Tapi nanti sila ingat yang garam sudah diletakkan dalam bahan- bahan ini, jadi kurangkan garam dari kebiasaan.

cara mudah masak

5. Jika keluarga anda meminati sambal tumis untuk bersahur atau berbuka, anda boleh memasak terus sambal tumis untuk stok 3 hari atau seminggu. Selepas sejuk boleh simpan sambal ini ke dalam bekas kedap udara dan frozenkan ia. Semasa ingin guna, masukkan ayam, udang, sotong dan sebagainya diikuti sedikit air dan cuma panaskan bagi bahan mentah tadi masak. Jimat masa kan!

rempah dibekukan
Gambar : Google

6. Sambal belacan juga boleh dibuat stok selama seminggu. Sesetengah orang mengatakan sambal belacan yang letak dalam peti ais mesti tidak sedap. Cuba resepi yang Ibu bagi nanti pada artikel seterusnya, masyaAllah, macam makan sambal belacan yang baru ditumbuk.

7. Begitu juga dengan kuih muih yang ingin dibuat sebagai juadah berbuka. Siapkan menu selama satu minggu dan buat terus bahannya dan bekukan dalam peti ais. Contoh menu ialah daging kisar goreng yang boleh dijadikan inti karipap. popia goreng, samosa, cara berlauk dan makaroni bakar. Masak satu menu untuk 5,6 jenis kuih, jimat masa tak? Jimat sangat- sangat!

8. Jangan pula dilupa sayur untuk menu sihat semasa puasa. Selepas membeli sayur, potong sayur terus kecil- kecil dan simpan dalam plastik atau aluminium foil stok untuk seminggu. Sayur seperti sawi, bayam, lobak, bunga kubis boleh terus di potong, tapi jangan basuh ye. Simpan dalam plastik yang telah dilubangkan. Bagi sayur yang berair seperti brokoli, tomato balut dengan aluminium foil dan simpan terus ke dalam peti ais. Ianya juga disimpan asing- asing mengikut hari yang ingin di masak. 

simpan sayur dalam peti ais

9. Yang terahir ialah rempah- rempah. Jika anda ingin buat kari, tumis rempahnya dan bekukan. Begitu juga dengan rempah asam pedas, rempah ayam bakar atau ikan bakar. Semua ini boleh difrozenkan dan defrost semasa ingin memasak sahaja.

10. Yang penting anda mengikut rancangan yang telah dibuat. Ambil kira pendapat dan keinginan suami serta anak- anak juga. Jangan ikut selera tekak sendiri pula. Hasilkan satu perancangan menu untuk seminggu bersama keluarga tersayang.

Nah jimat masa dan anda boleh tumpukan pada pendidikan anak- anak. 

Ingin mencegah gastrik semasa ramadhan? Anda patut mencuba set cegah gastrik ini.

13 thoughts on “Tips mudah masak dalam masa setengah jam”

    1. Pengalaman yang lalu banyak mengajar..Kadang- kadang masuk dapur jam 4 ptg melarat sampai ke jam 6, semata- mata mahu masak yang terbaik buat keluarga…2 jam itu kalau ambil masa 10 hingga 15 minit digunakan untuk sesi flashcard anak pun sangat bagus..kan?

    1. Waalaikummusalam..typo..hehe..terima kasih atas teguran..menaip jam 11 malam, typo la jadinya..huhu

  1. Terima kasih atas perkongsian ini. Sangat bermanfaat untuk memudahkan kerja ibu di dapur. Lebih masa untuk bermain dengan anak.

      1. Sambal belacan tahan lama mudah aje..sebelum tumbuk, goreng cili merah besar ( yg dibuang biji)+cili padi+ belacan+ bawang putih seulas..goreng sampai puan bersin..huhu..atau sampai kaler cili dah jadi sedikit hitam..xnak sampai hangit ye.,

        Pastu baru tumbuk +gula+ garam..

        Simpan dalam chiller..time nak makan baru perah asam jawa atau jus limau nipis..jimatkan masa..yg penting jangan defrost banyak kali..simpan dlm plastik kecil2 dan ambil setakat mana yang perlu sahaja

        1. tq sis…bermanfaat sgt utk sy yg anak kecil2 ni..takleh duduk dapur lelama..nati kat luar tu banyak betul aktiviti mereka..hihi terima kasih n selamat hari raya

    1. Wasalam lian..maaf lambat reply..baru menjenguk ke blog saya ni..biasanya yg saya buat 1 blender sambal tumis tahan sebulan..sebulan dlm 4,atau 5 kali masak..maknanya 5 bekas kecik2..sy dah asingkan siap2..jika bahan tumis, inshaAllah tahan lama, janji xletak aji atau bahan perasa lain..gula dan garam dah cukup..santan ke, kerisik ke, air asam jawa ke, letak masa nak masak nanti..moga bermanfaat ye

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge